Pengurusan Marah: Perspektif Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Marah: Perspektif Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 5,111
  • Pages: 32
PENGURUSAN MARAH: PERSPEKTIF ISLA AM

Abu Nasih al-Kansariyy Terbitan Darul Kansariyy

Maklumat muat turun secara percuma: http://darul-kansariyy.blogspot.com [email protected]

i Prakata

‫ﻢ ﺻ ﹼﻞ ﻋﻠﻰ‬ ‫ ﺍﻟﻠﹼﻬ‬.‫ﺍ ﺃﺣﺪ‬‫ ﻭﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ ﻭﱂ ﻳﻜﻦ ﻟﻪ ﻛﻔﻮ‬.‫ﺎﺭ‬‫ﺍﳊﻤﺪ ﷲ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ ﺍﻟﻘﻬ‬ .‫ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ  ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺃﲨﻌﲔ‬،‫ﺪ ﺍﳌﺼﻄﻔﻰ ﻭﺧﲑ ﺍﻟﻘﺪﻭﺓ‬‫ﺳﻴ‬ Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi , atas limpah kurniaNya, saya mampu menyiapkan risalah kecil ini. Risalah ini ditulis untuk memahami komplikasi marah dari sudut pandangan Islam. Adakah marah semuanya bersifat negatif atau sebaliknya. Juga, mungkinkah ada kebaikan di sebalik sifat marah ini? Persoalan-persoalan ini membawa saya untuk cuba mengkaji, memahami dan menulis risalah ini. Melalui ayat al-Quran dan penafsirannya, Sunnah Nabawiyyah dan syarahnya dan penulisan para ՙulama′, saya dapati permasalahan marah ini sebenarnya dibincangkan secara meluas, malahan jika dikumpul dan disusun boleh dijadikan sebuah buku yang tebal. Namun atas kelemahan dan beberapa kekangan peribadi, sekadar ini sahaja yang mampu ditulis. Hakikatnya risalah ini tidak mampu menandingi karya-karya agung para ՙulama′ yang telah membincang perkara ini, seperti Ihya′ ՙUlumiddin oleh al-Imam al-Ghazzaliyy. Tujuan asal risalah ini sebenarnya ditulis untuk menjadi panduan peribadi kepada saya sendiri. Walau bagaimana pun diharapkan juga, risalah kecil ini dapat dijadikan maklumat dan panduan asas kepada umat Islam dan individu yang berminat dengan topik ini. Moga Allah meredhai saya, usaha saya, dan risalah ini. Amin… al-Murid al-Faqir Hanit bin Osman (Abu Nasih al-Kansariyy)

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

MUQADDIMAH Marah menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazzaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut alGhazzaliyy ibarat api dalam sekam. (al-Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam, 2003). Kemarahan dikenali umum sebagai aspek negatif, namun Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah ini. Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah , para Nabi a.s, dan juga Sultan. Concise Oxford Dictionary (1995) memberi definisi marah (anger) sebagai perasaan kurang senang yang melampau. Marah atau Ghadab (‫ﺐ‬  ‫ﻀ‬  ‫ ) ﹶﻏ‬dalam Bahasa

ՙArab adalah (sifat) yang

berlawanan dengan reda. (Lisan al- A ՙ rab, 1999) Ibnu Qayyim membuat penakrifan, marah adalah kehilangan pertimbangan akal, (seolah-olah) mahu membunuh seperti keadaan serigala yang ingin membunuh kambing. (al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim, 2002) Apa pun definisi, marah adalah sifat yang diberi oleh Allah  kepada makhluknya, Ibnu Manzur memetik ulasan seorang ՙulama’ mengenai marah: Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela); tercela (apabila) bukan pada tempatnya,

1

Muqaddimah

manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran. (Lisan al-ՙArab, 1999) Inilah takrif yang lebih sempurna pada pandangan penulis dalam menerangkan makna marah. Kemurkaan Allah  adalah yang paling hebat, mengatasi setiap kemarahan yang ada di dunia ini. Al-Quran kerap kali merekodkan kemurkaan Allah secara jelas. Namun kemurkaan Allah  hanya ditujukan kepada orang yang ingkar denganNya. Antara golongan yang dimurkai Allah  secara khusus adalah bangsa Isra′il. Contohnya seperti firman berikut: š∅ÏiΒ 5=ŸÒtóÎ/ ρâ!$t/uρ èπuΖx6ó¡yϑø9$#uρ ä'©!Éj‹9$# ÞΟÎγøŠn=tæ ôMt/ΎàÑuρ... šχθè=çGø)tƒuρ «!$# ÏM≈tƒ$t↔Î/ šχρãàõ3tƒ (#θçΡ%x. óΟßγ‾Ρr'Î/ y7Ï9≡sŒ 3 «!$# šχρ߉tF÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2¨ρ (#θ|Átã $oÿÏ3 y7Ï9≡sŒ 3 Èd,y⇔ø9$# ΎötóÎ/ z↵ÍhŠÎ;¨Ψ9$#

∩∉⊇∪ ... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu՚ jizat- mu՚ jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang

2

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (al-Quran. al-Baqarah 2: 61) Namun rahmat dan keampunan Allah  adalah lebih luas dari kemurkaanNya. Firman Allah : Ü>Éj‹yèãƒuρ â!$t±o„ yϑÏ9 ãÏøótƒ 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ ¬!uρ ∩⊇⊄∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî ª!$#uρ 4 â!$t±o„ tΒ dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Quran. Ali ՙImran 2: 61) Rasulullah  juga diriwayatkan pernah marah beberapa kali. Sebagai perhatian hadith berikut boleh dijadikan sebagai contoh:

‫ﺖ‬  ‫ﻳ‬‫ﺮﹶﺃ‬ ‫ﺎ ﹶﻓ‬‫ﺘﻬ‬‫ﺴ‬  ‫ﺍ َﺀ ﹶﻓﹶﻠِﺒ‬‫ﻴﺮ‬‫ﺣﱠﻠ ﹶﺔ ِﺳ‬  ‫ﻲ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﻲ ﺍﻟ‬ ‫ﻯ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻫﺪ‬ ‫ﹶﺃ‬:‫ﻲ  ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ‫ﻋِﻠ‬ .‫ﺎﺋِﻲ‬‫ﻦ ِﻧﺴ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﺘﻬ‬‫ﺸ ﹶﻘ ﹾﻘ‬  ‫ﺟ ِﻬ ِﻪ ﹶﻓ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺐ ﻓِﻲ‬  ‫ﻀ‬  ‫ﻐ‬ ‫ﺍﹾﻟ‬ Daripada A ՙ li  berkata: Rasulullah  telah memberi hadiah kepadaku pakaian sutera maka aku memakainya, maka aku melihat kemarahan di wajahnya, maka aku memotongnya (sutera) lalu membahagikannya di kalangan isteri-isteriku. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) 3

Muqaddimah

Dalam beberapa hadith Rasulullah  melarang kemarahan. Tetapi dalam hadith-hadith lain pula Rasulullah  sendiri pernah marah seperti hadith ՙAli  yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhariyy di atas. Ini sebenarnya menunjukkan kemarahan Rasulullah  terhadap tindakan yang menyalahi syara՚. Hadith ini menggambarkan Rasulullah  tidak marah atas sebab peribadinya, inilah keunggulan akhlaq Baginda  . Al-Ustadz ՙAbdur Rahman Hasan Habannakah juga berpendapat sedemikian. (al-Maidaniyy, Abdur Rahman Hasan Habannakah, 1999) Akhlaq dan sikap terpuji Rasulullah  lebih menonjol apabila baginda  bersabda:

‫ﻤ ﹶﺔ‬ ‫ﻮ ﹶﺃ ﱠﻥ ﻓﹶﺎ ِﻃ‬ ‫ﻢ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﹶﻟ‬ ‫ﻳ‬‫ﺍ‬‫ …ﻭ‬:‫ﺎ‬‫ﻨﻬ‬‫ﻋ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻲ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﺿ‬ ِ ‫ﺭ‬ ‫ﺸ ﹶﺔ‬  ‫ﺎِﺋ‬‫ﻦ ﻋ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﺪﻫ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺖ‬  ‫ﻌ‬ ‫ﺖ ﹶﻟ ﹶﻘ ﹶﻄ‬  ‫ﺮﹶﻗ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻤ ٍﺪ‬ ‫ﺤ‬  ‫ﻣ‬ ‫ﺖ‬  ‫ﻨ‬‫ِﺑ‬ Daripada ՙA′isyah r.a: (Rasulullah ) bersabda: dan aku bersumpah demi Allah () sekiranya Fatimah binti Muhammad () telah mencuri, akan kupotong tangannya. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Walaupun baginda  amat menyayangi Saiditina Fatimah r.a, sehingga baginda pernah memberi amaran supaya tidak menyakiti hati Saiditina Fatimah dengan sabdanya:

 ‫ﻣﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬‫ﺨﺮ‬‫ﺍﺭ ﺑﻦ ﻣ‬‫ﻦ ﻣِﺴﻮ‬‫ﻋ‬ ‫ﺒﻨِﻲ‬‫ﻀ‬  ‫ﻬﺎ ﺃﹶﻏ‬‫ﻀﺒ‬  ‫ ﻓﻤﻦ ﺃﹶﻏ‬،‫ﻲ‬‫ﻀ ﹲﺔ ِﻣﻨ‬  ‫ﻌ‬‫ ﻓﺎﻃﻤ ﹸﺔ ﺑ‬:

Daripada Miswar bin Makhramah r.a berkata, berkata Rasulullah : Fatimah (r.a) sebahagian dariku, maka 4

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

sesiapa yang membuatnya marah, membuatkan aku marah. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Namun begitu apabila bertembung dengan syariՙah, tiada kompromi ditunjukkan Rasulullah . Teladan Nabawiyyah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah , memberi tasawwur yang jelas bahawa elemen marah bukanlah 100% negatif atau madzmum. Kemarahan ada yang positif dan negatif, malahan boleh menjadi aspek kekuatan pada situasi tertentu (akan diperjelaskan kelak).

5

Larangan Marah

Abu Nasih alKansariyy

LARANGAN MARAH Apabila dikaji persoalan marah, kita akan berjumpa dengan banyak larangan marah oleh Rasulullah :

‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻻ‬،‫ﺻﻨِﻲ‬ ِ ‫ﻲ  ﺃﹶﻭ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﻼ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻟِﻠ‬ ‫ﺟ ﹰ‬ ‫ﺭ‬ ‫ ﹶﺃ ﱠﻥ‬: ‫ﺮ ﹶﺓ‬ ‫ﻳ‬‫ﻫﺮ‬ ‫ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ‬‫ﻋ‬ .‫ﺐ‬‫ﻐﻀ‬ ‫ﺗ‬ ‫ﺍ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻻ‬‫ﺍﺭ‬‫ﺩ ِﻣﺮ‬ ‫ﺩ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺐ ﹶﻓ‬‫ﻐﻀ‬‫ﺗ‬ Daripada Abu Hurairah : Seorang lelaki berkata kepada Nabi : Nasihatilah aku, (Nabi ) berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, (Nabi ) berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah. (Hadith riwayat al-Bukhariyy, ) Terdapat beberapa riwayat lain yang menunjukkan larangan marah ini. Sila rujuk hadith lain seperti yang terdapat dalam Sahih al-Bukhariyy, Muwatta′, Sunan at-Tirmiziyy dan alMusnad (al-Bukhariyy, Muhammad bin ՙIsmail, Abu ՙAbdullah, al-Imam, 1979; Malik bin Anas, al-Imam, 1998; atTirmiziyy, Muhammad bin ՙIsa, al-Imam, t.t; & Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, al-Imam, 1995) Imam al-Ghazzaliyy telah membahagikan manusia kepada tiga kategori jika dinisbahkan kepada darjah dan sifat kemarahan (al-Ghazzaliyy, 2003): 1. Golongan yang tidak mempunyai sifat marah 2. Golongan yang mempunyai sifat marah yang ekstrem 3. Golongan yang mempunyai sifat marah yang sederhana

6

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:48:41

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Kategori pertama menurut al-Ghazzaliyy adalah golongan yang lemah. Imam Al-Ghazzaliyy memetik kata-kata Imam asy-Syafiՙiyy: Mereka yang tidak boleh marah adalah seperti keldai. Mereka yang kekuatan marahnya adalah manusia yang tidak bijak. Al-Ghazzaliyy menambah lagi, Allah  menyayangi sahabat  yang bersikap lemah lembut sesama Mukmin dan keras terhadap golongan kuffar dan munafiq dengan firmanfirmanNya: â!$uΗxqâ‘ Í‘$¤ ä3ø9$# ’n?tã â!#£‰Ï©r& ÿ…çµyètΒ tÏ%©!$#uρ 4 «!$# ãΑθß™§‘ Ó‰£ϑpt’Χ ( $ZΡ≡uθôÊÍ‘uρ «!$# zÏiΒ WξôÒsù tβθäótGö6tƒ #Y‰£∨ß™ $Yè©.â‘ öΝßγ1ts? ( öΝæηuΖ÷t/ ’Îû öΝßγè=sVtΒ y7Ï9≡sŒ 4 ÏŠθàf¡9$# ̍rOr& ôÏiΒ ΟÎγÏδθã_ãρ ’Îû öΝèδ$yϑ‹Å™ …çνu‘y—$t↔sù …çµt↔ôÜx© ylt÷zr& ?íö‘t“x. È≅ŠÅgΥM}$# ’Îû ö/àSè=sVtΒuρ 4 Ïπ1u‘öθ−G9$# ãΝÍκÍ5 xáŠÉóu‹Ï9 tí#§‘–“9$# Ü=Éf÷èムϵÏ%θß™ 4’n?tã 3“uθtFó™$$sù xán=øótGó™$$sù Νåκ÷]ÏΒ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# ª!$# y‰tãuρ 3 u‘$¤ ä3ø9$# ∩⊄∪ $Jϑ‹Ïàtã #—ô_r&uρ ZοtÏ øó¨Β Muhammad (Nabi ) ialah Rasul Allah; dan orangorang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta 7

Larangan Marah

belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya kerana ia hendak menjadikan orangorang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (al-Quran. al-Fath 48:29) 4 öΝÍκöŽn=tã õáè=øñ$#uρ tÉ)Ï ≈oΨßϑø9$#uρ u‘$¤ à6ø9$# ωÎγ≈y_ ÷É<¨Ζ9$# $pκš‰r'‾≈tƒ ∩∠⊂∪ 玍ÅÁyϑø9$# }§ø♥Î/uρ ( ÞΟ¨Ψyγy_ öΝßγ1uρù'tΒuρ Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (al-Quran. at-Tawbah. 9:73)

8

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Sikap keras inilah menurut Imam al-Ghazzaliyy, hasil dari kemarahan yang dieksploitasikan ketika menentang musuh Islam, khususnya dalam jihad adalah antara keperluan elemen marah dalam Islam, supaya menerbitkan sifat berani dan penuh semangat (al-Ghazzaliyy, 2003). Walaupun begitu sifat marah tersebut mestilah digunakan atas dasar kerana Allah. Marah kerana Allah dalam konteks jihad di atas adalah marah kerana mereka adalah musuh Islam bukan kerana persengketaan peribadi. Menurut al-Ghazzaliyy lagi kemarahan yang melampau (dan tidak pada tempatnya) adalah berbahaya. Menurutnya lagi, seorang yang naik marah (sehingga pada tahap melampau ini mungkin akan kehilangan pertimbangan akalnya dan agamanya. Dia kemudiannya akan hilang pertimbangan antara baik dan buruk. Dia juga akan kehilangan kebebasan dirinya kerana terikat dengan sifat marahnva, sifat marahnya (yang melampau itu) akan membelenggu tindak tanduknya ketika itu. (al- Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam, 2003). Inilah jenis kemarahan yang dilarang dalam Islam.

9

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

PERANAN, KEHARUSAN DAN KEPERLUAN MARAH Menurut keterangan al-Ghazzaliyy di atas, boleh disimpulkan sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan. Antara situasi yang memerlukan elemen marah adalah ketika bertentangan dengan musuh-musuh Islam khasnya dalam jihad. Seperti yang dinyatakan oleh al-Ghazzaliyy, elemen kemarahan ini akan menjana keberanian dan semangat ketika berjuang. Dalam konteks di luar jihad pula seperti suasana moden sekarang, elemen kemarahan boleh digunakan untuk menyuntik keberanian dan semangat ketika menangkis dakyah jahat anasir asing terhadap Islam. Walaupun elemen marah ini boleh digunahan secara positif, tetapi seseorang sentiasa perlu menjaga emosinya supaya tidak terpengaruh dengan nafsu. Contohnya dalam konteks jihad, kemarahan kepada musuh mestilah disandar kepada kemarahan sikap musuh-musuh itu yang menentang Islam dan bukan kerana kemarahan peribadi. Satu contoh hebat yang boleh dikemukakan di sini adalah sikap yang dipamerkan oleh Sayyidina ՙAli Bin Abi Talib  dalam satu insiden ketika perang Khandaq atau Ahzab. Ketika A ՙ li  ingin membunuh seorang tentera musuh, tentera tersebut meludah ke mukanya. Seketika itu juga A ՙ li  berhenti dan membatalkan hasratnya 10

