Isi kandungan
Penghargaan
CUTI Perintah-perintah am yang berikut ini telah dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. 1.TAFSIRAN Dalam bab ini : i.
“cuti” bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;
ii.
“cuti rehat” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember ;
iii.
“cuti sakit” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebabsebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima,dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh ;
iv.
“Ketua Jabatan” bermakna Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan ;
v.
“kuasa tertentu” bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau Setiausaha Kerajaan Negeri,mana yang berkenaan ;
vi.
“Pegawai Bersama Negeri” bermakna pegawai yang kena berkhidmat dengan Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan Persekutuan dan dalam Negeri yang berkenaan ;
vii.
“Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan” bermakna seorang pegawai yang kena berkhidmat dengan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan sebarang Kerajaan Negeri ;
viii.
“Pegawai Persekutuan” bermakna pegawai yang dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan Persekutuan ;
ix.
“Perkhidmatan yang melayakkan” bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas,cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar ;
x.
“sanak saudara” bermakna adik-beradik,ibu bapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada pegawai ;
xi.
“Sijil Sakit” bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah lembaga Perubatan (Perinath-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan ;
2. ( a ) dasar cuti rehat
adalah menjadi tujuan Kerajaan bahawa cuti rehat diambil pada tiap-tiap Tahun oleh pegawai-pegawai untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan,seberapa yang boleh,jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawah jagaannya. ( b ) Kebenaran Ketua Jabatan bercuti di luar Malaysia seseorang pegawai yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatannya atau dari Kuasa Tertentu jika ia seorang Ketua Jabatan.
I. KELAS PEGAWAI DAN KUASA MELULUS CUTI 3.
( a ) kelas pegawai
Untuk menentukan kelayakan-kelayakan bercuti pegawai-pegawai, mereka adalah dibahagikan seperti berikut : Kelas A - pegawai-pegawai yang lain daripada pegawai-pegawai yang disebutkan dalam kelas B. Kelas B – pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan—perkhidmatan Yang berikut : i. Pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang menjalankan tugas-tugas di sekolah-sekolah seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 48 ; dan ii. Pegawai-pegawai Penjara seperti yang ditafsirkan dalam Perintah Am 58. ( b ) pegawai kontrak Pegawai-pegawai dalam kontrak akan berkelayakan mendapat cuti mengikut syarat-syarat dalam kontrak mereka. Hanya di mana tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti dalam kontrak mereka, pegawaipegawai kontrak boleh diberi cuti atas kadar yang sama dengan pegawai-pegawai yang setaraf mengikut Kelas yang berkenaan. 3.
Kuasa melulus Kuasa Tertentu ( 5 ) Di mana dalam bab ini ada disebutkan Kuasa Tertentu sebagai kuasa yang boleh meluluskan cuti, maka Kuasa Tertentu itu adalah seperti dalam ruangan dua yang berikut. Bagi setengah-setengah pegawai; Kuasa Tertentu akan dikehendaki juga menimbangkan pandangan sebuah kuasa melulus cuti yang lain seperti yang dinyatakan di ruangan dua.
4.
( a ) Kuasa melulus : Ketua Jabatan ( 6 )
Di mana cuti-cuti boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan, maka Ketua Jabatan yang dimaksudkan adalah sebagai berikut : 1. pegawai memohon cuti Pegawai-pegawai Persekutuan dan semua pegawai-pegawai yang ditanggung di bawah Anggaran Persekutuan. Ketua Jabatan
Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan Persekutuan bagi sesuatu wilayah atau Negeri bagi pegawai-pegawai di bawah kuasa mereka. 2. pegawai memohon cuti Pegawai-pegawai dalam Perjawatan Persekutuan atau Pegawai Bersama Negeri yang ditanggung di bawah Anggaran Negeri. Ketua Jabatan
Ketua Jabatan Negeri ( b ) ketua pejabat dsb,. Boleh beri cuti ( 6 ) Bagi maksud ( a ) ( 1 ) dan ( 2 ) di atas, istilah “Ketua Jabatan” akan termasuk juga seorang Ketua Pejabat tempatan,yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang Kumpulan Pegawai di stesennya. ( c ) Ketua jabatan memohon cuti ( 6 ) Apabila pegawai yang memohon cuti ialah seorang Ketua Jabatan sendiri,maka kuasa yang boleh meluluskan cutinya hendaklah Ketua Perkhidmatannya. Seseorang ketua Perkhidmatan hendaklah memohon cutinya dari Ketua Setiausaha Negara.
