MUQADDIMAH Marah menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazzaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut alGhazzaliyy ibarat api dalam sekam. (al-Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam, 2003). Kemarahan dikenali umum sebagai aspek negatif, namun Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah ini. Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada kemarahan Allah , para Nabi a.s, dan juga Sultan. Concise Oxford Dictionary (1995) memberi definisi marah (anger) sebagai perasaan kurang senang yang melampau. Marah atau Ghadab (ﺐ ﻀ ) ﹶﻏdalam Bahasa
ՙArab adalah (sifat) yang
berlawanan dengan reda. (Lisan al- A ՙ rab, 1999) Ibnu Qayyim membuat penakrifan, marah adalah kehilangan pertimbangan akal, (seolah-olah) mahu membunuh seperti keadaan serigala yang ingin membunuh kambing. (al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim, 2002) Apa pun definisi, marah adalah sifat yang diberi oleh Allah kepada makhluknya, Ibnu Manzur memetik ulasan seorang ՙulama’ mengenai marah: Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela); tercela (apabila) bukan pada tempatnya,
1
manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi agama dan kebenaran. (Lisan al-ՙArab, 1999) Inilah takrif yang lebih sempurna pada pandangan penulis dalam menerangkan makna marah. Kemurkaan Allah adalah yang paling hebat, mengatasi setiap kemarahan yang ada di dunia ini. Al-Quran kerap kali merekodkan kemurkaan Allah secara jelas. Namun kemurkaan Allah hanya ditujukan kepada orang yang ingkar denganNya. Antara golongan yang dimurkai Allah secara khusus adalah bangsa Isra′il. Contohnya seperti firman berikut: š∅ÏiΒ 5=ŸÒtóÎ/ ρâ!$t/uρ èπuΖx6ó¡yϑø9$#uρ ä'©!Éj‹9$# ÞΟÎγøŠn=tæ ôMt/ÎàÑuρ... šχθè=çGø)tƒuρ «!$# ÏM≈tƒ$t↔Î/ šχρãàõ3tƒ (#θçΡ%x. óΟßγ‾Ρr'Î/ y7Ï9≡sŒ 3 «!$# šχρ߉tF÷ètƒ (#θçΡ$Ÿ2¨ρ (#θ|Átã $oÿÏ3 y7Ï9≡sŒ 3 Èd,y⇔ø9$# ÎötóÎ/ z↵ÍhŠÎ;¨Ψ9$#
∩∉⊇∪ ... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mu՚ jizat- mu՚ jizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang
2
benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (al-Quran. al-Baqarah 2: 61) Namun rahmat dan keampunan Allah adalah lebih luas dari kemurkaanNya. Firman Allah : Ü>Éj‹yèãƒuρ â!$t±o„ yϑÏ9 ãÏøótƒ 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû $tΒuρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû $tΒ ¬!uρ ∩⊇⊄∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî ª!$#uρ 4 â!$t±o„ tΒ dan bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Quran. Ali ՙImran 2: 61) Rasulullah juga diriwayatkan pernah marah beberapa kali. Sebagai perhatian hadith berikut boleh dijadikan sebagai contoh:
ﺖ ﻳﺮﹶﺃ ﺎ ﹶﻓﺘﻬﺴ ﺍ َﺀ ﹶﻓﹶﻠِﺒﻴﺮﺣﱠﻠ ﹶﺔ ِﺳ ﻲ ﻨِﺒﻲ ﺍﻟ ﻯ ِﺇﹶﻟﻫﺪ ﹶﺃ:ﻲ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻋِﻠ .ﺎﺋِﻲﻦ ِﻧﺴ ﻴﺑ ﺎﺘﻬﺸ ﹶﻘ ﹾﻘ ﺟ ِﻬ ِﻪ ﹶﻓ ﻭ ﺐ ﻓِﻲ ﻀ ﻐ ﺍﹾﻟ Daripada A ՙ li berkata: Rasulullah telah memberi hadiah kepadaku pakaian sutera maka aku memakainya, maka aku melihat kemarahan di wajahnya, maka aku memotongnya (sutera) lalu membahagikannya di kalangan isteri-isteriku. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) 3
Dalam beberapa hadith Rasulullah melarang kemarahan. Tetapi dalam hadith-hadith lain pula Rasulullah sendiri pernah marah seperti hadith ՙAli yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhariyy di atas. Ini sebenarnya menunjukkan kemarahan Rasulullah terhadap tindakan yang menyalahi syara՚. Hadith ini menggambarkan Rasulullah tidak marah atas sebab peribadinya, inilah keunggulan akhlaq Baginda . Al-Ustadz ՙAbdur Rahman Hasan Habannakah juga berpendapat sedemikian. (al-Maidaniyy, Abdur Rahman Hasan Habannakah, 1999) Akhlaq dan sikap terpuji Rasulullah lebih menonjol apabila baginda bersabda:
ﻤ ﹶﺔ ﻮ ﹶﺃ ﱠﻥ ﻓﹶﺎ ِﻃ ﻢ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﹶﻟ ﻳﺍ …ﻭ:ﺎﻨﻬﻋ ﻪ ﻲ ﺍﻟﱠﻠ ﺿ ِ ﺭ ﺸ ﹶﺔ ﺎِﺋﻦ ﻋ ﻋ ﺎﺪﻫ ﻳ ﺖ ﻌ ﺖ ﹶﻟ ﹶﻘ ﹶﻄ ﺮﹶﻗ ﺳ ﻤ ٍﺪ ﺤ ﻣ ﺖ ﻨِﺑ Daripada ՙA′isyah r.a: (Rasulullah ) bersabda: dan aku bersumpah demi Allah () sekiranya Fatimah binti Muhammad () telah mencuri, akan kupotong tangannya. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Walaupun baginda amat menyayangi Saiditina Fatimah r.a, sehingga baginda pernah memberi amaran supaya tidak menyakiti hati Saiditina Fatimah dengan sabdanya:
ﻣﺔ ﺭﺿﻲ ﺍﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲﺨﺮﺍﺭ ﺑﻦ ﻣﻦ ﻣِﺴﻮﻋ ﺒﻨِﻲﻀ ﻬﺎ ﺃﹶﻏﻀﺒ ﻓﻤﻦ ﺃﹶﻏ،ﻲﻀ ﹲﺔ ِﻣﻨ ﻌ ﻓﺎﻃﻤ ﹸﺔ ﺑ:
Daripada Miswar bin Makhramah r.a berkata, berkata Rasulullah : Fatimah (r.a) sebahagian dariku, maka 4
sesiapa yang membuatnya marah, membuatkan aku marah. (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Namun begitu apabila bertembung dengan syariՙah, tiada kompromi ditunjukkan Rasulullah . Teladan Nabawiyyah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah , memberi tasawwur yang jelas bahawa elemen marah bukanlah 100% negatif atau madzmum. Kemarahan ada yang positif dan negatif, malahan boleh menjadi aspek kekuatan pada situasi tertentu (akan diperjelaskan kelak).
5
LARANGAN MARAH Apabila dikaji persoalan marah, kita akan berjumpa dengan banyak larangan marah oleh Rasulullah :
ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻻ،ﺻﻨِﻲ ِ ﻲ ﺃﹶﻭ ﻨِﺒﻼ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻟِﻠ ﺟ ﹰ ﺭ ﹶﺃ ﱠﻥ: ﺮ ﹶﺓ ﻳﻫﺮ ﻦ ﹶﺃﺑِﻲﻋ .ﺐﻐﻀ ﺗ ﺍ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻻﺍﺭﺩ ِﻣﺮ ﺩ ﺮ ﺐ ﹶﻓﻐﻀﺗ
Daripada Abu Hurairah : Seorang lelaki berkata kepada Nabi : Nasihatilah aku, (Nabi ) berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, (Nabi ) berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah. (Hadith riwayat al-Bukhariyy, )
Terdapat beberapa riwayat lain yang menunjukkan larangan marah ini. Sila rujuk hadith lain seperti yang terdapat dalam Sahih al-Bukhariyy, Muwatta′, Sunan at-Tirmiziyy dan alMusnad (al-Bukhariyy, Muhammad bin ՙIsmail, Abu ՙAbdullah, al-Imam, 1979; Malik bin Anas, al-Imam, 1998; atTirmiziyy, Muhammad bin ՙIsa, al-Imam, t.t; & Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, al-Imam, 1995) Imam al-Ghazzaliyy telah membahagikan manusia kepada tiga kategori jika dinisbahkan kepada darjah dan sifat kemarahan (al-Ghazzaliyy, 2003): 1. Golongan yang tidak mempunyai sifat marah 2. Golongan yang mempunyai sifat marah yang ekstrem 3. Golongan yang mempunyai sifat marah yang sederhana
6
Kategori pertama menurut al-Ghazzaliyy adalah golongan yang lemah. Imam Al-Ghazzaliyy memetik kata-kata Imam asy-Syafiՙiyy: Mereka yang tidak boleh marah adalah seperti keldai. Mereka yang kekuatan marahnya adalah manusia yang tidak bijak. Al-Ghazzaliyy menambah lagi, Allah menyayangi sahabat yang bersikap lemah lembut sesama Mukmin dan keras terhadap golongan kuffar dan munafiq dengan firmanfirmanNya: â!$uΗxqâ‘ Í‘$¤ä3ø9$# ’n?tã â!#£‰Ï©r& ÿ…çµyètΒ tÏ%©!$#uρ 4 «!$# ãΑθß™§‘ Ó‰£ϑpt’Χ ( $ZΡ≡uθôÊÍ‘uρ «!$# zÏiΒ WξôÒsù tβθäótGö6tƒ #Y‰£∨ß™ $Yè©.â‘ öΝßγ1ts? ( öΝæηuΖ÷t/ ’Îû öΝßγè=sVtΒ y7Ï9≡sŒ 4 ÏŠθàf¡9$# ÌrOr& ôÏiΒ ΟÎγÏδθã_ãρ ’Îû öΝèδ$yϑ‹Å™ …çνu‘y—$t↔sù …çµt↔ôÜx© ylt÷zr& ?íö‘t“x. È≅ŠÅgΥM}$# ’Îû ö/àSè=sVtΒuρ 4 Ïπ1u‘öθ−G9$# ãΝÍκÍ5 xáŠÉóu‹Ï9 tí#§‘–“9$# Ü=Éf÷èムϵÏ%θß™ 4’n?tã 3“uθtFó™$$sù xán=øótGó™$$sù Νåκ÷]ÏΒ ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# ª!$# y‰tãuρ 3 u‘$¤ä3ø9$# ∩⊄∪ $Jϑ‹Ïàtã #ô_r&uρ ZοtÏøó¨Β Muhammad (Nabi ) ialah Rasul Allah; dan orangorang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta 7
belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya kerana ia hendak menjadikan orangorang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (al-Quran. al-Fath 48:29) 4 öΝÍκön=tã õáè=øñ$#uρ tÉ)Ï≈oΨßϑø9$#uρ u‘$¤à6ø9$# ωÎγ≈y_ ÷É<¨Ζ9$# $pκš‰r'‾≈tƒ ∩∠⊂∪ çÅÁyϑø9$# }§ø♥Î/uρ ( ÞΟ¨Ψyγy_ öΝßγ1uρù'tΒuρ Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (al-Quran. at-Tawbah. 9:73)
8
Sikap keras inilah menurut Imam al-Ghazzaliyy, hasil dari kemarahan yang dieksploitasikan ketika menentang musuh Islam, khususnya dalam jihad adalah antara keperluan elemen marah dalam Islam, supaya menerbitkan sifat berani dan penuh semangat (al-Ghazzaliyy, 2003). Walaupun begitu sifat marah tersebut mestilah digunakan atas dasar kerana Allah. Marah kerana Allah dalam konteks jihad di atas adalah marah kerana mereka adalah musuh Islam bukan kerana persengketaan peribadi. Menurut al-Ghazzaliyy lagi kemarahan yang melampau (dan tidak pada tempatnya) adalah berbahaya. Menurutnya lagi, seorang yang naik marah (sehingga pada tahap melampau ini mungkin akan kehilangan pertimbangan akalnya dan agamanya. Dia kemudiannya akan hilang pertimbangan antara baik dan buruk. Dia juga akan kehilangan kebebasan dirinya kerana terikat dengan sifat marahnva, sifat marahnya (yang melampau itu) akan membelenggu tindak tanduknya ketika itu. (al- Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam, 2003). Inilah jenis kemarahan yang dilarang dalam Islam.
9
PERANAN, KEHARUSAN DAN KEPERLUAN MARAH Menurut keterangan al-Ghazzaliyy di atas, boleh disimpulkan sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan. Antara situasi yang memerlukan elemen marah adalah ketika bertentangan dengan musuh-musuh Islam khasnya dalam jihad. Seperti yang dinyatakan oleh al-Ghazzaliyy, elemen kemarahan ini akan menjana keberanian dan semangat ketika berjuang. Dalam konteks di luar jihad pula seperti suasana moden sekarang, elemen kemarahan boleh digunakan untuk menyuntik keberanian dan semangat ketika menangkis dakyah jahat anasir asing terhadap Islam. Walaupun elemen marah ini boleh digunahan secara positif, tetapi seseorang sentiasa perlu menjaga emosinya supaya tidak terpengaruh dengan nafsu. Contohnya dalam konteks jihad, kemarahan kepada musuh mestilah disandar kepada kemarahan sikap musuh-musuh itu yang menentang Islam dan bukan kerana kemarahan peribadi. Satu contoh hebat yang boleh dikemukakan di sini adalah sikap yang dipamerkan oleh Sayyidina ՙAli Bin Abi Talib dalam satu insiden ketika perang Khandaq atau Ahzab. Ketika A ՙ li ingin membunuh seorang tentera musuh, tentera tersebut meludah ke mukanya. Seketika itu juga A ՙ li berhenti dan membatalkan hasratnya 10