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

untuk membunuh musuh tersebut. Dalam keadaan kurang percaya, dia bertanya kepada ՙAli  yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian dalam medan perang mengapa tidak membunuhnya? Antara lain jawapan ՙAli  ialah ketika musuh tersebut meludah dia berasa marah. Jadi, jika dia membunuh musuh tersebut ketika itu, dia akan membunuh kerana kepentingan dirinya (marah terhadap perbuatan meludah itu), bukan kerana Allah . Terpukau dengan ketinggian akhlak Sayyidina A ՙ li  yang mulia itu, tentera musuh tersebut memeluk Islam. Situasi kedua yang memerlukan elemen marah apabila berlaku berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan syariՙat. Contohnya seperti hadith tentang reaksi marah Rasulullah  terhadap sahabat yang memakai sutera. Namun begitu terdapat juga beberapa hadith yang menunjukkan Rasulullah  tidak marah walaupun berhadapan dengan perbuatan yang bertentangan terhadap syariՙat. Contohnya seperti insiden seorang badwi yang membuang air kecil di dalam masjid. Hadith tersebut adalah seperti berikut:

‫ﺠ ِﺪ‬ ِ ‫ﺎ ﹶﻝ ﻓِﻲ ﻃﹶﺎِﺋ ﹶﻔ ِﺔ ﺍﳌﹶﺴ‬‫ﻲ ﹶﻓﺒ‬ ‫ﺍِﺑ‬‫ﺎ َﺀ ﺃﹶﻋﺮ‬‫ ﺟ‬:‫ﻚ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ٍ ‫ﺎِﻟ‬‫ﻦ ﻣ‬ ‫ﺲ ﺑ‬  ‫ﻧ‬‫ﹶﺃ‬  ‫ﻲ‬  ‫ﻨِﺒ‬‫ﺮ ﺍﻟ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻪ ﹶﺃ‬ ‫ﻮﹶﻟ‬‫ﻰ ﺑ‬‫ﺎ ﹶﻗﻀ‬‫ﻲ  ﹶﻓﹶﻠﻤ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﻢ ﺍﻟ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﺎ‬‫ﻨﻬ‬‫ﺱ ﹶﻓ‬  ‫ﺎ‬‫ﻩ ﺍﻟﻨ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺰ‬ ‫ﹶﻓ‬ .‫ﻋﻠﹶﻴ ِﻪ‬ ‫ﻖ‬ ‫ﺎ ٍﺀ ﹶﻓﺄﹸﻫﺮِﻳ‬‫ﺏ ﻣِﻦ ﻣ‬ ٍ ‫ﻮ‬‫ِﺑ ﹶﺬﻧ‬

Anas Bin Malik  berkata: Seorang badwi datang dan telah membuang air kecil pada satu sudut di masjid. Orang ramai bergegas (untuk memarahi atau memukul badwi itu), tetapi Nabi  menegah mereka. Apabila badwi itu selesai membuang air. Nabi  menyuruh 11

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

supaya mengambil air untuk menghilangkan (ՙain najis itu), maka dijiruskan (air ke tempat itu). (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Dari insiden pertama kita dapati bahawa walau apa pun, kemarahan mestilah dalam keadaan terkawal. Malahan Rasulullah  sendiri tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun apatahlagi untuk menghamburkan maki hamun. Insiden kedua rnenunjukkan kita semestinya mengambil kira situasi sebelum bertindak memarahi seseorang; seperti Rasulullah  yang tidak marah badwi yang membuang air kecil dalam masjid itu. Deduksi yang boleh dibuat dari insiden ini ialah Rasulullah  tidak memarahi badwi tersebut kerana tidak mahu menganggu dia yang sedang membuang air dan mengambil kira badwi tersebut yang mungkin tidak arif dengan adab dan agama. Ekspresi marah juga diperlukan sebagai satu cara ketika menyampaikan khutbah, pidato atau ucapan (agama khususnya), khasnya apabila ingin mencegah kemungkaran dalan khutbahnya. Ini adalah sunnah Rasulullah , Jabir  meriwayatkan bahawa Rasulullah , apabila berkhutbah penuh bersemangat seperti orang yang dalam keadaan terlalu marah.

‫ﻪ‬ ‫ﺗ‬‫ﻮ‬ ‫ﺻ‬  ‫ﻼ‬ ‫ﻋ ﹶ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴﻨ‬‫ﻋ‬ ‫ﺕ‬  ‫ﺮ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺐ ﺍ‬  ‫ﺧ ﹶﻄ‬ ‫ﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ  ِﺇﺫﹶﺍ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﻛﹶﺎ ﹶﻥ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺤ ﹸﻜ‬  ‫ﺒ‬‫ﺻ‬  ‫ﻳﻘﹸﻮ ﹸﻝ‬ ‫ﺶ‬ ٍ ‫ﻴ‬‫ﺟ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻨ ِﺬ‬‫ﻣ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻧ‬‫ﻰ ﹶﻛﹶﺄ‬‫ﺣﺘ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺒ‬‫ﻀ‬  ‫ﺪ ﹶﻏ‬ ‫ﺘ‬‫ﺷ‬ ‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ...‫ﻢ‬ ‫ﺎ ﹸﻛ‬‫ﻣﺴ‬ ‫ﻭ‬

Rasulullah  apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan

12

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

marahnya, sehingga seolah-olah Baginda  seorang pemberi amaran yang mengatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan lafaznya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan pada waktu petang!... (Hadith riwayat Muslim) Imam Ghazzaliyy berkata manusia secara fitrahnya cenderung untuk menyukai dan tidak menyukai atau membenci sesuatu. Oleh itu marah tidak dapat dielakkan. (al-Ghazzaliyy, 2003). Perkara yang disukainya akan diterima dengan baik tetapi perkara yang dibenci mungkin menimbulkan kemarahan. Begitu juga sebaliknya, menurut al-Ghazzaliyy, seseorang akan marah jika diambil sesuatu yang disukainya atau diberi sesuatu yang dibencinya. Khusus tentang perkara ini; Imam alGhazzaliyy membahagikannya kepada tiga aspek (alGhazzaliyy, 2003). Tiga aspek tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1.

