Percubaan Pmr 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Percubaan Pmr 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,783
  • Pages: 22
LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

KELANA JAYA STUDY CENTRE 18-5 PLAZA CCL, JALAN PERBANDARAN SS6/12 KELANA JAYA URBAN CENTRE 47301 KELANA JAYA

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION FINAL EXAMINATION Semester –July 2002 TAJUK KURSUS : BAHASA KEBANGSAAN A KOD KURSUS

: LAN 0013

TARIKH / HARI : 19 NOVEMBER 2002 / SELASA WAKTU

: 9.00 – 12.00 PAGI

TEMPOH

: 3 JAM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Jangan buka buku soalan ini sehingga diberitahu. 2. Baca arahan yang telah ditetapkan dengan teliti. 3. Buku soalan ini mengandungi 3 Bahagian, bahagian A, bahagian B, dan bahagian C

4. Jawab soalan di bahagian A dan B dalam kertas OMR dan bahagian C di dalam buku jawapan yang disediakan.

(Buku soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak)

2

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

PART A: ESSAY QUESTIONS : Choose 5 out of 8 questions. (10 points each: Total: 50 points) 1. Explain the phrase “Think globally, act locally.” 2. Identify a product that is sold in Malaysia and another country. Analyze the brand’s use of standardization or localization. 3. How and in what areas do competitors get involved in challenging a brand’s communication? 4. Why is trust the primary construct in a brand relationship? 5. Explain why a totally brand-loyal customer is rarity. 6. What is a trademark, and what its role in a brand identity program? 7. In choosing a brand name, what’s the difference between using a benefit description strategy and an association strategy? 8. List and explain the brand-building steps. How do they separate between acquiring and maintaining customers?

3

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

BAHAGIAN A (40 Markah ) ARAHAN: Sila tandakan jawapan yang betul dengan menghitamkan ruang yang disediakan pada kertas jawapan. Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya (1-15) Perhatian sewajarnya yang diberikan oleh audien kepada kartun memaksa penciptanya meninggalkan sikap pasif dan sambil lewa. Ini kerana para audien zaman ini lebih bersikap kritis terhadap sebarang perkara yang disogokkan kepada mereka. Khalayak penggemar menuntut hidangan kartun yang lebih berinovasi, dapat membina pemikiran kritis, disamping menghibur pada dasarnya. Zaman peminat-peminat kartun diperbodoh-bodohkan oleh kartunis dengan lakaran-lakaran slapstick yang matang akan segera berlalu, yang mana akhirnya kartunis perlu berada di suatu situasi mereka bertindak sebagai ejen terhadap proses intelektualisasi dalam masyarakat. Kesan-kesan positif kartun kian terserlah kebelakangan ini hasil rasa sensitive pencipta terhadap latar kehidupan masyarakat. Mereka melaporkan dan memaparkan kembali perkembangan-perkembangan dalam masyarakatnya. Fenomena ini akan memperjelaskan kepincangan dan ketidakadilan sosial yang dikritik secara halus. Kalau ini dapat diterima

4

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

sebagai suatu strategi propaganda dan kritikan sosial, peranan kartunis ternyata semakin berat dan mencabar. Bersemaraknya dunia perkartunan tidak seharusnya melalikan kita untuk menyedari kesan-kesan negetif yang ditampilkan lewat karya-karya tersebut. Pengaruh yang dibawa sama ada disedari atau tidak daripada kartun boleh membawa gejala negetif jik apa yang dipaparkan kepada audien mengarah kepada aspek itu. Suatu kawalan ke atas hasil pengucapan seni melalui kartun harus diberi perhatian serius. Kartunis-kartunis bukanlah penggiat seni yang boleh atau secara sewenang diberi lesen besar untuk mencemari keindahan. 1. Tajuk yang paling sesuai untuk petikan tersebut ialah A. Kesedaran Baru Terhadap Kartun. B. Kartun dan Masyarakat. C. Peranan Kartun kepada Masyarakat. D. Perkembangan Baru Dunia Perkartunan. 2. Sikap penulis terhadap perkembangan dunia perkartunan baru adalah A. bimbang B. berhati-hati C. pasif D. positif 3. Semua kenyataan berikut menggambarkan situasi kartun sebelum ini, kecuali A. kartun digunakan semata-mata untuk hiburan B. kartun menggambarkan suasana lucu C. kartun digunakan sebagai ejen kritikan social dan ejen pemikiran. D. Kartun merakam semula babak-babak kehidupan yang boleh memberi hiburan. 4. Peranan kartunis amat berat dan mencabar jika A. kartun dapat memaparkan keintelektulan masyarakat B. kartun menjadi alat satira yang merakamkan perkembangan sosial C. kartun menjadi rakaman kepincangan sosial masyarakat D. kartun menjadi alat propaganda. 5. Perkembangan baru dalam dunia perkartunan di kalangan audien menunjukkan A. mereka amat meminati kartun B. kartun berperanan besar kepada mereka C. pemikiran mereka menjadi semakin kritis D. mereka bertindak sebagai ejen intelektual

