Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus

  • Uploaded by: fairus
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Fairus as PDF for free.

More details

  • Words: 4,416
  • Pages: 19
Fairus Muhamad Darus. 2004. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur. Dlm: Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin & Azahan Awang (eds). Alam Sekitar Dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia: 67 – 84. Bangi. UKM. ISBN: 983-2975-28-X

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur Oleh: Fairus Muhamad Darus Program Teknologi Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Selangor

Pengenalan

Kemerosotan kualiti udara adalah begitu ketara di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur yang mengalami proses perbandaran dan perindustrian (Tan 1982). Pencemaran udara akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluan industri serta kenderaan bermotor merupakan ciri masalah perbandaran. Masalah ini telah lama wujud sejak pertengahan abad yang lalu, khususnya di negara-negara maju dan Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Sebelum tahun 1970an, beberapa pemerhati berpendapat bahawa masalah pencemaran udara di negara Malaysia adalah tidak penting kerana ianya menerima jumlah hujan yang rata-rata melebihi 2200 mm setahun, dan ini dikatakan cukup untuk membersihkan udara yang tercemar (Sham dan Jamaluddin 1990). Laporan terkini mengenai pencemaran udara di Malaysia dan negara-negara tropika rendah yang lain, walau bagaimanapun tidak menyokong pendapat ini. Paras pencemaran udara dikatakan semakin meningkat, dan sesetengah jenis pencemaran telah pun melebihi paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripada pencerapan yang dilakukan didapati sesetengah Bandar besar di Malaysia memperlihatkan kemerosotan kualiti udara (Sham 1990). Kemerosotan kualiti udara ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangan sumber pencemaran udara yang tidak terkawal seperti pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan punca-punca industri. Kemungkinan hal ini berlaku kerana kegagalan sistem pengurusan kualiti udara yang dilaksanakan dalam agensi-agensi yang terbabit. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS 1996), menyatakan bahawa daripada 3177 aduan yang diterima mengenai pencemaran pada tahun 1996, sebanyak 2383 (75%) aduan tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Ini menunjukkan bahawa masalah pencemaran udara adalah ketara berbanding dengan lain-lain pencemaran.

Artikel ini membincangkan peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dalam pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur semasa negara dilanda masalah Jerebu pada tahun 1997.

Pengurusan Kualiti Udara Pengurusan alam sekitar amnya atau pengurusan kualiti udara khususnya adalah satu bidang multi-displin yang luas yang memerlukan pelbagai usaha dan tidakan bersepadu dan diarahkan kepada mencari penyelesaian bagi mengatasi masalahmasalah persekitaran yang wujud. Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang terlibat pada prinsipnya boleh digambarkan di dalam Rajah 1.

Pengurusan alam sekitar dan pelaksanaan program alam sekitar. Penyelidikan dan penilaian.

Faktor-faktor sosial dan exegenous.

Proses membuat keputusan pengursan alam sekitar. Isu-isu perlembangaan dan perundangan. Peraturan, teknik, proses dan strategi.

Rajah 1: Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam pengurusan alam sekitar (Khalid 1985). Kaedah yang biasa digunakan bagi pengurusan alam sekitar merangkumi kaedahkaedah melalui kawalan undang-undang dan bukan undang-undang. Rajah 2 menunjukkan tindakbalas manusia dengan persekitaran atmosfera yang melibatkan kemerosotan kualiti udara. Dalam ruangan respon di dalam rajah tersebut menunjukkan dua langkah pengurusan kualiti udara yang diamalkan secara bersama iaitu melalui kaedah perundangan dan bukan perundangan. Di Malaysia khususnya dalam kawalan sistem perundangan ianya melibatkan pelbagai akta, enakmen dan peraturan-peraturan yang mempunyai peruntukkan yang tersendiri bagi mengawal

masalah-masalah yang berkaitan khususnya pencemaran udara. Manakala kaedah bukan perundangan melibatkan penggunaan garis panduan, sistem pendidikan formal dan bukan formal.

