Penyalahgunaan Dan Penagihan Dadah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penyalahgunaan Dan Penagihan Dadah as PDF for free.

More details

  • Words: 3,348
  • Pages: 20
10

Pengenalan

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Seperti yang sedia maklum, dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan terutamanya dalam bidang perubatan, sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembungkus penderitaan dan merupakan sumber keseronokan.

Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di Malaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang telah mengenali dadah dari negara asal terutamanya buruh asing dari China dimana pada ketika itu, penjajah Inggeris sendiri membawa masuk atau memperkenalkan dadah atau candu kepada rakyat China dengan tujuan untuk menjajah Negara tersebut. Seterusnya, buruh-buruh asing ini membawa tabiat buruk mereka iaitu menyalahgunaan dadah ke negara ini bertujuan mendapatkan keseronokan pada masa lapang.

Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu, kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium Dens telah dilesen dan didaftarkan.

1

Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu. Ini disebabkan bukan buruh asing sahaja yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah malahan penduduk asal di Tanah Melayu juga mula terlibat dan keadaanya semakin bertambah serius dan teruk. Akibatnya daripada itu, peningkatan pemintaan dadah semakin meningkat di kalang penduduk tempatan dan buruh asing dan mulalah berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman.

Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil kerajaan untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi hasilnya masih menghampakan malahan jumlah penagih baru bertambah semakin bertambah. Selain itu juga, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau jantina.

Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai. Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui tindakan

2

disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

20

Jenis-Jenis Dadah

Dadah dibahagikan kepada lima kategori iaitu (1) Opait, (2) Perangsang (stimulants), (3) Depresen (Depressants), (4) Halusinogen (Hallucinogen), dan (5) Ganja (Cannabis). Opait merupakan bahan perubatan yang bertujuan untuk menidurkan dan melegakan kesakitan. Dadah jenis opiat ini mempunyai potensi yang tinggi untuk ketagihan. Jenis dadah dalam kategori opiat ini adalah Candu, Heroin, Morfin dan Kodein.

Jenis dadah dalam kategori perangsang adalah Phentermine, Kokain dan Ephedra. Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen (freebase) yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya dimana, ianya akan mendatangkan ketagihan yang teruk selepas penggunaan yang agak singkat.

Kategori dadah Depresen merupakan bahan perubatan penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat. Kebiasaannya, kategori dadah depresen ini digunakan oleh pesakit-pesakit mental seperti depresi dan kebimbangan. Jenis-jenis dadah dalam kategori ini adalah Methaqualone, Tranquliser dan Eremin 5. Halusinogen pula merupakan dadah asli dan sintatik dimana ianya mengubah pandang fizikal menyebabkan seseoang individu sukar untuk membezakan yang benar atau tidak. Jenis-

3

jenis dadah dalam kategori ini adalah Lysergic Acid Diethylamide (LSD), Phenlycidine (PCP) Phencycilidine, Dimethyltryptamine (DTM), dan Ketamine.

Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus cannabis dikategorikan sebagai kategori ganja atau Cannabis iaitu ganja, marijuana, hashish, dan hashish oil. Ganja merujuk kepda bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ianya juga menyerupai tembakau.

Terdapat beberapa kategori lain antaranya ialah kategori psikotrapik, dan inhalant. Dadah kategori psikotrapik adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merancang fizikal iaitu syabu dan ecstasy. Dadah kategori inhalant adalah bahan yang tidak ditakrifkan sebagai dadah. Namun, member kesan yang sama seperti dengan dadah sebagai contoh gam, alcohol dan cat cair.

3.0

Statistik Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang 4

Statistik Januari - Disember 2005 (Sumber AADK) TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI BARU

BERULANG

JUMLAH

Johor

2181

1729

3910

Kedah

1215

1391

2606

Kelantan

1533

981

2514

Melaka

274

376

650

Negeri Sembilan

312

448

760

Pulau Pinang

2227

4176

6403

Pahang

780

883

1663

Perak

1465

1875

3340

Perlis

191

127

318

Sabah

1640

494

2134

Sarawak

598

71

669

Selangor

1142

1420

2562

Terengganu

182

174

356

WP Kuala Lumpur

1642

3264

4906

7

10

17

15389

17419

32808

WP Labuan

JUMLAH PENAGIH MENGIKUT STATUS KES BIL.