Perkara yang disayangi adalah keperluan asasi peribadi seperti makanan asasi, pakaian dan kesihatan. 2. Keperluan bukan asasi (yang lazimnya disayangi) seperti pakaian yang cantik dan harta yang banyak. 3. Sesuatu perkara yang dianggap istimewa secara bagi sesetengah orang seperti buku bagi cendiakawan dan orang yang minat membaca. Kemarahan yang disebabkan oleh gangguan, halangan atau kehilangan tiga aspek di atas mungkin berlaku dengan tidak sengaja. Oleh yang demikian kemarahan sebegini dianggap normal dan harus selagi terkawal dan tidak melampau batas

13

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

syara՚. Imam al-Ghazzaliyy juga telah memberi panduan langkah pencegahan dan pengawalan marah yang akan dikemukakan kelak.

14

Pengurusan Marah: Perspektif Islam Abu Nasih alKansariyy

GALAKAN MENGAWAL KEMARAHAN Islam mengakui sifat semulajadi manusia seperti sifat marah ini. Oleh itu Islam tidak menyarankan menghapuskannya sama sekali, Imam al-Ghazzaliyy menyatakan membuang terus sifat marah adalah mustahil. (al-Ghazzaliyy, 2003). Kitab Fathul Bariyy juga menukil kata al-Khatabiyy, nafsu marah tidak dilarang, kerana ianya perkara tabiՙi (fitrah); tidak dapat dihapuskan daripada tabiat fitrah (seseorang). (Ibnu Hajar alՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, 2001) Sebaliknya seperti dalam aspek-aspek lain kehidupan, Islam menganjurkan supaya umatnya bersederhana, dalam konteks marah, Islam menyuruh umatnya mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat dan darjah (kemarahan) yang bersesuaian. Firman Allah : ∩⊇⊂⊆∪ šÏΖÅ¡ósßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# Çtã tÏù$yèø9$#uρ… ... orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (al-Quran. Ali ՙImran 3: 134) ∩⊂∠∪ tβρãÏøótƒ öΝèδ (#θç6ÅÒxî $tΒ #sŒÎ)uρ… dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (al-Quran. asy-Syura 42: 37 )

15

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Na al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:49:04

Dalam as-Sunnah juga Rasulullah  menyuruh umatnya mengawal kemarahan.

‫ﺪ‬ ‫ﺸﺪِﻳ‬  ‫ﺲ ﺍﻟ‬  ‫ﻴ‬‫ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ  ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﹶﺃ ﱠﻥ‬: ‫ﺮ ﹶﺓ‬ ‫ﻳ‬‫ﺮ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺐ‬ ِ ‫ﻀ‬  ‫ﻐ‬ ‫ﺪ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻨ‬‫ﻪ ِﻋ‬ ‫ﺴ‬  ‫ﻧ ﹾﻔ‬ ‫ﻚ‬  ‫ﻤِﻠ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺪ ﺍﱠﻟﺬِﻱ‬ ‫ﺸﺪِﻳ‬  ‫ﺎ ﺍﻟ‬‫ﻧﻤ‬‫ﻋ ِﺔ ِﺇ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺼ‬  ‫ﺑِﺎﻟ‬ Daripada Abu Hurairah  berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad) Rasulullah  juga menganjurkan kesederhanaan dalam setiap perkara termasuklah marah. Rasulullah  bersabda:

‫ﻬﺎ‬ ‫ﺳﺎ ﹸﻃ‬ ‫ﻣﻮ ِﺭ ﹶﺃﻭ‬ ‫ﲑ ﺍ ُﻷ‬ ‫ﺧ‬ Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana (Hadith riwayat al-Baihaqiyy) Berdasarkan penjelasan keperluan dan peranan marah dalam Islam serta galakan mengawalnya, jelas sekali menunjukkan Islam tidak menyekat elemen yang terdapat dalam manusia seperti marah. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya supaya menyalurkan kemarahan apabila perlu dan pada situasi sewajarnya tetapi dengan syarat tidak melampaui batas agama. Islam juga menyedari tindakan memendamkan emosi seperti marah ini mungkin mewujudkan tekanan psikologi yang membebankan.

16

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

LANGKAH MENGURUS KEMARAHAN Matlamat utama dalam pengurusan marah ialah menghapuskan marah yang timbul dari syaitan dan nafsu; dan dapat mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat yang perlu dan dengan tingkat kemarahan yang sederhana. Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4: 1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya. 2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarah-annya. 3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarah-annya. 4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda. Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat: Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003). Oleh itu diharapkan dengan pengurusan marah yang baik kita tergolong dalam kategori yang ketiga dan mengelakkan diri dari tergolong dari kategori keempat. Matlamat ini hanya tercapai dengan kesungguhan jitu individu yang ingin mengawal tabiat marahnya. Langkah-langkah yang dicadangkan juga mestilah dijadikan praktis rutin. Latihan dan

