Perindustrian_2003

  • Uploaded by: N Marissa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perindustrian_2003 as PDF for free.

More details

  • Words: 827
  • Pages: 25
• Industri adalah satu segmen ekonomi yang menghasikan barangan. • Perkataan “industri” berasal daripada perkataan Latin iaitu “industrius” yang bererti tekun, rajin. • Industri adalah penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau perkhidmatan. • Istilah industri juga digunakan bagi suatu bahagian pengeluaran ekonomi yang memfokuskan kepada proses perkilangan atau pembuatan tertentu yang memerlukan modal yang besar sebelum boleh meraih keuntungan. Dalam hal ini lebih tepat disebut sebagai industri besar.

• Perindustrian pula merujuk kepada aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk perdagangan dan bukannya untuk kegunaan sendiri.

• Perindustrian biasanya dibahagikan kepada 3 jenis menurut saiz, nilai dan bentuk industri itu sendiri.

JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN

BERAT

PELANCONGAN

RINGAN

PERINDUSTRIAN BERAT • • •

 g) h) i) j) k)

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) CONTOH: membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

PERINDUSTRIAN RINGAN •

Terdapat 3 jenis perindustrian ringan: Industri Memproses

Industri Pembuatan

Industri Desa

Industri Memproses • Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. • Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. • Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk meningkatkan mutunya.  Contoh: • Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. • Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. • Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. • Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Pembuatan • Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). • Jenis perindustrian yang penting. • Kebanyakan industri seperti ini terdapat di kawasan pusatpusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. • Contoh: Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alat tulis dan lain-lain.

• Industri membuat tayar celup, komponen mesin, dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan. • Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

Industri Desa • Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. • Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia. • Dijalankan di rumah, atau kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. • Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. • Terkenal di Kelantan dan Sabah.  Contoh: a) Membuat tikar / bakul dari mengkuang, rotan atau buluh. b) Mengecap batik / tenun sutera. c) Membuat keropok ikan / udang. d) Barangan tembaga, tembikar, perak, dan ukiran kayu.

PERINDUSTRIAN PELANCONGAN • Industri paling popular di negara Malaysia. • Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Rantau Abang, Desaru dan sebagainya. • Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi, perkhidmatan turut berkembang. • Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program-program pelancongan di dalam dan di luar negeri.

8 FAKTOR 1.Modal: Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)

2.Sumber tenaga (air sungai): a)Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang. b)Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan mencukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

3.Banyak kemudahan asas: Perhubungan dan pengangkutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

4.Bekalan bahan mentah: Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

5.Pasaran: Meluas dan permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

6.Dasar kerajaan c) Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan. b) Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya: -Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas. -Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way. -Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang d) Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

7.Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

8.Sistem pengangkutan Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

Taburan Kawasan Perindustrian di Asia a. Jepun  kawasan perindustrian Keihin (Tokyo-Yokohama-Kawasaki)  kawasan perindustrian Chukyo (Nagoya)  kawasan perindustrian Hanshin (Kobe-Osaka-Kyoto)

b. China  Anshan-Fushun-Fuxin, Beijing dan Tianjin

c. Korea Selatan  Yosu - Masan, Pusan - Pohang

d. India  Lembah Damodar- Culcutta-Hooghly, Madurai - Bangalore, Bombay dan Poona

Perindustrian di Jepun •

Jepun merupakan negara perindustrian yang paling maju di Asia. Jepun adalah pengeluar utama kereta, kapal penumpang dan tangki minyak di dunia.

Faktor-faktor yang menggalakkan perindustrian di Jepun ialah : a. b. c. d. e. f.

sumber tenaga yang murah, iaitu tenaga hidroelektrik tenaga pekerja yang ramai dan mahir jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang padat dan lengkap etika pekerja yang baik pemindahan teknologi dari negara-negara barat polisi kerajaan yang menggalakkan perindustrian

More Documents from "N Marissa"

Pelaziman Klasik
June 2020 14
Teori Skinner
June 2020 12
Kb Alat Cort 1 2003
April 2020 14
Perindustrian_2003
April 2020 6