• • • •

PROSES

HASIL

RESPON

Manusia dan kegiatannya

Kesan tindakbalas manusiasekitaran antomsfera

Pengurusan kualiti udara

Persepsi Perancangan Membuat keputusan Tindakan

1. Perundangan 1. Kemerosotan kualiti udara 2. Pulau haba

Teknologi Tenaga Bahan

Perubahan alam sekitar

• • • • •

Suhu Hujan Angin Kelembapan bandingan / bahang Sinaran matahari

3. Banjir kilat dan sebagainya

• • • •

Peraturan Perlesenan Arahan Penguatkuasaan

2. Bukan Perundnagan • • • • •

Garis panduan Pendidiksn Perancangan Pemonitoran Polisi Awam

Alam sekitaran fizikal •

Sekitaran atmosfera

Rajah 2: Tindakbalas manusia-sekitaran atmosfera dan kesannya terhadap kemerosotan kualiti udara serta respon yang berkaitan.

Apabila membincangkan kaedah kawalan melalui undang-undang, maka adalah perlu untuk memahami sistem pentadbiran perundangan khususnya yang melibatkan alam sekitar. Di Malaysia, perundangan alam sekitar umunya melibatkan sistem sumberjaya. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mempunyai satu sistem pembahagian pentadbiran sumberjaya yang kompleks. Kaedah ini wujud oleh pembahagian tanggungjawab yang berbeza-beza di antara Parlimen Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri. Ini ditambah lagi negara ini mengamal pemerintahan secara tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Setiap peringkat kerajaan tersebut mempunyai sistem pentadbiran dan perundangan yang agak berbeza antara satu sama lain serta bidang kuasa yang tersendiri. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat satu senarai bersama (concurrent) di mana undang-undang boleh digubal sama ada oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Ini jelas dapat dilihat pada Artikel 75 dalam perlembagaan bagi Kuala Lumpur selain daripada tertakluk kepada perundangan persekutuan, ia juga tertakluk kepada perundangan kerajaan tempatan. Dalam hal pengurusan kualiti udara, tanggungjawabnya melibatkan beberapa agensi kerajaan tempatan dan persekutuan. Agensi-agensi ini bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dalam bidang kuasa masing-masing. Di peringkat persekutuan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1985) merupakan undang-undang yang komprehensif untuk mencegah, menghapuskan dan mengawal pencemaran. Akta-akta lain yang berkaitan dengan pengurusan kualiti udara di peringkat persekutuan adalah Akta Perhutanan 1984 dan Akta Perlombongan Pertroluem 1972. Di antara instutusi yang terlibat secara langsung dalam pengawalan pencemaran udara di bawah undang-undang persekutuan ini adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Lombong dan Galian. Selain daripada itu, beberapa undang-undang persekutuan yang sedia ada dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri. Undang-undang ini disediakan bagi menggalakkan penyelarasan di antara negeri-negeri. Di antara undang-undang yang terletak di bawah undang-undang negeri adalah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Institusi yang terlibat dalam kedua-dua akta ini adalah pihak berkuasa tempatan. Oleh yang demikian, instutusi yag terlibat dalam pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah DBKL Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pada tahun 1890 Lembaga Kesihatan telah diwujudkan oleh pihak penjajah berfungsi sebagai badan pentadbiran untuk menguruskan Kuala Lumpur. Selepas itu, Lembaga Kesihatan telah dinaik tarafnya menjadi Suruhanjaya Persekutuan pada tahun 1948. Pada tahun 1951 Suruhanjaya telah dipinda untuk ditubuhkan Majlis Perbandaran. Perubahan yang berlaku ini adalah mengikut keperluan akibat pembangunan di Kuala Lumpur.

Perkembangan yang pesat di Kuala Lumpur telah mendorong kepada kenaikan taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya pada 1 Februari 1972. Dengan kenaikan taraf Kuala Lumpur sebagai bandaraya, ia telah membawa kepada pembentukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai organisasi yang bertanggungjawab mentadbir Kuala Lumpur. DBKL memainkan peranan penting sebagai nadi pengerak kepada pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur dan penghuninya. DBKL juga merupakan sebuah jentera kerajaan tempatan yang terbesar di Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh DBKL amat besar bagi mencapai matlamat yang menjadi asas penubuhannya (Hamidah 1987).

Struktur Organisasi DBKL Di bawah organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terdapat lapan jabatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan serta kawalan pencemaran alam sekitar. Rajah 3 menunjukkan struktur organisasi DBKL secara keseluruhan. Jabatan tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1: Senarai jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan kawalan pencemaran alam sekitar.

• • • • • • • •

Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Jabatan Senitaman dan Rekreasi Jabatan Perkhidmatan Bandar Jabatan Pembentungan dan Perparitan Jabatan Kerja Awam dan Lalulintas Jabatan Perlesenan Jabatan Kesihatan Jabatan Direktorat Penguatkuasa

Selain daripada itu, terdapat juga jawatankuasa-jawatankuasa lain yang memberi pertimbangan terhadap isu-isu alam sekitar seperti Jawatankuasa Bandar, Jawatankuasa Kecil Teknikal. Jawatankuasa-jawatankuasa ini turut memainkan peranan penting dalam memastikan segala proses pembangunan di Kuala Lumpur dapat mematuhi konsep pembangunan yang mesra alam.

Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS) Penguatkuasa pencemaran alam sekitar lebih dipertanggungjawabkan kepada Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS) di Jabatan Kesihatan DBKL yang telah ditubuhkan pada tahun 1987 (Rajah 4). Tugas utama unit ini ialah untuk mengenalpasti, menghapus, mencegah serta mengawal tahap pencemaran alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Pendekatan yang digunakan oleh unit ini di dalam pengurusan alam sekitar adalah berdasarkan dua kaedah utama iaitu:

Dato Bandar

Lembaga Penasihat Ketua Pengarah Unit Perancangan Ibukota

Unit penswastaan dan kerjasama Jabatan Kewangan

Timb. Ketua Pengarah I

Timb. Ketua Pengarah II

Jabatan Urusetia

Jabatan Personal

Jabatan Perkhidmatan Bandar

Jabatan Senitaman dan Rekreasi

Jabatan Perundangan

Jabatan Penilaian dan Harta

Jabatan Perngurusan Perumahan

Jabatan Pengurusan Penjaja Kecil

Jabatan Kerja Awam dan Lalulintas

Jabatan Perancangan dan Kawalan

Jabatan Perlesenan

Jabatan Kesihatan

Jabatan Arkitek

Jabatan Kejuruteraan Kimia

Jabatan Pengangkutan

Jabatan Pembangunan Sosial dan Kebudayaan

Jabatan Penilaian

Jabatan Perparitan dan Pembentungan

Jabatan Direktorat Penguatkuasaa

Rajah 3: Struktur organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Pengarah Kesihatan

Ketua Unit Perlindungan Alam Sekitar Pegawai Kawalan Alam Sekitar

Ketua Bhg. Epid., Kawalan Mutu Makanan dan Air Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Timb. Pengarah Bhg. Kawalan Vektor dan Pets

Bhg. Pentadbiran Pegawai Tadbir

Zon Klang Lama Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Zon Damansara Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Zon Pusat Bandar Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Timb. Pengarah Bhg. Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanakkanak serta Perkhidmatan Kesihatam Sekolah

Ketua Bhg. Kesihatan, Cara kerja dan Kakitangan Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Bhg. Sanitasi Premis dan Kebersihan Makanan Ketua Inspektor Kesihatan

Zon Setapak Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Zon Kepong Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Zon Cheras Pegawai Perubatan dan Kesihatan

Rajah 4: Struktur organisasi Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Ketua Bhg. Pembangunan Masyarakat dan Pelajaran Kesihatan Pegawai Pelajaran Kesihatan

a. Perlesenan melalui penetapan syarat-syarat dalam pengeluaran lesen perniagaan dan sebagainya. b. Melalui program pemeriksaan rutin tahunan terhadap kilang-kilang atau premis-premis yang mencemarkan.

Bagi melicinkan pelaksanaan tugas dalam pengurusan alam sekitar dan khidmat kepada orang ramai, bermula pada tahun 1982 DBKL mewujudkan cawangan zon pentadbiran yang terdiri daripada 6 kawasan iaitu Pusat Bandar, Kepong, Damasara, Setapak, Kelang Lama dan Cheras. Jaduan 1 dan 2 menunjukkan objektif dan aktiviti yang dilaksanakan oleh UPAS.

Jadual 1: Objektif Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL Objektif UPAS, DBKL 1. Mengekal Keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia yang sempurna 2. Pengekalan alam sekitar selaras dengan kehendak-kehendak penduduk terutamanya darisegi keupayaan pengeluaran sumber-sumber. 3. Menjamin kualiti alam sekitar dari pencemaran akibat perubahan bilangan penduduk dan aktiviti-aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumbersumber semulajadi, perindustrian dan pembandaran. 4. Menjamin metlamat pembangunan sosio-ekonomi dengan kepentingan pemuliharaan kualiti alam sekitar. 5. Memastikan saling keutamaan faktor-faktor sosial, kebudayaan, ekonomi, alam hayat dan fizikal dalam menentukan ekologi manusia. 6. Mengekal pusaka-pusaka di negara yang unik dan berbagai-bagai jenis yang menyumbang kepada mutu kehidupan yang sihat.

Jadual 2: Aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL Aktiviti UPAS, DBKL 1. Mengenalpasti semua tred dan industri yang berpotensi menimbulkan pencemaran alam sekitar. 2. Memeriksa dan menjalankan langkah-langkah kawalan bagi menentukan semua tred dan industri berkenaan tidak menimbulkan masalah pencemaran iaitu mematuhi piawaian yang ditetapkan. 3. Meluluskan permohonan lesen baru tred dan industri yang berpotensi menimbulkan pencemaran atau kacauganggu. 4. Menerima dan menyiasat aduan orang ramai. 5. Pemeriksaan susulan perlaksanaan kehendak atau keperluan yang diarah oleh unit ini.

Kualiti Udara Di Kuala Lumpur Secara umumnya tahap kualiti udara di Kuala Lumpur berada ditahap yang tidak memuaskan terutamanya untuk beberapa tahun kebelakangan dan hal ini menjadi lebih serius apabila berlaku kekerapan kejadian jerebu yang melanda negara. Meskipun gas-gas pencemaran seperti ozon, karbon dioksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan logam plumbum berada di bawah paras Garis Panduan yang disyorkan, tahap pencemaran partikel halus (Particulate Matter – PM10) masih belum mencapai pada tahap yang memuaskan. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (1995) dari tempoh 1989 hingga 1995, purata kepekatan jumlah partikel terapai masih melebihi paras Garis Panduan yang disyorkan iaitu pada 90µg/m3 kecuali pada tahun 1993. Pada tahun 1997 kualiti udara di Kuala Lumpur mengalami kemerosotan terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober 1997. Indeks Pencemaran Udara (Air Pollution Index - API) pada tahun tersebut meningkat bermula pada bulan Mei dan kemuncaknya pada bulan September di mana bacaan API berada pada paras melebihi 100 iaitu pada paras tidak sihat. Ini diikuti sama oleh paras pencemaran partikel halus (PM10) yang mencatatkan bacaan sebanyak 241.39 µg/m3 iaitu melebihi paras Garis Panduan yang disyorkan iaitu 150 µg/m3 (Rajah 5).

Graf purata partikel halus di Kuala Lumpur pada tahun 1997 dan 1998 300 250

ppm

200 150 100 50 0 1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Bulan 1997

1998

Rajah 5: Graf perbandingan purata partikel halus (PM10) bagi tahun 1997 dan 1998.

Kejadian jerebu pada tahun 1997 merupakan satu kejadian pencemaran udara yang paling teruk melanda negara ini berbanding dengan episod jerebu yang lalu. Peningkatan PM10 ketika berlakunya jerebu iaitu pada Ogos hingga Oktober 1997 adalah berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimatan dan Sumatra, Indonesia dan juga sumbangan pembajaran terbuka domestik. Catatan bacaan PM10 yang tinggi pada tahun 1997 di Kuala Lumpur telah memberi kesan yang signifikan terhadap kesihatan terutamanya bagi warga kota yang berisiko seperti kanak-kanak, orang tua dan golongan yang berpenyakit serta mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah (Kementerian Kesihatan 1998). Antara kesan-kesan buruk yang dialami oleh warga kota akibat menyedut udara jerebu adalah seperti sakit tekak, batuk, sesak nafas, pedih mata, selsema dan gatal-gatal kulit. Pendedahan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit seperti kronik-bronkitis, asma, kanser paru-paru, amfisema paru-paru dan adema paru-paru (Sitting 1975). Bagi mengelak daripada masalah ini, warga kota telah dinasihatkan untuk berada di dalam rumah dan dikehendaki memakai topeng atau penutup hidung apabila keluar dari rumah. Kesan kesihatan akibat kemerosotan kualiti udara di Kuala Lumpur dapat dilihat daripada jumlah pesakit yang mendapat rawatan yang berkaitan dengan salur penafasan di hospital yang berada atau berdekatan dengan Kuala Lumpur seperti Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Hospital Universiti (HU). Rajah 6 dan 7 menunjukkan bilangan kes rawatan untuk penyakit asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa di HBKL dan HU bagi tempoh 12 bulan pada tahun 1997. Kedua-dua rajah tersebut menunjukkan peningkatan bilangan kes rawatan bagi kedua-dua jenis penyakit terutamanya ketika kemuncak episod jerebu iaitu pada Ogos dan November 1997.

Rajah 6: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Rajah 7: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Di antara langkah drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah jerebu ini adalah menggunakan kaedah ‘pembenihan hujan’ yang bertujuan untuk mengalakkan dan mempercepatkan proses hujan. Di samping itu juga langkahlangkah meningkatkan penguatkuasaan seperti kawalan udara, kawalan pembakaran terbuka, kuari dan kawasan pembinaan serta menjalankan pemantauan terhadap keskes yang melibatkan masalah penafasan di hospital-hospital dan klinik-klinik persendirian oleh beberapa agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan turut dilakukan (Norlaila 1997).

Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL Pengurusan dan kawalan pencemaran alam sekitar di Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipertanggungjawabkan di bawah Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS). Program pengurusan dan kawalan pencemaran alam sekitar yang dilaksanakan oleh UPAS tidak mempunyai pengkhususan terhadap komponen alam sekitar seperti air, udara, tanah dan sebagainya. Justeru itu pelaksanaan program pengurusan kualiti udara atau pencemaran udara secara khusus tidak wujud di dalam aktiviti UPAS. Tugas utama UPAS adalah mengenal pasti, mengawal dan menghapuskan pencemaran atau kacauganggu tanpa merujuk mana-mana komponen alam sekitar secara khusus. Selain itu, unit ini juga bertindak memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan orang ramai terhadap perkara-perkara seperti bunyi bising, bau busuk, asap, effeluen dan lain-lain. Aspek utama yang ditekankan oleh unit ini adalah melalui tindakan penilaian, penguatkuasa undang-undang serta langkah-langkah kawalan. Sehubungan dengan itu, unit ini menyediakan program kerja untuk setiap tahun untuk penilaian dan penguatkuasaan dengan tujuan berikut:

• • •

Membuat laporan premis, kajian garis panduan khusus bagi satu jenis perniagaan atau tred. Memastikan agar semua premis yang disenaraikan dalam program ini dilawati sama ada berlesen atau tidak berlesen. Mengenalpasti tahap kemajuan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan sama ada terdapatnya proses peningkatan daripada kekerapan dikompaun dan sebagainya.

Program kerja tahunan dirangka setiap tahun bertujuan untuk menyelaras dan mengatur satu sistem kerja yang bersistematik dan bersepadu agar pemeriksaanpemeriksaan rutin dan kawalan serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Tujuan pemeriksaan yang bersepadu dibentuk adalah berbangkit dari kepesatan pembangunan dan ekonomi negara yang mana ianya telah menyumbang kepada pelbagai masalah pencemaran seperti bunyi bising, habuk, bau, pembakaran terbuka, pencemaran sungai dan alir air yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada penduduk di Kuala Lumpur. Dengan adanya Program Kerja Tahunan, maka kerjakerja pengawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Program kawalan dan pemeriksaan terhadap premis atau tred adalah bergantung kepada tahap atau kategori seperti yang ditunjukan dalam Jadual 4. Jadual 4: Kategori Premis atau tred mengikut tahap pencemaran atau kacauganggu. Keterangan

Kelas Pencemaran Satu

Kekerapan pemeriksaan mengikut bulan Sekali setiap empat bulan

Kekerapan pemeriksaan dalam setahun Tiga kali setahun

Kelas Pencemaran Dua

Sekali setiap empat bulan

Tiga kali setahun

Merupakan tred atau industri yang berpotensi menimbulkan pencemaran atau kacauganggu yang sederhana tinggi.

Kelas Pencemaran Tiga

Sekali setiap enam bulan

Dua kali setahun

Merupakan tred atau industri yang berpotensi menimbulkan pencemaran atau kacauganggu yang rendah.

Kategori

Merupakan tred atau industri yang berpotensi menimbulkan pencemaran atau kacauganggu yang tinggi, kebanyakkannya merangkumi semua kategori pencemaran.

Di samping merancang dan melaksanakan Program Kerja Tahunan, UPAS turut melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan melalui peruntukan beberapa perundangan dan undang-undang kecil yang digubal dibawahnya untuk mengawal pencemaran termasuk pencemaran udara. Perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan

1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dilaksanakan melalui aktiviti program tahunan dan juga tindakan berdasarkan aduan orang ramai. Pada tahun 1997, kejadian episod jerebu yang melanda hampir keseluruhan negara termasuk Kuala Lumpur telah memberi kesan yang ketara terhadap kualiti udara. Dalam menangani kejadian tersebut UPAS yang juga ahli sekteriat Jawatankuasa Jerebu Wilayah Persekutuan, telah mengambil dan melaksanakan tindakan-tindakan yang sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh JAS. Jadual 5 menunjukkan data-data hasil pemeriksaan dan tindakan yang dilaksanakan pada bulan Mei hingga September 1997 dalam mengawal pencemaran habuk dan asap di Kuala Lumpur. Selain daripada pemeriksaan tersebut, UPAS turut menjalankan penguatkuasaan berdasarkan aduan orang ramai. Jadual 5: Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh UPAS pada Mei hingga September 1997. Sumber

Pembakaran terbuka 1.Sampah kebun 2. Domestik / komersial 3.Semak samun

Jumlah Premis

Aduan diterima

Pemeriksaan dijalankan

Tindakan Penguatkuasaan Notis/ Amaran Lisan

Kompaun

Permohonan Saman

-

5

11

8

1

-

-

9

25

5

4

-

-

-

1

-

-

-

Loji Simen

46

-

71

9

20

-

Kuari

2

-

9

-

5

-

Tapak Binaan

168

3

234

44

30

1

Kilang Colok

2

-

1

-

-

-

357

-

12

10

-

-

25

-

16

-

1

-

44

-

56

5

-

-

55

2

11

11

-

-

699

19

447

92

61

1

Bengkel motor Kerja-kerja kayu 1. Kilang papan 2. Kilang Perabot Upacara keagamaan Jumlah

Selain daripada pengawalan pencemaran udara dengan penguatkuasaan undangundang, kawalan cara bukan perundangan juga telah dilaksana. Cara ini merupakan suatu strategi pelengkap dan usaha memantapkan lagi aspek alam sekitar ke dalam proses pembangunan supaya ianya tidak terus mengalami kemerosotan. Terdapat pelbagai kaedah bukan perundangan yang dilaksanakan oleh DBKL di dalam mengatur perancangan dan pengurusan kualiti udara di Kuala Lumpur. Antara kaedah bukan perundangan yang menggunakan tindakan pro-aktif adalah melalui garis panduan, kempen, pendidikan awam dan pemantapan dasar pembangunan sektor yang berteraskan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan berterusan. Di peringkat perancangan dan pembentukan dasar yang melibatkan pembangunan dan alam sekitar, DBKL telah mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Alam Sekitar yang bertanggungjawab memberi nasihat dan panduan mengenai isu-isu alam sekitar termasuk pengurusan kualiti udara kepada Datuk Bandar dan pentadbiran DBKL khasnya dan kerajaan Malaysia amnya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa Ahli Lembaga Penasihat dan Pengarah-pengarah Jabatan-jabatan yang berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO). Bidang tugas jawatankuasa ini adalah membincangkan dan mengutarakan isu-isu pencemaran alam sekitar, menganalisa dan mengkaji semula aktiviti-aktiviti dan polisi-polisi yang bercanggah atau tidak selari dengan keperluan alam sekitar masa kini. Perancangan guna tanah merupakan satu elemen penting dalam pengurusan alam sekitar termasuk isu pengurusan kualiti udara. Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 yang telah digubal dari Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Mengikut Seksyen 6(1) akta ini, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab mengatur, mengawal dan merancang pemaju dan penggunaan semula tanah dan bangunan di dalam kawasannya. Ini dibuat melalui penyediaan pelan pembangunan iaitu pelan struktur dan pelan tempatan. Pihak DBKL juga berinisiatif di dalam membuat dasar untuk memperbaiki kualiti alam sekitar termasuk kualiti udara di Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat melalui dasar pengawalan pokok dan memelihara persekitarannya yang dijalankan oleh Jabatan Senitaman dan Rekreasi yang bertujuan memastikan Kuala Lumpur menjadi Bandaraya Taman. Walau pun dasar ini masih lagi baru namun pelaksanaannya yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak. Di dalam membuat perancangan pelan pembangunan, DBKL juga merujuk dan menguna pakai beberapa garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar seperti Garis Panduan Letakan Industri dan Pengezonan Industri dan Kod Amalan Pelupusan Sisa-sisa Pepejal Di Atas Tanah. Di samping itu juga DBKL turut menerbitkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan seperti Garis Panduan Kawalan Pencemaran dan Kacauganggu. Pelaksanaan penguatkuasaan di dalam pengurusan kualiti udara mahupun isu alam sekitar tidak berkesan tanpa adanya kesedaran daripada orang awam. Menyedari hakikat tersebut DBKL turut menyediakan program pendidikan secara tidak formal bertujuan memberi maklumat dan menyedarkan orang ramai akan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai warga kota untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.

Program pendidikan yang dijalankan oleh DBKL dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya seperti Kempen Minggu Alam Sekitar, Seminar, Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Fotografi, Ceramah, Gotong-royong dan sebagainya. Bagi mewujudkan langkah-langkah menangani masalah jerebu yang serius di Kuala Lumpur pada tahun 1997 daripada berulang, DBKL telah memilih tema sambutan Minggu Alam Sekitar pada tahun 1998 sebagai “Penjagaan Kualiti Udara Yang Baik Tanggungjawab Bersama”. Sepanjang sambutan Minggu Alam Sekitar tersebut, kempen kesedaran hentikan pembakaran terbuka dan pemeriksaan asap kenderaan telah dilaksanakan dengan kerjasama JAS. Di samping itu aktiviti gotong-royong membersihkan tapak pelupusan sampah haram bersama penduduk setempat turut diadakan. Aktivti gotong-royong ini bertujuan menghapuskan tapak-tapak pelupusan sampah haram yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara apabila sampah-sarap di kawasan itu dibakar.

Keberkesanan Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL Tahap kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur akan mengalami kemerosotan jika tiada usaha-usaha untuk mengurus dan memelihara serta mengekalkan kualiti udara daripada pencemaran. Pengurusan kualiti udara ini boleh dilakukan melalui kaedah perundangan dan bukan perundangan. Kedua-dua cara ini dilaksanakan oleh agensiagensi kerajaan pusat atau pun oleh pihak DBKL sendiri. Pelbagai langkah yang telah dilaksana oleh pihak DBKL untuk memperbaiki mutu penguatkuasaan dengan pengadakan program tahunan, kumpulan kerja pada waktu malam dan sebagainya. Namun usaha tersebut hanya terhad kepada beberapa masalah alam sekitar yang bersifat semasa dan hanya berkesan untuk jangka masa pendek. Ketiadaan satu program khusus untuk menguruskan permasalahan alam sekitar secara selektif dan efektif menyebabkan pengurusan alam sekitar oleh DBKL kurang berkesan khususnya di dalam pengurusan kualiti udara. Hal ini jelas dapat dilihat dari segi ketiadaan pelan induk dan strategi pengurusan kualiti udara untuk jangka masa panjang. Ketiadaan pelan jangka panjang yang bersifat intergratif turut menyukarkan DBKL untuk menangani masalah pencemaran udara. Ini terbukti jelas apabila berlakunya kejadian jerebu pada tahun 1997 yang punca utamanya adalah akibat pembakaran hutan di negara jiran. Meskipun tidak dapat dinafikan sumber pencemaran dalam negara seperti kenderaan turut menyumbang kepada kejadian jerebu tersebut. Darisegi pelaksaan perundangan, DBKL mempunyai beberapa perundangan dan undang-undang kecil yang digubal dibawahnya bagi mengawal kualiti alam sekitar termasuk kualiti udara. Namun perundangan yang sedia ada didapati kurang berkesan di dalam membantu proses penguatkuasaan yang dijalankan. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan langkah-langkah yang diambil tidak berkesan, antaranya yang paling utama ialah ketiadaan atau kekurang kriteria dan piawaian yang dapat digunakan dalam penguatkuasaan. Selain itu, keupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan bergantung kepada pengaruh di setiap peringkat perlaksana. Perlaksanaan ini tidak