5

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

Petikan 2 Adat adalah salah satu unsure terpenting di dalam peradaban manusia, khususnya manusia Timur. Sebelum tercipta undang-undang agama dan Negara, maka undangundang adatlah yang digunakan bagi menjalankan peraturan masyarakat sehingga membawakan kepada hukum-hukum yang memerlukan keadilan. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang kuat memegang undang-undang adat. Malahan dalam zaman yang moden sekarang pun, banyak adapt dan pantang larang yang masih dipegang oleh masyarakat Melayu, terutamanya tinggal di kawasan padalaman. Adat-adat itulah yang telah membentuk disiplin masyarakat dan seterusnya disiplin individu atau disiplin diri. Malahan di kalangan orang Melayu telah lahir peribahasa yang berbunyi “biar mati anak jangan mati anak” Wujud pelbagai jenis adat di kalangan orang Melayu menujukkan sistem hidup yang simple dan mementingkan masyarakat sehingga pada masa yang sama kepentingan diri harus diketepikan, adanya adapt di kalangan mereka bukan bertujuan untuk membebankan sebaliknya adapt-adat itu bertindak sebagai penyatu masyarakat. Perasaan persamaan di kalangan masyarakat dan seterusnya perpaduan dapat dicapai dengan setiap anggota masyarakat mangamalkan adapt yang sama.

6.

Tajuk yang sesuai untuk dipadankan dengan petikan di atas ialah A. Adat dan Orang Melayu. B. Penting Adat kepada Orang Melayu. C. Sistem Peradaban Orang Melayu. D. Adat Sebagai Sistem Hidup.

7.

Maksud sebenar peribahasa “biar mati anak jangan mati adapt” A. Hendak menunjukkan bahawa orang Melayu kurang menyanyangi anak daripada adat. B. hendak menunjukkan bahawa orang Melayu lebih menjunjung adat daripada menyanyangi anaknya sendiri. C. hendak menunjukkan betapa kuat dan teguhnya masyarakat Melayu memegang adat sebagai undang-undang dan pembentuk disiplin masyarakat. D. hendak menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai sistem adapt yang begitu ketat.

8. Bentuk penulis di atas ialah A. pendedahan B. naratif C. pemujukan

6

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

D. deskriptif 9. Berikut adalah peranan yang dimainkan oleh adat, kecuali A. dapat menyatukan masyarakat B. dapat membentuk system perundangan masyarakat. C. dapat membentuk moral masyarakat. D. Dapat membentuk keadilan di kalangan masyarakat. 10. Ungkapan “dalam satu system hidup yang simple” A. sistem kehidupam sara diri B. sistem kehidupan tradisional. C. Sistem kehidupan kuno. D. Sistem kehidupan yang tidak ada kemodenan.

