Perintah Am Bab F

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perintah Am Bab F as PDF for free.

More details

  • Words: 3,472
  • Pages: 13
PERINTAH-PERINTAH AM Bab F PERUBATAN PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan. [Berkuatkuasa mulai dari 1hb Mac, 1974.] Tafsiran 1. Dalam bab ini: (i) "Doktor prevet" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. (ii) "Hospital" bermakna sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan Persekutuan. (iii) "Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan bab ini, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula. (iv) "Lembaga Perubatan" bermakna sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18. (v) "Panel Doktor" bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan Sijil Sakit (seperti yang ditafsirkan dalam Bab C) yang tidak perlu ditandatangan timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh Ketua Jabatan. (vi) "Pegawai" bermakna mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri. (vii) "Pegawai Perubatan" bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 dan 32 termasuk seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia.

(viii) "Perundingan" bermakna sebarang masa yang seseorang pesakit luar yang bukannya pesakit sebarang hospital atau yayasan perubatan Kerajaan dirujukkan oleh seseorang doktor prevet kepada seseorang pegawai perubatan (atau doktor pergigian jika kes pergigian) untuk mendapatkan pandangan atas kesnya itu. Bagi kes pergigian, sebarang rujukan oleh pegawai perubatan tentang seseorang pesakit yang membayar di hospitalnya kepada seorang doktor pergigian atau pakar pergigian akan dianggap sebagai perundingan juga. Apabila seseorang doktor prevet hanya meminta supaya pesakitnya dimasukkan ke dalam hospital, ini tidak akan dianggap sebagai perundingan. Sebarang keraguan tentang samada satu-satu rujukan itu boleh dianggap sebagai perundingan akan diputuskan oleh Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan, mana yang berkenaan, dan sebarang rayuan dari keputusannya itu akan diputuskan secara muktamad oleh Ketua Pengarah Kesihatan. (ix) "Yayasan Perubatan Persekutuan" bermakna sebarang hospital atau yayasan perubatan yang diistiharkan oleh Kerajaan sebagai Yayasan Perubatan Persekutuan dari semasa ke semasa. I. RAWATAN PERUBATAN UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI Rawatan Percuma di Hospital/ Klinik Pesakit Luar. (4). 2. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian yang percuma yang ada pada Kerajaan termasuklah pembekalan alat-alat otopidik dan anggota-anggota palsu tetapi tidak termasuk pembekalan gigi palsu. Rawatan-rawatan percuma ini akan diberi di hospital-hospital dan di klinik-klinik pesakit luar. Di mana ubat-ubat yang perlu untuk rawatan seseorang pegawai tidak diperolehi di dalam stor ubat Kerajaan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh mengarahkan pembelian tempatan ubat-ubat tersebut. Rawatan di Hospital Yang Berhampiran. (9). 3. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesyen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan

dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh dituntut. Rawatan Prevet Bayar Sendiri. (13). 4. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan rawatan tersebut. Sebagai seorang pesakit kepada seseorang doktor prevet, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa bayaran perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai perubatan atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya. Bayaran Bersalin Bukan di Hospital. (15). 5. Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai memilih untuk bersalin di tempat yang lain daripada hospital dan dia dirawati oleh seorang pegawai perubatan, maka. pegawai perubatan itu boleh mengenakan satu bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan apabila isteri atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin di rumah oleh seseorang pegawai perubatan Pegawai perlu dapat sijil sakit 6. (a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau Panel Doktor dan menghantarkan Sijil tersebut kepada Ketua Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh. Mendapatkan sijil sihat (b) Seseorang pegawai yang telah diberi Sijil Sakit boleh dikehendaki oleh pegawai perubatan atau Panel Doktor mengikut budibicaranya, mendapatkan Sijil Sihat sebelum kembali bekerja. Rawatan di luar negara 7. Apabila seseorang pegawal atau keluarganya disahkan oleh Sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperolehi di negeri ini dan dengan syarat ada perakuan dari Ketua Pengarah Kesihatan bahawa tidak ada rawatan sedemikian pada Kerajaan, maka pegawai itu atau keluarganya boleh di timbangkan oleh sebuah Jumaah Pegawai terdiri dari Ketua Setiausaha Negara, sebagai Pengerusi, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk dihantar keluar negeri bagi mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan Kerajaan dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki mengiringinya. Sebarang rayuan berkenaan dengan apa-apa keputusan