17

Mengurus Kemarahan

keiltizaman yang istiqamah akan membuahkan hasil yang cemerlang. Langkah asas yang perlu diambil adalah menghapuskan atau mengawal punca utama kepada kemarahan. Imam alGhazzaliyy pernah menyatakan beberapa punca utama kemarahan yang boleh disimpulkan di sini sebagai sifat takbur (lihat juga Fathul Bariyy, al- ՙAsqalaniyy, 2001) dan sombong atau ego dalam diri manusia. Jadi inilah punca utama kemarahan yang ekstrem yang perlu dihapuskan atau dikawal. Sikap-sikap lain yang akan menyuburkan dan menjurus kepada sifat marah ialah tamak dan terlalu mengejar nama dan kemasyhuran. Jika sifat-sifat madzmumah ini terkumpul dalam diri seseorang, ia akan melahirkan sikap yang buruk dan sukar melepaskan diri dari kongkongan emosi marah. Imam alGhazzaliyy mencadangkan sikap rendah diri, bersederhana, dan qanaՙah untuk mengimbangi sifat-sifat madzmumah tersebut. (al-Ghazzaliyy, 2003). Juga umumnya, langkah asas mengurus kemarahan yang baik adalah menerapkan nilai-nilai positif yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya seperti bersangka baik, berlemah lembut dan sebagainya. Kita juga perlu memahami konsep atau sifat marah itu sendiri, seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Antara perkara penting yang boleh disimpulkan adalah seperi berikut:  

Marah adalah salah satu sifat yang telah diberikan oleh Allah kepada makhluknya. Nabi  sendiri pernah marah beberapa kali. Marah tidak dilarang seratus peratus, malahan boleh disalurkan pada tempat yang disesuai dan perlu dikawal.

18

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

 



Ada yang mahmud (terpuji atau positif) dan madzmum (tercela atau negatif), yang tercela (apabila digunakan) bukan pada tempatnya. Marah pada situasi tertentu adalah normal seperti apabila berasa terancam/ tergugat keperluan asasi, perkara yang disayangi dan istimewa buat seseorang. Namun tetap perlu dikawal. Keperluan elemen marah: - ketika menentang musuh Islam khasnya dalam jihad - berhadapan perkara yang tidak Syar iՙ yy - elemen dan ekspresi marah juga perlu sebagai satu kaedah menyampaikan khutbah atau pidato.

Abu Nasih alKansariyy

19

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:49:23

Mengurus Kemarahan

Langkah Pencegahan 1. Niat Yang Ikhlas Pertama, keazaman yang ikhlas untuk mengawal kemarahan kerana sedar ia adalah suruhan agama dan sedar keburukannya jika tidak dikawal. Kedua, melatih diri meniatkan marah kerana Allah . 2. Sabar Kesabaran adalah salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Ingat ganjaran Allah  kepada orang yang sabar; mampu mengawal kemarahan. Ganjarannya seperti mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisinya. Firman Allah  (al-Quran. Hud 11: 11): ×οtÏ øó¨Β Οßγs9 y7Í×‾≈s9'ρé& ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#ρçŽy9|¹ tÏ%©!$# āωÎ) ∩⊇⊇∪ ׎Î7Ÿ2 ֍ô_r&uρ kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. Sabda Rasulullah  pula:

‫ﻴﻈﹰﺎ‬‫ﻢ ﹶﻏ‬ ‫ﻦ ﹶﻛ ﹶﻈ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ  ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ ﹶﺃ ﱠﻥ‬:‫ﻦ ﹶﺃﺑِﻴ ِﻪ‬‫ﺎ ٍﺫ ﻋ‬‫ﻣﻌ‬ ‫ﻬ ِﻞ ﺑ ِﻦ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻮ‬‫ﻼِﺋ ِﻖ ﻳ‬ ‫ﺨﹶ‬  ‫ﺱ ﺍﹾﻟ‬ ِ ‫ﺭﺀُﻭ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ‬  ‫ﻪ‬ ‫ﻩ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﺎ‬‫ﺩﻋ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﻨ ِﻔ ﹶﺬ‬‫ﻳ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺃ ﹾﻥ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻮ ﻗﹶﺎ ِﺩ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻭ‬ .‫ﺎ َﺀ‬‫ﺎ ﺷ‬‫ﲔ ﻣ‬ ِ ‫ﳊﻮ ِﺭ ﺍﻟ ِﻌ‬ ‫ﻪ ﻣِﻦ ﺍ ﹸ‬ ‫ﻩ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻴ‬‫ﺨ‬  ‫ﻳ‬ ‫ﻰ‬‫ﺣﺘ‬ ‫ﻣ ِﺔ‬ ‫ﺎ‬‫ﺍﻟ ِﻘﻴ‬ 20

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Daripada Sahl bin Muՙaz, daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah  bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah  akan memanggilnya pada Hari Qiyamah lantaran Allah  memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki. (Riwayat Abu Dawud, Tirmiziyy, Ibn Majah dan Ahmad) 3. Sifat Pemaaf Bersikap pemaaf. Sikap pemaaf juga melambangkan ketinggian akhlaq seseorang sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasulullah . Sifat pemaaf jika diserapkan dalam keperibadian seseorang akan memudahkan lagi proses mengawal kemarahan. Firman Allah : öΝèδ (#θç6ÅÒxî $tΒ #sŒÎ)uρ |·Ïm≡uθx ø9$#uρ ÄΝøOM}$# uŽÈ∝‾≈t6x. tβθç7Ï⊥tGøgs† tÏ%©!$#uρ ∩⊂∠∪ tβρãÏ øótƒ dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatanperbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (al-Quran. asy-Syura 42: 37)

21

Mengurus Kemarahan

4. Faham Konsep Gagal Mengawal Kemarahan Tanda Kelemahan Kemarahan (melampau) bukan lambang kegagahan atau kekuatan. Malahan kegagalan mengarwal kemarahan adalah tanda kelemahan seseorang dalam Islam. (IRFI.Org, 28 Mac 2005). Ini kerana kegagalan mengawal emosi dalaman sendiri dan gagal membendung bisikan syaitan.

