Peranan Dan Sumbangan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Dan Sumbangan as PDF for free.

More details

  • Words: 561
  • Pages: 2
Peranan dan Sumbangan : Tun Dr Mahathir bin Mohamad Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula menempa nama di kalangan masyarakat. Namun dalam pilihan raya umum berikutnya pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas di kawasan yang sama kepada calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antara golongan muda yang paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di bawah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya selepas trajedi 13 Mei 1969 . Ini akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr Mahathir bin Mohamad dari UMNO pada tahun 1969. Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak' dalam buangan dan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan pada masa itu. Dalam buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas sikap fatalisme masyarakat Melayu yang menyalahkan takdir dan menerima kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak menjadi Presiden UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamad kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sambutan yang popular. Kekalahan dan kekecewaan dalam bidang politik tidak pernah mematahkan semangat beliau. Malah mempengaruhi beliau untuk lebih agresif dalam memperjuangkan isu-isu orang Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad jelas apabila beliau memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi tertinggi pada 1972 dan seterusnya sebagai senator pada tahun 1973. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the National University Council pada 1974. Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet Allahyaraham Tun Abdul Razak. Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di bawah Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Apabila Allahyaraham Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18

Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO. Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah. Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai kerajaan benar-benar membuka mata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir. Malaysia mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang berani menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat. Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993, sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Related Documents