untuk membunuh musuh tersebut. Dalam keadaan kurang percaya, dia bertanya kepada ՙAli yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian dalam medan perang mengapa tidak membunuhnya? Antara lain jawapan ՙAli ialah ketika musuh tersebut meludah dia berasa marah. Jadi, jika dia membunuh musuh tersebut ketika itu, dia akan membunuh kerana kepentingan dirinya (marah terhadap perbuatan meludah itu), bukan kerana Allah . Terpukau dengan ketinggian akhlak Sayyidina A ՙ li yang mulia itu, tentera musuh tersebut memeluk Islam. Situasi kedua yang memerlukan elemen marah apabila berlaku berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan syariՙat. Contohnya seperti hadith tentang reaksi marah Rasulullah terhadap sahabat yang memakai sutera. Namun begitu terdapat juga beberapa hadith yang menunjukkan Rasulullah tidak marah walaupun berhadapan dengan perbuatan yang bertentangan terhadap syariՙat. Contohnya seperti insiden seorang badwi yang membuang air kecil di dalam masjid. Hadith tersebut adalah seperti berikut:
ﺠ ِﺪ ِ ﺎ ﹶﻝ ﻓِﻲ ﻃﹶﺎِﺋ ﹶﻔ ِﺔ ﺍﳌﹶﺴﻲ ﹶﻓﺒ ﺍِﺑﺎ َﺀ ﺃﹶﻋﺮ ﺟ:ﻚ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ٍ ﺎِﻟﻦ ﻣ ﺲ ﺑ ﻧﹶﺃ ﻲ ﻨِﺒﺮ ﺍﻟ ﻣ ﻪ ﹶﺃ ﻮﹶﻟﻰ ﺑﺎ ﹶﻗﻀﻲ ﹶﻓﹶﻠﻤ ﻨِﺒﻢ ﺍﻟ ﻫ ﺎﻨﻬﺱ ﹶﻓ ﺎﻩ ﺍﻟﻨ ﺮ ﺟ ﺰ ﹶﻓ .ﻋﻠﹶﻴ ِﻪ ﻖ ﺎ ٍﺀ ﹶﻓﺄﹸﻫﺮِﻳﺏ ﻣِﻦ ﻣ ٍ ﻮِﺑ ﹶﺬﻧ
Anas Bin Malik berkata: Seorang badwi datang dan telah membuang air kecil pada satu sudut di masjid. Orang ramai bergegas (untuk memarahi atau memukul badwi itu), tetapi Nabi menegah mereka. Apabila badwi itu selesai membuang air. Nabi menyuruh 11
supaya mengambil air untuk menghilangkan (ՙain najis itu), maka dijiruskan (air ke tempat itu). (Hadith riwayat al-Bukhariyy) Dari insiden pertama kita dapati bahawa walau apa pun, kemarahan mestilah dalam keadaan terkawal. Malahan Rasulullah sendiri tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun apatahlagi untuk menghamburkan maki hamun. Insiden kedua rnenunjukkan kita semestinya mengambil kira situasi sebelum bertindak memarahi seseorang; seperti Rasulullah yang tidak marah badwi yang membuang air kecil dalam masjid itu. Deduksi yang boleh dibuat dari insiden ini ialah Rasulullah tidak memarahi badwi tersebut kerana tidak mahu menganggu dia yang sedang membuang air dan mengambil kira badwi tersebut yang mungkin tidak arif dengan adab dan agama. Ekspresi marah juga diperlukan sebagai satu cara ketika menyampaikan khutbah, pidato atau ucapan (agama khususnya), khasnya apabila ingin mencegah kemungkaran dalan khutbahnya. Ini adalah sunnah Rasulullah , Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah , apabila berkhutbah penuh bersemangat seperti orang yang dalam keadaan terlalu marah.
ﻪ ﺗﻮ ﺻ ﻼ ﻋ ﹶ ﻭ ﻩ ﺎﻴﻨﻋ ﺕ ﺮ ﻤ ﺣ ﺐ ﺍ ﺧ ﹶﻄ ﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ِﺇﺫﹶﺍﺭﺳ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ﻢ ﺤ ﹸﻜ ﺒﺻ ﻳﻘﹸﻮ ﹸﻝ ﺶ ٍ ﻴﺟ ﺭ ﻨ ِﺬﻣ ﻪ ﻧﻰ ﹶﻛﹶﺄﺣﺘ ﻪ ﺒﻀ ﺪ ﹶﻏ ﺘﺷ ﺍﻭ ...ﻢ ﺎ ﹸﻛﻣﺴ ﻭ
Rasulullah apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan
12
marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang mengatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan lafaznya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan pada waktu petang!... (Hadith riwayat Muslim) Imam Ghazzaliyy berkata manusia secara fitrahnya cenderung untuk menyukai dan tidak menyukai atau membenci sesuatu. Oleh itu marah tidak dapat dielakkan. (al-Ghazzaliyy, 2003). Perkara yang disukainya akan diterima dengan baik tetapi perkara yang dibenci mungkin menimbulkan kemarahan. Begitu juga sebaliknya, menurut al-Ghazzaliyy, seseorang akan marah jika diambil sesuatu yang disukainya atau diberi sesuatu yang dibencinya. Khusus tentang perkara ini; Imam alGhazzaliyy membahagikannya kepada tiga aspek (alGhazzaliyy, 2003). Tiga aspek tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1.
