BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS SGDU 1013 – TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN TAJUK: PERANAN PKG DALAM PENGURUSAN LATIHAN : KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN SEKOLAH
Disediakan Oleh :
NAMA
: Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen
NO.MATRIK
: 201400 PENSYARAH
En. Nordin Mansor Tarikh Serah Tugasan
23 Ogos 2009
Kandungan : Bil
Perkara
Halaman
1.
Pengenalan
3
2.
Fungsi PKG
4 1
3.
Pentadbiran Dan Pengurusan PKG
4
4.
Kajian Keperluan
5
5.
Kajian Keperluan di PKG
6
6.
Methodologi
6
7.
Penutup
7
8.
Carta Aliran Proses Kajian Keperluan Kursus Sekolah
8
9.
Senarai Rujukkan
9
10.
Lampiran 1
10
11.
Lampiran 2
11
12.
Lampiran 3
12
13.
Lampiran 4
13
14.
Lampiran 5
14
15.
Lampiran 6
15
2
PENGENALAN Pusat Kegiatan Guru merupakan sebuah unit yang memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). PKG ditubuhkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh yang demikian, pada kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan. Dari segi sejarah gerakan ke arah penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan , Terengganu dan Pahang. Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan dan membina bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknopen. Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia sebanyak 250 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 PKG lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Pada tahun 1995, Pusat Kegiatan Guru telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. Bermula dari tarikh, 1 Januari 1996, Pusat Kegiatan Guru telah diletakan sepenuhnya di bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, sementara Pusat Sumber Pendidikan Negeri pula diletakkan dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nama ini dianggap sesuai untuk menggantikan Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ' Daerah' yang digunakan pada nama itu adalah untuk memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.
FUNGSI PKG • •
• •
•
Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen. Sebagai pusat penghasilan bahan sumber P&P yang dibina secara kreatif dan inovatif. Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan kepada guru dan masyarakat setempat. Mewujudkan perkongsian bagi meningkatkan pengetahuan teknopen di kalangan guru-guru. Memupuk budaya pemuafakatan di kalangan guru setempat melalui semangat berpasukan. 3
• • •
Membantu meningkatkan pengurusan Pusat sumber Sekolah (PSS). Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat.
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PKG PKG ditadbir oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP DGA32), dengan dibantu oleh seorang PTP DGA 29, dan seorang Pembantu Tadbir (N17) serta seorang Juruteknik Komputer (FT17). Perancangan aktiviti PKG yang berupa mesyuarat, taklimat, kursus, dan bengkel dirancang dan dipesetujui oleh satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pengetua dan guru besar di dalam kelompok PKG berkenaan. Jawatankuasa Pengurusan ini pada kebiasaanya akan dipengerusikan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah di mana terletaknya PKG. Beliau juga dikenali sebagai Pengerusi PKG. Perjalanan aktiviti oleh PKG akan juga dibantu oleh jawatankuasa kerja yang akan ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pengurusan. Pada lazimnya terdapat empat jawatankuasa kerja di sesebuah PKG. Jawatankuasa Latihan Dan Penghasilan yang akan membantu merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG, mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan dan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat dan mengkaji laporan penilaian bagi menentukan tindakan susulan. Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah yang akan mewujudkan kerjasama dalam meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah ahli, merancang dan melaksanakan program dan aktiviti PSS, memupuk budaya membaca, mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan. Serta memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber. Jawatankuasa Teknologi Maklumat yang berusaha ke arah mewujudkan kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan dan mengintegrasikan teknologi maklumat, serta berusaha meningkatkan penggunaan makmal TMK dan Pusat Akses di sekolah. Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan yang memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang, menggunakan kemudahan rekreasi dan bergotong royong, mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat, menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG. KAJIAN KEPERLUAN Kajian Keperluan (Needs assessment) adalah proses di mana keperluan sebenar pelanggan ditentukan dan langkah-langkah menangani keperluan tersebut dirancang. Ianya sering digunakan dalam projek penambah-baikan, latihan dan pendidikan. Satu kertas kerja kajian keperluan, yang dikaji dan ditulis dengan baik akan menyatakan keperluan sebenar pelanggan dengan jelas. Ianya adalah amat efektif dalam peringkat perancangan, dan memohon peruntukkan yang diperlukan. Dengan dokumen kajian keperluan yang sempurna serta dipersembahkan dengan baik, respon yang positif dari pihak yang membuat keputusan adalah dapat dijangka. Satu dokumen kajian keperluan seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut : 4
1. Apa yang kita ada sekarang, bagaimana ianya diperoleh dan dari mana sumber dananya? 2. Apakah tahap penggunaannya kini? 3. Apakah objektif, matlamat dan tujuan? Satu bentuk soal selidik atau siri temuramah akan membantu pada peringkat ini. 4. Apakah keperluan kita pada masa depan? 5. Apakah keutamaan kita? 6. Dengan berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sila nyatakan dengan jelas keadaan optima dari segi praserana, peralatan dan perisian? 7. Satu pelan tindakan pelaksanaan bersertakan tempoh masanya sekali. 8. Bagaimana hasil serta keputusan pelaksanaan akan dinilai dan apakah peruntukkan bagi mengubah-suai pelan tindakan mengikut keperluan. Dalam menentukan keperluan pelanggan serta methodologi penanganan permasalahan mereka, satu proses perlu direka dan disesuaikan. Komponen-komponen berikut adalah penting dalam proses berkenaan. INPUT
: Maklumat asas yang diperlukan. Lazimnya input ditentukan terlebih dahulu.
