KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
PENDAHULUAN Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibubapa, suami isteri dan sebagainya antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan perhubungan dan juga melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu juga perlu peka dan prihatin
kepada
aspek-aspek
penting
yang
terkandung
dalam
pemantapan
perhubungan. Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan, berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan pasangan iaitu sebelum menjalinkan hubungan, semasa dan berikutnya bagaimana untuk menghadapi perpisahan atau mengendalikan perasaan apabila berakhirnya sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu perhubungan adalah juga satu komitmen – komitmen untuk sama-sama berusaha memahami di antara satu sama lain. Ramai yang tidak dapat melaksanakan komitmen ini dalam sebuah perhubungan yang kekal. Tanpa sebarang komitmen, tidak akan ada satu perhubungan yang sejati kerana hanya melalui ikatan cinta, kepercayaan dan rasa hormat akan wujud satu perhubungan yang kekal dan memuaskan.
1
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
DEFINISI KONSEP Menurut kamus dewan, ‘hubungan’ bermaksud sambungan, rangkaian, hasil berhubung, kaitan, pertalian dan sangkut paut. Manakala ‘rapat’ pula didefinisikan sebagai erat, karib, kuat dan teguh. Oleh itu, perhubungan rapat bolehlah didefinisikan sebagai kaitan atau pertalian yang sangat erat dan karib. Berdasarkan definisi tersebut, perhubungan yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini adalah berkaitan perhubungan dalam konteks keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup. Menurut Susan S. Hendrick (1995), ‘The multidisciplinary area of close relationships includes research from psychology, sociology, communications, family studies and other disiplines and is concerned with interpersonal relationships that can be considered close or personal (for example, romantic relationships, friendships, workplace relationships). Dalam Robert S. Feldman (1998), menurut ahli Psikologi Sosial Sharon Berhm (1992), perhubungan rapat juga merujuk kepada perhubungan intim yang sekurang-kurangnya mempunyai 3 faktor iaitu lekatan emosi, keperluan untuk memenuhi kehendak dan kebergantungan. Menurutnya lagi, close relationhips (perhubungan rapat) merujuk kepada perhubungan intim yang disifatkan sebagai memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada sifat tersebut iaitu emotional attachment, need fulfillment, dan interdependence. Emotional attachment atau lekatan emosi ialah perasaan positif terhadap seseorang walaupun kadang-kala negatif. Apabila seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan terhadap individu tersebut. Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan ketika bercuti semester kita akan merinduinya. Interdependence atau kebergantungan merupakan tahap yang saling mempengaruhi dan menyertai beberapa aktiviti serta mereka akan merasa seronok dengan aktiviti tersebut. Contohnya apabila seorang anak kecil, ia memerlukan tahap pergantungan terhadap kedua ibu bapanya untuk memenuhi keperluan keselamatan. Need fulfillment atau keperluan untuk memenuhi atau dipenuhi kehendak oleh individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan kita. Sikap dua orang individu berfikir secara bersama, secara tidak langsung mereka saling bergantung dan akan mewujudkan satu perhubungan. Sebagai contoh, kita akan cuba memenuhi kehendak kedua ibubapa dengan rajin belajar dan bertingkah laku seperti yang diasuh mereka. Manakala dalam masa yang sama kita juga mempunyai perasaan ingin
2
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
dipenuhi kehendak, contohnya jika kita ingin mendapatkan sesuatu kita akan meminta ibubapa memenuhinya begitu juga sebaliknya.
Peringkat-peringkat Perhubungan
Mengikut ahli psikologi George Levinger, perhubungan dianggap bukan sahaja merujuk kepada perkara yang spesifik (contoh perhubungan antara rakan, kekasih dan saudara mara) tetapi yang juga mendasari tahap perhubungan. Beliau menjelaskan terdapat tiga tahap perhubungan asas iaitu :
Peringkat Kesedaran (Awareness) Sesesorang individu yang menyedari terdapat individu lain contohnya seseorang yang dilihat dalam bilik kuliah . Seseorang itu mungkin membentuk satu impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka.
Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact) Peringkat ini merupakan kontak-kontak permulaan di antara dua individu yang belum saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga termasuk interaksi yang berulang-ulang yang berlandaskan peranan seperti interaksi perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja bawahannya.
Peringkat Saling Membalas (Mutuallity) Iaitu peringkat di mana terdapatnya kontak-kontak perhubungan yang semakin kerap. Interaksi di antara individu lebih bersifat peribadi dan hubungan yang saling bergantung lebih mendalam. Dalam peringkat ini juga individu akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain serta norma peribadi yang mana secara tidak rasmi mengawal perhubungan mereka.