Petikan 3 Proses pembakuan bahasa Melayu yang kita warisi hari ini telah berlaku dalam sejarah bahasa ini beratus-ratus tahun lamanya, bermula sekurang-kurangnta dari kurun ke-14 atau ke-15 lagi apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan, politik dan penyebaran agama Islam dan sebagai bahasa persuratan di Melaka dan kemudiannya di Acheh yang merupakan dua pusat tamadun Melayu dahulu yang penting. Proses ini juga sudah mula sejak bahasa Melayu menerima unsur-unsur daripada bahasa asing, seperti bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab, bahkan kemudian pengaruh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu yang dikatakan berasal dari sebuah daerah kecil di Sumatera, berkembang menjadi lingua franca di kepulauan Melayu dan yang lebih penting lagi, manjadi bahasa ilmu, bahasa persuratan, bermula dari Sejarah Melayu sampai kepada hikayat-hikayat yang besar seperti Hikayat Hang Tuah dan karya-karya ulama dan pemikir Islam yang hebat di Achec dalam kurun ke-17. Kemudian sampai ke zaman Abdullah Munsyi (zaman penjajah British). Abdullah Munsyilah orang yang mulai mengingatkan orang Melayu tentang mustahaknya mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul, walaupun bahasa Abdullah Munsyi sendiri banyak dipengaruhi gaya bahasa Inggeris dan bahasa peranakan. Pada awal kurun ini, muncul pula alat pembakuan bahasa yang cukup penting, iaitu suratkhabar atau kewartawanan yang menggunakan alat-alat cetak yang dapat menyebarkan bahan-bahan tulisan dalam bahasa melayu secara lebih luas lagi. Salah satu sifat yang membolehkan bahasa Melayu menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu dan membolehkan berkembang sebagai bahasa persuratan yang cukup kaya, mengatasi bahasa-bahasa lain di rantau ini, seperti bahasa Jawa yang lebih besar bilangan penutur aslinya, ialah sifat keterbukaan bahasa itu. Kita melihat sifat dinamik bahasa Melayu ini berlaku sehingga ke hari ini.

7

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

11. Apakah tajuk yang sesuai untuk petikan karangan di atas? A. B. C. D.

Bahasa Melayu sebagai Lingua-franca. Proses pembakuan Bahasa Melayu. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu Proses pengukuhan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Baku.

12. Bahasa Melayu sebagai lingua-franca bermaksud A. Bahasa Melayu dijadikan komunikasi utama dalam bidang pentadbiran dan ilmu pendidikan. B. Bahasa Melayu menjadi alat komunikasi dalam hubungan sosial dan perdagangan bagi masyarakat yang berlainan bangsa. C. Bahasa Melayu digunakan dalam segala urusan formal dan tidak formal oleh seluruh masyarakat. D. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perundangan, pentadbiran dan pendidikan. 13. Proses pembakuan bahasa Melayu melibatkan I penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perdagangan, politik dan keagamaan. II penggunaan bahasa Melayu dalam bidang keilmuan, pemikiran dan kesusteraan. III proses peminjaman daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Inggeris, bahasabahasa lain. IV penggunaan bahasa Melayu dalam bidang persuratkhabaran dan percetakan. A. B. C. D.

I dan II II dan III I, II, dan III I, II, III, dan IV

14. Abdullah Munsyi yang disentuh dalam petikan di atas merupakan seorang yang begitu prihatin dan kritikan terhadap sikap orang Melayu kepada bahasanya. Sikap orang Melayu yang tidak menghiraukan bahasanya dan tidak berusaha mempelajari bahasanya dikritik oleh Abdullah dalam A. Hikayat Abdullah. B. Syair Singapura Terbakar. C. Kisah Pelayaran Abdullah. D. Syair Kampung Gelam Terbakar. 15. Manakah daripada berikut tidak menjelaskan sifat keterbukaan dalam bahasa Melayu? I.

Bahasa Melayu mudah menerima pengaruh bahasa-bahasa asing.

8

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

II. III. IV. A. B. C. D.

CONFIDENTIAL

Bahasa Melayu mudah disesuaikan dengan situasi. Bahasa Melayu tidak mempunyai tingkat-tingkat penggunaan seperti bahasa Jawa. Bahasa Melayu mudah dipelajari oleh masyarakat luar kerana penyebutannya mudah. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Pemahaman Bahasa Melayu 16.