Jumaah Pegawai ini bolehlah dikemukakan kepada Jawatankuasa Perawatan Jumaah Menteri untuk keputusan yang muktamad. Kemudahan yang sama bagi pesara/ keluarga 8. (a) Seseorang pesara Kerajaan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti seseorang pegawai Kerajaan atau keluarganya seperti yang dibekalkan dalarn bab ini. Kelayakan bayaran wad (b) Kelayakan seseorang pesara atau keluarganya untuk dimasukkan ke sebarang wad dalam hospital akan ditetapkan mengikut kelayakan akhir pesara sejurus sebelum bersara. Seseorang pesara itu akan dikehendaki membayar ½% daripada gaji akhirnya yang diterimanya sebelum bersara sebagai bayaran wad sehari bagi diri atau keluarganya dengan syarat bahawa bayaran maksima bagi wad mengikut kelayakannya itu tidak akan melebihi ½ daripada maksima yang ditetapkan bagi pegawai-pegawai setaraf yang sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun seseorang pesara yang mendapat pencen tidak melebihi $180 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya. Kemudahan rawatan keluarga lepas pegawai mati 9. (a) Mana-mana keluarga seseorang pegawai yang telah diletakkan di atas perjawatan berpencen akan berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu, tidak kira samada kematian itu telah berlaku semasa pegawai itu sedang berkhidmat atau setelah ia bersara. Kelayakan menerima kemudahan rawatan ini adalah terhad kepada mereka yang tergulung dalam tafsiran "keluarga pegawai" di Perintah Am 1 (iii) itu sahaja. Ketua Jabatan akan dikehendaki mengeluarkan satu kad pengenalan untuk keluarga pegawai yang meninggal dunia semasa dalarn perkhidmatan seperti di Lampiran B. (b) Sekiranya keluarga pegawai dimasukkan ke dalam hospital, maka mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad sebanyak yang patut mereka bayar sekiranya pegawai itu masih hidup lagi sebagai seorang pesara. II. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN Kuasa Pegawai Perubatan.(15). 10. (a) Walau apapun peruntukan-peruntukan lain dalam bab ini, adalah dalam bidang tanggungjawab seseorang pegawai perubatan yang sedang bertugas di mana-mana

hospital untuk memasukan sesiapa sahaja ke dalam hospital apabila pada pandangannya seseorang itu memerlukan rawatan yang segera. Kuasa Ketua Jabatan Perubatan Negeri Bagi Penyakit Merebak.(19). (b) Adalah dalam. bidang kuasa seseorang Ketua Jabatan Perubatan Negeri untuk memasukan ke mana-mana hospital dalam Negeri itu sebarang kes penyakit merebak. Untuk tujuan Perintah Am ini, satu kes penyakit merebak ialah sebarang penyakit merebak yang telah diistiharkan oleh Menteri Kesihatan dari semasa ke semasa di dalam Warta Kerajaan sebagai penyakit merebak. Pemeriksaan Mayat (18). a) Pegawai-pegawai perubatan adalah dikehendaki menjalankan pemeriksaanpemeriksaan mayat apabila: (i) diperintahkan secara bertulis oleh seseorang Majisteret; atau, (ii) dipohon secara bertulis oleh seseorang pegawai Polis, yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Dimana boleh, semua mayat-mayat hendaklah dibawa ke rumah mayat untuk pemeriksaan tersebut. (18). (b) Pemeriksaan-pemeriksaan mayat dalam kes-kes lain hendaklah dengan persetujuan waris si mati. Melapur Kematian di Hospital.(17). 12. (a) Apabila seseorang pesakit di hospital meninggal dunia, maka pegawai perubatan yang bertugas hendaklah melapurkan kematian ini dengan serta-merta kepada saudaramara si mati yang berhampiran. Kematian Seorang Gila. (b) Apabila si mati itu ialah seorang yang gila, satu lapuran hendaklah juga dihantar oleh pegawai perubatan yang menjaga hospital kepada seorang Majisteret dengan menyertakan cabutan dari catitan rawatan pegawai perubatan yang bertanggungjawab tentang pesakit tersebut yang menunjukkan jenis penyakit dan lama dihidapinya sebelum kematian, dan menyatakan samada penyakit itu telah disebabkan atau bertambah buruk oleh sebab sebarang kemalangan, dan jika ada kemalangan memberi butir-butir lanjut berkenaan dengannya. Kematian Yang Memerlukan Siasatan Mahkamah.(16).

