MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DADAH Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara membangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara tersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masaalah nasional. Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagi membasmi penyalahgunaan dadah itu. Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpasti terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga beliabelia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka menagih dadah. Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam, mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram. Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari segi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba membentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagi langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh. Kertas ilmiah ini melihat keadaan semasa penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia sejak tahun 1990 hingga 1993. Laporan dadah mencatatkan angka seramai 20,236 penagih dadah sepanjang tahun 1992 termasuk 60 hingga 70 peratus golongan belia berumur antara 20-29 tahun. Seramai 12,486 penagih dadah telah kembali menagih dadah selepas pulih dari pusat serenti. Keadaan ini
mengurangkan tenaga pembangun negara yang amat diperlukan oleh negara kita. Diramalkan bahawa angka ini akan mencapai 24,614 penagih dadah pada tahun 1994 jika masalah ini tidak diselesaikan. Kertas ilmiah ini telah mengulas beberapa punca penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia. Faktor keseronokan, pengaruh kawan dan rasa ingin tahu merupakan faktor utama penyebab penyalahgunaan dadah di Malaysia. Faktor tekanan jiwa, keseronokan seksual, rawatan kesihatan dan pengambilan dadah secara tidak sengaja juga mempengaruhi penggunaan dadah di negara ini. Penggunaan dadah Heroin adalah popular di Malaysia melibatkan penggunaan secara "Chasing The Dragon". Penyalahgunaan dadah membawa beberapa kesan yang merugikan masyarakat dan kerajaan Malaysia kerana ia menjejaskan kesihatan individu penagih dadah dan menyebabkan perubahan sikap yang negatif dan lembap. Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan ke atas dadah menelan belanja RM59 juta setahun dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM100 juta untuk memulihkan golongan penagih ini. Keselamatan negara terancam kerana 60-70 peratus kes jenayah yang berlaku berpunca daripada penagihan dadah. Strategi kerajaan setakat ini masih perlu diperbaiki untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menjalankan banyak strategi untuk mencegah penggunaan dadah. Strategi pencegahan awal, perundangan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dadah, sistem maklumat dadah, penyelidikan, kerjasama antarabangsa, peranan organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dilakukan untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Maka beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini. Ketegasan perundangan, kawalan dan sekatan kemasukan dadah perlu dikaji dan dipergiatkan untuk mengawal kemasukan dadah. Rawatan pesakit luar, sikap menjauhi dadah dan perbincangan pengalaman pahit ketagihan dadah boleh mempertingkatkan ketahanan masyarakat Malaysia terhadap ketagihan dadah. Sokongan masyarakat terhadap pencegahan dan pemulihan dadah adalah penting untuk mengurang AGENSI Dadah Kebangsaan (ADK) berperanan sebagai badan pelaksana kepada Majils Dadah Kebangsaan untuk me-merangi gejala penyalahgunaan dadah", kata pengarahnya, Dato' Bakri Hj. Omar semasa sesi temuramah bersama war-tawan Dewan Siswa di pejabatnya baru-baru ini.
Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah se-makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan pa-da 7 Februari 1996 di bawah Kementeri-an Dalam Negeri.. Agensi Dadah Kebangsaan menggaris-kan tiga perkara sebagai strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan, pen-guatkuasaan undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah teras untuk menghapuskan gejala ini da-ripada merosakkan para remaja khusus-nya para pelajar sekolah. Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah pencegahan awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan kepada sekolah-se-kolah. Pencegahan ini merangkumi pro-gramprogram yang boleh menghindark-an pelajar daripada terjebak ke Iembah hina ini. Program 'PINTAR' merupakan salah satu program efektif yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Pada mulanya program ini ditumpukan kepada pelajar tahun lima tetapi memandangkan pengetahuan mengenai bahaya dadah perlu menyeluruh maka perlaksanannya dilu-askan kepada pelajar tahun empat dan enam. Program ini mendedahkan pelajar kepada bahaya penggunaan dadah, pem-bentukan personaliti diri dan cara meng-hindari dadah. Rasionalnya, program ini memimpin setiap pelajar mengatakan 'Tidak' kepada dadah. Manakala, pencegahan umum pula me-rangkurni program-program yang diran-cang untuk masyarakat khususnya para pekerja. Mereka didedahkan mengenai bahaya dadah melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Strategi kedua pula ialah penguat-kuasaan undang-undang yang dilaksana-kan dengan kerjasama Jabatan Narkotik, Polis Di Raja Malaysia. Jabatan Narko-tik bertindak untuk menyekat kemasuk-an dadah ke negara ini. Penguatkuasaan undang-undang sebegini membantu per-laksanaan setiap program ADK dengan lebih lancar. Strategi ketiga ialah rawatan dan pe-mulihan iaitu untuk penagihpenagih yang memerlukannya. Mereka akan di-tempatkan di pusat-pusat Serenti untuk memulihkan akhlak dan pemikiran me-reka untuk menjauhi dadah. Pengumuman Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan yang mahu menjalankan ujian air kencing (Ujian Pantas) di akhbar baru-baru ini mengejutkan banyak pihak terutama ibu bapa. Ujian air kencing yang dilaksana-kan di sekolah ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau personaliti se-seorang pelajar. Malah, ujian ini hanya layak dijalankan ke atas para pelajar yang disyaki terlibat atan menunjukkan tanda--tanda yang mencurigakan terlibat
dengan dadah sahaja. Dalam konteks ini, kerjasama daripada pihak ibu bapa amat dialu-alukan supaya masyarakat pelajar bebas dari gejala penyalahgunaan dadah. Pelajar-pelajar per-lu menjauhkan diri dari belengu dadah. Perkara pertama yang harus mereka hin-dari ialah budaya merokok. Budaya me-rokok akan memudaratkan kesihatan dan boleh membawa kepada penglibatan da-lam gejala penyalahgunaan dadah.