%

PURATA SEBULAN

Baru

15389

46.91%

1283

Berulang

17419

53.09%

1452

32808

100.00%

2735

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JANTINA BARU

BERULANG 5

JUMLAH

Lelaki Perempuan

14910

17231

32141

479

188

667

15389

17419

32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT BANGSA BARU

BERULANG

JUMLAH

10621

11723

22344

Pribumi Sabah

867

355

1222

Pribumi Sarawak

94

28

122

Cina

2000

3131

5131

India

1208

2020

3228

Lain-lain Bangsa

503

159

662

Warga Asing

96

3

99

15389

17419

32808

Melayu

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR KETIKA DIKESAN BARU

BERULANG

JUMLAH

< 13 tahun

0

0

0

13-15 tahun

82

0

82

16-17 tahun

312

7

319

18-19 tahun

909

47

956

20-24 tahun

4018

1080

5098

25-29 tahun

3617

2878

6495

30-34 tahun

2472

3573

6045

35-39 tahun

1509

3277

4786

40-44 tahun

889

2834

3723

45-49 tahun

535

2108

2643

50-54 tahun

253

1051

1304

55-60 tahun

100

360

460

6

> 60

24

57

81

Tiada Maklumat

669

147

816

15389

17419

32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS DADAH YANG DIGUNAKAN BARU

BERULANG

JUMLAH

Heroin

4580

9334

13914

Morfin

3172

4875

8047

Candu

5

15

20

Ganja

3120

1924

5044

Pil Psikotropik

558

194

752

Ecstasy/MDMA

343

52

395

7

3

10

Syabu/Methamphetamine

2983

849

3832

Amphetamine

330

52

382

Kodein/U.Batuk

291

121

412

15389

17419

32808

Gam

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN BARU

BERULANG

JUMLAH

Binaan

1318

1970

3288

Pengurusan

190

156

346

Jualan

1555

1984

3539

Teknikal

951

927

1878

Pengangkutan

843

1113

1956

Pengeluaran/Kilang

831

537

1368

Perkeranian

45

50

95

Perkhidmatan

1488

2050

3538

Pertanian/Perikanan dll.

798

1053

1851

7

Buruh Am

2636

3676

6312

64

55

119

Penganggur

1262

1189

2451

Penuntut

250

19

269

Tiada Maklumat

3158

2640

5798

15389

17419

32808

Hiburan

PROFIL PENAGIH DADAH MENGIKUT SEBAB MULA MENGGUNA DADAH BARU

BERULANG

JUMLAH

Untuk Keseronokan

1204

1817

3021

Pengaruh Kawan

6573

7203

13776

Perasaan Ingin Tahu

2981

4258

7239

Rangsangan

73

91

164

Tahan Sakit

82

138

220

Secara Tidak Sengaja

21

28

49

Tekanan Jiwa

398

536

934

5

4

9

4052

3344

7396

15389

17419

32808

Lain-lain (tanpa tujuan) Tiada Maklumat

PROFIL PENAGIH MENGIKUT KELULUSAN TERTINGGI BARU

BERULANG

JUMLAH

Tidak Bersekolah

299

416

715

Sekolah Rendah

1910

3179

5089

SRP/LCE/PMR

5672

7040

12712

SPM/MCE/SPVM

3905

4195

8100

STP/HSC/STPM

154

170

324

Diploma

185

115

300

8

Ijazah

38

24

62

Lain-lain (spt. Sijil Kemahiran)

49

33

82

3177

2247

5424

15389

17419

32808

Tiada Maklumat

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR MULA MENAGIH BARU

BERULANG

JUMLAH

< 13 tahun

1802

1310

3112

13-15 tahun

288

594

882

16-17 tahun

643

1034

1677

18-19 tahun

1375

1596

2971

20-24 tahun

3941

4348

8289

25-29 tahun

2572

3180

5752

30-34 tahun

1396

1908

3304

35-39 tahun

709

1061

1770

40-44 tahun

360

600

960

45-49 tahun

175

314

489

50-54 tahun

82

157

239

55-60 tahun

27

31

58

> 60

12

11

23

2007

1275

3282

15389

17419

32808

Tiada Maklumat

Berdasarkan statistik yang bersumber daripada PEMADAM, terdapat seramai 289 763 orang yang terlibat dengan penagihan dadah sejak tahun 1988 hingga 2005. Sepanjang tahun 2005, terdapat 32 808 orang yang terlibat dimana daripada jumlah besar tersebut, Pulau Pinang mencatat bilangan penagih baru dan mengulang yang tertinggi. Kebanyakkan penagih dadah 9

terdiri daripada bangsa melayu, berkerja sebagai buruh am, mendapat pendidikan tertinggi PMR dan dipengaruhi oleh rakan untuk terlibat dengan kancah penagihan dadah. Rata-rata penagih dadah yang baru dan berulang ini mulai terjerumus dengan masalah ini ketika berumur sekitar 20 hingga 24 tahun. Pada tahun 2005 juga penagih baru yang termuda ialah berumur 13 hingga 15 tahun dan yang paling ramai ditangkap adalah berumur dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun. 30

Kajian Lepas Mohd Noorazam Bin Abd Razak pada tahun 2007 telah melakukan sebuah yang

bertujuan meninjau keberkesanan pengajaran terhadap penyalahgunaan dadah dan secara khususnya penyelidik ingin melihat tahap pengetahuan pelajar berdasarkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan sumber paling utama memainkan peranan di dalam pemberian maklumat tentang penyalahgunaan dadah. Kajian beliau dilakukan di sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang ke atas 80 orang pelajar di kalangan pelajar tingkatan empat dengan menggunakan borang selidik. Borang selidik yang digunakan mempunyai empat bahagian dan data-data ditafsirkan secara peratusan dan kekerapan sahaja. Bentuk kajian yang beliau gunakan adalah bentuk tinjauan.

Dapatan daripada kajian ini, beliau mendapati sesi pengajaran penyalahgunaan dadah dapat dipertingkatkan lagi dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik. Tenaga pengajar juga didapati mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan dadah. Selain itu, kajian ini juga mendapati ibu bapa merupakan sumber utama kepada pelajar mendapat maklumat tentang penyalahgunaan dadah berbanding dengan sumber-sumber yang ada.

10

Selain itu sebuah lagi kajian dijalankan ke atas permasalahan ini oleh Mohmood Nazar Mohamed (2005) yang memfokuskan kepada penagihan dadah wanita. Beliau melakukan kajian yang bertajuk kemurungan di kalangan penagih dadah wanita dimana telah menggunakan seramai 166 penghuni dari Pusat Pemulihan Dadah Wanita di Bachock Kelantan. Dalam kajian ini, boring soal selidik Beck Depression Inventory (BDI) digunakan bagi melihat tahap kemurungan responden dan sebagai perbandingan, seramai 60 orang residen lelaki dari Pusat Serenti Bukit Cabang, Perlis turut digunakan sebagi respondent bagi membandingan kemurungan yang dialami oleh penagih lelaki dan wanita.

Dapatan kajian beliau mendapati bahawa penagih wanita menggunakan pelbagai jenis dadah dan jenis dadah yang paling kerap ialah heroin, syabu dan ganja. Manakala penagih lelaki lebih kerap menggunakan dadah jenis heroin, ganja dan morfin. Selain itu, kajian belaiu juga mendapati terdapat persamaan di antara penagih lelaki dan wanita, iaitu mereka menggunakan dadah kerana ingin mencuba, “tension”, dan pengaruh kawan atau suami.

Selain daripada itu, beliau juga mendapati tahap kemurungan di kalangan penagih wanita juga lebih tinggi berbanding dengan penagih lelaki terutamanya penagih wanita yang mempunyai pengalaman keganasan rumahtangga dan mempunyai hubungan sosial yang kurang baik. Dalam kajian beliau, beliau juga mencadangkan setiap program rawatan dan pemulihan perlu mengambilkira tahap kemurungan yang dialami oleh penagih dan ini memerlukan bantuan daripada bidang kesihatan mental.

11

50

Pendekatan Teori Psikologi Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan

masyarakat. Ia juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, pelajar, ahli-ahli professional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Kita boleh melihat beberapa perspektif atau teori dalam menerangkan permasalahan sosial ini iaitu;

5.1

Perspektif Psikologikal Menurut Rational Choice Theories, setiap individu mempunyai pilihan untuk bertingkah

laku dan tingkah laku mereka tersebut merupakan pilihan mereka sendiri. Terdapat banyak idea atau konsep yang mempengaruhi pembuat keputusan seseorang untuk bertingkah laku, antaranya ialah konsep kendiri (self-concept), sosialisasi, peranan, status atau identiti. Teori Lindesmith (1968), menghuraikan proses psikologikal sosial adalah hubungan dadah keatas kesan dan keinginan untuk menghilangkan ‘withdrawal symptoms’ iaitu kesan semasa dalam proses pemulihan daripada dadah. Teori Lindesmith digunakan dalam menjawab persoalan mengapa penagih dadah tidak dapat menghentikan ketagihan mereka dan punca penagihan semula.

12

Selain daripada itu, individu yang terlibat dengan dadah juga membuat pilihan sama ada pengalaman menghadapi ‘pain of withdrawal’ atau pengalaman euphoria iaitu keadaan ketika separuh sedar dan khayal semasa mengambil dadah. Richard Stephens (1991) telah menjumpai penagih heroin jalanan mengambil dadah bukan sahaja kerana menghilangkan ‘pain of withdrawal’ seperti dalam teori Lindesmith tetapi kerana dorongan pengalaman euphoria atau “experience the drug high”.

5.2

Perspektif Struktur Sosial Mengikut struktur sosial, masalah devian ini berlaku kerana terdapat masalah dalam

struktur sosial dan masyarakat tersebut bermasalah dan masalah ini mendorong individu melakukan devian. Dalam perspektif struktur sosial ini, masalah penyalahgunaan dadah ini diterangkan menggunakan Teori Anomie.

Mengikut teori anomie, masalah devian ini berlaku kerana individu tersebut mendapat tekanan daripada masyarakat disekelilingnya. Teori tekanan atau Strain dalam teori anomie adalah tekanan yang dihadapi individu dalam sesuatu masyarakat, akibat daripada tidak mendapat peluang untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik, perkerjaan, pendidikan yang tinggi dan sering ditindas atau berlakunya diskriminasi oleh golongan atasan, berada dan berkemampuan. Tekanan untuk meneruskan kehidupan dan demi mencapai matlamat mereka memaksa individu melakukan devian sebagai pengedar dadah kerana tidak mendapat peluang perkerjaan walaupun mempunyai kelayakkan kerana berlakunya diskriminasi.

13

Teori Strain, tekanan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dengan berkerja keras dengan tenaga yang terhad juga menyebabkan berlakunya penyalahgunaan dadah. Ini boleh dibuktikan dengan statistik dimana, golongan professional dan golongan berpendidikan tinggi seperti pelajar universiti dan kolej turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tekanan bebanan tugasan yang berat yang dialami olehi pelajar menyebabkan mereka menggunakan dadah seperti “gam” untuk dapat bercengkang mata pada waktu malam untuk menyiapkan perkerjaan.

5.3

Perspektif Interaksi (Label) Perspektif interaksi atau teori label juga menjadikan masyarakat sebagai punca kepada

masalah devian. Mengikut teori ini, devian merupakan reaksi daripada interaksi masyarakat dan label yang diberikan kepada individu mampu mengubah sikap dan tingkah laku seseorang. Masyarakat sering letakkan sesuatu label kepada seseorang individu berdasarkan sikap, tingkah laku dan ciri-ciri yang ada pada individu tersebut berdasarkan perbandingan dan pengalaman masyarakat. Sekiranya, seseorang individu mempunyai sikap yang malas, akan dilabelkan oleh masyarakat sebagai pemalas. Jika individu tersebut perna melakukan kesalahan seperti mencuri akan dilabelkan sebagai pencuri. Label yang diberikan kepada individu akan berterusan dan mempengaruhi kognitif, sikap dan tingkah laku individu seterusnya.