13. Apabila seseorang pesakit dalam sesebuah hospital atau sesiapa juga pun yang sedang dirawati oleh seorang pegawai perubatan di mana-mana: (i) mati dengan mengejut; (ii) mati yang diakibatkan secara langsung dari satu kemalangan; atau (iii) mati dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan syak wasangka; maka pegawai perubatan yang berkuasa di hospital itu atau pegawai yang merawat itu hendaklah menghantar satu lapuran dengan segera kepada pegawai Polis yang berkuasa bagi daerah Polis yang berkenaan supaya, boleh diadakan satu penyiasatan mahkamah dengan seberapa segera di atas kematian tersebut. Membantu dalam kes prevet / Kuasa mengurang atau menghapus bayaran hospital/ambulan 14. Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh menimbangkan untuk mengurangkan atau menghapuskan bayaran-bayaran hospital seperti yang dikenakan kepada orang ramai ataupun bagi penggunaan ambulan hospital memandangkan kepada kedudukan seseorang pesakit itu. Satu penyata suku tahun tentang bayaran-bayaran yang dikurangkan atau dihapuskan hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan dan salinannya kepada Juru Odit Negara. 15. Seseorang pegawai perubatan yang dipanggil oleh seorang doktor prevet untuk membantunya di dalam satu kes kecemasan, adalah tidak dibenarkan menerima apa-apa bayaran melainkan dari doktor prevet yang bertanggungjawab tentang kes tersebut. Memberi pendapat/ rundingan dalam perundingan 16. (a) Seseorang pegawai perubatan yang dirundingi oleh seorang doktor prevet tentang satu kes di bawah jagaan doktor prevet itu hendaklah dalam tiap-tiap hal memberi pendapatnya serta rawatan-rawatan yang disyorkan kepada doktor prevet itu. Kadar bayaran rundingan (b) Bayaran perundingan yang akan di kenakan kepada doktor prevet yang memanggil pegawai perubatan itu hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Bayaran Perundingan yang boleh diterima oleh pegawai perubatan 17. (a) Seseorang pegawai perubatan yang tidak diwartakan sebagai pakar boleh menerima semua bayaran perundingan yang dibuat kepadanya oleh seseorang doktor

