1
PENGENALAN
Kehidupan manusia semuanya terikat dengan tanggungjawab, begitu juga remaja. Antara tanggungjawab remaja ialah: Remaja mempunyai tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara. -
Setiap insan, bertanggungjawab kepada tuhan pencipta, Allah yang maha berkuasa .
-
Selain itu, remaja juga bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Mereka perlu menjaga negara mereka supaya berada dalam keadaan aman dan harmoni.
Namun demikian, remaja juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga mereka. - Remaja juga harus melakukan sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda dalam keluarga mereka. Sebagai remaja yang sudah boleh berfikir secara matang, mereka haruslah menerima
sesuatu
keadaan
dengan
hati
yang
terbuka
dan
cuba
mengendalikannya dengan tindakan yang sewajarnya. Remaja perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi
kerana ia
mengabaikannya, kesan buruk akan berbalik kepada dirinya.
Antara perkara baik yang perlu dilakukan oleh remaja: Menyempurnakan kewajipan kepada Tuhan [ Allah ]. - Melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada makhluknya. Menghormati ibubapa. -
Berkelakuan baik seperti jangan melawan cakap mereka kerana mereka telah membesarkan kita.
2
Membantu ibubapa -
Jika ada masa terluang, gunakan masa tersebut untuk membantu ibubapa yang telah banyak bersusah payah untuk kita.
Menggunakan masa dengan baik. -
Remaja tidak boleh membuang masa, mereka seharusnya menggunakan masa dengan bijak.
Belajar bersungguh-sungguh -
Remaja haruslah mendapat kejayaan yang cemerlang. Kejayaan dapat dicapai dengan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Berusaha mengatasi kelemahan diri masing-masing. -
Remaja perlulah mempertingkatkan ciri kelebihan diri untuk berjaya dalam kehidupan di dunia hari ini.
3
PERANAN REMAJA TERHADAP IBU BAPA
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Antara bakti yang perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa ialah:
1.
Memberi kasih sayang Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra’, ayat 24).
2.
Memberi perhatian Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua.
Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu
menjaga ibu bapa, sedangkan ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan anakanak mereka.
4
3.
Memenuhi permintaan Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu umar berkata: “Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan yang disukai
oleh
Allah?”
Lalu
Baginda
waktunya.”Kemudian apa?” tanyaku lagi.
bersabda:”Sembahyang
pada
Baginda menjawab:”Berbakti
kepada kedua ibu bapa.” Apa lagi?”Tanyaku lagi. Jawab Baginda:”Berjihad pada jalan Allah.”
4.
Melakukan apa yang disukai Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak yang derhaka terhadap ibu bapa tidak akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapa akan disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas balasan di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua ibu dan bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi) Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “semua dosa akan ditangguhkan oleh Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
Maka
sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
5.
Bercakap dengan lemah lembut Satu cara menjaga perasaan ibu bapa dalah dengan bercakap secara lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
5
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahka, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra’, ayar 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
6.
Menghadiahkan kejayaan Jika seseorang anak itu memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkam kepada ibu bapa. Ibu bapa sebaiknya dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
7.
Meluangkan masa bersama-sama Anak-anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anak mereka.
8.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.
Amalan
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka sudah meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkantiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan kepada orang lain dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
6
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
9.
Memberi nafkah Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.
Mereka tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan untuk ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
10.
Menyediakan tempat tinggal Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diurus dengan baik.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh dilakukan dengan berbuat baik kepada mereka dengan berbakti dan berkhidmat kepada kedua-duanya sewaktu mereka masih hidup iaitu ketika mereka sihat atau sakit atau sesudah meninggal dunia. Seseorang anak tidak hanya dituntut melayani dan menghormati ibu bapa sekadar berbudi bahasa, malah digalakkan memberi sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka.
Itulah hadiah yang paling bermakna
daripada seseorang anak yang dapat diberikan kepada ibu bapa.
7
PERANAN REMAJA TERHADAP KAKAK DAN ABANG
1.
Hormat-menghormati • Remaja perlu menghormati adik-beradik yang lebih tua. Sikap saling hormat-
menghormati harus dipupuk di kalangan remaja. Sikap ini boleh dilihat apabila wujudnya sikap bantu-membantu.
2.
Perhubungan yang baik • Remaja perlu memastikan perhubungan yang baik dengan adik-beradik yang lebih tua. Elakkan daripada pergaduhan. Sekiranya, perhubungan tidak baik, sukar untuk saling bantu-membantu.
3.
Mendengar nasihat • Remaja perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua.
4.
Terima pendapat seadanya •
Sekiranya abang atau kakak memberi alasan yang tidak munasabah
berkaitan sikap mahupun tingkah laku kamu, jangan sesekali cuba membetulkan atau memberi pendapat yang bertentangan dengan alasan yang dikemukakan. Cara sebegini akan membuatkan abang atau kakak berfikir dan berasa malu dengan alasan yang diberikan itu dan mungkin akan berasa bersalah dengan kenyataan yang tiada kepastiannya itu. Sebagai adik, elak berlalu pergi ketika abang atau kakak sedang bercakap. Ini kerana, ia akan mengeruhkan lagi keadaan sekaligus menambahkan kemarahan mereka.
8 5. Jadi pendengar setia
•
Jadilah pendengar yang setia ketika abang atau kakak menghadapi
masalah atau tekanan.
6.
Fahami mood abang atau kakak •
Kemarahan yang meledak pada usia remaja adalah perkara biasa dalam
kehidupan seseorang, baik remaja mahupun golongan dewasa. Setiap insan pasti mengalaminya. Rasa marah bukan kerana benci tetapi bersifat sayang atau teguran. Sekiranya kamu menghadapinya, bukan masa yang sesuai untuk kamu membalas kemarahan abang atau kakak dengan rasa kebencian.
7.
Bijak kawal kemarahan • Kadang-kadang, sikap ketidakadilan abang atau kakak boleh mendatangkan kemarahan kamu. Jangan sesekali membenci ataupun menyesal dengan sikap mereka kerana keadaan akan berubah saat kamu menerima kepastian dengan hati terbuka. Bawa bertenang dan tunggu sehingga keadaan kembali tenang. Kemudian, ambil peluang membincangkan perasaan yang kamu pendamkan itu, beberapa hari kemudian.
8.
Pelihara tutur kata yang sopan •
Apabila membincangkan sesuatu perkara dengan mereka sama ada
berkaitan dengan pendapat atau permintaan, peliharalah tingkah laku dan tutur kata kamu dengan sebaik-baiknya. Kawal percakapan kamu dan jangan sesekali meninggikan suara. Sekiranya kamu bijak mengawal perasaan dan keadaan, sabar serta bercakap dalam nada yang lembut, pasti mereka akan mengikut kehendak kamu.
9.
Nota kecil penguat kasih
9 •
Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah yang perlu dibincangkan
dengan abang atau kakak tetapi takut dimarahi dengan masalah yang dihadapi, cara terbaik mengatasi ketakutan itu ialah menulis nota di atas kertas. Letak nota itu di atas bantal abang atau kakak kamu. Pasti mereka akan menghayati setiap nota yang ditulis dan menyimpannya sampai bila-bila.
10.
Ajak keluar bersama •
Bawa abang atau kakak menemani kamu ke satu tempat peribadi.
Beritahu kamu ingin menikmati hari cuti yang indah bersama mereka daripada menghabiskan masa di rumah. Mungkin pada awal ajakan, mereka akan berasa pelik kerana kamu tidak pernah membuat keputusan sebegitu. Ini kerana, mereka berfikir kamu akan memberitahu mereka sesuatu perkara yang pelik. 11. Berkongsi cerita •
Luangkan masa bersama di bilik sambil menonton televisyen mahupun
membaca bersama sambil duduk dan berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku di kolej, universiti, rakan-rakan atau sesuatu yang membuatkan mereka tertarik untuk mendengarnya. Cara ini membuatkan mereka lebih mendalami dan menghayati setiap perkara yang dikongsi bersama kamu
10
PERANAN REMAJA TERHADAP ADIK-ADIK
Peranan remaja di dalam sebuah keluarga adalah amat besar terutamanya tanggungjawab mereka terhadap adik-adik. Kemungkinan remaja ini samada lelaki atau perempuan memikul tanggungjawab sebagai anak yang paling tua dalam sesebuah keluarga. Ini merupakan cabaran yang menguji tahap kepimpinan dan kredibiliti mereka sebagai abang atau kakak kepada adik-adik mereka.
Memang tidak dinafikan remaja ini juga mempunyai perasaan cemburu yang kuat sekiranya adik-adik mereka diberi perhatian yang lebih oleh ibubapa, lebih-lebih lagi apabila menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Jiwa remaja ini akan memberontak untuk mendapatkan kasih sayang yang sama rata. Egosentrisme mereka sangat kental dan mereka berasa begitu sukar untuk menerima situasi ini.
Walaubagaimanapun egosentrisme ini mula luntur setelah jiwa remaja ini diubah dengan timbulnya kesedaran dalam diri apabila melihat adik-adiknya begitu mengharapkan perhatian dan kasih sayang darinya. Mereka juga perlu sedar bahawa mereka juga telah melalui keadaan yang sama pada suatu ketika dahulu. Selain daripada itu, ibubapa juga harus memainkan peranan penting bagi memastikan remaja ini tidak terabai dan mendidik remaja ini supaya menyayanginya adik-adik mereka sendiri.
11
Sebagai anak yang paling tua, mereka tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka bagi memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik terjamin dan mempunyai kehidupan yang berkualiti untuk masa hadapan adik-adik. Mereka harus berusaha bagi melaksanakan tanggungjawab ini disamping tidak mengabaikan keadaan diri dan perasaan mereka sendiri.
Antara peranan remaja kepada adik-adik ialah :-
1.
Sebagai pengganti ibubapa sekiranya mereka tiada di rumah. Seorang abang atau kakak perlu memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik seperti yang telah dilaksanakan oleh ibubapa mereka. Oleh itu adik-adik tidak akan terasa terabai atau tersisih kerana mereka masih mempunyai tempat bergantung dan tempat rujukan selain ibubapa mereka.
2.
Menjadi pendamai sekiranya adik-adik berada dalam konflik atau bergaduh sesama sendiri. Mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini.
3.
Memantau kelakuan dan pergaulan adik-adik. Sebagai abang atau kakak, mereka perlu tahu ke mana adik-adik pergi dan siapa rakan-rakan disekeliling adik-adik. Mereka perlu memastikan adik-adik mereka bergaul dengan orang yang betul dan boleh membimbing adik-adik mereka kearah kebaikan.
4.
Menjadi contoh dan role model yang baik kepada adik-adik. Ini penting kerana adik-adik akan mengikut rentak atau perangai orang yang lebih tua dari mereka sepanjang hayat perkembangan dan pertumbuhan.
5.
Memotivasikan adik-adik sekiranya mereka kurang bermotivasi. Sebagai kakak atau abang, mereka perlu sentiasa memberi nasihat kepada adik-adik supaya sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Ini adalah penting bagi mewujudkan semangat dalam diri adik-adik mereka untuk lebih berjaya.
12
6.
Memberi sokongan dan dorongan supaya adik-adik berasa lebih yakin dengan apa dilakukannya. Sokongan ini perlu agar adik-adik tidak berasa takut atau samarsamar untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
7.
Sentiasa memberi peringatan dan ingatan kepada adik-adik supaya adik-adik mereka sentiasa bersedia dan pandai menguruskan diri sendiri ketika berada diluar atau didalam rumah. Ini penting sekiranya adik-adik mereka berada diluar dari peglihatan ibubapa dan remaja itu sendiri.
8.
Memberi pertolongan kepada adik-adik sekiranya mereka memerlukan bantuan samada dari segi kebajikan, kaunseling atau pembelajaran. Seseorang kakak atau abang tidak boleh menolak sekiranya adik-adik mereka memerlukan bantuan kerana mereka akan terasa tersisih dan boleh menimbulkan perasaan benci di kalangan adik-adik.
9.
Sebagai tempat mengadu dan juga rakan-rakan kepada adik-adik. Mereka harus bersikap terbuka dan menjadi tempat untuk adik-adik meluahkan perasaan. Mereka juga perlu menjadikan diri mereka sebagai sahabat karib kepada adik-adik supaya adik-adik berasa selesa untuk berkomunikasi dan dalam masa yang sama dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah adik-adik ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai abang atau kakak, mereka juga perlu menitikberatkan soal hati dan perasaan adik-adik mereka. Kadang-kadang, perhatian yang telalu serius juga boleh mengakibatkan adik-adik ini berasa terkonkong dan rimas serta boleh menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri adik-adik. Jiwa adikadik ini akan memberontak dan melakukan apa sahaja untuk mencari ketenangan dan kebebasan.
Oleh itu, remaja perlu berhati-berhati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka agar adik-adik mereka tidak berasa terkonkong. Mereka perlu menjadi seorang abang atau kakak yang baik dan dalam masa yang sama menjadi sahabat karib kepada adikadik mereka. Dalam masa yang sama, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab
13
terhadap diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Ini adalah penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.
KESAN POSITIF PERANAN REMAJA TERHADAP KELUARGA
Dalam arus modenisasi ini, remaja merupakan aset yang signifikan sebagai pemangkin untuk mewujudkan sesebuah Negara yang maju. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, sememangnya remaja amatlah memainkan peranan dalam sesebuah keluarga. Sungguhpun tanggugjawab yang besar terletak dibahu ibubapa untuk mendidik anak remaja mereka, namun selain dari itu, remaja juga sebenarnay bertanggugjawab keatas keluarga mereka. Justeru itu, jika seseorang remaja itu mampu menunaikan tanggugjawab mereka kepada keluarga, maka natijah positifnya amatlah besar.
Implikasi positif pertama yang dapat dilihat jika seseorang remaja itu memainkan peranan dalam sesebuah keluarga ialah kekurangan ataupun kelemahan ibubapa dapat diatasi. Contohnya, tidak semua ibubapa tahu dan arif mengenai pengetahuan ilmu agama. Oleh yang demikian, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, adalah menjadi tanggugjawab remaja tersebut memberi pengetahuan agama kepada ibubapa mereka. Jika tanggugjawab ini dapat dilaksanakan oleh seseorang remaja, maka masalah kejahilan ilmu agama yang dihadapi oleh ibubapa bagi sesebuah keluarga dapat diatasi.
14
Selain dari kejahilan ilmu agama, terdapat juga kelemahan yang dihadapi oleh ibubapa dalam cara mendidik remaja. Maka adalah menjadi tanggugjawab bagi seseorang remaja itu memberi pengetahuan kepada ibubapan mereka tentang cara yang betul dalam mendidik remaja. Maka dengan ini, ibubapa akan dapat mendidik anak remaja mereka dengan cara yang betul dan yang lebih pentig lagi pengetahuan ini dapat digunakan untuk mendidik anak-anak yang masih kecil apabila mereka mencapai usia remaja kelak.
Tidak dapat dinafikan, sememanggnya peranan remaja sebagai Role model kepada adik-adik mereka amatlah memberi kesan yang mendalam. Sememangnya adikadik mereka yang masih kecil akan melihat tingkah laku dan perbuatan yang ditunjukkan oleh abang mahupun kakak ramaja mereka. Sememagnya mereka akan menaruh harapan dan niat untuk mengikuti perbuatan yang ditunjukkan oleh abang dan kakak remaja mereka. Oleh yang demikian jika seseorang remaja itu menjalankan tanggugjawab menjadi seorang role model yang menonjolkan ciri-ciri yang baik, maka kesannya keatas adik-adik mereka apabila melangkah kealam remaja akan meniru tingkah laku yang baik sepertimana yang telah ditunjukkan oleh abang dan kakak mereka dahulu
Selain dari itu, implikasi positif seterusnya adalah dapat mewujudkan sesebuah keluarga yang aman dan tenteram. Tidak dapat disangkal lagi, dewasa ini kebanyakkan remaja kita lebih gemar menjalani kehidupan bercorak ala barat. Kehidupan yang mementigkan kebebasan dan keseronokkan ini sememangnya telah banyak memberi masalah kepada keluarga. Masalah ketagihan dadah umpamanya yang sering dikaitkan dengan remaja telah banyak membuatkan kehormonian dan kedamaian sesebuah keluarga itu hancur berkecai. Acapkali kita dikejutkan dengan kejadian-kejadian pergaduhan antara ibubapa dengan remaja sehiggakan berlaku pembunuhan yang berpunca dari masalah ketagihan dadah. Justeru itu, sekiranya para remaja kita hari ini faham akan peranan mereka sebagai remaja bagi sesebuah keluarga, saya percaya, keamanan dan kehormonian sesebuah keluarga dapat dipertahankan.
15
Sememangnya peranan yang dimainkan oleh remaja keatas sesebuah keluarga amatlah penting sekali. Dalam usaha mewujudkan sesebuah keluarga yang hormoni, setiap ahli dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa mengamalkan sikap terbuka setiap masa. Para remaja seharusnaya sedar akan tanggugjawab mereka keatas keluarga dan pada masa yang sama berusaha menjauhkan diri daripada gejala-gejala yang salah.
KESAN NEGATIF PERANAN REMAJA TERHADAP KELUARGA
Remaja adalah satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap terhadap kehidupan. Bila sebut saja remaja, kita semua seakan-akan sudah dapat membayangkan bagaimana cirri-ciri serta gayanya. Dalam melalui proses Contohnya seperti peranan dalam keluarga, jika remaja gagal memberi sumbangan kepada keluarga banyak kesan negatif yang kita boleh lihat. Kesan negatif yang diperolehi adalah seperti berikut :-
1.
Boleh menyebabkan keluarga berada dalam kejahilan dari segi didikan ilmu agama. •
Tidak semua ibu bapa didunia ini yang mempunyai didikan ilmu agama yang sempurna disebabkan beberapa faktor seperti kewangan, keluarga, tidak bersekolah dan sebagainya. Jika remaja tidak membantu ibu bapanya untuk menuntut ilmu agama serta memberi didikan itu dalam keluarga menyebabkan keluarganya terus berada dalam kejahilan.
2.
Keluarga akan terus ketinggalan dari segi pelajaran dan ilmu pengetahuan
16
•
Sekiranya ibu bapa tidak berpendidikan tinggi atau tidak bersekolah, mereka tidak akan dapat membantu anak-anak dari segi pelajaran. Oleh itu, jadi peranan remaja untuk membantu adik beradik yang lain dalam pelajaran. Jika remaja tidak memberi sumbangan dari aspek ini, keluarganya akan terus ketinggalan.
3.
Menyebabkan keluarga terus dalam kemunduran tanpa kemajuan hidup. •
Sekiranya remaja tidak berusaha untuk memajukan kehidupan keluarga, mereka akan terus mundur. Remaja tidak boleh mengharapkan ibu bapa semata-mata untuk memajukan kehidupan keluarga. Remaja masa kini lebih bijak dn mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan lagi kehidupan keluarga. Jika remaja tidak memainkan peranan ini sudah tentu kehidupan keluarga akan terus mundur.
4.
Keluarga atau adik beradik yang lain akan terus hanyut dengan arus kehidupan yang mencabar •
Seperti mana yang umum ketahui, kehidupan remaja masa kini penuh dengan gejala tidak sihat seperti pengaruh dadah, alkohol, seks rambang dan sebagainya. Remaja tidak seharusnya terjebak dengan gejala-gejala ini. Remaja harus menjadi role model dalam keluarga. Jika remaja tidak dapat memberi sumbangan sebagai role model dalam keluarga, maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga. Terutamanya kepada adik beradik yang sedang membesar ke alam remaja. Ia boleh mempengaruhi serta diikuti oleh genarasi keluarga sedang membesar. Ini akan menyebabkan keluarga akan terus hayut tanpa kehidupan yang sempurna.
5.
Suasana dalam keluarga akan menjadi tidak harmoni dan tidak tenteram. •
Sekiranya keluarga yang tidak mempunyai didikan agama, ilmu pengetahuan, serta ahli keluarga yang terlibat dalam masalah sosial akan menyebabkan keluarga menjadi porak peranda. Suasana kehidupan akan dipenuhi dengan penipuan, pergaduhan, perselisihan paham dan sebagainya. Semua ini akan berlaku jika remaja tidak memberi sumbangan serta memainkan peranan yang sepatutnya dalam keluarga.
17
KESIMPULAN
Konklusinya, remaja perlu memainkan peranan yang penting terhadap keluaraga untuk menjamin kebahagian dalam keluarga mereka. Sebagai contoh , jika dia seorang remaja yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anggota keluarganya menjadi insan yang beriman dan berakhlak mulia lalu kecuaiannya , mereka terjebak dalam pelbagai masalah sosial yang menggugat ketemteraman keluarga dan masyarakat ,akibatnya penyesalan akan wujud dalam jiwa remaja tersebut.
Setiap remaja dan perlu memahami kewujudan diri mereka dan dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri. Mengenal diri menjadikan remaja bermotivasi, yakin dan dapat melakukan atau membuat pilihan yang sesuai selaras dengan kemampuan dirinya. Di samping itu, remaja juga perlu mempunyai sahsiah diri yang kukuh dan didominasi oleh tahap penghargaan kendiri yang tinggi.
18
RUJUKAN
1. http://www.google.com
2. http://www.utusanonline.com
3. Dato’Dr Hasan Hj Mohd Ali, 1999, Terbitan Akademik Keluarga Malaysia (AKRAB) Kaedah Mendidik Remaja:Peranan Ibubapa.
1. .go