Penjajahan Masa Kini

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penjajahan Masa Kini as PDF for free.

More details

  • Words: 7,001
  • Pages: 12
Sistem kewangan berasas emas lebih adil, jujur Berita Harian 19 Januari 2009 (Oleh Mohd Faizal Mohd Nor)

Di dalam peradaban manusia sejak sekian lama, emas adalah logam berharga yang telah menjadi simbol kepada kekuasaaan, kemewahan, dan kecantikan. Sejak itu, emas telahpun berjaya menjalankan fungsinya sebagai pengekal nilai yang paling kukuh, walaupun berhadapan dengan pelbagai pergolakan, tribulasi, peperangan, dan pelbagai lagi krisis ekonomi dan kemanusiaan.

Emas bukan sahaja dianggap sebagai barang bernilai di dunia. Bahkan Al-Quran menyebut bahawa emas kekal sebagai sesuatu yang dinisbahkan sebagai simbol kejayaan dan kemewahan di akhirat kelak. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, maksudnya,

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera.” (Al-Hajj: 23)

Sejarah menunjukkan bahawa emas telah digunapakai sebagai alat pertukaran di dalam perdagangan. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, emas telahpun digunakan oleh kerajaan Rom Byzantine. Malah pada zaman awal kedatangan Islam, syilingsyiling dari kerajaan Rom dan Parsi juga telah digunakan secara meluas oleh orang-orang Islam. Emas dan perak telah dijadikan sebagai ukuran kepada unit timbangan kepada harga dan upah. Sistem barter atau pertukaran barang dengan barang adalah tidak digalakkan seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya, “Bahwa Rasulullah saw. mengutus saudara Bani Adi Al-Anshari sebagai wakil beliau di Khaibar. Kemudian ia datang membawa kurma janib (kurma bermutu baik). Rasulullah saw. bertanya kepadanya: Apakah semua kurma Khaibar seperti ini? Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Rasulullah, kami membeli satu sha` kurma ini dengan dua sha` kurma yang kurang baik mutunya. Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu berbuat demikian. Tetapi tukarlah dengan yang sejenis, atau juallah ini (kurma yang kurang baik mutunya) lalu belilah kurma yang baik dengan wang penjualannya dan demikian juga dengan timbangan.

Demi keadilan, barangan yang hendak didagangkan adalah sebaiknya dijual terlebih dahulu dan tidak ditukarkan secara terus dengan barangan lain. Dengan ini emas dan perak telah dijadikan perantara dalam sistem perdagangan Islam.

Emas dan perak juga telah dijadikan sebahagian dari syariat Islam. Sebagai contoh, Rasullulah SAW seperti yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i dari Amru Ibn Hazm telah bersabda, maksudnya, "The blood money for one soul would be 100 camels...and for those who deal in gold it would be 1000 dinars."

Imam Bukhari juga telah meriwayatkan dari Aishah (ra) bahawa Rasullulah SAW telah bersabda, maksudnya "The hand is cut for the theft of one-quarter dinar and upward."

Hanya bertahun selepas kewafatan Rasullulah SAW, orang Islam tidak lagi menggunakan syiling -syiling Rom dan Parsi apabila pada tahun 77 Hijrah (696) ketika zaman pemerintahan Khalifah Abul Walid Abd al-Malik ibn Marwan, emas yang pertama telah ditempa. Gambaran manusia dan binatang yang ada pada syiling-syiling Rom dan Parsi telah digantikan dengan perkatan "la ilaha ill' Allah". Syiling emas ini telah digunakan secara meluas di jajahan-jajahan Islam sehinggalah keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pada masa ini perantara kepada perdagangan telah berubah dari emas kepada wang kertas. Terpisahnya emas dari sistem kewangan dunia bermula dengan berakhirnya sistem Bretton Woods. Runtuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah menandakan tamatnya era perdagangan dan sistem kewangan Islam yang adil dan jujur. Lompang kewangan yang ditinggalkan itu sedikit demi sedikit mula diisi oleh sistem ekonomi kapitalis yang kejam dan zalim dengan riba dijadikan senjata untuk meruntuhkan struktur kewangan sedunia yang telah dibangunkan sekian lama.

Uniknya emas ialah ianya tidak dimiliki oleh mana-mana negara, pertubuhan, parti politik, mahupun individu. Ianya diterima dan diiktiraf di kalangan semua negara, agama, dan bangsa sebagai sesuatu yang bernilai dan berharga. Bahkan sifat emas itu sendiri yang sukar ditemui dan dihasilkan menjadikan ianya amat sesuai dijadikan sandaran nilai bagi sesuatu. Justeru, ianya sukar itu untuk dimanipulasi atau dispekulasi.

Ketika ini telah banyak kedengaran suara-suara agar diwujudkan kembali sistem kewangan berasaskan emas. Suara penentangan juga didengari dari komuniti Islam sehinggakan Dr. Umar Ibrahim Vadillo telah menfatwakan haram menggunakan wang kertas. Walaupun tidak semua bersetuju dengan fatwa tersebut, ini tidak menafikan bahawa wang kertas ada mempunyai masalah dari segi praktikal dan aplikasi lebih-lebih lagi perkara yang sudah nyata haram iaitu riba, adalah pemangkin kepada sistem kewangan berasaskan wang kertas.

Samada masalah terbabit sudah cukup menjadi penyebab kepada pengharaman wang kertas perlu kepada kajian dan penelitian yang lebih lanjut dan mendalam. Apa yang nyata, emas akan sentiasa ada untuk menjadi alternatif kepada sistem kewangan dunia masakini.

Krisis ekonomi di Amerika Syarikat hari ini adalah petanda bahawa sistem kapitalis yang diagungkan oleh mereka selama ini adalah sistem yang pincang dan menyebabkan kemusnahan serius terhadap ekonomi. Malangnya, itulah sistem yang cuba diserapkan oleh mereka ke dalam pemikiran seluruh masyarakat dunia sebagai satu sistem yang sempurna dan wajib digunapakai. Mana-mana negara yang cuba keluar dari sistem tersebut dianggap sebagai tidak mematuhi tatacara kewangan antarabangsa dan boleh dikenakan tindakan.

Penjajahan pemikiran bentuk baru seperti ini adalah penjajahan moden di dalam meneruskan tradisi imperalisme mereka, selain dari pelbagai penjajahan bentuk lain seperti hiburan, fesyen, gaya hidup, dan lain-lain. Oleh itu adalah amat penting bagi umat Islam untuk membebaskan diri mereka dari belenggu penjajahan pemikiran seperti ini supaya erti kemerdekaan sebenar mampu dikecapi, bukan sekadar meraikan kemerdekaan dengan menunggu detik 12 malam sambil dijamukan dengan pelbagai bentuk hiburan yang juga diimport dari kuasa imperalis tersebut.

Memang benar sistem perhambaan tidak lagi wujud pada hari ini. Walau bagaimanapun, keadaan dunia pada hari ini tidak ubah seperti perhambaan zaman moden yang memerlukan sebuah negara kuasa besar menentukan apa yang perlu dilakukan oleh negara-negara kecil yang lain. Justeru, tidaklah menjadi satu keajaiban apabila dunia Islam yang begitu kaya dengan khazanah semulajadinya gagal memanfaatkan sumber-sumber tersebut untuk kepentingan dan pembangunan ummah. Bahkan kekayaan sumber semulajadi itu dieksport ke negara-negara kuasa besar dan apa yang diterima kembali hanyalah kertas yang dicetak berupa wang tanpa sebarang sandaran nilai yang kukuh. Bayangkan sekiranya berlaku sebarang masalah pada negara yang mengeluarkan wang tersebut. Ke manakah “kertas-kertas” tersebut akan ditebus untuk dituntut nilainya? Hal ini adalah tidak mustahil kerana ianya telahpun berlaku sekitar tahun 1930an ketika dunia mengalami krisis ekonomi yang serius di mana ketika itu, “kertas-kertas” tersebut hanya layak menjadi bahan untuk dibakar kerana harga kayu api lebih mahal dari nilai “kertas-kertas” tersebut.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memiliki aset fizikal seperti emas yang mana nilainya sentiasa kukuh. Sebenarnya tujuan utama memiliki emas fizikal bukanlah sekadar mendapat keuntungan ke atas modal tetapi juga melindungi nilai aset daripada penyakit klasik zaman berzaman iaitu inflasi dan deflasi. Ini tidaklah bermaksud emas menjadi penyelesaian mutlak bagi semua masalah ekonomi, namun sekurang-kurangnya ia mampu meminimumkan risiko-risiko seperti yang disebutkan di atas.

Pada masa ini, terdapat beberapa buah negara kuasa besar yang telah mula menunjukkan minat pada logam terpilih ini. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa negara-negara seperti Rusia dan China telah mula meningkatkan rizab emas mereka semenjak beberapa tahun yang lalu. Bayangkan apa akan terjadi kepada negara seperti China yang memegang rizab USD terbesar di dunia dengan pegangan lebih 1 trillion USD sekiranya berlaku krisis kepercayaan yang meruncing pada matawang tersebut. Ke manakah akan dilongokkan timbunan “kertas-kertas” tersebut?

Penyampai Tajuk Lokasi Tarikh

: : : :

DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN YANG KE-30 ANGKASAPURI 30-08-1987

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam bahagia. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat kita sekali lagi bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan -- Hari Kemerdekaan negara -- yang ke-30. Kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah dapat menyambut Hari Kebangsaan, tahun demi tahun, dalam keadaan aman dan sejahtera. 2. Pada tahun ini genaplah 30 tahun negara kita bebas daripada belenggu penjajah. Ianya sangat bermakna bagi mereka yang menghargai kebebasan -- kebebasan daripada kehinaan oleh orang asing, kebebasan mentadbirkan negara sendiri, dan kebebasan menentukan hala kemajuan negara dan bangsa sendiri. Dalam tempoh tersebut kita telah dapat memajukan negara kita dalam semua bidang, termasuk ekonomi, pelajaran, kesihatan, pengangkutan, kemudahan-kemudahan awam, serta pertahanan dan ketenteraman awam. 3. Dengan itu, tidaklah menjadi keangkuhan jika kita berbangga dengan kejayaan kita. Namun demikian marilah kita bersamasama memastikan supaya kebanggaan itu tidak melalaikan kita, sebaliknya akan menebalkan semangat kita semua untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan. Di samping itu, kita harus bersyukur kerana kita semua dicucuri rahmat dan kebahagiaan yang berterusan. Tuan-tuan dan puan-puan, 4. Perangkaan menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang penduduk negara kita terdiri daripada generasi muda. Mengikut anggaran, kira-kira 68 peratus penduduk negara kita adalah di bawah umur 30 tahun. Mereka tidak mengenal pahit maung penjajahan dan tidak menyaksikan perjuangan kemerdekaan. Walaupun Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia enam tahun kemudian, generasi belia di negeri-negeri tersebut terlalu muda umur mereka pada masa itu untuk mengalami dan memahami akan kehinaan hidup dijajah. Dengan peredaran masa, penduduk negara kita yang telah mengalami hidup dijajah dahulu semakin berkurangan jumlahnya. Justeru itu semakin kurang mereka yang boleh membuat perbandingan dan menghargai hidup bebas daripada penjajahan bangsa asing. 5. Masalahnya ialah jika kita tidak menghargai perjuangan dan pencapaian kemerdekaan, kita mungkin tidak menghargai dan mempertahankannya dan tidak pula akan berusaha untuk mengisi kemerdekaan dengan pembangunan yang memberi makna kepadanya. Kita akan menganggap kemerdekaan sebagai perkara biasa yang akan kita miliki untuk selama-lamanya. Malangnya kemerdekaan bukan suatu keadaan semula jadi dan penjajahan bukan sudah lesap sama sekali. Hakikatnya ialah penjajahan jenis baru telah dicipta dan penjajahan ini telah berjaya menakluk semula negara dan bangsa yang telah mencapai kemerdekaan. Penjajahan yang dimaksudkan ialah penjajahan ekonomi, penjajahan ideologi dan penjajahan kebudayaan. 6. Penjajahan ekonomi mudah sahaja dilakukan oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia. Dengan cara manipulasi mereka boleh menjatuhkan harga barangan kita sehingga tidak ada keuntungan daripada hasil usaha kita. Di masa yang sama, mereka menentukan kos pengeluaran kita tidak dapat diturunkan dengan melakukan hasutan supaya daya pengeluaran kita tidak mungkin ditingkatkan. Demikianlah halusnya hasutan orang-orang asing ini sehingga ada di antara kita yang sanggup meminta supaya mereka menghalang pemulihan ekonomi negara kita. Apabila orang asing sudah boleh menentukan maju mundurnya ekonomi kita, maka terjajahlah negara kita - ataupun hilanglah kemerdekaan kita. 7. Demikian juga dengan kebudayaan. Sementara kebudayaan sesuatu bangsa tidak dapat lagi mengelak daripada pengaruh kebudayaan dunia, ada yang menyerah kalah dengan mudah dan menerima kebudayaan asing. Di negara kita ini ada yang membelakangkan nilai hidup kita sendiri dan meniru dengan bulat-bulat kelakuan dan tingkah laku bangsa lain. Dengan itu identiti bangsa kita tercemar dan jikalau perkara ini berleluasa mungkin identiti kita akan digantikan dengan identiti bangsa penjajah. Sekiranya luput nilai hidup kita, maka kita tidak berkuasa lagi ke atas diri kita sendiri. Dengan itu kita dijajah. 8. Sebaliknya, kita tidak begitu mudah meniru aspek-aspek kebudayaan asing yang boleh menguntungkan kita. Dengan tercemarnya kebudayaan kita dengan aspek kebudayaan asing yang buruk dan penolakan nilai asing yang baik, maka kita bukan sahaja dijajah tetapi menjadi bangsa yang lemah yang tidak mungkin mempertahankan diri daripada apa juga pengaruh penjajah dalam bidang lain. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, 9. Salah satu daripada nilai-nilai yang boleh mempertahankan kebebasan dan maruah kita ialah kesetiaan. Sebab itu tema perayaan Hari Kebangsaan tahun ini ialah 'Setia Bersatu, Berusaha Maju'. Kesetiaan di sini bukan sahaja bermakna kesetiaan kepada negara, walaupun ini adalah puncak kepada kesetiaan kita. Kesetiaan juga bermakna kesetiaan kepada diri sendiri, kepada

keluarga, kepada tempat tinggal dan kepada masyarakat. 10. Apabila kita setia, kita bukan sahaja tidak akan mengkhianati objek kesetiaan kita, tetapi kita akan berusaha secara positif melindungi objek kesetiaan kita tadi. Umpamanya kesetiaan kepada diri sendiri bermakna kita bukan sahaja tidak akan mengkhianati diri dengan menceburkan diri dalam penagihan dadah, tetapi kita melengkapkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran yang boleh membawa manfaat kepada kita. Dengan itu kita akan hidup lebih bahagia dan mulia. Keluarga, masyarakat dan negara yang dipenuhi oleh individu yang bahagia dan mulia ini tidak dapat tidak akan menjadi bahagia dan mulia juga. 11. Jika kesetiaan kita dipanjangkan kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara, tidak dapat tidak kita akan memperolehi kehidupan yang bahagia yang terlindung daripada segala jenayah dan maksiat. Mungkin ini adalah harapan yang terlalu idealistik. Mungkin ini tidak dapat dicapai. Tetapi manusia yang bertamadun, yang berakal fikiran harus cuba untuk mencapai keadaan yang bersih daripada sebarang kecacatan walaupun kita tidak mungkin mencapainya kerana hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang tidak cacat. Tidak berusaha ke arah ini bermakna kita tidak menghargai segala nikmat yang diberi oleh Tuhan. Dengan perkataan lain kita tidak setia. Sudah tentu kita tidak akan maju dan mencapai kejayaan. Tuan-tuan dan puan-puan, 12. Gejala yang dihadapi oleh negara berbilang kaum ialah perselisihan faham antara kaum. Kita dapat lihat bagaimana negaranegara diserang dengan rusuhan sehingga bukan sahaja keadaan politik menjadi tidak stabil tetapi ekonomi merosot dengan teruknya. Memandang kepada kemungkinan inilah yang Kerajaan begitu menekankan soal perpaduan. Kita mengakui bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai. Tetapi, jika kita mempunyai satu puncak tumpuan kesetiaan, satu puncak yang terkecuali, yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dan kita tujukan kesetiaan kita kepadanya maka perselisihan antara kita akan kurang ketara. Dengan adanya sistem Raja Berpelembagaan kemungkinan ini wujud. 13. Dalam semua ini kita perlu akan kesedaran dan usaha. Tidak ada sesuatu yang boleh dijayakan tanpa usaha. Lebih gigih usaha kita lebih tinggi kemajuan kita. 14. Kita semua sedar dan Kerajaan juga sedar bahawa tema tahun ini 'Setia Bersatu, Berusaha Maju' dengan sendirinya tidak akan menghasilkan apa-apa. Yang penting ialah amalan kita dan penghayatan kita akan panduan yang diberi oleh tema tersebut. 15. Tiap slogan yang dicipta mempunyai niat yang baik dan dipercayai boleh menolong kita mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Oleh itu terimalah slogan ini dan gunakannya sebagai panduan. Insya-Allah, kita akan berbahagia kerananya. Wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PENJAJAH NEGARA VS PENJAJAH MINDA Bulan kemerdekaan telah pun berlalu, namun inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menyambut hari kemerdekaan selama sebulan amat saya banggakan. Tahniah saya ucapkan. Di dalam penulisan saya kali ini adalah untuk memandang istilah kemerdekaan ini dari sudut yang berbeza. Kita telah tahu bahawa apabila sahaja kita menyebut tentang kemerdekaan maka akan terbayang di kota fikiran kita bagaimana pejuang-pejuang negara begitu hebat mempertahankan tanah air kita dengan hanya menggunakan tenaga. Kita juga mungkin akan terimbau kembali saat-saat kita dijajah dahulu. Bagaimana kita terpaksa akur baik dari segi mental dan fizikal kepada penjajah kita. Bagi saya tidaklah begitu susah apabila kita dapat melihat musuh-musuh kita secara terang-terangan, berhadapan dengan kita.

Sekarang bagaimana? Apakah kita tidak lagi dijajah? Siapa sebenarnya musuh kita dan bagaimana hendak kita merdekakan diri kita? Persoalan ini timbul apabila saya mengimbaukan kembali sebuah filem yang saya tonton di panggung suatu ketika dahulu iaitu “ The Last Samurai”. Sebagai orang teater/lakonan, saya telah diajar untuk berfikiran kritis ketika menonton sesebuah drama pentas mahupun filem. Sinopsis dan intipati yang dapat saya serapkan dari filem tersebut pada pandangan saya adalah mengenai peperangan yang berlaku sesama rakyat Jepun, yang hanya dicetuskan oleh seorang ahli perniagaan yang berurusan dengan pemimpin atasan mereka. Pada pemimpin tersebut pembelian senjata adalah untuk membawa permodenan kepada negara mereka dan berjaya mempengaruhi Raja . Walaupun apa yang diusul oleh pemimpin atasan itu sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membawa

permodenan negara tetapi adalah kerana urusan pembelian senjata api tersebut bakal membawa keuntungan besar kepada dirinya hasil dari perundingan dengan negara pembekal. Hasil dari sikap tamakkan kekayaan, beliau sanggup mempengaruhi Raja sehingga berlaku pertumpahan darah dengan sesama mereka, serta menentang adat tradisi yang telah didukung hampir beratus tahun oleh rakyat tempatan. Akhirnya rakyat yang tidak mengerti apa-apa tentang urusan perniagaan menjadi korban. Tujuan yang terkorban hanyalah untuk menegakkan prinsip serta adat serta perjuangan “samurai”. Apabila kesilapan telah dilakukan nyawa tidak dapat dikembalikan walau adat tetap dipertahankan.

Mengapa saya bercerita tentang sinopsis tersebut dan apakah yang kena mengenanya dengan erti penjajahan yang hendak saya bicarakan. Selama 49 tahun kita mengecapi kemerdekaan negara.

Kepimpinan kita, undang-undang kita dan kebebasan menerajui negara kita cara kita sendiri. Apakah kita telah berpuas hati sekadar negara sahaja yang merdeka dan bebas dari penjajah? Apa yang saya khuatiri adalah penjajahan kita bukan lagi dilihat dari negara tetapi penjajahan kita di masa kini dan akan datang adalah penjajahan minda. Lihat dan baca semula rentetan sinopsis dari filem samurai tersebut. Mengapa pertumpahan darah berlaku sedangkan negara luar tidak berperang dengan rakyat Jepun. Negara Barat tidak datang sebagai tentera. Tetapi mereka hanya menghantar beberapa sahaja panglima tentera mereka untuk menjajah minda rakyat Jepun. Mereka juga datang ke Negara tersebut sebagai pedagang dan bukan penjajah.

Apabila anda sidang pembaca membaca atau menonton filem tersebut tidakkah anda terbayang bahawa kita sekarang berkemungkinan berhadapan dengan penjajahan yang sama. Minda rakyat kita sudah dipengaruhi dengan minda koperat yang sibuk mengumpul harta peribadi. Malahan ada juga sesetengah pemimpin kita yang berjiwa koperat. Inilah erti sebenar penjajahan minda di dalam era globalisasi sekarang. Apa yang kita takuti adalah rakyat kita tidak mahu membebaskan minda tamak haloba di dalam bidang koperat mereka demi untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Di dalam saya mengharungi dunia politik dan perniagaan pelbagai manusia telah saya temui dan pelbagai cerita telah disampaikan kepada saya tentang bagaimana orang asing yang masuk ke negara kita dengan menawarkan kepada kita menjadi rakan niaga dan juga menawarkan saham yang besar kepada mana-mana pemimpin yang meluluskan projek-projek tertentu kepada mereka. Apa yang merisaukan saya adalah apabila minda rakyat kita mulai dijajah oleh material dan wang ringgit sehingga kita menggadaikan maruah bangsa semata-mata untuk mengaup keuntungan peribadi. Saham-saham syarikat, projek-projek berkepentingan negara juga turut dilelong semata-mata untuk mengaup keuntungan peribadi. Inilah minda material yang patut kita merdekakan.

Semua ahli perniagaan mahu keuntungan, malahan ada sesetengah pemimpin juga mahukan kesenangan tetapi kita harus ingat bahawa di dalam kesibukan kita untuk menaikan ekonomi negara maka kita terlupa bahawa di dalam masa yang sama kita telah memasukkan musuh-musuh negara di dalam kubu-kubu ekonomi kita. Negara luar lebih-lebih lagi Negara Barat tidak akan tenang melihat kebangkitan negara-negara Asean khususnya. Pelbagai cara akan mereka gunakan untuk kembali menjajah negara kita. Semua rakyat Malaysia harus sedar bahawa kejatuhan sesebuah negara adalah berpunca dari ketidak stabilan ekonomi negaranya. Sekiranya kita tidak membebaskan minda kita untuk mengumpul harta material secara membabi buta, maka negara kita masih terancam hanya kerana minda kita tidak dimerdekakan dari tawaran-tawaran perniagaan oleh orang luar.

Peristiwa seperti di dalam filem tersebut akan menjadi kenyataan apabila anasir luar akan berusaha untuk melagakan kita sesama sendiri, hanya kerana ingin mengaut keuntungan tanpa batasan dan sempadan. Kepentingan Melayu khususnya sanggup digadai.

Perniagaan yang berkepentingan negara juga sudah mula dilelong. Bangsa asing dimegahkan, kononnya ilmu dan kepakaran mereka begitu tinggi.

Selagi kita rakyat Malaysia tidak mempelajari atau menguasai kepandaian orang asing di dalam bidang ekonomi selagi itulah kita akan bergantung kepada kepakaran mereka. Pintu kita kadang-kadang dibuka dan peluang perniagaan juga terbuka luas hanya kerana mereka mempunyai sumber keewangan. Kita harus ingat bahawa walau berjuta wang yang dibawa masuk dari negara luar tidak akan ke mana kalau kita rakyat Malaysia tidak memberi peluang perniagaan itu kepada mereka. Ini Negara kita dan kita juga harus menetapkan syarat kita serta kepentingan rakyat kita sebelum sebarang urusniaga dibenarkan di negara ini.

Pokok pangkalnya adalah terletak kepada pemimpin kita sebagai pemegang kunci kepada negara kita. Sekiranya mereka sanggup berada di dalam syarikat luar yang menawarkan keuntungan peribadi kepada mereka dengan menggadaikan kepentingan syarikat negara, maka tidak hairan akan berlakulah seperti kata pepatah orang tua-tua “menang sorak kampong tergadai”. Kita akan megah melihat pembangunan di negara kita, tanpa kita sedari bahawa akhirnya saham-saham syarikat berkepentingan negara dikuasai oleh orang asing, hanya kerana satu minda yang dijajah dan masih belum merdeka.

Ingat bahawa penjajahan di zaman siber ini bukanlah menggunakan tenaga seperti dahulu lagi. Tetapi apa yang lebih kita takuti adalah penjajahan anasir luar dengan menyamarkan diri sebagai pedagang menjajah minda kita untuk berfikiran seperti mereka. Kita perhati sahaja negara yang telah membangun, bagaimana rakyat mereka dihimpit oleh gejala-gejala sosial, hanya kerana sesetengah pemimpin mereka sibuk meningkatkan ekonomi peribadi sehingga terlupa untuk meningkatkan pembangunan sasiah dan insaniah. Sikap mementingkan diri sendiri kian menjadi-jadi. Pengagihan ekonomi yang tidak adil juga menular. Timbullah beberapa kelompok yang ditindas dari segi ekonominya. Orang kaya semakin kaya dan miskin semakin melarat. Anak cina makan pengat…..

Sekiranya kita ingin benar-benar merdeka, maka jagalah minda. Jangan cepat terpengaruh dengan dunia material yang ditawarkan oleh orang asing. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menyelamatkan Negara kita dari para penjajah minda dari luar. Salah satu cara adalah dengan mendalami ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh negara luar. Menggunakan ilmu pengetahuan tersebut berlandaskan apa yang dibenarkan oleh agama kita. Ilmu pengetahuan dari orang asing itulah modal sebenarnya untuk kita meningkatkan ekonomi kita. Tidak hanya melihat wang dan material sahaja yang mereka boleh tawarkan tetapi ilmu pengetahuan mereka. Itu sahaja yang dapat membendung kita dari terus menerus bergantung kepada kepakaran dan kebendaan mereka. Kita boleh mengambil mereka sebagai penasihat dan bukan pemilik kepada apa sahaja kepentingan ekonomi Negara. Tidak ada istilah “ sleeping partner ” di dalam mana-mana syarikat yang melibatkan orang asing, sekiranya kita tidak mahu dijajah. Sekiranya rakaniaga kita yang berbangsa asing aktif kita juga harus seaktif mereka. Dalam erti kata lain” no free lunch ”. “ There is no shortcut in business ”. Samada kita bekerja dan memahirkan diri kita atau kita boleh memperolehi segalanya dengan cara mudah namun gagal mempertahankan apa yang kita miliki dikemudian hari “easy come, easy go ”.

Tidak dinafikan bahawa tidak ramai dari kalangan bangsa kita yang betul-betul mahir di dalam dunia perniagaan. Kalau setakat nak jadi “ sleeping partner ” makan elaun bulan-bulan ramai. Apabila terdengar sahaja kita ditawar untuk menjadi pengarah syarikat antarabangsa, orang kita mula ghairah. Apa yang penting “ asyok ” bulan-bulan. Sedar-sedar diri terjajah. “I give my country, you give my money ” . Masa tu jadilah kita “ The last Hang Tuah ”.

Ingat! Berniaga, berniaga juga! Kepentingan negara harus diingat dan dijaga. Kalau Negara tidak dapat dijajah jangan pula minda mudah dijajah. Jawapannya sama dengan….anak cina makan pengat sendiri mau ingat.

Kalau baju kebangsaan Malaysia minda kebangsaan negara lain tak guna juga. Apa nak dimegahkan kalau kita berniaga untuk kepentingan ekonomi Negara lain. Akhirnya duit orang angkut balik negara mereka kita tinggal syarikat yang international konon, syok sendiri la jawabnya. Setiap apa yang kita lakukan seharusnya kita mengingati orang lain. Ambillah cerita “ The Last Samurai ” sebagai ikhtibar untuk mengingatkan kita bahawa, apabila minda telah dijajah oleh material, jangan ingat tidak akan berlakunya peperangan. Penjajahan ekonomi dewasa ini adalah peperangan yang bakal melanda Negara dan minda kita. Jangan biarkan minda kita dijajah oleh material dari Negara luar sehingga kita terlupa untuk membela nasib sesetengah rakyat kita yang masih dibelenggu dengan kedaifan dan kemiskinan.

Saidina ‘Ali Bin Abi Thalib ( Karramallahu Wajhah ) Pesanan Saidina ‘Ali ( K W) Kepada Al Malik Ashtar ( Gabenor Mesir ) “……….Perniagaan dan perusahaan adalah sumber keuntungan kepada Negara, tetapi ingatilah bahawa ada dikalangan mereka yang tamak dan mudah mengkhianati urusan perniagaan.

Awasilah! Takutilah Allah dalam menyelesaikan masalah golongan miskin. Mereka tidak ada tempat berlindung, lemah, tidak mempunyai apa-apa kekuasaan dan senantiasa menjadi magsa kepada keadaan dan kejadian sekeliling. Dikalangan mereka ramai yang tidak pernah menyoalkan nasib hidup mereka dan rela dengan kesengsaraan yang mereka alami, namun mereka meminta sedekah mereka enggan sama sekali. Demi Allah, tunaikanlah hak-hak mereka kerana di atas bahumulah terletaknya tanggungjawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian besar dari harta kerajaan (baitulmal) untuk meninggikan taraf hidup mereka, walau di mana sahaja mereka berada sama ada disekitarmu atau jauh dihujung negeri. Mereka semua mempunyai hak yang sama. Jangan sama sekali kesibukan melupakan kamu terhadap mereka; kerana tidak ada satu pun helah yang boleh diterima di sisi Allah…..” Negara kita dijajah dahulu juga kerana bermula dengan kelalaian pemimpin kita dan kembali merdeka juga kerana pemimpin kita. Diharap penjajahan minda ini tidak akan bermula dengan pemimpin kita, sehingga merugikan rakyat dan Negara. Kalau Negara dijajah, parang boleh diasah tetapi kalau minda dijajah akal perlu diasah, sudah tentulah memakan masa tidak secepat mengasah parang atau meletakkan peluru di dalam senapang. Oleh itu sebelum minda kita dijajah elok-eloklah kita mengasah minda mulai hari ini supaya mudah meletakkan kubu melindungi minda dari dijajah musuh luar terutamanya di atas lapangan peperangan ekonomi dunia yang sudah bermula sekarang. Keruntuhan Akhlak: Krisis yang mencemaskan Siri ke 2 (Akhir) Dalam siri pertama dahulu kita didedahkan dengan jelas bagaimana keruntuhan akhlak berhubung kait dengan keadaan keluarga yang tidak teratur dan ibubapa yang tidak memberikan didikan yang sewajarnya adalah faktor utama berlakunya keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan masyarakat kita. Namun demikian selain faktor keluarga yang merupakan salah satu puncanya, terdapat faktor lain lagi yang turut sebagai pemangkin kepada keruntuhan akhlak umat Islam hari ini. Andaikata sebuah keluarga yang sempurna tetapi faktor luaran dalam kehidupan kita tidak tersusun dengan baik akan berlaku juga gejala keruntuhan akhlak ini. Walaupun kita telah memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak tetapi keadaan sekeliling di luar kacau bilau maka kita menjadi bimbang apakah anak-anak kita mampu ketahanan dirinya menahan pengaruh luar yang datang bertubi-tubi itu. Tidak mustahil dinding yang dibina akan runtuh dan akhirnya terpaksa menerima padah serangan yang bertubi-tubi itu. Ini umpama sebuah pasukan bola sepak yang mempunyai pertahanan yang kuat namun apabila berhadapan dengan pasukan lawan yang lebih kuat dengan melakukan serangan yang tiada terhenti yang pastinya pintu gol pasukan yang kuat pertahannya akan bolos juga. Maka begitulah juga dengan benteng ketahanan anak-anak kita. Pengaruh luar yang tidak seimbang. Pengaruh luar yang berleluasa hari ini cukup membimbangkan terhadap budaya dan nilai-nilai murni Islam yang dipupuk sejak berzaman. Pengaruh budaya seperti muzik liar dari barat amat mudah meresapi pemikiran

dan minda umat Islam. Pengaruh media amat berkesan dalam penukaran minda dan etika umat Islam. Tariantarian barat yang liar dan berpakaian yang tidak senonoh jika disajikan kepada kita secara berterusan akan berjaya mempengaruhi hidup kita. Ini ditambahkan lagi dari pengaruh yang diserapkan melalui filem dan cereka serta majalah yang begitu mudah kita perolehi. Perkembangan dunia tanpa sempadan melalui IT dimana laman-laman web yang tidak bermoral terlalu mudah diakses tanpa batas tapisan serta pemantauan menjadikan proses penukaran minda kearah kejatuhan moral dan akhlak menjadi semakin pantas secepat kilat. Pengaruh-pengaruh negatif ini terlalu sukar dibendung apatah lagi disekat dari cuba meresap dalam masyarakat kita. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahwa keruntuhan akhlak di kalangan kita hari berpunca daripada pengaruh ini.

Budaya barat yang tiada beretika. Penerimaan segala unsur budaya dari barat tanpa pertimbangan secara melulu menjadikan identiti dan jatidiri seseorang muslim akan luntur dan hilang pedoman. Budaya “happies” atau kutu menjadi ikutan remaja Islam satu waktu dulu. Trend rambut panjang yang kusut masai, selekeh berpakaian dan diri yang tidak dijaga rapi adalah sesuatu yang menjijikan namun budaya sebegini buruk pun masih ada umat Islam mengikutinya. Kita umat Islam terlalu mudah dipengaruhi kerana kita gagal mempamerkan identiti sendiri. Kita seolah-olah mencari-cari sesuatu. Maka tidak hairanlah jika ada sahaja sesuatu budaya baru disogokkan kepada kita lantas saja kita menerimanya. Cuba fikirkan, kita cukup mudah dipengaruhi. Selain budaya happies, terdapat budaya lain seperti woodenstock, budaya rock, blues, black metal semuanya ada pengikutnya dikalangan umat Islam. Mengapa kita jadi begini? Mengapa kita mudah terpengaruh kepada segala bentuk yang tidak sihat? Begitu juga pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batasan yang terang-terang dicegah oleh agama Islam tetap tidak diperduli oleh umat Islam hari ini. Lihat sahaja corak dan fesyen pakaian barat yang terlalu menonjol dari segi pendedahan bentuk tubuh badan menjadi ikutan serta pilihan utama umat Islam. Di bandar-bandar kita dapat saksikan bagaimana corak dan cara berbudaya dari barat ini yang keterlaluan telah diterima sebagai sebahagian dari cara hidup kita. Walaupun ianya kekadang bercanggah dengan ajaran Islam namun masyarakat kita tidak memperdulikannya. Kita tidak mampu menghalang. Trend masyarakat barat menjadi cara hidup kita. Pengaruh barat bukan sahaja mempengaruhi umat Islam di negara ini malah sebahagian besar umat Islam di dunia. Di negara-negara Arab pun tidak ketinggalan malah kadangkala mereka jauh lebih hebat lagi terpengaruh. Terdapat dikalangan masyarakat kita hari ini mengambil cara hidup masyarakat barat menjadi cara hidup kita sendiri. Sepatutnya sebuah rumah orang Islam tidak mempunyai minuman keras namun sudah ada dikalangan umat Islam yang mendirikan “bar corner” dalam rumah sendiri sebagai keperluannya dan tetamunya dikalangan orang yang kaki botol. Begitu juga ada orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan kesayangannya. Di zaman ini perkara sebegini tidak pelik lagi kerana trend hidup masyarakat barat telah menjadi sebahagian dari trend masyarakat kita. Peraturan dan undang-undang yang diabaikan. Semuanya ini disebabkan kita umat Islam telah mengabaikan segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggari peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuah negara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang ditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namun kita telah mengabaikan peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalam agama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah swt namun kita telah mengabaikannya. Kita terlalu lupa hingga kita dilalaikan oleh bisikan syaitan yang sentiasa berusaha mahu menyesatkan kita. Kita menjadikan hadis Rasulullah saw sebagai hadis sahaja tetapi kita tidak pernah mahu mempraktikkan segala pesanan dari Nabi saw. Sabda Rasulullah saw, “Aku tinggal kepada kamu DUA perkara yang jika kamu mengamalkannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah AlQuran dan Sunnahku.” Inilah pesanan terakhir Nabi saw kepada kita namun kita tidak mengambil berat akan pesanan ini sehingga menjadikan kita sebagai seorang muslim yang terumbang ambing seperti buih. Jika kita bersungguh-sungguh beramal dengan segala pesanan Rasulullah saw nescaya kita umat Islam hari ini tidak akan jadi begini tercabar dan terjatuh akhlaknya. Golongan berilmu tidak memainkan peranan. “Ulamak adalah pewaris nabi” begitulah sabda junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ini bermakna ulamak mempunyai peranan dan tanggungjawab yang amat besar dalam mempertahankan akidah umat Islam dalam sesebuah negara. Peranan ulamak perlu diberikan ruang yang luas dalam membentuk kepribadian dan identiti seseorang umat Islam. Ulamak mestilah diberikan kebebasan dalam mendidik umat Islam memahami jatidiri kita sendiri. Peranan besar dari kalangan ulamak dalam hal memahami kesucian Islam yang sebenar kepada

semua umat Islam akan dapat mempertingkatkan keimanan dan ketahanan minda dari mudah terjebak dalam perangkap kuruntuhan akhlak yang dipasang oleh musuh-musuh Islam. Ulamak perlu mengambil tempat dalam masyarakat dalam segala aspek kehidupan, ulamak umpama penasihat dan demonstrator dalam mengenali ajaran Islam yang suci supaya kita memahami agama Islam sedalam-dalamnya tanpa terdapat syak atau wasangka. Para ulamak yang mempunyai kefahaman Islam yang tinggi perlu diberi tempat dalam masyarakat dan bergaul mesra dengan umat Islam supaya mereka tidak disalah anggap dan ilmu serta ajaran murni Islam dapat sampai kepada kita dengan jelas dan terang. Sudah sampai masanya para cendikiawan Islam dan para ulamak berganding bahu bersama-sama terjun mendekati masyarakat dengan lebih dekat secara mutlak. Mereka mestilah bersama dalam masyarakat di bandar, kampung dan desa. Mereka jangan hanya sekadar berada di dalam pejabat sahaja tetapi bersama-sama dalam segenap aktiviti umat Islam. Ulamak dan cendekiawan Islam bukan hanya sekedar membentangkan kertas-kertas kerja tetapi turut sama mempastikan kertas kerja yang membawa manfaat kepada umat Islam menjadi kenyataan dan dipraktikan dalam kehidupan kita seharian. Sebenarnya peranan ulamak dan cendekiawan Islam amat besar dalam pembangunan ummah dan umat Islam. Ketinggian ilmu agama dan kefahaman Islam yang tinggi yang mereka miliki mestilah disalurkan kepada seluruh umat Islam sejagat dan kita pula sebagai umat Islam yang kurang pemahaman dan asas Islam hendaklah mendekati mereka dan menimba sebanyaknya ilmu dari mereka. Dengan adanya hubungan yang rapat antara ulamak dan umat Islam nescaya segala bentuk ancaman dan pengaruh yang tidak sihat yang cuba memesongkan akidah kita dapat ditentang dan dibenteras dengan jayanya.

Wassalam. Disebalik muzik RAP Muzik rap boleh dikaitkan dengan remaja kulit hitam, penglibatan orang kulit putih di Amerika adalah sedikit sahaja.Dalam kajian yang dibuat bahawa muzik rap adalah muzik yang mempunyai unsur-unsur negetif iaitu sebanyak 77 peratus dan sementara itu diikuti oleh R&B/Hip Hop dalam 20 peratus, Dalam perkiraan ini muzik seperti ini memberi kesan yang kuat kepada remaja berkenaan, pembendungan keatas muzik berkenaan tidak memberi kesan yang kuat kepada remaja ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui pendidikan secara langsung dalam menerangkan kepada mereka akan kesan yang mereka terima atau dapat ketika mendengar lagu berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini. Muzik rap adalah paling banyak menggalakkan penyalahgunaan dadah, mengikut kepada kajian dari University of California, Berkeley, hal ini ditemui dari lagu berkenaan dalam dua dekad kebelakangan ini. Ia merupakan satu amaran, bagi mereka penyanyi RAP ini dijadikan mereka sebagai satu idola kepada remaja yang tinggal di kawasan bandar, para remaja disini keseluruhannya berada dalam keadaan yang berisiko dan memerlukan rangsangan dan maklumat yang berguna dari media dalam menyelesaikan permasalah yang negatif ini. Para remaja ini menganggapkan bahawa apa saja yang dibawa penyanyi RAP ini adalah sesuatu yang baik dan begitu menjadi ikutan, sehinggakan mereka tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Perkara ini yang perlu mendapat perhatian mendalam dalam menangani perihal nagetif ini. Kajian menunjukan 341 lirik dari kumpulan rap terkenal dari tahun 1979 hingga 1997 atau 60 peratus darinya menunjukkan tiada pengurangan dalam penggunaan perkara yang positif daripada penggunaaan dadah, bagi mereka ia merupakan satu perkara yang glamor dan sosialiti dan yang perlu ada dalam muzik rap berkenaan Dalam 38 popular lagu rap antara tahun 1979 hingga 1984 pula cuma 4 atau 11 peratus yang lirik mereka yang berbau dadah, lewat tahun 1980 ianya berkurangan kepada 19 peratus dan seterusnya 1993 kepada 69 peratus Sebagai contoh penggunaan lirik yang menggalakkan pendengarnya menggunakan ubat batuk sebagai satu medium utamanya, hal ini terdapat dari kecenderungan sebuah kumpulan di Southwestern yang merupakan kumpulan pemuzik underground bernama screw music, merupakan penyebab utama bagaimana bilangan penagih ubat batuk di kalangan remaja di Houston meningkat dengan ketara. PENGARUH ASING IDENTITI MALAYSIA Setiap hari samaada kita sedar atau tidak, kita didedahkan dengan budaya asing melalui filem-filem yang diperlihatkan melalui kaca TV. Walaupun filem-fdem asing ini ditayangkan semata-mata untuk memberi hiburan kepada para penonton tetapi kesannya kepada cara hidup atau budaya kita untuk jangka masa panjang sangatlah membimbangkan Sebenarnya fflem-filem asing ini, telah bertapak di TV kita sejak siaran TV kita bermula 25 tahun yang lalu. Sejak itu ia telah banyak mencorakkan kehidupan masyarakat di negara kita ini. Walaupun budaya Barat yang diamalkan oleh negara seperti England dan Amerika Syarikat itu

adalah terletak beribu kilometer jauhnya dari negara kita tetapi melalui kaca TV kita dapat merasakan ia sangat dekat dengan kita, malah lebih dekat dari rumah jiran kita. Kita lebih kenal dengan cara hidup keluarga Ewing dalam Dallas, tetapi mungkin kita tidak tahu bagaimana cara hidup keluarga Ali atau keluarga Ah Chong atau keluarga Samy yang hanya tinggal di sebelah rumah kita. Kalaulah seorang dari keluarga Ewing datang berkunjung ke rumah kita tentulah mereka tidak begitu menghadapi banyak masalah, kerana kita faham cara hidupnya, pantang larangnya dan kegemarannya. Tetapi jika salah seorang dari keluarga Samy datang bermalam di rumah kita, saya percaya dia akan berasa kecewa dan tersinggung bila melangkah keluar dari rumah kita disebabkan kejahilan kita tentang adat dan pantang larang yang diamalkannya. Walaupun TV kita ada menyiarkan rancangan-rancangan tempatan yang memaparkan kisah-kisah kehidupan pelbagai kaum di negara ini seperti rancangan Drama Mnggu Ini dan Empat Sekawan, tetapi berapa keratlah orang Melayu yang menonton rancangan Empat Sekawan dan berapa keratlah pula orang Cina yang menonton Drama Minggu Ini., Akhimya TV kita tidak dapat memainkan peranannya untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini agar mereka dapat saling faham memahani antara satu sama lain. Berbanding dengan filem-filem Inggeris yang kebanyakannya berunsur hiburan, telah memikat semua penonton dari berbilang kaum di negara ini. Oleh itu budaya asing ini bukan sahaja menyerap masuk kedalam budaya orangorang Melayu tetapi ia juga mempengaruhi cara hidup orang-orang Cina dan orang-orang India. Untuk melihatt sejauh mana budaya asing ini telah menyerap masuk ke dalam kehidupan masyarakat kita, marilah kita ambil beberapa contoh yang mudah diperhatikan: Cara berpakaian, kalau kita menoleh kebelakang semula iaitu ketika sebelum dan diawal selepas negara kita merdeka, orang-orang Melayu mempunyai corak pakaiannya yang tersendiri begitu juga dengan kaum-kaum yang lain. Tetapi oleh kerana setiap hari kita telah diasuh secara halus melalui TV berpakaian cara Barat, akhirya pakaian masyarakat kita, sama sahaja dengan pakaian orang-orang Barat; pakaian kita semasa bersukan sama seperti mereka, pakaian kita semasa mandi sama seperti mereka dan pakaian kita semasa ke pejabat juga sana seperti mereka. Hilanglah identiti pakaian kita dan pakaian tradisional kita hanya di pakai semasa meraikan upacara-upacara tertentu sahaja. Cara makan; mungkin kita tidak dapat menukar selera makan kita, seperti kita tidak dapat menukar wama kulit kita, tetapi cara kita makan sekarang ini adalah sama seperti mereka; sebagai orang Melayu kita sudah tidak berasa segan-silu untuk makan dengan menggunakan sudu dan garpu, begitulah sebatinya pengaruh Barat ke dalam diri kita, tetapi bagaimana pula perasaan kita untuk menggunakan 'chop stick' yang biasa digunakan oleh orang-orang Cina untuk makan, Budaya pop, disko, punk, rock, tiupan lilin dan pemotongan kek di pesta sambutan harijadi dan perkahwinan adalah antara budaya dari Barat yang telah menular dengan meluasnya di kalangan masyarakat kita. Begitu juga dengan nilai-nilai moral yang negatif yang dapat ditonton dari filem-filem Barat ini seperti jenayah, penzinaan, kelucahan, penipuan, hasad-dengki, tidak bersopan, pergaulan bebas, mernentingkan diri dan terlalu kebendaan telah mula terbina di kalangan masyarakat kita hari ini. Filem-filem ini disifatkan samalah seperti arak, walaupun ada mengandungi kebaikan tetapi mudaratnya adalah lebih banyak lagi. Satu kerugian yang tidak ternilai harganya akibat dari pengaruh asing ini ialah kita kehilangan identiti bangsa. Budaya yang kita anuti selama ini adalah budaya celupan dari Barat, samada mahu atau tidak kita terpaksa mengongkong dari kita kepada budaya tersebut. Akhimya apa sahaja yang datang Barat akan kita terima tanpa memikirkan lagi samada ia bertentangan dengan adat dan agama kita. Sehinggakan telah tertanam suatu anggapan di kalangan kita, sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup orang-orang Barat adalah ketinggalan zaman, kolot dan tidak moden. Sebenarnya angapan seperti inilah yang menjadikan kita suatu bangsa yang tiada mempunyai pendirian dan sentiasa berasa rendah diri.

Menentang Penjajahan Budaya Rabu, 14 Februari 07 - by : Wisnu Sudibjo

PERNYATAAN SIKAP Berkenaan dengan tanggal 14 Februari yang biasa dirayakan oleh masyarakat khususnya kalangan muda sebagai hari valentine maka dengan ini Gema Pembebasan Jawa Barat menyatakan sikapnya : 1. Menolak segala hal yang berupa kebudayaan barat sekuler karena tidak sesuai dengan nilai – nilai ideology Islam yang tentu saja tidak sekuler ( tidak memisahkan kehidupan dari agama ). Termasuk juga menolak keras SIPILIS yaitu Sekulerisme, Pluralisme dan Liberalisme 2. Menolak segala hal yang merupakan representasi dari penjajahan budaya di negeri ini seperti seks bebas, mode bebas, kebebasan tingkah laku, kebebasan berbicara tanpa batas, kebebasan siaran televisi, acara – acara televisi yang hedon, kebebasan media yang tanpa aturan seperti pelegalan majalah Playboy, serta berbagai macam bentuk penjajahan budaya dalam bidang – bidang yang lain seperti pendidikan sekuler tanpa nilai agama, lokalisasi pelacuran dll 3. Mendorong pemerintah khsususnya dan masyarakat umumnya untuk menghentikan berbagai macam kemaksiatan ini dan kembali bertaubat kepada Alloh Swt karena bisa jadi berbagai macam bencana yang terjadi merupakan azab dariNya sebagaimana azab kepada kaum – kaum bejat nabi Luth dan kaum – kaum yang bermaksiat lainnya 4. Menolak ideology kapitalisme sekuleristik beserta turunannya yang merupakan akar dari semua tumbuhan penjajahan budaya ini. 5. Menerima bahkan mengharuskan kita untuk mempelajari segala sesuatu yang merupakan ilmu pengetahuan atau sains dan teknologi. Karena ilmu dan teknologi ini merupakan sesuatu yang dibolehkan bahkan sangat dianjurkan oleh Islam untuk meraihnya. Maka kami mengatakan teknologi Yes, budaya sekuler No. 6. Menyerukan kepada masyarakat untuk segera menegakkan Islam dengan khilafahnya, karena hanya itulah institusi yang dapat membentengi kita dari serangan budaya sekuler kapitalistik.

Penjajahan Budaya Melalui Iklan Global FADHLINA SIDDIQ, Kuala Lumpur.

PAPARAN iklan produk gergasi sebuah minuman ringan multinasional di kaca televisyen yang menayangkan aksi berani dan berahi gabungan artis Pink, Britney Spears, Beyonce Knowles dan Enrique Iglesias nyata memualkan. Bagai direntap dhamir (hati kecil) saya apabila pertama kali iklan tersebut ditayangkan dengan kehadiran anak-anak kecil dan remaja belasan tahun yang seolah-olah terpukau dengan persembahan mereka. Kegusaran saya semakin menebal apabila dari hari ke hari anak-anak kecil tersebut sudah pandai menggayakan aksi yang serupa. Saya amat hairan sebenarnya bagaimana iklan ini terlepas daripada sebarang penapisan atau sekurang-kurangnya diperlihatkan sensitiviti dan rasa hormat untuk tontonan umum. Saya tidak peduli dengan bayaran atau keuntungan syarikat promosi dengan iklan yang membariskan artis ternama yang nyata pasti meraih keuntungan yang besar. Namun saya tidak akan dapat memaafkan sekiranya implikasi dan kesan iklan tersebut akan membobrokkan dan memperdaya minda generasi muda hari ini. Strategi pemasaran yang membariskan artis ternama Barat Pink, yang terkenal dengan imej pelik dan aksi kurang sopannya. Tidak ketinggalan idola remaja dunia, Britney Spears yang mengundang kontroversi moral dan aksi berahinya. Ditambah dengan aksi lucah dan seksi Beyonce dan Enrique di dalam video klip masing-masing. Sekiranya ini yang dikatakan strategi pemasaran yang berjaya, saya akur. Tetapi jika ini yang akan dipertontonkan di layar televisyen di hadapan jutaan anak kecil dan generasi muda belia yang sedang membina jati diri dan baru hendak mengenal kehidupan, saya bangkang! Saudara boleh bayangkan rasa cemas saya apabila melihat kostum mereka yang ternyata menjolok mata, ditambah pula dengan lenggokan dan aksi berahi yang ternyata jauh menyimpang dari nilai ketimuran dan sempadan agama. Yang lebih mengejutkan apabila lokasi kejam dan ganas sidang stadium ala Gladiator menjadi pilihan latar belakang iklan ini.

Mungkin dari sudut historiknya, sidang dewan tersebut merupakan kebanggaan tamadun Rom pada zamannya. Tidak kurang kesan kehebatan lakonan kepahlawanan Russel Crowe dalam filem Gladiator menjadi umpan menarik langganan dan keyakinan pelabur. Namun ternyata unsur tersirat yang mendalangi layar Gladiator tersebut tidak lebih daripada unsur keganasan, kekejaman serta pengorbanan yang tersia akibat kedangkalan dan kesombongan serta tidak sesuai untuk paparan masyarakat Islam di Malaysia. Saya amat hairan bagaimana iklan ini dipaparkan tanpa sebarang saringan dalam usaha kita membina pemikiran generasi muda dan memantapkan pengisian Islam Hadhari. Saya sesungguhnya tidak nampak ke mana hala tuju iklan tersebut yang nyata hilang sensitivitinya, pupus moralnya malah tersingkir dari sebarang aspirasi budaya apatah lagi kehendak agama. Konservatif? Jumud? Saya terima! Kerana saya bukan lahir dari masyarakat yang melihat kelebihan material atau konsumerisme dalam memperkukuh bangsa. Di akhir paparan iklan tersebut ada nota kakinya yang tertulis ``I punya cara''. Puas saya mengasah benak minda menafsir maksud frasa ayat tersebut. Seolah-olah menyorot kepada satu pilihan yang bersifat ateis dan terkini. Malangnya jiwa saya tidak mampu menerima frasa tersebut. Malah saya bimbang sekiranya frasa tersebut disalahertikan. Mungkin saya akan dikategorikan sebagai golongan yang tidak up-to date atau tidak kontemporari kerana tidak faham dengan strategi pemasaran produk memandangkan begitulah kehendak arus pemasaran pengiklanan. Namun yang jelas perkara ini harus dilihat dalam konteks yang harus diperhalusi rasa sensitiviti dan hormatnya. Saya yakin masih ramai lagi bilangan umat Malaysia khususnya ibu bapa atau sekurang-kurangnya individu yang prihatin terhadap isu implikasi iklan dan budaya konsumerisme yang mempunyai impak yang besar ke atas golongan remaja. Lebih utama bagaimana golongan muda memperkukuh daya saring agar tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif serta kecelaruan imej Barat khususnya dalam melahirkan pemimpin yang tidak terganggu jiwanya dan bebas dari sebarang kebobrokan penjajahan minda. Akhir kalam, saya tegaskan ini bukan ``kita punya cara''. Sumber Utusan Malaysia (15hb Apr 2004)

Related Documents