Perkara yang disayangi adalah keperluan asasi peribadi seperti makanan asasi, pakaian dan kesihatan. 2. Keperluan bukan asasi (yang lazimnya disayangi) seperti pakaian yang cantik dan harta yang banyak. 3. Sesuatu perkara yang dianggap istimewa secara bagi sesetengah orang seperti buku bagi cendiakawan dan orang yang minat membaca. Kemarahan yang disebabkan oleh gangguan, halangan atau kehilangan tiga aspek di atas mungkin berlaku dengan tidak sengaja. Oleh yang demikian kemarahan sebegini dianggap normal dan harus selagi terkawal dan tidak melampau batas
13
syara՚. Imam al-Ghazzaliyy juga telah memberi panduan langkah pencegahan dan pengawalan marah yang akan dikemukakan kelak.
14
GALAKAN MENGAWAL KEMARAHAN Islam mengakui sifat semulajadi manusia seperti sifat marah ini. Oleh itu Islam tidak menyarankan menghapuskannya sama sekali, Imam al-Ghazzaliyy menyatakan membuang terus sifat marah adalah mustahil. (al-Ghazzaliyy, 2003). Kitab Fathul Bariyy juga menukil kata al-Khatabiyy, nafsu marah tidak dilarang, kerana ianya perkara tabiՙi (fitrah); tidak dapat dihapuskan daripada tabiat fitrah (seseorang). (Ibnu Hajar alՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, 2001) Sebaliknya seperti dalam aspek-aspek lain kehidupan, Islam menganjurkan supaya umatnya bersederhana, dalam konteks marah, Islam menyuruh umatnya mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat dan darjah (kemarahan) yang bersesuaian. Firman Allah : ∩⊇⊂⊆∪ šÏΖÅ¡ósßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 3 Ĩ$¨Ψ9$# Çtã tÏù$yèø9$#uρ… ... orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (al-Quran. Ali ՙImran 3: 134) ∩⊂∠∪ tβρãÏøótƒ öΝèδ (#θç6ÅÒxî $tΒ #sŒÎ)uρ… dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (al-Quran. asy-Syura 42: 37 )
15
Dalam as-Sunnah juga Rasulullah menyuruh umatnya mengawal kemarahan.
ﺪ ﺸﺪِﻳ ﺲ ﺍﻟ ﻴﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟﺭﺳ ﹶﺃ ﱠﻥ: ﺮ ﹶﺓ ﻳﺮ ﻫ ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ ﻋ ﺐ ِ ﻀ ﻐ ﺪ ﺍﹾﻟ ﻨﻪ ِﻋ ﺴ ﻧ ﹾﻔ ﻚ ﻤِﻠ ﻳ ﺪ ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﺸﺪِﻳ ﺎ ﺍﻟﻧﻤﻋ ِﺔ ِﺇ ﺮ ﺼ ﺑِﺎﻟ
Daripada Abu Hurairah berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)
Rasulullah juga menganjurkan kesederhanaan dalam setiap perkara termasuklah marah. Rasulullah bersabda:
ﻬﺎ ﺳﺎ ﹸﻃ ﻣﻮ ِﺭ ﹶﺃﻭ ﲑ ﺍ ُﻷ ﺧ Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana (Hadith riwayat al-Baihaqiyy) Berdasarkan penjelasan keperluan dan peranan marah dalam Islam serta galakan mengawalnya, jelas sekali menunjukkan Islam tidak menyekat elemen yang terdapat dalam manusia seperti marah. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya supaya menyalurkan kemarahan apabila perlu dan pada situasi sewajarnya tetapi dengan syarat tidak melampaui batas agama. Islam juga menyedari tindakan memendamkan emosi seperti marah ini mungkin mewujudkan tekanan psikologi yang membebankan.
16
LANGKAH MENGURUS KEMARAHAN Matlamat utama dalam pengurusan marah ialah menghapuskan marah yang timbul dari syaitan dan nafsu; dan dapat mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat yang perlu dan dengan tingkat kemarahan yang sederhana. Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4: 1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya. 2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarah-annya. 3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarah-annya. 4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda. Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat: Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003). Oleh itu diharapkan dengan pengurusan marah yang baik kita tergolong dalam kategori yang ketiga dan mengelakkan diri dari tergolong dari kategori keempat. Matlamat ini hanya tercapai dengan kesungguhan jitu individu yang ingin mengawal tabiat marahnya. Langkah-langkah yang dicadangkan juga mestilah dijadikan praktis rutin. Latihan dan
17
keiltizaman yang istiqamah akan membuahkan hasil yang cemerlang. Langkah asas yang perlu diambil adalah menghapuskan atau mengawal punca utama kepada kemarahan. Imam alGhazzaliyy pernah menyatakan beberapa punca utama kemarahan yang boleh disimpulkan di sini sebagai sifat takbur (lihat juga Fathul Bariyy, al- ՙAsqalaniyy, 2001) dan sombong atau ego dalam diri manusia. Jadi inilah punca utama kemarahan yang ekstrem yang perlu dihapuskan atau dikawal. Sikap-sikap lain yang akan menyuburkan dan menjurus kepada sifat marah ialah tamak dan terlalu mengejar nama dan kemasyhuran. Jika sifat-sifat madzmumah ini terkumpul dalam diri seseorang, ia akan melahirkan sikap yang buruk dan sukar melepaskan diri dari kongkongan emosi marah. Imam alGhazzaliyy mencadangkan sikap rendah diri, bersederhana, dan qanaՙah untuk mengimbangi sifat-sifat madzmumah tersebut. (al-Ghazzaliyy, 2003). Juga umumnya, langkah asas mengurus kemarahan yang baik adalah menerapkan nilai-nilai positif yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya seperti bersangka baik, berlemah lembut dan sebagainya. Kita juga perlu memahami konsep atau sifat marah itu sendiri, seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Antara perkara penting yang boleh disimpulkan adalah seperi berikut:
Marah adalah salah satu sifat yang telah diberikan oleh Allah kepada makhluknya. Nabi sendiri pernah marah beberapa kali. Marah tidak dilarang seratus peratus, malahan boleh disalurkan pada tempat yang disesuai dan perlu dikawal.
18
Ada yang mahmud (terpuji atau positif) dan madzmum (tercela atau negatif), yang tercela (apabila digunakan) bukan pada tempatnya. Marah pada situasi tertentu adalah normal seperti apabila berasa terancam/ tergugat keperluan asasi, perkara yang disayangi dan istimewa buat seseorang. Namun tetap perlu dikawal. Keperluan elemen marah: - ketika menentang musuh Islam khasnya dalam jihad - berhadapan perkara yang tidak Syar iՙ yy - elemen dan ekspresi marah juga perlu sebagai satu kaedah menyampaikan khutbah atau pidato.
Langkah Pencegahan 1. Niat Yang Ikhlas Pertama, keazaman yang ikhlas untuk mengawal kemarahan kerana sedar ia adalah suruhan agama dan sedar keburukannya jika tidak dikawal. Kedua, melatih diri meniatkan marah kerana Allah . 2. Sabar Kesabaran adalah salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Ingat ganjaran Allah kepada orang yang sabar; mampu mengawal kemarahan. Ganjarannya seperti mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisinya. Firman Allah (al-Quran. Hud 11: 11):
19
×οtÏøó¨Β Οßγs9 y7Í×‾≈s9'ρé& ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#ρçy9|¹ tÏ%©!$# āωÎ) ∩⊇⊇∪ ×Î7Ÿ2 Öô_r&uρ kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. Sabda Rasulullah pula:
ﻴﻈﹰﺎﻢ ﹶﻏ ﻦ ﹶﻛ ﹶﻈ ﻣ ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝﺭﺳ ﹶﺃ ﱠﻥ:ﻦ ﹶﺃﺑِﻴ ِﻪﻌﺎ ٍﺫ ﻋ ﻣ ﻬ ِﻞ ﺑ ِﻦ ﺳ ﻦ ﻋ ﻡ ﻮﻼِﺋ ِﻖ ﻳ ﺨﹶ ﺱ ﺍﹾﻟ ِ ﺭﺀُﻭ ﻋﻠﹶﻰ ﻪ ﻩ ﺍﻟﱠﻠ ﺎﺩﻋ ﻩ ﻨ ِﻔ ﹶﺬﻳ ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺃ ﹾﻥ ﺭ ﻮ ﻗﹶﺎ ِﺩ ﻫ ﻭ .ﺎ َﺀﺎ ﺷﲔ ﻣ ِ ﳊﻮ ِﺭ ﺍﻟ ِﻌ ﻪ ﻣِﻦ ﺍ ﹸ ﻩ ﺍﻟﱠﻠ ﺮ ﻴﺨ ﻳ ﻰﺣﺘ ﻣ ِﺔ ﺎﺍﻟ ِﻘﻴ Daripada Sahl bin Muՙaz, daripada ayahnya: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia boleh melepaskannya, Allah akan memanggilnya pada Hari Qiyamah lantaran Allah memberinya pilihan (untuk memilih) mana-mana bidadari yang dikehendaki. (Riwayat Abu Dawud, Tirmiziyy, Ibn Majah dan Ahmad) 3. Sifat Pemaaf Bersikap pemaaf. Sikap pemaaf juga melambangkan ketinggian akhlaq seseorang sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasulullah . Sifat pemaaf jika diserapkan dalam keperibadian seseorang akan memudahkan lagi proses mengawal kemarahan. Firman Allah : 20
öΝèδ (#θç6ÅÒxî $tΒ #sŒÎ)uρ |·Ïm≡uθxø9$#uρ ÄΝøOM}$# uÈ∝‾≈t6x. tβθç7Ï⊥tGøgs† tÏ%©!$#uρ ∩⊂∠∪ tβρãÏøótƒ dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatanperbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya. (al-Quran. asy-Syura 42: 37) 4. Faham Konsep Gagal Mengawal Kemarahan Tanda Kelemahan Kemarahan (melampau) bukan lambang kegagahan atau kekuatan. Malahan kegagalan mengarwal kemarahan adalah tanda kelemahan seseorang dalam Islam. (IRFI.Org, 28 Mac 2005). Ini kerana kegagalan mengawal emosi dalaman sendiri dan gagal membendung bisikan syaitan.
ﺪ ﺸﺪِﻳ ﺲ ﺍﻟ ﻴﺳﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟ ﺭ ﹶﺃ ﱠﻥ: ﺮ ﹶﺓ ﻳﺮ ﻫ ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ ﻋ ﺐ ِ ﻀ ﻐ ﺪ ﺍﹾﻟ ﻨﻪ ِﻋ ﺴ ﻧ ﹾﻔ ﻚ ﻤِﻠ ﻳ ﺪ ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﺸﺪِﻳ ﺎ ﺍﻟﻧﻤﻋ ِﺔ ِﺇ ﺮ ﺼ ﺑِﺎﻟ
Daripada Abu Hurairah berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan. (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)
21
5. Membayangkan Wajah Yang Hodoh Ketika Marah Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazzaliyy adalah membayangkan ekspresi wajah yang hodoh jika berada dalam keadaan marah. (al-Ghazzaliyy, 2003). Jadi, ia adalah suatu yang memalukan dan patut dihindari. 6. Tawaddu՚ Fathul Bariyy menyebut cadangan supaya merendah diri atau Tawaddu՚. Imam Ibnu Hajar menulis, sesiapa yang Tawaddu՚ akan hilanglah kemegahan jiwanya, dan akan selamat dari keburukan marah. (al- A ՙ sqalaniyy, 2001) 7. Istighfar dan Banyakkan ՙAmal Salih Mungkin punca sifat marah yang melampau kita berpunca dari sifat-sifat madzmumah tadi yang juga merupakan dosa (takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan kemasyhuran). Kita juga perlu beramal salih, moga-moga Allah memudahkan urusan kita untuk mengurus sifat kemarahan kita. Firman Allah : ∩⊇⊇⊆∪ šÌÏ.≡©%#Ï9 3“tø.ÏŒ y7Ï9≡sŒ 4 ÏN$t↔ÍhŠ¡¡9$# t÷Ïδõ‹ãƒ ÏM≈uΖ|¡ptø:$# ¨βÎ)… Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan, demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (al-Quran. Hud 11:114)
22
Kita juga boleh berdoa, juga dengan bertawassul memohon Allah menghilangkan kemarahan (yang tercela) yang terdapat di dalam diri kita. Langkah Pengawalan Ketika Marah 1. Membaca Taՙawudz Klien dianjurkan membaca Taՙawudz ketika berada dalam situasi marah. Dalam satu hadith diriwayatkan terdapat dua lelaki bertengkar di hadapan Rasuiullah , salah seorang daripada mereka naik berang sehingga merah mukanya, lalu Rasulullah bersabda
ﺪ ﻟﹶﻮ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﺠ ِ ﻳ ﺎﻪ ﻣ ﻨﺐ ﻋ ﻫ ﺎ ﹶﻟ ﹶﺬﻤ ﹰﺔ ﻟﹶﻮ ﻗﹶﺎﹶﻟﻬ ﻢ ﹶﻛِﻠ ﻲ َﻷﻋﹶﻠِﺇﻧ... ...ﺮﺟِﻴ ِﻢ ﻴﻄﹶﺎ ِﻥ ﺍﻟﻮ ﹸﺫ ﺑِﺎﻟﱠﻠ ِﻪ ﻣِﻦ ﺍﻟﺸﹶﺃﻋ Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada padanya (kemarahan), sekiranya dia berkata aՙudzubillahi minasy syaitanir rajim. (Hadith riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan Tirmidziyy) 2. Mengubah Posisi Kaunselor juga menyarankan supaya apabila marah orang dianjurkan supaya mengubah posisi fizikalnya ketika itu. Jika berdiri duduk, jika kemarahan gagal dikawal juga, ubah posisi duduk ke posisi berbaring untuk menenangkan fizikal dan emosi. Menurut Imam al-Ghazzaliyy, posisi diubah
23
sedemikian untuk mendekatkan jarak diri ke bumi, diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi; tambahan pula katanya manusia dijadikan daripada bumi. (al-Ghazzaliyy, 2003).