PROSES
: Proses melibatkan segala aktiviti yang dijalankan bagi mencapai misi, ini Adalah termasuk keputusan yang diambil oleh pembuat dasar dan para profesinal yang berkaitan
OUTPUT
: Output bermaksud hasil. Apakah hasil dari bahan mentah yang telah melalui proses. Adakah hasil menepati objektif, matlamat dan tujuanyang telah ditentukan pada peringkat awal.
MAKLUMBALAS : Maklumbalas memberikan data kepada pembuat dasar. Maklumat sebegini adalah penting untuk memantau perjalanan sesebuah organisasi dan harus dikumpul dan dinilai agar sistem berfungsi dengan sempurna.
KAJIAN KEPERLUAN DI PKG Bagi mengelakkan aktiviti yang ‘syok sendiri’ dan kurang menepati keperluan serta kehendak pelanggan, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG seharusnya menjalankan satu kajian keperluan pelanggan, dan membentuk satu pasukan yang mampu membantunya dalam memenuhi keperluan pelanggannya. Dalam memenuhi fungsi PKG sebagai pusat latihan setempat, kajian keperluan yang relevan adalah Kajian Keperluan Latihan Sekolah dalam kelompoknya. Dengan data yang bakal diperolehi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG mampu merancang dan menyusun satu siri latihan dalam bentuk kursus, taklimat dan bengkel mengikut keperluan pelanggan dengan menyesuaikan siri latihan tersebut dengan dasar yang ditetapkan oleh Bahagian Teknogi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. METHODOLOGI Bagi menjalankan kajian keperluan untuk mendapatkan data yang dikehendakki, adalah penting kerjasama dari Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Kanan setiap sekolah dalam kelompok diraih. Mereka sebagai nadi utama sekolah adalah penting dalam usaha ini. 5
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG akan memanggil satu taklimat pra-mesyuarat pengurusan bagi mengedarkan instrumen kajian keperluan dan menyampaikan taklimat cara pengisian instrumen (Lampiran 1) tersebut. Taklimat ini adalah perlu bagi mengelakkan instrumen kajian diisi oleh pihak pentadbiran tanpa merujuk kepada ketua panitia atau ketua bidang. Dalam instrumen yang sama, akan diminta dari pihak sekolah calon-calon dari sekolah masing-masing bagi mengisi jawatankuasa kerja yang dibentuk dalam mesyuarat pengurusan nanti. Pada lazimnya, keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut : • • • • •
Jawatankuasa Latihan Jawatankuasa Penghasilan Jawatankuasa Pembangunan PSS Jawatankuasa Teknologi Maklumat Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan
: : : : :
Guru Kanan Pentadbiran Mana-mana guru yang dicalonkan Guru Perpustakaan dan Media Guru Penyelaras Bestari / ICT Pengerusi KGKT Sekolah
Guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran akan menaklimatkan ketua-ketua panitia sekolah masing-masing, cara pengisian instrumen. Senarai latihan yang diperlukan akan dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat panitia setiap matapelajaran. Senarai keperluan kursus peringkat sekolah akan dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat kurikulum sekolah. Instrumen yang telah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar akan dipanjangkan ke PKG. Instrumen dari semua sekolah akan dikumpulkan dan disunting oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG (Lampiran 2). Proses ini akan memurnikan senarai dari kursus-kursus yang di luar bidang tugas PKG seperti Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw contohnya. Senarai kursus yang diperlukan oleh sekolah akan dibincangkan dan dimurnikan lagi dalam Mesyuarat Pengurusan PKG. Senarai kursus yang telah disahkan(Lampiran 3). oleh mesyuarat pengurusan tidaklah ‘rigid’ dan boleh ditambah dengan aktiviti-aktiviti lain mengikut keperluan