‫ﺪ‬ ‫ﺸﺪِﻳ‬  ‫ﺲ ﺍﻟ‬  ‫ﻴ‬‫ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ  ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﹶﺃ ﱠﻥ‬: ‫ﺮ ﹶﺓ‬ ‫ﻳ‬‫ﺮ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺐ‬ ِ ‫ﻀ‬  ‫ﻐ‬ ‫ﺪ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻨ‬‫ﻪ ِﻋ‬ ‫ﺴ‬  ‫ﻧ ﹾﻔ‬ ‫ﻚ‬  ‫ﻤِﻠ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺪ ﺍﱠﻟﺬِﻱ‬ ‫ﺸﺪِﻳ‬  ‫ﺎ ﺍﻟ‬‫ﻧﻤ‬‫ﻋ ِﺔ ِﺇ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺼ‬  ‫ﺑِﺎﻟ‬

Daripada Abu Hurairah  berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad) 5. Membayangkan Wajah Yang Hodoh Ketika Marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazzaliyy adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh jika berada dalam keadaan marah. (al-Ghazzaliyy, 2003). Jadi, ia adalah suatu yang memalukan dan patut dihindari. 6. Tawaddu՚ Fathul Bariyy menyebut cadangan supaya merendah diri atau Tawaddu՚. Imam Ibnu Hajar menulis, sesiapa yang

22

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Tawaddu՚ akan hilanglah kemegahan jiwanya, dan akan selamat dari keburukan marah. (al- A ՙ sqalaniyy, 2001) 7. Istighfar dan Banyakkan ՙAmal Salih Mungkin punca sifat marah yang melampau kita berpunca dari sifat-sifat madzmumah tadi yang juga merupakan dosa (takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan kemasyhuran). Kita juga perlu beramal salih, moga-moga Allah memudahkan urusan kita untuk mengurus sifat kemarahan kita. Firman Allah : ∩⊇⊇⊆∪ š̍Ï.≡©%#Ï9 3“tø.ÏŒ y7Ï9≡sŒ 4 ÏN$t↔ÍhŠ¡¡9$# t÷Ïδõ‹ãƒ ÏM≈uΖ|¡ptø:$# ¨βÎ)… Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan, demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (al-Quran. Hud 11:114) Kita juga boleh berdoa, juga dengan bertawassul memohon Allah  menghilangkan kemarahan (yang tercela) yang terdapat di dalam diri kita.

23

Mengurus Kemarahan

Langkah Pengawalan Ketika Marah 1. Membaca Taՙawudz Klien dianjurkan membaca Taՙawudz ketika berada dalam situasi marah. Dalam satu hadith diriwayatkan terdapat dua lelaki bertengkar di hadapan Rasuiullah , salah seorang daripada mereka naik berang sehingga merah mukanya, lalu Rasulullah  bersabda

‫ﺪ ﻟﹶﻮ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ‫ﺠ‬ ِ ‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬‫ﻪ ﻣ‬ ‫ﻨ‬‫ﺐ ﻋ‬  ‫ﻫ‬ ‫ﺎ ﹶﻟ ﹶﺬ‬‫ﻤ ﹰﺔ ﻟﹶﻮ ﻗﹶﺎﹶﻟﻬ‬ ‫ﻢ ﹶﻛِﻠ‬ ‫ﻲ َﻷﻋﹶﻠ‬‫ِﺇﻧ‬... ...‫ﺮﺟِﻴ ِﻢ‬ ‫ﻴﻄﹶﺎ ِﻥ ﺍﻟ‬‫ﻮ ﹸﺫ ﺑِﺎﻟﱠﻠ ِﻪ ﻣِﻦ ﺍﻟﺸ‬‫ﹶﺃﻋ‬ Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan), sekiranya dia berkata aՙudzubillahi minasy syaitanir rajim. (Hadith riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan Tirmidziyy) 2. Mengubah Posisi Kaunselor juga menyarankan supaya apabila marah orang dianjurkan supaya mengubah posisi fizikalnya ketika itu. Jika berdiri duduk, jika kemarahan gagal dikawal juga, ubah posisi duduk ke posisi berbaring untuk menenangkan fizikal dan emosi. Menurut Imam al-Ghazzaliyy, posisi diubah sedemikian untuk mendekatkan jarak diri ke bumi, diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi; tambahan pula katanya manusia dijadikan daripada bumi. (al-Ghazzaliyy, 2003).

24

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

‫ﺐ‬  ‫ﻀ‬ ِ ‫ﺎ ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻏ‬‫ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ  ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟﻨ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ ِﺇ ﱠﻥ‬:‫ﺭ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ ‫ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ ﹶﺫ‬‫ﻋ‬ ‫ﻭِﺇ ﱠﻻ‬ ‫ﺐ‬  ‫ﻀ‬  ‫ﻐ‬ ‫ﻪ ﺍﻟ‬ ‫ﻨ‬‫ﺐ ﻋ‬  ‫ﻫ‬ ‫ﺠﻠِﺲ ﹶﻓﺈِﻥ ﹶﺫ‬‫ﻢ ﻓﹶﻠﻴ‬ ‫ﻮ ﻗﹶﺎِﺋ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺪﻛﹸﻢ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﹶﺃ‬ ‫ﻀ ﹶﻄﺠِﻊ‬  ‫ﻴ‬‫ﻓﹶﻠ‬ Daripada Abu Dzar  berkata sesungguhnya Rasulullah  bersabda kepada kami: Apabila seorang di antara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri, maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak, maka (hendaklah) dia berbaring. (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad) 3. Berwudhuk dan Mandi Berwudhuk apabila marah seperti yang diriwayatkan dalam hadith dibawah. Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.