Kata sendi pada membawa maksud A. Untuk menyatakan waktu. B. Membawa maksud tujuan. C. Merujuk kepada waktu atau masa. D. Untuk menyatakan perubahan keadaan.

17.

Manakah daripada huraian yang berikut menepati maksud perkataan ? A. Perkataan terdiri daripada beberapa frasa. B. Perkataan terbahagi kepada perkataan bebas dan terikat. C. Harus ada sekurang-kurangnya dua perkataan untuk menerbitkan ayat. D. Perkataan merupakan bentuk tatabahasa yang bebas.

18.

“Makanlah kuih karipap itu dulu!” Ayat ini tergolong dalam A. ayat suruhan B. ayat larangan C. ayat silaan D. ayat perintah

19.

Manakah daripada ayat-ayat berikut yang bukan ayat tunggal? A. Pemain bola sepak paling mahal itu gagal menjaringkan sebarang gol musim ini. B. Rosnah, Fatimah, dan Norlela berjalan bersama-sama untuk ke sekolah. C. Rostam mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan dihadapinya. D. Adik iparnya nakal sungguh.

20.

Perubahan paling penting dan ketara apabila bahasa Melayu mengalami proses kemodenan terletak kepada A. Ejaan B. Perbendaharaan kata C. Nahu D. Struktur ayat

9

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

21.

Kata adalah unsur dalam bidang _________ . Selalunya ahli linguistic memberi definasi kata sebagai satu bentuk _______ yang terkecil. A. Fonologi __ terikat B. Morfologi __ bahasa C. Fonemik __ bebas D. Grafemik __ linguistic

22.

Ayat majmuk pancangan ialah A. Ayat yang terdiri daripada dua ayat induk atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan menjadi lebih daripada dua ayat lain. B. Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau beberapa ayat lain yang digabungkan dengan klausa tak bebas. C. Ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal yang dipancangkan sehingga menjadi satu ayat majmuk. D. Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

23.

Ayat “ Abangnya yang dihukum padahal adiknya yang bersalah” tergolong dalam ayat A. Majmuk gabungan B. Majmuk campuran C. Majmuk pancangan D. Komplement.

24.

Perkataan berlari dalam ayat “Berlari itu menyihatkan tubuh badan seseorang” merupakan A. Perbuatan nama B. nama terbitan C. nama terbitan D. sendi nama

25.

Rumah-rumah teres itu dikhaskan _______ pegawai kerajaan. A. untuk B. kepada C. buat D. bagi

26.

Bentuk yang terkecil dan bebas yang dapat berdiri sendiri dalam sesuatu tatabahasa dinamakan A. huruf B. perkataan C. golongan kata D. morfem

10

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

27.

Malaysia lebih tinggi pendapatan perkapitanya daripada Indonesia. Perkataan daripada dalam petikan tadi membawa maksud A. asal kejadian sesuatu B. hubungan dengan sesuatu yang abstrak C. perbandingan dengan sesuatu D. bahagian sesuatu

28.

Budak lelaki itu sedang bermain bola di padang. Daripada ayat di atas, manakah daripada yang berikut frasa? A. Budak lelaki itu B. sedang C. bermain bola D. padang

29.

Semua ayat tanya yang berikut terdiri daripada ayat Tanya tertutup, kecuali A. Bila agaknya dia datang ? B. Di situkah kamu nampak lembaga itu? C. Beginikah untuk mendapatkan maklumat itu ? D. Saudara itu poliskah?

30.

Ayat “Tolonglah berikan surat ini kepada Sanisah” tergolong dalam jenis ayat A. penyata B. suruhan C. permintaan D. silaan

31. Retorik pendedahan dalam penulisan bermaksud A. Memperluaskan pengetahuan pembaca dengan memberikan gambaran yang diserangkaikan dengan kata-kata. B. Menerangkan dan menghuraikan suatu pemikiran pokok yang dapat memperluas pandangan atau pengetahuan seseorang. C. Menambahkan pengetahuan pembaca melalui jalan cerita atau penjelasan bagaimana sesuatu itu berlangsung. D. Menambahkan pengetahuan pembaca dan berusaha berusaha mengajak pembaca supaya menyetujui apa yang diperkatakan. 32.