prevet kerana telah dipanggil untuk rundingan oleh doktor tersebut. Tetapi sebarang bayaran perundingan yang sama yang telah diterima oleh seorang pegawai pakar hendaklah dimasukan sebagai hasil am Persekutuan. Bayaran sebagai saksi biasa (b) Pegawai perubatan yang dipanggil sebagai saksi biasa dan bukan untuk memberi keterangan pakar dalam mana-mana perbicaraan sivil, hanya akan layak mendapat perbelanjaan kerana menghadiri mahkamah dan bukan kerana bayaran pakar dari pihak yang memanggilnya. III. LEMBAGA PERUBATAN 18. Apabila diterima permohonan-permohonan daripada mana-mana Ketua Jabatan. atau Kuasa-kuasa Tertentu seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C atau Perintah Am 7 dalam bab ini supaya diperiksa kesihatan seseorang pegawai oleh sebuah Lembaga Perubatan, maka Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik mana-mana pegawai perubatan yang difikirkannya sesuai untuk menjadi ahli-ahli Lembaga tersebut. Lazimnya, sesebuah Lembaga hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka, di mana boleh, hendaklah sebaik-baiknya ahli dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut. Dalam keadaan-keadaan teristimewa dan dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang memohon, Ketua Jabatan Perubatan Negeri atau Ketua Yayasan Perubatan Persekutuan boleh melantik seorang doktor prevet yang difikirkannya sesuai sebagai ahli Lembaga Perubatan. Bila Lembaga Boleh Dipanggil (60). 19. Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Perintah-perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh dipanggil: (i) apabila seseorang pegawai didapati masih tiada sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya; (ii) apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi sihat untuk bertugas; (iii) apabila pada, tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih; (iv) apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-ragukan; (v) apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas;

(vi) apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah; (vii) apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini. Laporan Lembaga. (62). 20. Laporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut. Laporan Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran C. IV. BAYARAN DAN PERATURAN WAD Bayaran Wad. (Bab c. 31). 21. (a) Sungguhpun pegawai-pegawai dan keluarga mereka boleh diberi rawatan dan ubatubat yang percuma di hospital-hospital atau di klinik-klinik, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar dalam Lampiran A, melainkan dalam kes seperti di (b) atau bagi penyakit tibi kusta, dan barah yang adalah percuma. Di mana orangramai akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad kerana mengidap penyakit merebak, seseorang pegawai yang mengidap penyakit yang sama akan juga dikecualikan dari membayar bayaran wad. Pengecualian Bayaran Wad Bila Sakit di Luar Ibu Pejabat. (b) Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas resminya di luar ibu pejabatnya akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya. Bayaran Wad Sama Bagi Keluarga Pegawai. (c) Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam kelas wad yang sama seperti pegawai sendiri dan mereka akan dikenakan bayaran wad yang sama dengan pegawai melainkan bagi kes seperti dalam Perintah Am 24. Pengiraan Bayaran Wad. (35). 22. (a) Bayaran wad ialah bagi satu hari yang dikira dari jam seseorang pegawai itu dimasukkan ke dalam hospital. Sebahagian hari yang melebihi 12 jam akan dikira sebagai satu hari penuh. Bagi pegawai yang tinggal di hospital lebih daripada satu hari, sebarang baki hari yang kurang daripada 12 jam tidak akan diambil kira.

Pegawai Yang Tinggal Kurang Daripada 12 Jam. (35). (b) Walau apa pun peruntukan di (a) seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital bagi masa yang kurang daripada 12 jam baleh dikenakan bayaran penuh bagi satu hari mengikut budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital berdasarkan kepada samada pegawai itu telah diberi rawatan dan makanan. Pegawai masuk wad kelas tinggi 23. (a) Seseorang pegawai atau keluarganya yang meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi kelasnya daripada yang ia berhak, boleh dimasukkan ke dalam wad yang dipinta itu mengikut budibicara pegawai perubatan yang menjaga hospital. Pegawai atau keluarganya akan dikehendaki membayar bayaran wad seperti yang dikenakan kepada orangramai dan dia boleh dikehendaki membayar cengkeram atau mengemukakan jaminan pembayaran yang memuaskan. Walau bagaimanapun pegawai atau keluarganya itu akan terus mendapat rawatan, ubatan atau lain-lain rawatan, seperti X-ray atau pembedahan yang percuma. Pegawai masuk wad lebih rendah (b) Seseorang pegawai atau keluarganya yang terpaksa atau memilih untuk dirawat di dalam wad yang lebih rendah kelasnya daripada yang ia berhak akan dikehendaki membayar bayaran maksima kelas wad tersebut yang lazimnya patut dibayar oleh seseorang pegawai yang berhak yang telah mencapai tanggagaji maksima bagi wad kelas tersebut. Murid sekolah percuma 24. (a) Walau apa pun peruntukan dalam Perintah Am 21 (c), anak seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital sebagai seorang murid sekolah seperti yang disebutkan di (c) akan dikecualikan dari sebarang bayaran hospital apabila ia dimasukkan ke dalam wad Kelas Dua dan dengan syarat ia ada mengemukakan satu surat pengenalan dari guru besarnya. Di mana pegawai berkehendakkan anaknya dirawat di dalam wad Kelas Satu, maka kadar bayaran seperti di Perintah Am 21 akan dikenakan sekiranya pegawai sememang berkelayakan untuk mendapat rawatan di Kelas Satu atau mengikut kadar untuk kanak-kanak yang bukan anak-anak pegawai sekiranya pegawai itu tidak berkelayakan bagi Kelas Satu. Kes pergigian (b) Bagi kes pergigian, peraturan yang sama seperti di (a) akan diikuti

