PENYENGGARAAN BANGUNAN DDV1532 DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH LAPORAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN
DISEDIAKAN OLEH: MARLIANA BT AMRAN (QF81DF00301) NURUL HUDA BT NOORUL AMEEN (PF081DF01401) MOHAMMAD SAFWAN BIN MOHAMMAD NADZIR (PF081DF00501) FARIDAH BT YUSOF (PF081DF00401) MUNIRAH AZENIN BT MUBIN (PF081DF00801) DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SURIA WARDAH BT HASHIM TARIKH HANTAR: 2 NOVEMBER 2009
0bjektif
PERIHAL BANGUNAN KAJIAN KES
SEJARAH
BANGUNAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA) HTAA telah wujud sebagai sebuah Hospital Daerah pada sekitar tahun 1904 di atas tapak tanah seluas 40.1 ekar di tengah-tengah pusat Bandar Kuantan. Bangunan berstruktur kayu yang beratap nipah menandakan wad-wad. Bangunan yang lebih kukuh yang beratap genting telah mula dibina selaras dengan keperluan yang kian meningkat. Pada masa itu, disiplin perubatan, wad-wad serta perkhidmatan adalah sangat terhad. Pengasas penubuhan hospital ini dipercayai telah dipelopori oleh pihak British yang telah meletakkan asas perkhidmatan perubatan moden di negara ini. Sehingga Perang Dunia Kedua, pegawai perubatan yang menjaga hospital ini terdiri daripada orang-orang British yang di antaranya termasuklah Dr. Frazer. Di zaman pemerintahan Jepun, Hospitah Daerah Kuantan ditadbir oleh seorang doktor melayu bernama Doktor Mohamad Said. Walaupun Negara ketika itu berada dalam kancah peperangan, namun operasi hospital ini tetap berjalan lancar dalam pemberian rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang terdiri daripada orang awam dan mangsa peperangan. Selepas penaklukkan semula Tanah Melayu oleh tentera British pada tahun 1945, hospital ini telah diterajui semula oleh British. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan menyedari bahawa perkhidmatan perubatan perlu membangun seiring dengan pembangunan sosio ekonomi penduduk-penduduknya. Apabila kemerdekaan tercapai dalam tahun 1957, Ibu Negeri Pahang telah dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan. Selaras dengan perpindahan pusat pentadbiran negeri, Hospital Daerah Kuantan juga telah dinaikan taraf kepada Hospital Umum. Bangunan-bangunan struktur batu telah mula dibina bagi tambahan kepada bangunan-bangunan kayu yang sedia ada dengan perkembangan perkhidmatan serta rawatan baru. Bermula dari detik ini, pembangunan Hospital Kuantan terus berkembang pesat sehinggalah terbinanya bangunan baru yang tersergam indah dengan kelengkapan peralatan serba canggih.
Pada 3 November 1995, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah telah berkenan untuk merasmikan bangunan baru Hospital Kuantan dan seterusnya berkenan menamakan Hospital Kuantan sebagai Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
NAMA SETIAP ARAS Setiap aras di bangunan utama HTAA dinamakan dengan nama bunga. Aras Bawah
Menempatkan Klinik/Jabatan/Unit berikut:
Pejabat Kebajikan Jabatan Kecemasan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik Klinik Perubatan Klinik Kanak-kanak Klinik Pembedahan Klinik Perbidanan & Sakit Puan Klinik Otopedik Klinik Fisioterapi Unit Hasil Unit Daftar Masuk Farmasi Klinik Pakar Aras 1 Melor Melor 1B Melor 1B Melor 1C
Melor First Class / Dewan Bersalin Screening Room Wad Obstetrik Kelas 2 & 3
Aras 2 Teratai Teratai 2A Klinik Mata Teratai 2B Wad Pembedahan Kelas 1 (Lelaki & Perempuan) Teratai 2C Wad Sakit Puan Kelas 2 & 3 Aras 3 Melati Melati 3A Dewan Bedah Umum Unit Rawatan Rapi Melati 3B Unit Rawatan Jantung (CCU) Unit Kebakaran Melati 3C Dewan Bedah Ortopedik
Aras 4 Tanjung Tanjung 4A Tanjung 4B
"High Dependancy Ward" Wad Mata Kelas 2 & 3 (Lelaki & Perempuan)
Tanjung 4C
Wad Pembedahan / Otopedik Kelas 2 (Perempuan)
Aras 5 Kiambang Kiambang Wad Umum Kelas 1 (Lelaki) 5A Wad Pembedahan Kanak-kanak Kiambang Wad Otopedik Kelas 2 & 3 (Lelaki) 5B Kiambang Wad Otopedik / Pembedahan Kelas 2 & 3 (Lelaki) 5C
Aras 6 Kenanga Kenanga 6A Kenanga 6B Kenanga 6C
SCN / Unit Rawatan Rapi Neonatal PICU Wad Kanak-kanak
Aras 7 Mawar Mawar
Klinik Otolaringologi
7A Mawar
Klinik Dermatologi
7B Mawar 7C
Wad Perubatan Kelas 2 (Lelaki) Wad Perubatan Kelas 3 (Lelaki)
Aras 8 Orkid Orkid 8A Wad V.I.P. dan Wad Umum Kelas 1 (Perempuan) Orkid 8B Wad Perubatan Kelas 2 & 3 (Perempuan) Orkid 8C Wad Perubatan Kelas 3 (Perempuan)
Lokasi Hospital ini terletak berhampiran Taman Esplanade iaitu berhadapan dengan Sungai Kuantan. Hospital ini terletak di Jalan Tanah Putih yang menghala ke Gambang. Hospital ini turut digunakan oleh pelajar UIAM kampus Kuantan untuk membuat kajian atau praktikal. Alamatnya ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan Pahang Darul Makmur.
CARTA ORGANISASI
JENIS DAN PUNCA KEROSAKAN BAGI STRUKTUR ATAU KEMUDAHAN BANGUNAN
Ayak buat
Ayak buat
Ayak buat