Kuasa yang ada pada label oleh masyarakat adalah sangat kuat ianya merupakan faktor utama mengapa masalah penyalahgunaan dadah ini berlaku dan berterusan. Bekas penagih dadah sukar untuk berhenti daripada menagih dadah kerana masyarakat telah melabelkan bekas penagih

14

dadah ini sebagai penagih dadah walaupun, mereka telah bebas daripada dadah. Tekanan daripada label ini menyebabkan individu terlibat semula dengan penagihan dadah semula.

5.4

Teori peer-cluster Teori peer-cluster (Beauvais, Chavez, Oetting, Deffenbacher, dan Cornell, 1996;

McWhirter, 2004) menyatakan bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya berkaitan dengan masalah tingkah laku dan sikap remaja itu. Teori ini mencadangkan tingkah laku anti-sosial dan masalah sekolah merupakan faktor utama dalam membentuk peercluster deviant. Remaja atau orang muda yang terlibat dengan masalah tingkah laku mempunyai kecenderungan untuk berjumpa atau mencari antara satu sama lain. Kumpulan peer-cluster devian ini saling menyokong dan menggalakan tingkah laku devian antara satu sama lain. Penagih dadah yang telah melalui rawatan dan intervensi atau daripada pusat pemulihan dadah akan menerima pandangan yang negatif dan penolakkan dalam masyarakat atau komuniti. Oleh demikian, bekas penagih dadah ini akan cederung akan mencari kawan-kawannya yang mempunyai masalah yang sama dan kecenderungan untuk menagih semula adalah tinggi ekoran daripada galakan dan sokongan daripada rakan atau penagih dadah yang lain. Kumpulan peercluster devian ini boleh terdiri samaada kumpulan kecil atau besar.

60

Program Intervensi dan Rawatan Terdapat beberapa program intervensi dan rawatan yang boleh dilakukan dengan

mengikut beberapa peringkat iaitu pada peringkat individu, keluarga, sekolah, dan komuniti. Pada peringkat individu, teknik kauseling individu khas merupakan teknik yang effektif dimana, 15

ianya membantu remaja mengembangkan strategik daya tindak, kemahiran kehidupan dan strategik membuat keputusan dalam mencegah penagihan berulang berbanding dengan terapiterapi lain. Intervensi lain dalam kaunseling juga merupakan intervensi yang efektif iaitu Motivational Interviewing (MI). MI menggunakan idea atau prinsip dimana penagih dadah itu harus diberikan masa untuk bersedia untuk berubah sebelum berubah. Intervensi ini memfokuskan dalam membantu penagih untuk mengenalpasti kesan negatif berbanding kesan positif ke atas sesuatu tingkah laku mereka dan kaunselor sentiasa member sokongan kepada mereka sepanjang proses intervesi MI ini.

Terdapat lima peringkat dalam model peringkat perubahan (stages of change model) iaitu (1)

Pra-Renungan

(Pre-contemplation);

pada

peringkat

ini,

penagih

masih

belum

mempertimbangkan untuk berhenti daripada menagih dadah, (2) Renungan (Contemplation); pada peringkat ini, penagih telah mempertimbangkan untuk berhenti daripada menagih dadah dan telah meletakan satu jangka masa untuk berhenti misalanya, berhenti daripada menagih dadah dalam jangka masa sebulan, (3) Persediaan (Preparation); pada peringkat ini, penagih telah membuat satu rancangan (plan) dan percubaan untuk berhenti daripada penagihan dadah, (4) Tindakan (action); pada peringkat ini, penagih dadah tersebut telah terlibat secara aktif dalam rawatan, dan (5) Pemeliharaan (maintenance); pada peringkat ini, penagih dadah telah melalui rawatan yang disediakan dan menyertai beberapa program selepas rawatan agar individu tersebut tidak terlibat dengan kes berulang.