Dalam peringkat ini juga ia dipecahkan kepada tiga iaitu minor intersection (persilangan kecil), moderate intersection (persilangan pertengahan), dan major intersection (persilangan utama). Dalam minor intersection, iaitu peringkat awal di mana
3
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
seseorang itu merasa ragu-ragu untuk memdedahkan maklumat mengenai diri sendiri. Moderate intersection merupakan langkah pertengahan dalam perhubungan apabila self disclosure meningkat. Manakala major intersection yang merupakan langkah dalam perhubungan yang disifatkan lebih kuat dan rapat. Dalam communal relationship (kegunaaan bersama), dalam perhubungan ini seseorang itu akan merasa saling bertanggungjawab dan menyediakan faedah berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Sebagai contoh, kita memberi bunga kepada jiran kita tetapi kita tidak mengharapkan pembalasan. Sebaliknya kita inginkan harga sebuah persahabatan di sebalik pemberian itu. Communal relationships ini biasanya berlaku kepada pasangan romantik, ahli keluarga dan rakan-rakan. ASPEK UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERHUBUNGAN RAPAT i. Membina hubungan
Knapp(1984) telah menulis satu analisis lengkap mengenai tahap-tahap membangun, mengalami dan mengakhiri hubungan, dan jenis komunikasi pada setiap tahap hubungan tersebut. Tahap-tahap dalam membina hubungan meliputi tahap memulai (Initiating) merupakan usaha-usaha yang sangat awal yang kita lakukan dalam percakapan dengan seseorang yang baru kita kenal. Tujuannya adalah untuk mengadakan kontak dan menyatakan minat.Tahap kedua ialah tahap di mana membincangkan topik-topik percakapan untuk mengenal diri orang lain. Tahap ini adalah cara yang aman untuk mengetahui persamaan dan perbezaan-perbezaannya. Pada tahap ini kita terus menerus mencari cara-cara membangun beberapa kepentingan yang sama. Adalah jauh lebih mudah untuk berbual dengan seseorang bila kita mengetahui kita mempunyai suatu persamaan dan perbualan juga lebih menyenangkan. Setiap komitmen pada tahap ini umumnya sangat terbatas. Biasanya hubungan masih bersifat sambil lalu dan santai. Tahap penggiatan (Intensifying) merupakan tahap awal keintiman, berbagai informasi peribadi, dan awal pengetahuan yang lebih banyak dikumpul. Tahap ini merupakan tahap yang banyak perubahan dalam perilaku komunikasi, baik komunikasi
4
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
verbal ataupun komunikasi nonverbal, yang terjadi ketika kenalan menjadi teman akrab. Seterusnya tahap pengintegrasian (Integrating) terjadi apabila dua orang mulai menganggap diri mereka sendiri sebagai pasangan. Pada tahap itu pasangan tersebut aktif memupuk semua minat. Sikap dan kualiti menampakkan mereka unik sebagai pasangan. Tahap kelima pula ialah tahap pengikatan (Bonding) adalah tahap yang lebih formal atau ritualistik. Ia adalah berbentuk pertunangan atau perkahwinan, namun “berhubungan tetap” juga merupakan suatu bentuk pengikatan. Pasangan tersebut sepakat untuk menerima segala tanggung jawab atau norma yang mengatur hubungan mereka. ii. Cinta Segi Tiga Sternberg Menurut Sternberg (1986) kefahaman konsep cinta dapat dilihat berdasarkan tiga komponen yang membentuk Model Segi Tiga Cinta Sternberg. Model Segi Tiga Cinta Sternberg (1986) melihat bagaimana ketiga-tiga komponen ini saling bergabung hingga melahirkan beberapa bentuk perhubungan percintaan. Komponen pertama ialah keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu. Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagiaan pasangan masing-masing. Di sini kedua-dua
belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan
emosi dan terlibat dalam komunikasi yang intim. Komponen kedua melibatkan nafsu ghairah yang merangkumi cumbuan, penarikan fizikal dan perhubungan seksual antara kedua-dua belah pihak. Sternberg (1986) juga menegaskan perkara-perkara lain yang membentuk nafsu ghairah ialah harga diri, penampilan, dominan dan submisif. Komponen ketiga pula melibatkan aspek komitmen sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Komitmen jangka pendek memperlihatkan
apabila
seseorang
mengambil
keputusan
untuk
mencintai
pasangannya. Manakala komitmen jangka panjang memperlihatkan usaha untuk mengekalkan perhubungan percintaan yang sedia ada. Sternberg (1986) cuba menerangkan cinta segi tiga dalam dua keadaan yang berbeza. Pertama, cinta berbeza daripada segi keamatannya yang boleh digambarkan dalam bentuk saiz segi tiga. Semakin besar saiz segi tiga , semakin tinggi keamatan perasaan cinta. Bentuk segi tiga juga memperlihatkan sejauh mana keseimbangan
5
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
percintaan itu. Kepentingan ketiga-tiga aspek ini iaitu saiz, keamatan
dan
keseimbangan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Misalnya nafsu ghairah memainkan peranan yang penting dalam percintaan jangka pendek. Sementara keintiman dan komitmen diperlukan dalam corak perhubungan percintaan jangka panjang. Ketiga-tiga komponen ini berada pada tahap keseimbangan apabila kesemua komponen ini berada dalam saiz lebih kurang sama. Ketidakseimbangan berlaku apabila satu daripada komponen itu berbeza dengan dua komponen yang lain. Suka=Keintiman
Cinta suci Cinta romantik Cinta sempurna
Cinta kosong cinta bodoh Cinta Berahi
Rajah: Cinta Segi Tiga Sternberg
6
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
iii. Cinta Passionate dan Companionate Beberapa ilmuwan sosial telah berupaya membezakan jenis-jenis cinta. Salah satu perbezaan yang paling banyak diterima adalah antara cinta passionate dan cinta companionate. Cinta passionate didefinisikan sebagai keadaan emosional yang kuat di mana “kehangatan dan perasaan seksual, elasi dan nyeri, kecemasan dan peredaan, altruisme dan cemburu berada bersama-sama dalam suatu campuran perasaan” (Berscheid & Walster, 1978). Telah diduga bahawa pengalaman cinta passionate menggabungkan rangsangan fisiologi dengan persepsi bahawa rangsangan ditimbulkan oleh orang yang dicintai (Berscheid &Walster). Pokok utama dari hubungan romantis adalah cinta yang membara (passionate love). Cinta seperti ini dapat dilihat oleh kecenderungan untuk terus menerus tidak dapat melupakan pasangannya, baik dalam fikiran, ucapan mahupun perbuatan. Sasaran cinta juga dinilai selalu positif dan sempurna. Cinta yang membara juga dilihat dengan adanya hasrat seksual, mudah terangsang secara fizikal, selalu ingin bersama, tidak mahu memikirkan perpisahan dan selalu ingin berbalas cinta (Hatfield, 1988). Sebaliknya cinta companionate didefinisikan sebagai “kasih sayang yang kita rasakan terhadap mereka yang sangat terlibat dalam kehidupan kita”. Karakteristik cinta companionate adalah saling percaya, memperhatikan, toleransi terhadap kelemahan dan kekurangan pasangan, dan suasana kasih sayang yang sentiasa dibajai. Companionate love dikenali sebagai cinta karib yang berjangka waktu lebih lama. Jenis cinta ini tidak membara, tidak dihiasi dengan lagu-lagu atau puisi-puisi mesra, tetapi memang berjangka panjang. Pasangan yang sudah terlibat dengan jenis cinta ini merasa sangat dekat, banyak persamaan, saling memperhatikan kesihatan masingmasing, saling mengungkapkan perasaan suka dan saling menghargai (Caspi & Herbener, 1990). Kesimpulanya, cinta passionate dikesan dengan adanya emosi yang kuat dan seringkali bertentangan, sedangkan cinta companionate diwarnai oleh kepercayaan, perhatian, bertoleransi terhadap kelemahan pasangan, dan nada emosional kehangatan dan kasih sayang. Walaupun cinta passionate semakin melemah dengan peredaran waktu dalam hubungan jangka panjang, potensi untuk emosi yang kuat malahan meningkat. Tetapi kerana pasangan companionate menjadi sangat sepadan di dalam kehidupan seharian, frekuensi emosi sebenar cukup kuat.
7
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
iv. Pelangi Cinta Selain daripada cinta passionate (cinta membara) dan cinta companionate (cinta karib), masih terdapat lagi beberapa jenis cinta. Menurut Hendrick & Hendrcck, 1986 menyatakan bahawa terdapat 6 jenis cinta. Antaranya jenis cinta eros, storge, ludus, mania, pragma, dan agape. Jenis cinta eros
bermaksud iaitu cinta membara
(passionate love) yang mempunyai ciri-ciri seperti saling tertarik dan sering berjumpa. Cinta storge ialah cinta karib (Companionate love) yang mempunyai ciri seperti persahabatan mendalam, tidak emosional, dan tidak misteri. Manakala cinta ludus ialah cinta main-main yang mempunyai dua teman dan mereka tidak boleh saling berjumpa. Jenis cinta mania pula ialah cinta yang posesif iaitu menuntut yang mempunyai ciri seperti tidak akan berasa senang hati sekiranya pasangannya berada bersama dengan orang lain. Cinta pragma ialah cinta logika yang mempunyai ciri seperti mencintai seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Manakala jenis cinta agape pula ialah cinta yang tidak mementingkan diri sendiri yang mempunyai ciri seperti lebih baik saya yang menderita daripada dia.
v. Prototaip Skema individu mengandungi prototaip iaitu representasi abstrak tentang sifat semulajadi seseorang yang dikaitkan dengan jenis personaliti percintaan. Memahami konsep cinta adalah mengenalpasti sifat serta daya tarikan interpersonal
dan
mengenalpasti konsep dan takrifan cinta. Sebagai contohnya, ahli psikologi Beverley Fehr dan James Russell memahami percintaaan dari perspektif prototaip. Terdapat 20 jenis percintaan yang meliputi cinta kepada ibu bapa, persahabatan, romantik, adikberadik dan lain-lain lagi. Terdapat tiga cadangan asas dalam memahami cinta. Menurut pakar psikologi sosial Arthur Aron and Lori Westbay, prototaip cinta mengandungi komponen penuh semangat, kekariban, dan komitmen. Dengan adanya analisis prototaip cinta, kita dapat mengetahui kategori jenis cinta. Deaux & Wrightsman (1988) berpendapat individu akan menggunakan prototaip pada paras yang mana dapat memberi perbezaan yang ketara antara konsep. Apa yang penting kita akan menentukannya pada tahap mana prototaip ini penting dalam persepsi individu.
8
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Prototaip ( model contoh) 20 jenis percintaaan Jenis-jenis cinta Ibu cinta Cinta ibu bapa Persahabatan Adik perempuan Cinta romantic Cinta adik lelaki Cinta keluarga Cinta adik beradik Cinta(affection) Cinta komitmen Cinta pada manusia Cinta ketuhanan Cinta passionate Cinta platonic Cinta diri Cinta seks Cinta patriotik Cinta kerja Cinta puppy Cinta gila-gila
Prototaip 5.39 5.22 4.96 4.48 4.76 4.74 4.74 4.73 4.60 4.47 4.42 4.27 4.00 3.98 3.79 3.76 3.21 3.14 2.98 2.42
Sumber:Adapted from Fehr & Russell, 1991
PELBAGAI HUBUNGAN Keluarga Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’. Kamus Dewan, 1994 mencatitkan definisi keluarga sebagai seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak. Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan. Daripada perspektif Islam, keluarga adalah satu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah
9
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari semasa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997). Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan
kepada keluarga nuklear. Ianya
mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family) – Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996) Tujuan utama sesebuah keluarga terbentuk adalah untuk mencari kebahagiaan. Secara ringkasnya, kebahagiaan adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan, kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendaan. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat. Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut Khawari dan Khawari (1989), “ One secret of a sucessful family is its ability to solve problems together. But even more important is learning how to foster those positive conditions that prevent problems from arising in the first place”. Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997). Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga telah menganggu proses mencapai kebahagian berkeluarga.
Sesebuah keluarga yang rapat salah satu faktor berikut mestilah dipenuhi sekurang-kurangnya satu seperti pergantungan emosi yang positif iaitu selalu mempunyai perasaan-perasaan positif kepada orang lain dalam ahli keluarganya. Selain itu, ia dilihat memenuhi keperluan iaitu pasangan bersedia untuk membantu memenuhi keperluan iaitu pasangan bersedia untuk membantu memenuhi keperluan psikologikal dan fizikal. Ketiga adalah saling mempengaruhi dan mempunyai tahap kekerapan yang
10
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
tinggi bersama dalam kebanyakkan aktiviti hubungan sosial, ini dapat dibuktikan melalui contoh dalam pepatah melayu yang berbunyi “bapa borek anak rintik” . Hubungan ibu bapa dengan anak mengikut O’Learly (1995) telah menyatakan bahawa kepentingan disiplin dalam penjagaan anak-anak. Penjagaan yang berbentuk autotarian , terlalu berlemah lembut atau tidak konsisten akan melahirkan individu yang delikuen dan agresif. Ibu bapa dikatakan sentiasa mengalami kebimbangan di saat anaknya melawati zaman remaja. Satu daripada sebabnya, anak-anak pada peringkat ini tidak menerima kewujudan ibu bapa ini biasanya terjadi oleh anak-anak yang suka memberontak.Ini berlaku disebabkan anak pada ketika ini mengalami konflik untuk mencari identiti sendiri. Kebanyakkan remaja mempunyai perasaan sangat positif kepada ibu bapa tetapi kurang rapat dan kurang bergantungan dengan ibu bapa jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak. Manakala bagi hubungan adik beradik pula menurut Stocken dan Mchale,(1992) pula menyatakan perhubungan kasih sayang antara adik beradik wujud dan terbina jika hubungan dengan ibu bapa juga mesra dan saling memahami. Manakala Rosenhal (1992) pula menyatakan hubungan rapat semasa kanak-kanak terbentuk dan agak renggang apabila melalui zaman remaja ini berlaku disebabkan mereka telah mula mempunyai kawan tersendiri dan inginkan kebebasan. 80% kanak-kanak di dunia ini mempunyai bilangan adik beradik lebih atau sekurang-kurangnya dua orang adik beradik. Interaksi sesama adik beradik adalah asas pembelajaran dan latihan kemahiran interpersonal. Adik beradik selalunya mempunyai perasaan bercampur aduk terhadap satu sama lain seperti benci kasih sayang, persaingan, permusuhan dan lain-lain lagi. Pada peringkat dewasa dan pertengahan umur ia kembali rapat dan mesra.
Suami Isteri
Dalam perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa tujuan berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan ketenangan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud:
11
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. ” Surah Ar-Rum (30):21 Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai jika perkahwinan hanya berasaskan kepada hawa nafsu semata-mata. Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana. Bagi membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan tanggujawab yang mana isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga manakala isteri berperanan sebagai pembantu. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk berkorban kerana kebahagiaan keluarga juga merupakan salah satu daripada tugas yang wajib dipatuhi selain memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan ancaman di samping memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan minuman, pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai. Suami juga dimestikan untuk menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau dengan jiran tetangga dan sahabat taulan. Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan tugas-tugas dan tanggungjawab isteri ialah wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami. Selain itu tugas isteri juga ialah untuk menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta suaminya dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga. Menjaga anak-anak dengan sempurna dan sewajarnya menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai tugas ibu yang penyayang dan bertanggung jawab. Selain itu tanggung jawab isteri yang paling jelas adalah untuk menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teratur mengendalikan kerja-kerja rumah termasuk sekitarnya.
12
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Hubungan Kehidupan Dalam Perkahwinan Perkahwinan merupakan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh pasangan baru. Si suami menganggap isteri adalah intan permata yang sangat berharga dan begitulah sebaliknya. Perkahwinan adalah ikatan yang akan membuahkan rasa kecintaan bahkan saling bekerjasama dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengharapkan satu perkahwinan yang kekal dan bahagia di sepanjang hayatnya. Kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga adalah kunci untuk mencapai setiap kejayaan. Rumah merupakan syurga permulaan untuk membentuk satu keharmonian dan kedamaian mental. Ini memerlukan setiap pasangan dalam rumah untuk saling hormat menghormati, bertanggungjawab dan menyayangi antara sesama ahli keluarga. Di antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan apabila sesebuah perkahwiana itu didirikan . salah satu daripadanya adalah menyediakan nafkah termasuklah tempat tinggal bersama iaitu rumah yang selesa dan aman. Selain rumah keperluan asas hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami. Suami berkewajipan menahan diri daripada menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudaratkan isteri tanpa sebarang sebab. Namun hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa setiap perkahwinan tidak semua mencapai kebahagiaan ada juga di antara tika waktunya berlaku sedikit perselisihan rumahtangga. Ia juga merupakan asam garam sebuah kehidupan yang tidak dapat dipisahkan ada segelintir individu yang bahagia dan gembira dengan perbalahan. Walaubagaimana jika persengketaan yang kecil ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. Masalah perselisihan faham sering terjadi di antara suami isteri akibat kurang berkemahiran berkomunikasi. Apabila timbul sebarang konflik dalam rumahtangga, seringkali kata-kata kesat dan negatif yang diucapkan untuk tujuan
menyakitkan hati dan masing-masing ingin
menunjukkan superioritinya. Ia merupakan leteran, serangan lisan terhadap trait-trait personaliti pasangan atau kegiatan pasangan. Campur tangan ibu bapa mertua dalam urusan rumahtangga anak dan menantu juga boleh membawa satu hubungan yang tidak menyenangkan antara suami dan isteri. Perbandingan antara suami dan isteri, perbandingan antara menantu, campur tangan kuasa dalam keluarga atau memandang
13
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
rendah akan menyebabkan jiwa suami akan tertekan dan ini akan menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara suami dan isteri. Hidup berumahtangga memerlukan banyak komitmen – dari segi kewangan, psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat perkahwinan dan keibubapaan. Oleh itu setiap pasangan perlu memberi masa dan peluang yang mencukupi untuk mengenali dan memahami diri masing-masing. Komunikasi adalah alat yang berkesan untuk menyemai rasa saling hormat dan memahami. Mesti wujud perbincangan mengenai apa yang masing-masing harapkan dan rancangan mereka untuk masa depan dan bagaimana masing-masing boleh memainkan peranan untuk mencapai satu tujuan yang sama. Bagi suami isteri, kemahiran berkomunikasi adalah elemen yang terpenting. Mereka mesti mencari peluang untuk berbual-bual dan mendalami perasaan masing-masing. Dengan mendalami perasaan mereka membuka ruang untuk mengenali lebih mendalam antara mereka, membuat keadaan hidup bersama menjadi lebih baik dan ceria seterusnya memperbaiki perhubungan mereka. Contohnya dalam sebuah keluarga, mesti ada satu masa untuk semua ahli berkumpul bersama seperti waktu makan malam dan bersolat jemaah. Kesempatan yang ada ketika berjumpa dapatlah dimanfaatkan dengan berbual dan berkongsi pendapat antara suami isteri dan seterusnya ahli keluarga tersebut.
Teman Hidup Teman hidup mengikut kamus dewan ialah seseorang sebagai pelengkap hidup. Orang yang dijadikan pasangan hidup samaada lelaki atau perempuan. Ciri-ciri umum teman hidup ialah boleh dijadikan sebagai ganti ibu ayah . Sanggup melindungi pasangan mereka daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa. Mempunyai penuh kepercayaan kepada pasangan dan tidak mudah bersangka buruk. Kesamaan dari segi kepercayaan, sikap, nilai, minat, latarbelakang dan personaliti. Wujud perhubungan yang mesra antara pasangan yang diiktiraf sebagai teman hidup. Sanggup mengharungi pahit manis hidup bersama dengan teman hidup mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Faktor-faktor peribadi yang harus ada pada diri pasangan
teman hidup
kesamaan dalam prinsip pemadanan. Pasangan ini biasanya mempunyai ciri sosial dan fizikal secara relatifnya sama.
Sistem keperluan komplementari, memilih pasangan
14
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
yang bukan dari kelompok sendiri. Ini kerana keduanya mempunyai keperluan masingmasing. Contoh, ada individu yang bersifat lembut memilih pasangannya yang lebih berani. Tetapi ciri ini agak kabur kerana gagal memberi satu gambaran yang jelas kerana ada juga individu yang suka mencari pasangan yang sama kelompok. Kecerdikan di kalangan wanita merupakan faktor yang terpenting dalam menentukan individu lain tertarik kepadanya terutama bagi yang berlainan jantina. Ciri-ciri yang menyenangkan iaitu mempunyai trait personaliti yang positif terhadap pasangan. Kedekatan, kita cenderung untuk menyukai atau tertarik dengan individu yang lebih dekat dari segi jaraknya dengan kita. Faktor-faktor tarikan dalam memperolehi teman hidup ialah tarikan antara peribadi iaitu berdekatan. Jarak fizikal yang wujud antara keduanya. Manusia lazimnya menjalinkan sesuatu hubungan dengan individu yang dekat dengannya. Contoh, sekampung, sekolej, sekerja dan sebagainya. Persamaan dari segi umur, bangsa, kaum, agama juga merupakan faktor dalam menentukan teman hidup. Keadaan emosi juga penting untuk kita memulakan sesuatu persahabatan terlebih dahulu dengan orang yang kita hendak kenali. Samaada pada ketika itu kita dalam keadaan gembira atau duka atau marah memainkan peranan dalam menentukan mood untuk kita lebih mengenali seseorang. Penilaian yang dilakukan oleh persepsi individu berkenaan ke atas dirinya. Ini juga dikenali sebagai timbal balik atau respon kepada sesuatu tindakan.
Kekasih Dalam sesuatu hubungan rapat, mungkin seringkali kita tertanya-tanya sama ada kita sedang bercinta atau hanya mempunyai perasaan sebagai sahabat karib sahaja. Lazimnya jikalau seseorang itu dilamun percintaan, ia akan dapat membezakan perasaannya tetapi kekeliruan wujud jikalau mereka tidak akui kewujudan perasaan tersebut. Hubungan kasih atau cinta merupakan satu perasaan atau keadaan emosi yang tegang kerana individu yang dilamun perasaan kasih akan sentiasa memikirkan temannya. Ia merupakan satu fenomena ganjil yang dialami oleh manusia, walaupun sekali dalam seumur hidupnya. Pelbagai lagu, syair, puisi dan drama memaparkan tentang percintaan, masalah serta pergolakan yang dialami oleh pasangan kekasih. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan kasih itu dalam sesuatu masyarakat itu. Seperti hubungan mesra, percintaan juga didorong oleh beberapa faktor. Sebagai contoh, kecantikan dari persepsi seseorang itu tentang teman yang dikasihinya,
15
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
kedekatan fizikal yang selalu menyebabkan pertemuan antara dua insan itu, umur yang sama, faktor-faktor persamaan lain seperti bangsa, agama dan lain-lain dapat mendorong tercetusnya perasaan kasih atau cinta. Sternberg (1986) mengatakan bahawa ada lapan bentuk dan jenis cinta yang dialami oleh manusia. Ia adalah seperti cinta berahi, cinta bodoh, cinta sempurna, cinta sahabat, cinta romantik, cinta kosong, perasaan suka dan tiada cinta langsung. Cinta romantik umpamanya mempunyai komponen intim dan berahi tetapi tidak ada keterlibatan di antara kedua-dua individu berkenaan. Bagi cinta kosong, hanya terdapat keterlibatan sahaja tanpa dua perasaan yang lain. Jikalau individu itu hanya suka sahaja kepada seseorang itu maka perasaan intim itu sahaja wujud. Akhir sekali, jikalau tiada perasaan yang wujud langsung dalam diri seseorang itu terhadap seseorang yang lain, ini bermakna tiada perasaan cinta yang wujud atau dialami olehnya. Byrne(1987) menyatakan bahawa pengalaman cinta itu berubah mengikut masa dan umur. Bagi pasangan yang dapat mengekalkan perasaan kasih hingga ke akhir hayat, mereka ini mempunyai hubungan hormat menghormati di antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, hubungan percintaan dalam perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kejayaan. Sebagai contoh pasangan yang telah bercerai, mereka ini dilaporkan bahawa mereka jarang bercakap tentang perasaan-perasaan positif yang dialami tetapi sebaliknya komunikasi mereka tertumpu kepada penilaian yang negatif di antara satu sama lain. Kritikan yang menyakitkan hati dan banyak berleter. Ini akan meningkatkan kebosanan dan justeru itu perceraian tidak dapat dielakkan. Dalam teori pergantungan menyatakan “attachment pattern not only characterize the way children reloted to their parents but that variation in those pattern stay with us form the cradle to the grave” ini telah dinyatakan oleh Bowlby (1979), fungsi kasih sayang kepada kekasih dibahagikan kepada tiga sistem iaitu sistem seksual yang lebih memenuhi keperluan nafsu seks, sistem ambil berat dan sistem pergantungan.
Sahabat
Sahabat mengikut Kenny dan Kashi (1992) telah menyatakan bahawa perhubungan
persahabatan
rapat
adalah
bercirikan
seseorang
itu
banyak
menghabiskan masa dan dalam berbagai situasi dan aktiviti serta tidak melihatkan
16
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
individu lain yang tidak berkenaan . Ia juga saling memberi sokongan emosi serta perhatian kepada apa yang berlaku pada sahabatnya. Dalam menjalani kehidupan seharian kita boleh mencari ramai kawan namun belum tentu kawan yang ramai itu dapat menjadi seorang sahabat yang baik. Oleh hal yang demikianlah, kita biasa mendengar kata-kata orang tua bahawa “kawan untuk ketawa senang dicari , tapi kawan untuk menangis susah dicari”. Sahabat dikategorikan kepada dua iaitu sahabat rapat dengan sahabat tidak rapat. Di antara ciri-ciri sahabat rapat ialah bersifat pemurah ,sensitif, empati, ikhlas, bertanggungjawab dan pendedahan kendiri. Selain itu juga, elemen paling penting dalam kewujudan sesebuah persahabatan yang rapat adalah pendedahan kendiri serta beransur-ansur dari biasa kepada yang paling peribadi (intimate). Manakala, bagi sahabat yang tidak rapat biasanya merupakan individu yang kita suka bersama ( fun to be with ) . Persahabatan semasa zaman kanak-kanak (childhood friendship) timbul kerana keinginan untuk berkongsi aktiviti yang sama mengembirakan . Di antara faktor-faktor kewujudan sesebuah persahabatan rapat dalam masyarakat pada hari ini ialah faktor-faktor kedekatan dan kebiasaan.
HIDUP BERSEORANGAN – Saya Ingin Hidup Sendirian
Bersendirian merupakan keadaan apabila seseorang itu menjauhkan diri dari orang lain . Bersendirian boleh menjadi satu pengalaman yang menarik atau tidak menarik. Jika berjalan bersendirian dalam satu lorong gelap pada waktu larut malam atau waktu sunyi sepi ia boleh menjadi satu pengalaman yang agak tidak selesa. Tetapi solitude, satu bentuk cara mengasingkan diri daripada orang lain boleh mendatangkan ganjaran yang positif. Penulis, ahli muzik seringkali dapat menghasilkan karya-karya kreatif jauh daripada gangguan orang ramai. Ahli agama bersendirian untuk mendapat ketenangan spritual. Di dalam kehidupan seharian,
individu bersendirian untuk
mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian atau bersendirian untuk memikirkan masalah yang dihadapi. Malahan, hidup sendirian boleh menjadi satu pengalaman yang menarik, kerana ia memberi peluang untuk berdikari di samping menawarkan rasa pencapaian yang boleh dibanggakan .
17
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Kesunyian boleh berlaku disebabkan oleh perubahan yang memisahkan diri individu dengan teman dan juga dengan mereka yang menjalinkan perhubungan intim. Kesunyian yang dialami adalah akibat daripada kegagalan dalam interaksi sosial dan mencetuskan satu pengalaman emosi yang tidak menyenangkan . Kesunyian boleh bersifat kualitatif di mana perhubungan sosial yang dijalin dengan orang lain bersifat superficial atau kurang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki. Kesunyian boleh juga bersifat kuantitatif apabila individu kekurangan kawan daripada bilangan yang diperlukan. Natijahnya , tidak ada perhubungan antara bersendirian dan kesunyian . Kita boleh merasa bahagia apabila bersendirian atau merasa sunyi sewaktu dikelilingi oleh orang ramai. Dan sememangnya kita boleh merasa sunyi apabila bersendirian. Oleh hal yang demikian , maka ada golongan sasterawan yang menulis dalam karyanya “Sepi Itu Indah” ini kerana adanya segelintir individu yang gemar kepada kesunyian .
MEMILIH PASANGAN
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan ‘dating’ dan berborak tanpa batasan. Kita di suruh kenal atau ‘takruf’ pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, disarankan carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Risik merisik latar belakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya. Kita kenal tetapi kita perlu bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert',
18
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
sanggup menerima teguran dan memberi teguran dan saling bersifat 'membina' untuk menjaga akhlak dalam Islam. ‘Kufu’ amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang berbeza antara pasangan. Begitu juga daripada segi harta, seorang ulama dari Indonesia, Mawardi menjelaskan ia perlu dititikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur di antara Rasulullah s.a.w, 25 dan Siti Khadijah, 40 tidak wujud kerana Rasulullah, Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek ilmu dan amalannya. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan bersesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga. Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsurunsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis, keberkatan memang di titik beratkan. Apabila ‘nawaitu’ atau niat kita dipasakkan dengan betul. Insya-Allah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah
Bersekedudukan Mengikut kamus dewan edisi ketiga 1994 menyatakan bersekedudukan bermaksud tinggal bersama seperti pasangan suami isteri tanpa mempunyai ikatan perkahwinan mengikut undang-undang. Mengikut istilah Inggeris ia dinyatakan sebagai “free-sex” yang berasal daripada perkataan “free-sexual intercourse” yang membawa maksud hubungan seksual tanpa ikatan sah mengikut undang-undang dan hukum agama. Pada zaman sekarang, hubungan seksual tanpa ikatan sah ini merupakan satu isu yang biasa diperkatakan
pada segelintir individu yang menolak kepada hukum
tuhan. Selain itu juga, jika dilihat dari aspek agama, tiada satu agama pun di muka bumi ini yang menghalalkan perbuatan bersekedudukan ini . Fenomena ini berlaku kerana manusia pada masa kini yang terlalu inginkan kelainan daripada yang lain, mahu diri
19
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
dianggap tidak kolot dan ketinggalan zaman
maka bersekedudukan tanpa ikatan
perkahwinan dianggap sebagai satu perkara biasa sehingga ada pasangan yang telah mempunyai bilangan anak yang ramai tapi masih belum memperakuikan perhubungan mereka melalui undang-undang. Selain daripada itu, gejala ini berlaku akibat sikap meteralistik dan mementingkan kemewahan dunia sehingga sanggup menjual harga diri. Faktor kurangnya didikan agama juga boleh mendorong kepada berlakunya gejala ini .
HUBUNGAN YANG SURAM DAN MASALAH DALAM PERHUBUNGAN Kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga adalah kunci untuk mencapai setiap kejayaan. Rumah merupakan syurga permulaan untuk membentuk satu keharmonian dan kedamaian mental. Namun begitu, sekiranya kebahagian yang dicari selama ini menemui derita di persimpangan jalan menuju kebahagiaan, akan berakhirnya kebahagiaan dan bermulanya episod mimpi ngeri dalam hidup apabila pasangan saling bertindak ganas terhadap pasangan atau ahli keluarganya. Keganasan keluarga bukan satu fenomena yang baru wujud di negara kita malah fenomena keganasan keluarga telah lama wujud di dalam keluarga generasi yang terdahulu. Keganasan keluarga merupakan salah satu penyebab menjadi suram, ini termasuklah penderaan atau penganiayaan terhadap isteri penderaan terhadap kanakkanak dan penderaan terhadap orang tua. Keganasan keluarga terhadap isteri merupakan satu tingkah laku yang boleh disamakan dengan tingkah laku kriminal di mana mangsa dianiayai secara fizikal dan emosi jika diperpanjangkan tanpa adanya noktah di persimpangan jalan boleh menyumbang kepada kerosakan emosi yang teruk disamping kesan-kesan penderaan fizikal ke atas tubuh si mangsa yang menjadi mercu tanda kemegahan dan kebanggaan kaum lelaki. Keganasan boleh diertikan sebagai satu bentuk kekejaman atau penganiayaan dengan sengaja sama ada dalam bentuk penganiayaan fizikal, mental, seks, dan pengabaian tanggungjawab. Keganasan keluarga pula boleh didefinisikan sebagai suatu kelakuan yang disengajakan untuk mendera orang lain serta membinasakan hartabenda. Keganasan keluarga juga boleh digambarkan sebagai sesuatu kelakuan dengan niat untuk mencederakan secara fizikal terhadap individu yang lain (Steinmetz, 1987). Keganasan keluarga juga didefinisikan sebagai satu bentuk kezaliman atau penganaian
20
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
tanggungjawab. Kebanyakan keganasan keluarga terhadap isteri berlaku dalam bentuk keganasan fizikal dan psikologikal atau kedua-duanya sekali. Keganasan fizikal melibatkan tindakan seperti pukulan dengan tangan atau menggunakan objek keras atau tajam, menumbuk, menikam, menendang dan mencekik. Keganasan fizikal akan membawa kesan psikologikal yang mendalam kepada mangsa. Selain daripada keganasan dalam perhubungan sumbang mahram yang berlaku apabila ahli keluarga yang ada pertalian darah sendiri yang telah mencemari kesucian ahli keluarganya. Penganaiaya akan menghina si mangsa dengan penghinaan yang boleh mencederakan emosi seperti memaki, menyumpah, menuduh dan seumpamanya. Disamping itu penganiaya akan membuat si mangsa merasa dirinya seperti orang gila. Selain dari itu, si mangsa didesak untuk membuat sesuatu keputusan secara kelamkabut dan cara menakutkan, mengancam dan mengugut kebahagian dan nyawa mangsa serta orang yang disayanginya akan dicederakan seandainya mangsa bersuara. Tidak cukup dengan mahkota kesucian itu dirampas malahan jiwa mereka hancur dihiris apabila individu yang sepatutnya melindungi tapi akhirnya dialah yang memusnahkan . Sumbang mahram turut berlaku berpunca daripada sifat penganiaya akan menggunakan kuasanya sebagai lelaki untuk menghambaabdikan si mangsa. Segala keputusan-keputusan di dalam keluarga dibuat oleh si penganiaya sahaja. Isteri atau si mangsa tidak mempunyai suara dalam membuat sebarang keputusan. Penganiaya bersifat seperti “Master of the castle”. Golongan ini membuat mangsa takut dengan menggunakan
air
muka,
isyarat
(gestures),
atau
perbuatan-perbuatan
seperti
memecahkan barang-barang kaca di hadapan mangsa, dan mendera binatang kesayangan mangsa. Selain daipada dua situasi di atas pengambilan alkohol sering dikaitkan dengan asimilasi tingkahlaku agresif. Ini biasanya berlaku dalam golongan yang berpendapatan rendah yang kerap menerima tekanan hidup. Apabila suami meminum alkohol secara berlebihan dan pertimbangan rasional tidak lagi dapat mengawal diri maka akan berlakulah penderaan terhadap orang yang paling rapat dengannya iaitu isteri. Ketagihan dadah serta kaki judi juga boleh menyebabkan berlakunya hubungan menjadi suram. Apabila mabuk akan mencetuskan pergaduhan atau konflik yang berkisar mengenai isu kewangan, peranan isteri, reaksi dan sebagainya.
21
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Gangguan Pada Hubungan Hubungan rapat yang dimulai dari komunikasi antara satu sama lain dapat meningkatkan ke arah hubungan yang semakin erat, akrab, komitmen antara satu sama lain dan sampai pada hubungan intim iaitu kepada sahabat, kekasih dan perkahwinan. Akan tetapi, pada tahap mana pun, setiap hubungan itu akan terganggu bahkan kadang kala sampai terputus. Sumber-sumber konflik yang dapat mengganggu hubungan antara satu sama lain, adalah perilaku tertentu seperti tidak mempercayai, tingkah laku yang tidak menyenangkan, emosi yang tidak stabil, ketidaksamaan yang terungkap dalam sikap, kebiasaan dan nilai atau tingkah laku yang berpura-pura. Selain itu kata-kata dan perbuatan yang positif mula diganti dengan kata-kata negatif dan saling menyalahi antara satu sama lain. Kesan Putus Hubungan Putusnya hubungan rapat dapat menimbulkan perasaan bersalah. Jika yang putus dalam hubungan percintaan, kesannya adalah lebih berat daripada hubungan persahabatan. Ini kerana putus hubungan cinta dapat menimbulkan perasaan tidak tenang dan selalu menimbulkan perasaan sakit hati dan kemarahan antara satu sama lain. Dalam hal ini, jika sudah ada alternatif lain atau hubungan dengan orang lain yang setara sebagai pengganti, kesannya tidak terlalu berat jika hubungan itu putus begitu saja. Terdapat reaksi positif dan negatif kesan daripada putus hubungan : 1) Reaksi aktif yang positif adalah usaha untuk memperbaiki hubungan itu 2) Reaksi aktif yang negatif adalah memutuskan untuk menyudahi hubungan itu 3) Reaksi pasif yang positif adalah menunggu perkembangan sampai pulih 4) Reaksi pasif yang negatif adalah mengabaikan hubungan itu dan menunggu sampai dengan sendirinya terjadi perkembangan yang buruk.
Kesepian Kesan lain dari hubungan rapat yang terpisah antara satu sama lain adalah kesepian. Kesepian adalah perasaan yang timbul jika harapan untuk terlibat dalam
22
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
hubungan yang akrab dengan seseorang itu tidak tercapai. Perasaan ini timbul pada orang yang harus pindah ke kota lain dan meninggalkan sahabat-sahabatnya di kota lama, orang yang ditinggalkan pergi jauh oleh kekasih, putus cinta atau kematian orang tua. Oleh kerana sifat itu berkait dengan perasaan, kesepian bersifat subjektif. Ia harus dibezakan dari pengertian bersendiri. Bersendiri lebih bersifat objektif iaitu suatu keadaan di mana seseorang tidak bersama dengan seseorang yang disayangi. Contohnya seseorang dapat menunggu bas secara bersendirian, dan dia tidak merasa sepi kerana dia akan sampai ke rumah dan bertemu dengan keluarga yang dicintainya. Dalam hubungan ini dapat diketahui bahawa masa remaja adalah masa yang penuh kemungkinan terjadinya kesepian, kerana remaja mengalami pelbagai proses perpisahan dalam tempoh yang singkat seperti berpindah sekolah, putus cinta dan sebagainya. Adalah satu akibat dari kesepian pada remaja ini adalah sifat putus asa sehingga terjadi remaja bunuh diri. Oleh itu untuk mengatasi sifat putus asa ini, remaja perlu berketrampilan sosial yang baik. Oleh kerana itu, salah satu cara untuk membantu orang-orang yang menderita dari kesepian adalah memberikan latihan ketrampilan sosial contohnya dengan memberikan latihan kognitif iaitu dengan dengan cara mengusahakan perubahan skema seseorang. Misalnya dari sifat pemalu menjadi berani dan sifat tidak percaya pada diri sendiri menjadi percaya pada diri.
Bagaimana Untuk Mengaplikasikan Topik Perhubungan Rapat Untuk Menjadi Kaunselor Yang Berkesan Dan Penutup
23
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Untuk menjadi seorang kaunselor yang berkualiti seseorang individu itu mestilah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai aspek menolong. Salah satu aspek penting untuk menjadi kaunselor yang berkesan adalah dengan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari semasa dalam latihan sebagai seorang kaunselor. Mengadakan perhubungan yang rapat dengan klien adalah salah satu kriteria dalam membina hubungan atau ‘rapport’ dengan klien bagi menjalinkan keberkesanan sesi kaunseling. Justeru itu, topik ini amat perlu dipelajari dan diaplikasikan oleh pelajar apabila bergelar kaunselor nanti. Dalam membina hubungan menolong dengan klien, kaunselor yang mempunyai ilmu tentang perhubungan rapat ini dapat meneroka dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh klien dan mengenal pasti punca-puncanya. Kaunselor yang berkesan juga memahami peringkat-peringkat perhubungan dan aspek-aspek yang terkandung dalam sesebuah perhubungan. Ini adalah untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberi tanggapan pertama yang positif. Tingkah laku yang ditunjukkan dapat meyakinkan klien dan memberi kemesraan agar proses kaunseling berjalan dengan lancar dan matlamat mudah dicapai. Pengetahuan ini juga dapat digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisan. Ilmu dan kemahiran yang ada pada kaunselor dapat menenangkan klien yang dirundung kesedihan umpamanya ditinggalkan kekasih, baru kematian ibu bapa dan sebagainya. Kaunselor juga dapat memberi celik akal kepada klien tentang kesan-kesan jika ia berterus-terusan dibelenggu oleh kesedihan itu. Kaunselor juga perlu menggalakkan klien berfikiran positif dan mengambil langkahlangkah yang proaktif dalam membina kembali keyakinan diri yang ada pada klien.
Bibliografi Drs. H. Abu Ahmadi. 1991 . Psikologi Sosial. Jakarta Indonesia
24
KKS 2013 – Psikologi Sosial
Perhubungan Rapat
_______________________________________________________________________________________________ _
Mark L.Knapp, Anita L Vangelisti. 2000 . Interpersonal Communication And Human Relationships. A Pearson Education Company. USA Ma’rof Redzuan. 2001 . Psikologi Sosial. Universiti Putra Malaysia Serdang Rahmat Ismail & Mohd Fadzilah Kamsah. 1997 . Kemahiran Kekeluargaan Menjadi Ibubapa Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Robert S.Feldman. 1998. Social Psychology. Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey Sarwono, Sarlito Wirawan. 1997 . Psikologi Sosial : Individu dan Teori-Teori Psikologi Sosial. Jakarta : Balai Pustaka. Siti Fatimah Abdul Rahman. 1999 . Interaksi Bermakna – Masa Berkualiti Bersama Keluarga. Institut Kefahaman Islam Malaysia Susan S.Hendrick. 1995 . Close Relationships : What Couple Therapists Can Learn. Brooks/ Cole Publishing Company
25