Dalam bahasa Melayu standart, tanda bacaan sempang (-) digunakan dalam situasi-situasi berikut, kecuali A. untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil B. untuk merangkaikan ke dengan sebarang angka pada perkataan yang sama C. untuk merangkaikan kata sifat dengan kata nama pada perkataan yang sama D. untuk merangkaikan tahun dengan imbuhan –an

11

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

33. Bentuk bahasa ini digunakan seharian dalam situasi yang tidak formal. Kenyataan ini merujuk kepada bahasa A. pasar B. formal C. basahan D. adiolek 34.

Ayat “ Orang tua serta isterinya itu dibawa serta-merta ke hospital kerana kedua-duanya mengalami keracunan makanan” merupakan A. ayat majmuk gabungan B. ayat majmuk campuran C. ayat majmuk pancangan D. ayat majmuk gabungan complement.

35. Laras ini banyak menggunakaan kata akronim, penggunaan ayat penyata begitu sinonim dan gaya bahasa berbentuk ilmiah’. Penyataan ini merujuk kepada A. laras bahasa perundangan B. laras bahasa sastera C. laras bahasa agama D. laras bahasa Ekonomi 36.

‘Cantik wajahnya secantik bidadari’, penyataan ini merujuk kepada contoh penggunaan gaya bahasa A. gaya bahasa hiperbola B. gaya bahasa personifikasi C. gaya bahasa metafora D. gaya bahasa simile

37.

Personifikasi boleh dedifinisikan sebagai A. pernyataan yang berlebih-lebihan. B. Kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. C. Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia atau tidak bernyawa. D. Perbandingan antara objek dengan objek

38.

Asonansi merupakan perulangan bunyi ___________ dalam dua atau lebih lebih suku kata. A. konsonan B. vokal C. diftong D. gabungan huruf-huruf vocal dan konsonan.

39. Bentuk penceritaan meliputi pelbagai jenis penulisan seperti A. cerpen, novel, drama, sejarah, dan penglipur lara. B. Cerpen, fakta, percontohan, dan pencerakinan C. Menghuraikan, berita, maklumat, dan sejarah

12

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

D. Penerangan, maklumat, berita, cerpen, dan drama 40. ‘Hati gajah sama dilapah, hati kuman sapa dicicah’, peribahasa ini membawa maksud A. mendidik anak-anak mestilah sejak mereka kecil. B. Baik buruk sama-sama dihadapi. C. Pembahagian yang sama rata dan dikongsi bersama. D. Bersedia menghadapi kenyataan dalam setiap keadaan.

BAHAGIAN B; baca dengan teliti penyataan-penyataan berikut dan hitamkan jawapan anda. Tandakan (T) untuk jawapan yang BETUL dan (F) bagi jawapan yang SALAH. 1. Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang akan diletakkan antara bahagian kata yang diulang. 2. Tanda petik tunggal ( ‘…’) merupakan tanda yang digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit. 3. perbezaan antara morfem dan perkataan ialah pada sifatnya. 4. Dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama disebut sinonim. 5. Partikel pun yang membawa maksud ‘lalu’ perlu dieja secara serangkai daripada kata yang ada di sampingnya. 6. Kata terbitan sisipan dalam bahasa Melayu ialah gabungan huruf-huruf el, er, em, in sahaja.