perkhidmatan dari masa ke semasa. Senarai kursus tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Latihan yang akan menyusun aktiviti-aktiviti tersebut menjadi satu jadual yang tentatif. Mesyuarat juga akan menentukan tenaga pengajar yang dikehendakki bagi setiap kursus. Mereka juga akan menetapkan guru yang akan turut serta dari sekolah masing-masing. Ini akan mengelakkan pembaziran dengan kehadiran guru yang tidak sesuai dengan kursus, contohnya Guru Perpustakaan Media hadir ke Kursus Konfigurasi Rangkaian Komputer. Urusan menjemput penceramah dan surat panggilan kursus akan diuruskan oleh pihak PKG. Urusan permohonan pesanan kerajaan untuk menampung kos makan minum peserta kursus juga akan diuruskan oleh pihak PKG. Setiap aktiviti yang dijalankan mesti didahului dengan surat panggilan yang ditandatangani oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Surat panggilan akan dihantar ke sekolah berserta borang (Lampiran 4) maklumat peserta kursus. Antara maklumat yang diminta adalah keperluan makanan yang khusus, seperti peserta beragama hindu yang ‘vegetarian’. Kehadiran peserta aktiviti harus direkodkan. Pada akhir aktiviti, borang penilaian akan diedarkan, supaya para peserta boleh memberi maklum-balas tentang perjalanan dan kualiti kursus termasuk tahap kompetensi penceramah (Lampiran 5-8). Turut dinilai adalah, kualiti makanan, keselesaan dewan kursus dan nota yang disediakan. Maklum-balas yang diterima dari para peserta akan membantu usaha penambah-baikan yang berterusan. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG harus menyediakan laporan selepas setiap aktiviti untuk dipanjangkan ke BTPN dan PPD. Laporan juga harus disediakan untuk dipersembahkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan mesyuarat jawatankuasa latihan. Data yang didapati akan digunakan untuk memantau, menilai dan merangka langkah seterusnya. PENUTUP Pelaksanaan Kajian Keperluan Kursus Sekolah akan membantu PKG dan petadbir sekolah untuk merangka siri latihan yang menepati keperluan sekolah masing-masing. Ia juga akan 6
membantu pihak PKG menyusun aktiviti yang menepati kepentingan perkhidmatan, kehendak, dan dasar BTPN, BTP dan Kementerian Pelajaran.
7
Carta Aliran Proses Kajian Keperluan Kursus Sekolah
8
Taklimat Pra-Mesyuarat SENARAI RUJUKKAN Pengurusan PK1 menaklimatkan Ketua-ketua Zemke, R., & Gunkler, J., "Using Small Group Techniques for Needs Assessment, Panitia Data Gathering, and other Heinous Acts", seminar notes, American Society for
1. www.geocities.com/pspnperak/fungsi.htm. 2.
Training and Development Southern Minnesota Chapter, Minneapolis, July 9, 1985.
Mesyuarat Panitia
3. Wikipedia, the free encyclopedia 4. www.shaffe.tripod.com/PKG.htm
5. www.geocities.com/pkgpantai_2000/Peranan.htm.
Mesyuarat Kurikulum Sekolah
Pengumpulan Borang Keperluan Kursus Sekolah Analisa Borang Keperluan Kursus Sekolah Mesyuarat Pengurusan PKG Mesyuarat Jawatankuasa Latihan PKG Perjalanan Kursus Mengikut Jadual Maklumbalas Perjalanan Kursus
9
Lampiran 1 INSTRUMEN KAJI SELIDIK KEPERLUAN KURSUS SEKOLAH. Bil Kursus 1 2 3 4 5 6 7
Bidang
8 9 10 1.
Calon Jawatankuasa Kerja PKG 2009 Jawatankuasa Latihan : ________________________________ (Guru Kanan Pentadbiran)
2.
Jawatankuasa Penghasilan
: ________________________________
3.
Jawatankuasa Pembangunan PSS
: ________________________________ (Guru Perpustakaan dan Media)
4.
Jawatankuasa Teknologi Maklumat
: ________________________________ (Guru Penyelaras Bestari / ICT)
5.
Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan
: ________________________________ (Pengerusi KGKT Sekolah)
Disahkan oleh: ____________________________________ Tarikh :________________ 10