PERINTAH-PERINTAH AM Bab C CUTI
PERINTAH-PERINTAH Am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132 dalarn Perlembagaan. [Berkuatkuasa mulai dari 1hb Januari, 1974]
1 .
Dalam bab ini:
Tafsiran.
(i) "Cuti" bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja; rehat" (ii) "Cuti bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari
bulan Januari hingga Disember; sakit" (iii) "Cuti bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh; (iv)
"Ketua Jabatan" bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan , mengikut mana yang berkenaan;
(v)
"Kuasa Tertentu" bermakna
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mana yang berkenaan; (vi) "Pegawai Bersama Negeri" bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatanjabatan Persekutuan dalam Negeri yang berkenaan; (vii) "Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan" bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaan Negeri; (viii) "Pegawai Persekutuan" bermakna pegawai yang
dilantik ke dalam manamana perkhidmatan Persekutuan; (ix)
"Perkhidmata n yang melayakkan" bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guruguru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar;
(x) "Seanak saudara" bermakna adek beradek, ibu bapa dan lainlain saudara mara yang rapat kepada
pegawai; Sakit" (xi) "Sijil bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintahperintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan. Dasar cuti rehat
Kehenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia.
2. (a) Adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan, seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawah jagaannya. (b) Seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan. I. KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUS CUTI
Kelas pegawai.
3. (a) Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawaipegawai, mereka adalah dibahagikan seperti berikut: Kelas A
...
Pegawai-pegawai yang lain daripada pegawai yang disebutkan dalam Kelas B.
Kelas B
...
Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan yang berikut-
pegawai-
Perkhidmatan-
dalam Perkhidmatan (i) Pegawai-pegawai Pelajaran yang menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 48; dan Penjara seperti (ii) Pegawai-pegawai ditafsirkan dalam Perintah Am 58. Pegawai Kontrek
Kuasa melulus Kuasa Tertentu (5).
yang
(b) Pegawai-pegawai dalam kontrek akan berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat dalam kontrek mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam kontrek mereka, pegawai-pegawai kontrek boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan. 4. Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai, Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa melulus cuti yang lain seperti yang dinyatakan diruangan dua: I
II
Pegawai Memohon Cuti
Kuasa Tertentu
(1) Pegawai-pegawai Persekutuan dan pegawaipegawai dalam perjawatan Persekutuan yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
(2) Pegawai-pegawai dalam Per-jawatan Persekutuan yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dengan syarat bahawa pandangan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dipertimbangkan).
(3) Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri
Setiausaha Negeri.
(4) Pegawai-pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan.
Setiausaha Kerajaan Negeri (dengan syarat pandangan Ketua Jabatan Persekutuan telah di pertimbangkan).
Kerajaan
5. (a) Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Kuasa Ketua Jabatan yang dimaksudkan adalah sebagai berikut : melulus: Pegawai Memohon Cuti
Ketua Jabatan
(1) Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawaipegawai yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan (baik pegawai-pegawai dalam Per-jawatan Persekutuan atau pegawai Bersama Negeri).
Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawaipegawai di bawah kuasa mereka.
(2) Pegawai-pegawai dalam per-jawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Ang- garan Negeri.
Ketua Jabatan Negeri.
(b) Bagi maksud (a) (1) dan (2) di atas, istilah "Ketua Jabatan" akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan pegawai di stesyennya. (c) Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan sendiri, maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya. Seseorang Ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.
BAHAGIAN SATU
KELAS A II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
Ketua Jabatan (6).
Ketua pejabat dsb., boleh beri cuti (6). Ketua jabatan memohon cuti (6).
6. Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakan: (i) cuti rehat;
Jenis cuti kerana perkhidmatan .
(ii) cuti separuh gaji; (iii) cuti tanpa gaji.
CUTI REHAT
7. Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja Cuti rehat dalam tahun itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua (8). Jabatan, melainkan dalam hal-hal pengumpulan cuti rehat luarbiasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu. 8. (a) Kadar cuti rehat yang seseorang pegawai itu berkelayakan Kadar cuti adalah mengikut maksima tanggagaji dan lama perkhidmatan seperti rehat. berikut:
CUTI DALAM SETAHUN Di bawah 10 tahun perkhidmatan
Lebih 10 tahun perkhidmatan
Melebihi $1,250 sebulan ... ...
25 hari
30 hari
Melebihi $600 hingga $1,250 sebulan
20 hari
25 hari
Melebihi $250 hingga $600 sebulan
15 hari
20 hari
Di bawah $250 sebulan ... ...
12 hari
15 hari
Maksima Tanggagaji
Naik tanggagaji / lebih 10 tahun khidmat. (9).
(b) Apabila seseorang pegawai dilantik atau dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang mempunyai tanggagaji yang lebih tinggi maksimanya, dan dengan itu mengubahkan hak cutinya mengikut kadar di (a) maka semua tempoh yang ia telah berkhidmat di atas tanggagaji yang rendah maksimanya dalam tahun itu akan dianggap sebagai perkhidmatan dalam tanggagaji yang bermaksima tinggi itu. Perkiraan yang sama hendaklah juga dibuat bagi tahun yang seseorang pegawai itu genap sepuloh tahun perkhidmatan yang
pertama. Mingguan tak masuk kira.(8).
(c) Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat bila jatuh dalam satu tempoh yang seseorang pegawai itu sedang bercuti rehat.
Cuti rehat tiada genap setahun perkhidmatan. (10).
9. (a) Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakan tidak genap satu tahun (umpamanya pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja di tengah tahun atau dia mengambil cuti yang tidak melayakan mendapat cuti rehat seperti cuti tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakan itu sahaia, dikira ke setengah hari yang berhampiran.
Pegawai akan berhenti kerja.
Pegawai akan bersara.
(b) Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tidak akan berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan yang melayakan sebelum tarikh akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan itu. 10. Seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sejurus sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Untuk tujuan Perintah Am ini, cuti rehat yang sesearang pegawai itu boleh mengambil hendaklah jangan melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira kebelakangan dari hari akhir perkhidmatannya itu.
Membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil.
11. Seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan membawa ke tahun hadapannya apa-apa baki cuti rehat yang diperolehi dalam tahun itu sahaja. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa kehadapan itu, tidak boleh dibawa lagi ke tahun yang berikutannya pula melainkan dalam keadaan seperti di Perintah Am 10.
Pengumpulan luarbiasa cuti rehat. (12).
12. (a) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut.
Bila pengumpulan bermula.
(b) Pengumpulan luarbiasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi.
Cuti luput bila tidak diambil.
(c) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga.