Pengurusan Strategi : Pengukuran Prestasi

  • Uploaded by: Iskandar
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Strategi : Pengukuran Prestasi as PDF for free.

More details

  • Words: 607
  • Pages: 4
STQK 6154 : Pengurusan Strategi Sem 1, 2009/10 Tugasan 2 oleh

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri P 50078

Tugasan : STQK 6154

Pengukuran Prestasi Pengukuran prestasi merupakan satu aktiviti penting di dalam sesebuah organisasi terutamanya dalam mendapatkan keuntungan (profits). Sesebuah organisasi yang tidak berupaya mengunakan sumbernya secara efektif di dalam mewujudkan faedah (value) buat pelanggan, belum tentu dapat menempuh cabaran persekitaran bisnes global. Antara factor-faktor utama yang dapat di kenalpasti memberi impak kepada prestasi ialah Program Kualiti dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Kualiti telah di gunakan sebagai petunjuk prestasi dalam mencapai kejayaan sesebuah organisasi, yang mana di dalam masa yang sama ia merupakan salah satu daripada konsep TQM. Secara umumnya terdapat dua (2) jenis pengukuran prestasi iaitu berkaitan hasil (prestasi kewangan) dan focus kepada penentuan (determinant) hasil (kualiti, kecekapan, fleksibiliti, kos, inovasi) yang mana di kenali sebagai Indek Petunjuk Prestasi (KPI). Pengukuran prestasi boleh di ukur secara kuantitatif atau kualitatif. Pengukuran prestasi membolehkan pengurusan dan kakitangan memantau serta mengawal sumber serta tindakan mencapai target. Pada peringkat operasi, pengukuran bagi sumber (input), tindakan dan proses (output) adalah di pantau dan di bandingkan dengan target yang ingin dicapai. Perbandingan di antara prestasi sebenar dan prestasi target dapat mengenalpasti jurang yang dapat menentukan keperluan menghalang dan penambahbaikan. Manakala bagi saiz dan arah jurang (positif atau negatif) dapat memberi maklumat dan maklumbalas kepada peringkat perlaksana yang mana ia akan di gunakan bagi mengenalpasti perubahan dan tindakan proses produktiviti. Secara umumnya pengukuran prestasi memberi sumbangan utama kepada organisasi melalui lima (5) dimensi (roles): i.

Pemantauan :

Pengukuran dan penrekodan prestasi sebenar.

ii.

Kawalan :

Kenalpasti dan tindakan mengurangkan jurang diantara prestasi sebenar dan prestasi target.

iii.

Penambahbaikan : Kenalpasti peluang penambahbaikan kritikal.

iv.

Koordinasi :

v.

Motivasi : Mengalakkan sikap serta penambahbaikan yang berterusan.

Menyediakan maklumat bagi membuat keputusan dan memastikan komunikasi dalaman serta luaran wujud.

Jenis pengukuran prestasi terbahagi kepada lima (5) jenis iaitu Pengukuran input, proses, impak, hasil (outcome) dan output.

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 2 daripada 4

Petunjuk Pengukuran Prestasi Petunjuk pengukuran prestasi adalah perlu bagi mengenalpasti keupayaan da kecekapan tindakan dapat di ukur dan di bandingkan. Petunjuk pengukuran prestasi ada kalanya tidak dapat di ukur yang mana keperluan atau kehendak pemegang amanah (stakeholders) adalah berbeza. Jenis petunjuk pengukuran prestasi terbahagi kepada lima (5) iaitu: i.

Pengukuran input :

Jumlah sumber yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu produk atau perkhidmatan.

ii.

Pengukuran proses

iii.

Pengukuran hasil :

iv.

Pengukuran impak

v.

Pengukuran output : Jumlah produk atau perkhidmatan yang di tawarakan.

Program atau perkhidmatan mencapai objektif. Hasil memberikan maklumat pencapaian sebenar yang memberi impak.

Petunjuk pengukuran prestasi mestilah mengunakan criteria SMART. i.

Specific :

Tertentu dan mudah di fahami.

ii.

Measurable :

Boleh di ukur.

iii.

Attainable :

Boleh di capai dengan keupayaan organisasi.

iv.

Results Oriented :

Tumpuan kepada pencapaian.

v.

Time Bound :

Mempunyai tempoh masa yang sesuai.

Implementasi pengukuran prestasi boleh di laksanakan dengan memahami objektif, merekabentuk pengukuran, menetapkan pengukuran dan implementasi serta penyemakan (evaluate) pengukuran.

Memahami Objektif

Merekabentuk Pengukuran

Menetapkan Pengukuran

Implementasi dan Penyemakan Pengukuran

Rajah 1 : Metodologi Implementasi

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 3 daripada 4

Contoh petunjuk pengukuran prestasi: i.

Sumber Manusia : pengambilan kakitangan, latihan, Keselamatan dan Kesihatan, Prestasi dan Kesetiaan kakitangan

ii.

Jualan : customer care, maklumbalas pelanggan dan aduan pelanggan.

iii.

Pemasaran : Perhubungan pelanggan, Promosi dan Pengiklanan.

iv.

Pembuatan : pengurusan bahan mentah, pesanan, produktiviti, kualiti dan penyelengaraan.

Rujukan • • •

ESSENTIALS of Corporate Performance Measurement (ISBN 0-471-20375-0 - John Wiley & Sons, Inc) Performance Management: A “Start Where You Are, Use What You Have” Guide (Center for Improving Government Performance National Academy of Public Administration) http://www.humanresources.hrvinet.com/

STQK 6154 | Pengurusan Strategi

Muka 4 daripada 4

Related Documents


More Documents from ""