BAHAGIAN SATU KELAS A I. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN 6. Jenis cuti kerana perkhidmatan Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakkan :
i. Cuti rehat ii. Cuti separuh gaji iii. Cuti tanpa gaji I.
CUTI REHAT
1.
cuti rehat (2)
Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan dalam halhal pengumpulan cuti rehat luar biasa yang akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu. 2.
(a) kadar cuti rehat Kadar baru Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam ( kecuali
Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Polis Diraja Malaysia ) yang dilantik mulai 1 September 2005. (b) Naik tanggagaji/lebih 10 tahun khidmat ( 3). – dibatalkan (c) Mingguan tidak masuk kira ( 2 ) Hari kelepasan mingguan dan hari cuti am tidak akan diambil kira sebagai cuti rehat bila jatuh dakam satu tempoh yang seseorang pegawai itu esedang bercuti rehat. 3.
( a ) cuti rehat tiada genap setahun perkhidmatan ( 4 ) Apabila dalam sesuatu tahun itu, perkhidmatan yang melayakkan tidak genap satu tahun (umpamanya pegawai itu masuk berkhidmat atau berhenti kerja di tengah tahun atau dia mengambil cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat seperti cuti tanpa gaji atau separuh gaji), maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja, dikira ke setengah hari yang berhampiran.
( b ) pegawai akan berhenti kerja Seseorang pegawai yang akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan tidak akan berkelayakan mengambil cuti rehat yang lebih daripada kadar bagi perkhidmatan yang melayakkan sebelum tarikh ia akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan itu. 4. pegawai akan bersara seseorang pegawai yang akan bersara boleh dibenarkan mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum ia bersara supaya cuti rehat itu tamat di hari akhir perkhidmatannya. Cuti rehatboleh diambil hendaklah tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkannya bagi tempoh perkhidmatan selama masa 24 bulan sebelum tarikh persaraannya, dikira belakang dari akhir perkhidmatannya itu. 5. membawa ke hadapan cuti yang tidak diambil seseorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti rehat oleh kerana kepentingan perkhidmatan, boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh 2 tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga itu. 6. ( a ) Pengumpulan luar biasa cuti rehat. Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawaai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan tidak melebihi jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut.
( b ) bila pengumpulan semula Pengumpulan luar biasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambilkira cuti rehat yang pegawai itu berkelyakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi. ( c ) Cuti luput bila tidak diambil Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga.
II.
CUTI SEPARUH GAJI
1. ( a ) Cuti separuh gaji atas sebab kesihatan sahaja Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gajikepada pegawai-pegawai atas hal-hal yang berikut sahaja : i.
dibatalkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/91 (SSB)
ii.
sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai itu.
( b ) Kadar cuti Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah senayak 30 hari bagi tiaptiap genap 30 tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. ( c ) bersalin tiada separuh gaji
Cuti separuh gaji tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin. ( d ) walau apapun perbekalan (a) di atas seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separu gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas sebab-sebab seperti di (a) (ii).
II.
CUTI TANPA GAJI
1. ( a ) Ketua Jabatan meluluskan cuti tanpa gaji Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawainya atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. i.
syarat minimum iaitu berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.
ii.
baki cuti tanpa gaji yang belum diambilboleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.
( b ) urusan sendiri di dalam Malaysia Diluluskan apabila pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada
6 bulan dan telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. ( c ) urusan sendiri di luar Malaysia Cuti pegawai itu boleh diluluskan jika ia mempunyai perkhidmatan terusmenerus tidak kurang daripada enam bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang berkelayakan. Cuti itu tidak boleh diambil sekali lagi sehingga selepas empat tahun cuti yang pertama itu dan layak untuk mengambil baki cuti tanpa gaji selagi tidak mencapai had maksimum. 2. Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab munasabah yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolument bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.
III. CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
➢ CUTI SAKIT ➢ CUTI SAKIT LANJUTAN ➢ CUTI PEMULIHAN DAN CUTI KERANTINA ➢ CUTI BERSALIN ➢ CUTI KECEDERAAN ➢ CUTI TIBI, KUSTA & BARAH
1. CUTI SAKIT