Penyusuansusuibu

  • Uploaded by: Zsoftmedia Corp
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyusuansusuibu as PDF for free.

More details

  • Words: 689
  • Pages: 3
Penyusuan Susu Ibu 

Pengenalan Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Untuk bayi : •



• • • • • •

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda. o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

• • • •

membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan : • •

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal • •

Sebelum kelahiran Semasa kelahiran



Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran • •



Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran. Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan •

Sentuhan kulit Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.



Permulaan awal Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan •

Menyusu mengikut kehendak. Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.



Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.



Tiada puting tiruan. Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Semakan akhir : 09 April 2007

Related Documents

Penyusuansusuibu
May 2020 0

More Documents from "Zsoftmedia Corp"

Penyusuansusuibu
May 2020 0
May 2020 1
Balaghah B. Arab
May 2020 10
Artigo
June 2020 7
June 2020 10
Aula Tga Adm Cient
June 2020 9