13

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

7. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 8. Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya yang dipanggil objek. 9. Bahasa campuran ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi dan untuk tujuan memudahkan perhubungan di antara satu sama lain. 10. Susunan bahasa formal biasanya lebih lengkap, tersusun, dan halus sifatnya jika dibandingkan dengan bahasa tak formal. 11. Bahasa formal digunakan dalam pertuturan harian dan penulisan kreatif seperti dalam cerpen, novel, dan drama. 12. Laras bahasa Ekonomi dan bahasa Perundangan dikatakan mempunyai persamaan kerana terdapat beberapa istilah khusus yang digunakan dalam laras tersebut. 13. Dalam laras Sastera, aspek tatabahasa, morfologi, dan sintaksis tidak menjadi keutamaan. 14. Laras Agama merupakan satu-satunya laras yang banyak menggunakan kata-kata pinjaman terutamanya perkataan Arab. 15. Retorik penghujahan dikenali juga sebagai penerangan yang mana ia melibatkan imej, sensasi, dan mood dalam penerangan. 16. Terdapat beberapa unsur penting dalam retorik pengujahan iaitu kenyataan tesis, alas an yang kukuh serta keyakinan yang perlu diberikan kepada audeins. 17. ‘Ibarat sumbu pelita, menerangi yang lain, membakar diri sendiri’ merupakan contoh perumpamaan dalam bahasa Melayu. 18. Kesejajaran dan variasi tidak selalu digunakan dalam frasa atau untuk menghasilkan sesuatu teks yang baik. 19. Gelaran kehormat dan gelaran keturunan merupakan gelaran yang biasanya digunakan dalam adab kesantunan berbahasa. 20. Hajjah dan Haji merupakan gelaran pangkat yang diberikan berdasarkan struktur sosial.

14

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

BAHAGIAN C : Anda dikehendaki menjawab dua soalan. Soalan 1 adalah wajib dan pilih salah satu daripada tiga tajuk dibawah. Panjang karangan lebih kurang 350-400 patah perkataan. ( Wajib) 1. Persatuan Pengguna Kelab Bahasa dan Budaya telah menganjurkan satu pertandingan syarahan yang bertajuk ‘Cara-cara Berbelanja Dengan Bijak’. Anda dikehendaki menyertai pertandingan itu. Tuliskan syarahan itu dengan lengkap. ( Pilih satu ) 2. Anda ialah seorang pemberita di sebuah syarikat akhbar. Anda telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai kemalangan jalan raya. Tuliskan satu berita hasil daripada liputan berikut. 3. Hari Raya Aidilfitri akan menjelang seminggu lagi. Anda hendak pulang ke kampung dengan kereta api. Gambarkan suasana di stesen kereta api pada waktu itu. 4. Tulis sebuah rencana mengenai kebaikan dan keburukannya pergantungan kepada PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)

BAHAGIAN A ARAHAN: Pilih jawapan yang betul dan hitamkan jawapan anda dalam kertas OMR. (20 Markah) 1.

______________ merupakan kata nama Khas. A. Kereta. B. Burung C. Menara Kuala Lumpur. D. Rumah.

2.

Kata nama am bagi manusia ialah A. kakak B. rumah C. buku D. kipas

3

Kata sapaan yang digunakan pada waktu pagi, A. Selamat Sejahtera 15

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

B. Selamat Tinggal C. Selamat Pagi D. Selamat Malam 3.

Yang manakah penyataan di bawah yang merujuk kepada ayat perintah A. Silalah masuk. B. Tolong tutup pintu. C. Awak dah makan? D. Pergi dari sini.

4.

Huruf vocal dalam bahasa Melayu ialah, A. a, e, l, u, dan o B. a, c, e, i, o, dan u. C. e, d, l, o, dan u D. a, e, i, o, dan u

5.

Huruf-huruf diftong ialah, A. au, ei, dan ou B. ai, au, dan oi C. ai, ao, dan oi D. ei, ai, dan oi

6.

Layang-layang di buat __________ kertas dan buluh. A. di B. daripada C. dari D. dengan

7.

Encik Osman berasal ___________ Negeri Malaysia. A. daripada B. di C. dari D. pada

8.

Bapa __________ televisyen pada waktu petang. A. mendengar B. menonton C. melihat D. menengok

9.

Emak sedang ___________ gulai di dapur. A. memasak B. menumis C. memotong D. melihat

16

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

10.

Kamu suka makan nasi __________ me? A. dan B. atau C. sambil D. kerana

11.

Shahril menyanyi ________ mencuci kereta. A. dan B. sambil C. kerana D. tetapi

12.