16

Selain daripada itu, pada peringkat keluarga juga harus dilakukan terapi keluarga bagi menyediakan keluarga penagih dadah dengan memperbaiki atau mengembangkan strategik daya tindak, kemahiran kehidupan dan strategik membuat keputusan yang lebih baik. Oleh kerana, rakan sebaya merupakan orang yang paling terdekat bagi golongan remaja maka, Terapi crossage peer group juga merupakan terapi yang berkesan kerana ianya melibatkan kerjasama di antara rakan sebaya yang tidak terlibat dengan penagihan dadah dengan penagih dadah. Terapi ini lebih berkonsepkan rakan sebaya sebagai role-model.

70

Kesimpulan Secara kesimpulannya, pada masa kini dadah semakin mudah didapati di kalangan

remaja. Malahan remaja dengan mudah membeli ubat-ubatan (dadah) di kedai-kedai farmasi yang semakin bertambah dewasa kini. Terdapat beberapa kategori dadah yang telah dikenalpasti dan dadah juga merupakan bahan yang berguna dalam bidang perubatan. Namun, apabila fungsi dadah itu disalahgunakan dan pengambilan jumlah atau dos yang berlebihan, ianya menjadi bahan yang berbahaya kepada sistem biologi manusia terutama otak dan saraf.

Selain itu, keyakinan diri seseorang individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penyalahgunaan dadah ini juga semakin rendah ekoran daripada, pandangan masyarakat bahawa penagih dadah merupakan sampah masyarakat dan tidak berguna. Walaupun, pandangan atau streotaip masyarakat ini secara tidak langsung membantu seseorang untuk tidak terlibat dengan penagihan dadah tetapi ianya juga member kesan negatif terutamanya kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah sembuh.

17

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting dalam membantu penagih dadah untuk berhenti daripada penagihan dadah namun, ianya juga memberi kesan yang sebaliknya kepada masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah ini. Pelbagai pihak harus berkerjasama dalam menangani masalah ini. Rawatan dan intervensi yang menunjukkan keeffektifannya adalah motivational interviewing (MI) dimana penagih diberi peluang untuk bersedia untuk berubah atau berhenti daripada penagihan dadah.

Selain itu, penguatkuasa undang-undang dan pemeriksaan yang lebih ketat dan keras juga boleh membantu dalam mengurangkan permasalahan dadah ini. Oleh demikian, usaha dalam menangani permasalahan ini harus dipertambahkan dan kerajaan juga harus menggalakan para penyelidik dan ahli psikologi untuk mengkaji permasalahan penyalahgunaan dan penagihan dadah ini.

18

Rujukan Dr. Ma`rof Redzuan & Haslinda Abddullah. (2003). Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill. Dr. Mohd Dahlan A. Malek, Beddu Salam Baco & Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Prosiding Persidangan Dadah Kebangsaan 1: “Pendekatan Inovatif Dalam Pencegahan Dan Pemulihan”. Malaysia: Universiti Malaysia Sabah. Mahmood Nazar Mohamed. (2005). Kemurungan di Kalangan Penagih Dadah. Jurnal Psikologi Malaysia Vol19. (43-56). UKM Marshall B. Clinard & Robert F. Meier. (2004). Sociology of Deviant Behavior (12th Edition). USA: Wadsworth/Thomson Learning. McWhirter, J. J. (2004). At Risk Youth : A Comprehensive Response For Counselors, Teachers, Psychologists, and Human Service Professionals (3rd Edition). Canada : Thomson Learning Academic. Mohd Noorazam Bin Abd Razak. (2007). Keberkesanan Pengajaran Terhadap Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Murid Tingkatan Empat di Sebuah sekolah Menengah lembah Kelang. Prosiding Persidangan Dadah Kebangsaan 1; “Pendekatan Inovatif Dalam Pencegahan dan Pemulihan”. (121-131). Karen Huffman. (2007). Psychology In Action (8th Edition). USA: John Wiley & Sons.

19

Rujukan Internet Laman web rasmi Persatuan Mencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) yang diakses pada September 14, 2009 daripada pautan http://www.pemadam.org.my Laman web rasmi Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) yang diakses pada September 14, 2009 daripada pautan http://www.adk.gov.my/

20

Related Documents