dapat dijalankan bila kemampuan untuk menjalankan penguatkuasaan darisegi undang-undang dipertikaikan atau dipersoalkan. Undang-undang yang tidak dikemaskini menyebabkan terdapat kehendak yang tidak jelas untuk membuat interpretasi. Tambahan pula, perbezaan jumlah bayarankompaun atau denda yang dikenakan oleh undang-undang yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti DBKL; nyata lebih rendah dan jauh berbeza berbanding yang terdapat di dalam Akta Kualiti Alam Sekitar. Keadaan ini menyebabkan peranan pihak berkuasa tempatan dalam pengurusan alam sekitar seperti udara menjadi tidak berkesan. Fungsi penguatkuasaan yang terhad di satu-satu jabatan sahaja dan dianggap telah meliputi keseluruhan fungsi DBKL serta pertindihan bidang kuasa antara jabatan turut mempengaruhi keberkesanan penguatkuasaan. Kekurangan tenaga manusia, kewangan dan teknikal juga menjadi punca penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar. Kesedaran tentang wujudnya kekurangan dan kelemahan darisegi peruntukkan undang-undang bagi menjayakan penguatkuasaan yang lebih efektif harus ditangani dan diambil tindakan segera. Oleh itu agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam masalah pengurusan kualiti udara boleh membantu dalam proses menyemak semula peruntukkan perundangan yang ada, disesuaikan dengan keadaan semasa untuk menentukkan sama ada undang-undang dan peraturan dibawahnya mencukupi dan relevan dengan keperluan masa kini dan akan datang.

Kesimpulan Udara merupakan satu sumber dan keperluan yang penting kepada semua hidupan di muka bumi ini. Justeru itu adalah perlu bagi setiap manusia menyedari kepentingan melindungan udara yang tercemar. Masalah pengurusan kualiti udara ini hanya dapat diatasi sekiranya langkah-langkah untuk mengurusnya diambil melalui intergrasi prinsip-prinsip pengurusan alam sekitar yang teratur dan bersistematik serta berkesan. Pengurusan kualiti udara tidak terkongkong oleh sempadan pembandaran atau negeri mahupun negara. Dalam keadaan ini cara yang lebih pratikal untuk mengurus kualiti udara di sesuatu kawasan adalah melalui konsep “Wilayah Pengurusan Kualiti Udara”. Dalam konsep ini penekanan diberikan kepada sesuatu wilayah kualiti udara untuk diuruskan secara menyeluruh tanpa mengambil kira sekatan pentadbiran dan politik. Dengan ini memudahkan tindakan secara bersama dan bersepadu. Adalah diharapkan dengan wujudnya peningkatan tahap pengurusan alam sekitar khususnya terhadap kualiti udara; segala cabaran masa kini dan akan datang dapat diatasi secara bersistematik dan efektif demi menjamin tahap kualiti persekitaran yang terbaik khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.

Rujukan Hamidah Abdul Samad. 1987. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur: Sejarah dan Perananya. Latihan Ilmiah. Univesiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbit. Jabatan Alam Sekitar. 1995. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar. 1996. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar. 1997. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Kesihatan. 1996. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jabatan Kesihatan. 1997. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kementerian Kesihatan. 1998. Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan. Khalid Ramlee. 1985. Perkembangan Organisasi Strategi Pengurusan Alam Sekitar: Satu Tinjauan. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar. Norlaila Mat Tahir. 1997. Bila Jerebu Menutup Pandangan – Tragedi Pencemaran Udara Yang Paling Teruk Melanda Negara. Dewan Kosmik. Oktober: 5-7. Sham Sani. 1990. Kualiti Udara di Malaysia dan Implikasi Beberapa Hasil Penyelidikan Tempatan Terhadap Strategi Pengurusanya. Dlm. Sham Sani & Abdul Samad Hadi. Pynt. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sham Sani & Jamaluddin Jahi. 1990. Post Merdeka Development and Air Quality Degradation in Malaysia. Akademika 36. Januari:33-49. Sitting, M. 1975. Environmental Sources and Emission Handbook. New Jersey: Nayes Data Corporation. Tan, M. L. 1982. Air Pollution in Malaysia: Problem, Perspective and Control. Dlm. Development and the Environmental Crisis. Penang: The Consumer Association of Penang.

Related Documents


More Documents from "atika"