Perbezaan Antara Alat Edm Dengan Total Station

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perbezaan Antara Alat Edm Dengan Total Station as PDF for free.

More details

  • Words: 509
  • Pages: 5
PERBEZAAN ANTARA ALAT EDM DENGAN TOTAL STATION

EDM Merupakan satu alat pengukur elektronik yang tidak memerlukan rantai, sebaliknya menggunakan gelombang cahaya infra merah bagi mendapatkan sesuatu data yang diperlukan untuk sesuatu kerja ukur. Penggunaan alat EDM juga, masih memerlukan buku kerja luar untuk mencatat pengukuran bagi membantu kerje-kerja di pejabat.

TOTAL STATION Merupakan alat EDM dari jenis built-in. Alat ini mempunyai sebuah disket kecil data collector yang berfungsi untuk menyimpan semua jenis maklumat yang dapat dikumpulkan semasa kerja ukur dilakukan. Oleh yang demikian buku kerjaluar tidak diperlukkan lagi. Disket/data collector ini akan terus disambung ke computer bagi tujuan melukis pelan atau terabas. Dengan adanya alat ini juga, pembetulan dan pelarasan bearing dan jarak akan dikira secara automatic oleh computer. Apabila semua pelarasan dan pembetulan siap dibaiki, maka pelan akui bolehlah dipelot.

KEGUNAAN EDM DALAM KERJA UKUR DAN KERJA KEJURUTERAAN AWAM

1. Penghasilan EDM telah mendatangkan keuntungan seperti menjimatkan masa dan menjimatkan kos. 2. Pengukuran butiran dapat dihasilkan dengan lebih tepat dan cepat kerana julat yang jauh

boleh diukur dan lebih sedikit stesen kawalan diperlukan. 3. Penghasilan EDM telah menggantikan kaedah takimetri dan ukur rantai untuk menghasilkan pelan tapak. 4. System gabungan teodolit EDM dan system takimeter elektronik sangat mudah disesuaikan untuk pembentukan model paramuka berdigit. 5. Dan jika unit storan data digunakan , ini boleh diantaramukakan langsung dengan

computer yang membentuk model. 6. Sudut dan jarak boleh diukur serentak dengan infra-merah julat dekat yang terbaharu, banyak operasi pemancangan telah dipermudahkan. 7. Sesetengah alat boleh membaca trus menerus dan membolehkan jarak-jarak beratus-ratus meter dipancangkan dengan satu tenangan sahaja. 8. Berkebolehan mengambil pengukuran di kawasan yang penuh sesak. 9. Dalam kerja-kerja jalan, EDM digunakan untuk menentukan koordinat titik-titik kawalan utama. 10. Kemudian EDM boleh menggunakan stesen-stesen ini untuk menubuhkan garisan tengah jalan dengan kutub. 11. Ia juga digunakan dalam kerja ukur yang perlu untuk mendirikan pintu terowong di paras tanah dan untuk mengukur dalam syaf tegak. 12. Digunakan juga untuk perletakan cerucuk dan lain-lain struktur laut berhampiran dengan pantai. 13. EDM juga digunakan untuk pengukuran jarak cerun dan jarak mengufuk.

JENIS ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM MENGUKUR JARAK

JENIS ALAT EDM DI PASARAN SEKARANG 1. Jenis attached Alat EDM yang diletakkan di atas tiodolat. Maklumat yang dipaparkan hendaklah dicatat ke buku kerjaluar.

2. Jenis Built in

Alat EDM yang digabungkan terus dengan tiodalit. Maklumat yang dipaparkan hendaklah dicatatkan ke buku kerjaluar.

3. Jenis total station Alat EDM jenis built-in. Semua maklumat adalah disimpan di dalam sebuah disket kecil data collector. Oleh itu buku kerjaluar tidak diperlukan. Disket /data collector ini akan disambungkan terus ke computer. Segala pembetulan dan pelarasan bering dan jarak akan dikira oleh computer dan seterusnya pelan akui boleh dipelot.

4. Prizam Digunakan bersama total station bagi mendapatkan jarak. Elektromegnetik dari total station dipancarkan pada kaca prizam akan dipantulkan balik pada total station bagi mendapatkan jarak yang tepat.

5. Pita ukur Pita ukur terdiri dari pita invar, pita keluli, dan pita sintetik. Panjang setiap satu biasanya 20m, 30m, 50m, atau 100m.

6. Kaki tiga Tempat meletakkan EDM . Membolehkan juruukur mengukur dalam keadaan selesa. Membolehkan EDM berada dalam keadaan stabil.

Related Documents