Ini Tengku Abdul Rahman. ____________ merupakan bapa kemerdekaan bagi Negara Malaysia. A. Dia B. Beliau. C. Mereka D. Baginda

13.

___________ harga buku latihan itu? A. Apa. B. Bagaimanakah C. Berapakah D. Mana

14.

___________ awak meletakkan majalah Siswa yang saya beli semalam? A. Ke mana B. Bagaimana C. Adakah D. Di mana

15.

__________ yang membakar sampah-sarap itu? A. Siapakah B. Mana C. Bagaimana D. Mereka

16.

Tolong ambilkan saya beberapa __________ kertas pembalut itu! A. keping B. helai C. utas D. gulung

17

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

17.

Ayah memghadiahkan adik _________ basikal baru sempena ulang tahunnya yang ke lima. A. sebekas B. sebentuk C. sekaki D. sebuah

18.

Kamil membeli beberapa __________ sate sebagai buah tangan ke rumah kakaknya. A. batang B. cucuk C. buah D. bilah

19.

“Belikan saya _______ roti untuk saparan esok”, pesan Sheela kepada Nana. A. sebuku B. sekeping C. sepucuk D. sebiji

20.

Hidangkan saya _________ mee goreng Mamak. A. sebidang B. sekotak C. sepinggan D. seberkas.

BAHAGIAN B : Baca dengan teliti penyataan-penyataan berikut dan hitamkan jawapan anda dalam kertas OMR. Tandakan (T) bagi jawapan yang BETUL dan (F) bagi jawapan yang SALAH (10 Markah) 1.

Kata nama khas perlu dieja dengan menggunakan huruf besar.

2.

Tugas seorang guru ialah mendidik para pelajar untuk menjadi anak bangsa yang berjaya.

3.

Abang dan kakak merupakan ahli yang paling muda dalam sebuah keluarga yang besar.

4.

Intonasi memberi maksud bagaimana sesuatu perkataan itu disebut, mannakala suku kata ialah bagaimana ayat diujarkan.

5.

Terdapat beberapa jenis kata hubung dalam bahasa Melayu di antaranya ialah di, kepada, dan daripada. 18

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

6.

Kata ganda ditulis dengan menggunakkan tanda sempang.

7.

Kata majmuk ialah kata yang terdiri daripada satu perkataan sahaja.

8.

Penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak ialah jenis penggandaan yang terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu.

9.

Ayat penyata memerlukan perkataan yang memberi maksud menyuruh.

10.

Subjek dan predikat merupakan gabungan untuk menghasilkan ayat yang lengkap.

BAHAGIAN C : Tuliskan Semula ayat di bawah ini dengan menggantikan

perkataan yang bergaris dengan kata ganti nama diri yang sesuai (10 markah)

1.

Pak Long terbangun dari tidurnya. Pak Long terdengar bunyi bising dari arah dapur Pak Long. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

2.

Sejak Farah gagal dalam peperiksaan hari tu, Farah banyak termenung. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

19

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

3.

Prof. Hashim Musa akan merasmikan majlis pada hari ini. Prof. Hashim Musa akan sampai sekejap lagi. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

4.

“ Kali ini saya maafkan Kahar. Jangan ulangi kesalahan yang sama esok,” pesan Pak Mali kepada Kahar. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

5. Duduklah diam-diam di situ sehingga ayah dan ibu Nisha pulang dari pejabat. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

Buat ayat untuk setiap jenis ayat di bawah

(10 Markah)

1. Ayat Penyata. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __ 2. Ayat Tanya _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __ 3. Ayat Larangan

20

LAN0013 Bahasa Kebangsaan A/B Peperiksaan Akhir/ Semester Julai 2002

CONFIDENTIAL

_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __ 4. Ayat Permintaan _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __ 5. Ayat Seruan. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __

BAHAGIAN D : Hasilkan sebuah karangan pendek mengenai tajuk di bawah dengan bilangannya tidak melebihi tujuh puluh patah perkataan ( 70 patah ). (20 Markah)

Tajuk ; Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda dan ceritakan pengalaman anda belajar serta suasananya di Malaysia.

21

Related Documents