Murid yang berkelayakan (c) Untuk tujuan Perintah Am ini, murid-murid sekolah yang boleh menerima faedah seperti di atas ialah mereka yang masih belajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah tetapi tidak melebihi tingkatan lima. Perlu mengemukakan surat pejabat 25. Tiap-tiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapat rawatan di klinik-klinik Kerajaan akan dikehendaki mengemukakan satu surat dari Ketua Jabatannya yang menyatakan tentang nama, jawatan dan gajinya, beserta dengan satu perakuan dari pegawai tersebut membenarkan Ketua Jabatannya memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perubatan kerana rawatan di hospital itu. Surat Ketua Jabatan hendaklah seperti dalam Lampiran D. Surat yang sama tentang butirbutir peribadi pegawai akan dikehendaki apabila keluarganya dimasukkan ke hospital. 26. Pembayaran bil-bil hospital pegawai akan dilakukan dengan pernotongan gajinya atau secara tunai. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memotong gaji seseorang pegawainya apabila dipinta berbuat sedemikian oleh Jabatan Perubatan. Bila bil-bil dikemukakan hanya apabila pegawai telah keluar dari hospital sahaja, maka pegawai perubatan yang menjaga hospital boleh, mengikut budibicaranya, menimbangkan rayuan dari pegawai yang meminta menunaikan bil-bilnya secara bulanan sekiranya pegawai tersebut dapat menunjukkan kesusahan kewangan kepadanya yang akan disebabkan oleh pembayaran sekali gus itu. Perlantikan Sebagai Pegawai Pakar. (46). 27. (a) Ketua Pengarah Kesihatan, dengan nasihat tiga orang pegawai pakar yang dipilih olehnya atau oleh sebuah Jawatankuasa Khas Perubatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan yang sama, boleh melantik pegawai-pegawai perubatan sebagai pegawai pakar jika mereka memenuhi syarat-syarat di (b). Semua perlantikan yang sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta Kerajaan. (b) Seseorang pegawai perubatan tidak akan dilantik sebagai pegawai pakar melainkan apabila jawatan yang dipegangnya itu memerlukan penjalanan tugas-tugas pakar dan (i) dia mempunyai kelayakan-kelayakan ilmiah atau ikhtisas yang diakui serta pengalaman-pengalaman yang memuaskan hati Ketua Pengarah Kesihatan; atau