MASALAH DADAH DI MALAYSIA 1. Orang Malaysia mudah dipengaruhi oleh dadah kerana:a. dadah mudah diperolehi; b. dadah dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit dan mempunyai khasiat untuk mengubati penyakit seperti batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit, malaria dan sebagainya; c. kesunyian kerana ketiadaan keluarga bersama mereka; d. mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat menghisap dadah; dan e. masa lapang yang membosankan. 1. Dadah digunakan secara suntikan ke dalam saluran darah. 2. Corak penggunaan dadah yang berubah, iaitu:a. penagih terdiri dari golongan muda dai semua kaum; b. berbagai jenis dadah berbahaya digunakan termasuklah dadah sintetik; dan c. cara penggunaan dadah adalah lebih berbahaya. 1. Di samping itu, ganja juga merupakan dadah yang digemari. Penyalahgunaan bhan psikotropik seperti pil-pil methaqualone, amfetamin, barbiturat dan lainlain juga turut berlaku. Kedudukan Penagihan Dadah Masakini Semasa menghadapi masalah penagihan dadah , faktor-faktor berikut perlu diambilkira untuk memastikan tahap kesakitannya:a. jenis dan ketulenan dadah yang digunakan (dadah heroin adalah lebih berbahaya dari jenis dadah yang lain seperti ganja) ; dan b. kekerapan penggunaan dan kuantiti dadah yang digunakan (masalah penagih "hard-core" adalah lebih serius dari masalah penggunaan di peringkat mencubacuba).
Faktor-faktor Kemasukan Dadah Malaysia bukan negara pengekuar dadah. Bagaimanapun, dalam senario pengedaran dadah antarabangsa, Malaysia telah lama digunakan oleh sindiket-sindiket pengedaran dadah sebagai negara transit kerana:a. kedudukannya di laluan antarabangsa dari kawasan pengeluar candu "Golden Triangle" ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat; b. sempadan daratnya dengan Tailand yang telah menjadi saluran utama pengedaran dadah dan bahan-bahan yang dihasilkan darinya dari kawasan "Golden Triange" ; c. bersempadan dengan semua negara ASEAN yang setengah-tengahnya juga merupakan negara pengeluar dadah yang besar; d. mempunyai garisan pantai yang panjang dan terdedah; dan e. mempunyai sistem komunikasi yang baik; Kegiatan pengedaran dadah melalui Malaysia telah mewujudkan serta memenuhi permintaan dadah tempatan.
Apakah Pegantungan Kepada Dadah? 1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah, apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan;a. Pergantungan secara psikik/psikologikal Pergantungan secara psikik/psikological merupakan satu keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa; dan b. Pergantungan secara fisikal Pergantungan secara fisikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fisikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah, dalam masa yang tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut, muntah-muntah, ceret beret, menggeletar dan sebagainya. 1. Daya tahan (Keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah) Daya tahan (tolerance) kepada dadah dikatakan menibgkat apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dari mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan/kelegaan yang sama. Peningkatan daya tahan (kepurluan meningkatkan dos dalam setiap penggunaan) tidak semestinya berlaku kepada seseorang yang bergantung kepada dadah. 2. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:a. Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting keperluan hidup seperti makanan dan minuman; b. Daya tahan meningkay; c. Mengalami gejala tarikan, apabila tidak mengguna dadah; d. Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah, lebih-lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah, dan tidak dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan; dan Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna dadah untuk beberapa waktu.
JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH Dadah Dan Ciri-cirinya "Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak 2. 3. 4. 5.
dan saraf tunjang); digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang; diperlehi secara haram; membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein; b)Kanabis - ganja, hashish; c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer; d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin. Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang -Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok -Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan. -Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu. -Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan. -keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semulajadi. -oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa. -Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami -Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum -pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum -jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal -kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.
Dadah Penekan - ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang -pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul -rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan -mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret -tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling -contoh: - ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk - tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut - fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas - contoh lain: candu/morfin/heroin narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen contoh dadah :LSD,PCP, dadah rekaan akibat: -persepsi si pengguna akan berubah -tidak akan berpijak ke alam nyata -contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapatberjumpa dengan tuhan -juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan -emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk -dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi. -cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang -cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan Dr Rahmat Awang Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik. Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang kumpulan feniletilamin. Kesan Penggunaan Feniletilamina Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang
menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang. Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut: ICE ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik. LOVE DRUG LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut. ECSTACY Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciriciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila. 1. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.
Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
1. jenis dadah perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samaada ia merosotkan (contohnya,heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan merangsangkan (contohnya, ganja). 2. jumlah digunakan kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar, contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. 3. cara penggunaan kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu, hisap, atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna. 4. keadaan individu kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, ‘mod’ dan aktiviti penagih. 5. situasi ketika mengguna keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada orang lain hadir bersama. Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini 1. Morfin
Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder", "Monkey", "Dreamer", "Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes", "Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin. 2. Ganja Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass", "Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri" dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau
walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%. 1. Kokain Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lainlain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.