،ِ‫ﺎﺭ‬‫ﻦ ﺍﻟﻨ‬ ‫ﻖ ِﻣ‬ ‫ﺧِﻠ‬ ‫ﻴﻄﹶﺎ ﹶﻥ‬‫ﻭِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟﺸ‬ ،ِ‫ﻴﻄﹶﺎﻥ‬‫ﺸ‬  ‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﺐ ِﻣ‬  ‫ﻀ‬  ‫ﻐ‬ ‫ِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟ‬ ‫ﺿ ﹾﺄ‬  ‫ﻮ‬ ‫ﺘ‬‫ﻴ‬‫ﺪﻛﹸﻢ ﻓﹶﻠ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺐ ﹶﺃ‬  ‫ﻀ‬ ِ ‫ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻏ‬،ِ‫ﺭ ﺑِﺎﳌﹶﺎﺀ‬ ‫ﺎ‬‫ﻄ ﹶﻔﹸﺄ ﺍﻟﻨ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ﻧﻤ‬‫ﻭِﺇ‬ Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api boleh dipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripada kamu marah berwudhuklah. (Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Tabraniyy)

25

Mengurus Kemarahan

Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marah ibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendung kemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003) 4. Diam Nabi  diriwayatkan pernah mendiamkan diri sahaja apabila marah. Seperti hadith respon Nabi  apabila melihat sahabatnya memakai sutera. Tindakan mendiamkan diri ini In Sya Allah  mengurangkan risiko dari menyemarakkan lagi api kemarahan. Salih al-Munajjid juga menyebut tindakan mendiamkan diri ketika marah adalah satu cara menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang melampau seperti mengeluarkan kata-kata kesat. (Islaam.Com, 29 Mac 2005). Sabda Nabi :

‫ﺖ‬  ‫ﺴ ﹸﻜ‬  ‫ﻴ‬‫ﻢ ﹶﻓ ﹾﻠ‬ ‫ﺪ ﹸﻛ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺐ ﹶﺃ‬  ‫ﻀ‬ ِ ‫ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻏ‬ ...dan apabila seorang daripada kamu berasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadith riwayat Ahmad) 5. Ingat kepada Allah  Mengingati Allah  membawa kepada rasa takut kepadanya dan sekaligus boleh menghilangkan rasa marah. FirmanNya:

26

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

∩⊄⊆∪ … |MŠÅ¡nΣ #sŒÎ) š−/§‘ HωÎ) ä.øŒ$#uρ… ...ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa... (al-Quran. al-Kahfi 18: 24) ՙIkrimah  berkata maksud [|MŠÅ¡nΣ #sŒÎ) -jika Engkau lupa], adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy, Muhammad, al-Imam, 1985).

Ali bin

6. Bersederhana Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek, termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah. (alGhazzaliyy, 2003).

‫ﺎ‬‫ﺎ ﹸﻃﻬ‬‫ﻮ ِﺭ ﺃﹶﻭﺳ‬‫ﲑ ﺍ ُﻷﻣ‬ ‫ﺧ‬ Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana (Hadith riwayat al-Baihaqiyy) Abu Nasih alKansariyy

27

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:49:55

BIBLIOGRAFI al-Quran al-Karim ՙ bdu Rahman Hasan Habannakah. 1999. al-Akhlaq alA Islamiyyah wa Ususuha. Vol. 2. Cetakan ke 5. Damsyiq: Darul Qalam . Abu Dawud, Sulaiman bin al-Asyՙath. 1996. Sunan Abi Dawud. Vol. 3. Beirut: Darul Kutub al- ՙIlmiyyah. al-Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam. 2003. Ihya′ ՙUlumiddin. Vol.3. Qaherah: Maktabah as-Safa. Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, al-Imam. 1995. alMusnad. Vol. 17. Qaherah: Darul Hadith al-Bukhariyy, Abu Abdullah Muhammad bin ՙIsmaՙil, al-Imam. 1979. Jami՚ as-Sahih. Tahqiq: Muhibbuddin al-Khatib. Vol. 3 & 4. Qaherah: Maktabah as-Salafiyyah. al-Mawardiyy, ՙAli bin Muhammad, al-Imam. 1985. Adab adDunya wa ad-Din. Beirut: Daru Iqra′. Abu Nasih alKansariyy

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:50:10

al-Munajjid, Muhammad Salih, Syaikh. 29 Mac 2005. “Shakawa wal Hulul”. Islaam.Com. <www.islaam.com/books/Cproblems.doc> at-Tirmidziyy, Muhammad bin ՙIsa. t.t. Sunan at-Tirmidziyy. Riyad: Maktabah al-Maՙarif.

28

Ibnu Hajar al-ՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, al-Imam.2001. Fathul Bariyy. Tahqiq: ՙAbdul Qadir Syaibah al-Hamd. Vol. 10. Riyad: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah. Kamus Dewan. 2002. “Marah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim. 2002. Jami՚ al-Adab. Vol 2. t.t.p: Darul Wafa′. Lisanul A ՙ rab. 1999. “‫”ﻏﻀﺐ‬. Vol. 10. Beirut: Darul Ihya′ atTurath al-ՙArabiyy. Malik bin Anas, al-Imam. 1998. al-Muwatta′ (riwayat Abu Musՙab az-Zuhriyy al-Madaniyy). Tahqiq: Dr. Basy-syar A ՙ war Ma’ruf & Mahmud Muhammad Khalil. Vol. 2. Cetakan ke 3. Beirut: Muassasah ar-Risalah. Abu Nasih alKansariyy

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul Kansariyy ou=Darul Kansariyy [email protected] Reason: I am the author of this document Location: Date: 11/13/09 13:50:59

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali & Hanit ՙOsman. 2006. Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia (USIM).

29

Related Documents