(ii) dia telah menjalankan tugas-tugas pakar yang memuaskan bagi satu jangka masa yang panjang. Rawatan Untuk Kakitangan Jabatan Perubatan. 28. (a) Semua pegawai-pegawai yang dilantik khas untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan yang bukan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan gunasama seperti yang ditakrifkan dalam Bab A, Perintah-perintah Am, yang berkhidmat di dalam Jabatan Perubatan atau Kesihatan, akan dikecualikan daripada membayar apa-apa bayaran hospital melainkan bayaran bagi penggunaan ambulan. Kemudahan-kemudahan yang sama akan juga diberi kepada kakitangan-kakitangan mana-mana hospital universiti atau hospital tentera di Malaysia di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan. Kemudahan Percuma Selepas Bersara. (b) Kemudahan-kemudahan ini akan diteruskan kepada mereka setelah mereka bersara dengan syarat bahawa mereka telah disarakan dalam keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga Perubatan. Pesara-pesara boleh dikehendaki mengemukakan bukti dari Jabatan Perubatan tentang kelayakan mereka menerima faedah di bawah Perintah Am ini. Tiada Kemudahan Percuma Kepada Keluarga. (c) Walau bagaimanapun, keluarga-keluarga pegawai di (a) akan terus dikenakan bayaranbayaran hospital yang serupa dengan keluarga pegawai-pegawai Kerajaan yang lain. Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Kerajaan. 29. (a) Seseorang calun yang telah berjaya mendapat jawatan dalam sebarang perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital. Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Untuk Berkursus (b) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh Kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila ini disyaratkan oleh universiti, yayasan, penganjur atau negeri tempat berkursus itu. Pemeriksaan Kesihatan Keluarga Pegawai Untuk Belajar (c) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana-mana yayasan pelajaran akan dikenakan bayaran

pemeriksaan kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian. Rawatan Percuma Untuk Pelatih. 30. Seseorang pelatih yang sedang mengikuti sebarang kursus di mana-mana yayasan latihan yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan, seperti di sekolah-sekolah jururawat, boleh diberi rawatan percuma serta pengecualian bayaran wad Kelas Dua apabila dimasukkan ke dalam hospital. Mereka juga boleh diberi rawatan percuma sebagai pesakit luar. Syarat mendapat rawatan 31. (a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan rawatan perubatan hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa pegawai perubatan menjalankan tugastugasnya dan di dalam waktu-waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam kes-kes di mana seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri atas sebab-sebab kesihatan atau atas sebab-sebab kesakitan yang tenat, barulah pegawai perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya. Atas budibicara pegawai perubatan sendiri, bayaranbayaran tertentu kerana lawatan itu boleh dikenakan yang lazimnya tidak akan lebih daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut kelayakan pegawai itu. Mesti hadir hospital bila diarah (b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah masuk atau hadir untuk rawatan di hospital bila diarahkan sedemikian oleh pegawai perubatan jika ia hendak terus mendapat ubat-ubat, bantuan dan rawatan perubatan. Surat ubat 32. Ubat-ubat dan perbekalan-perbekalan ubat tidak akan dikeluarkan secara percuma atau pun secara bayaran kepada mana-mana pegawai atau keluarganya melainkan dengan dikemukakan suratubat dari seorang pegawai perubatan atau dari seorang doktor prevet. Suratubat yang dikeluarkan oleh seseorang doktor prevet hendaklah terlebih dahulu di lihat dan ditandatangani oleh seorang pegawai perubatan sebelum boleh dipenuhi. Ubatubat hanya akan dikeluarkan sekali sahaja bagi tiap-tiap satu suratubat, melainkan jika ada dinyatakan sebaliknya di dalam suratubat tersebut oleh pegawai perubatan atau doktor prevet. 33. Seseorang pegawai perubatan, atas budi bicaranya sendiri dan tertakluk kepada kepentingan hospital, boleh membenarkan penggunaan sesebuah ambulan untuk

membawa seseorang pegawai atau keluarganya yang tiada harapan hidup lagi dari hospital ke rumahnya apabila permohonan dibuatnya sendiri atau oleh saudara maranya yang rapat. Bayaran batu perjalanan bagi penggunaan ambulan adalah seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Related Documents

Perintah Am Bab F
May 2020 24
Perintah Am Bab D
May 2020 23
Bab G Perintah Am
June 2020 20
Perintah Am Bab C
May 2020 18
Perintah Am Bab E
May 2020 7
Perintah Am Bab D
May 2020 12