ﺐ ﻀ ِ ﺎ ِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻏﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﱠﻠ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﻟﻨﺭﺳ ِﺇ ﱠﻥ:ﺭ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﻦ ﹶﺃﺑِﻲ ﹶﺫﻋ ﻭِﺇ ﱠﻻ ﺐ ﻀ ﻐ ﻪ ﺍﻟ ﻨﺐ ﻋ ﻫ ﺠﻠِﺲ ﹶﻓﺈِﻥ ﹶﺫﻢ ﻓﹶﻠﻴ ﻮ ﻗﹶﺎِﺋ ﻫ ﻭ ﺪﻛﹸﻢ ﺣ ﹶﺃ ﻀ ﹶﻄﺠِﻊ ﻴﻓﹶﻠ Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang di antara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri, maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak, maka (hendaklah) dia berbaring. (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad) 3. Berwudhuk dan Mandi Berwudhuk apabila marah seperti yang diriwayatkan dalam hadith dibawah. Salah satu punca kemarahan daripada hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang dapat memadam api.
،ِﺎﺭﻦ ﺍﻟﻨ ﻖ ِﻣ ﺧِﻠ ﻴﻄﹶﺎ ﹶﻥﻭِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟﺸ ،ِﻴﻄﹶﺎﻥﺸ ﻦ ﺍﻟ ﺐ ِﻣ ﻀ ﻐ ِﺇ ﱠﻥ ﺍﻟ ﺿ ﹾﺄ ﻮ ﺘﻴﺪﻛﹸﻢ ﻓﹶﻠ ﺣ ﺐ ﹶﺃ ﻀ ِ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻏ،ِﺭ ﺑِﺎﳌﹶﺎﺀ ﺎﻄ ﹶﻔﹸﺄ ﺍﻟﻨﺎ ﺗﻧﻤﻭِﺇ
24
Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan dijadikan syaitan daripada api, dan api boleh dipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripada kamu marah berwudhuklah. (Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Tabraniyy) Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marah ibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendung kemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003) 4. Diam Nabi diriwayatkan pernah mendiamkan diri sahaja apabila marah. Seperti hadith respon Nabi apabila melihat sahabatnya memakai sutera. Tindakan mendiamkan diri ini In Sya Allah mengurangkan risiko dari menyemarakkan lagi api kemarahan. Salih al-Munajjid juga menyebut tindakan mendiamkan diri ketika marah adalah satu cara menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang melampau seperti mengeluarkan kata-kata kesat. (Islaam.Com, 29 Mac 2005). Sabda Nabi :
ﺖ ﺴ ﹸﻜ ﻴﻢ ﹶﻓ ﹾﻠ ﺪ ﹸﻛ ﺣ ﺐ ﹶﺃ ﻀ ِ ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻏ ...dan apabila seorang daripada kamu berasa marah maka hendaklah dia diam. (Hadith riwayat Ahmad)
25
5. Ingat kepada Allah Mengingati Allah membawa kepada rasa takut kepadanya dan sekaligus boleh menghilangkan rasa marah. FirmanNya: ∩⊄⊆∪ … |MŠÅ¡nΣ #sŒÎ) š−/§‘ HωÎ) ä.øŒ$#uρ… ...ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa... (al-Quran. al-Kahfi 18: 24) ՙIkrimah berkata maksud [|MŠÅ¡nΣ #sŒÎ) -jika Engkau lupa], adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy, Muhammad, al-Imam, 1985).
Ali bin
6. Bersederhana Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek, termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah. (alGhazzaliyy, 2003).
ﺎﺎ ﹸﻃﻬﻮ ِﺭ ﺃﹶﻭﺳﲑ ﺍ ُﻷﻣ ﺧ Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana (Hadith riwayat al-Baihaqiyy)
26
BIBLIOGRAFI al-Quran al-Karim ՙ bdu Rahman Hasan Habannakah. 1999. al-Akhlaq alA Islamiyyah wa Ususuha. Vol. 2. Cetakan ke 5. Damsyiq: Darul Qalam . Abu Dawud, Sulaiman bin al-Asyՙath. 1996. Sunan Abi Dawud. Vol. 3. Beirut: Darul Kutub al- ՙIlmiyyah. al-Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam. 2003. Ihya′ ՙUlumiddin. Vol.3. Qaherah: Maktabah as-Safa. Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, al-Imam. 1995. alMusnad. Vol. 17. Qaherah: Darul Hadith al-Bukhariyy, Abu Abdullah Muhammad bin ՙIsmaՙil, al-Imam. 1979. Jami՚ as-Sahih. Tahqiq: Muhibbuddin al-Khatib. Vol. 3 & 4. Qaherah: Maktabah as-Salafiyyah. al-Mawardiyy, ՙAli bin Muhammad, al-Imam. 1985. Adab adDunya wa ad-Din. Beirut: Daru Iqra′. al-Munajjid, Muhammad Salih, Syaikh. 29 Mac 2005. “Shakawa wal Hulul”. Islaam.Com. <www.islaam.com/books/Cproblems.doc> at-Tirmidziyy, Muhammad bin ՙIsa. t.t. Sunan at-Tirmidziyy. Riyad: Maktabah al-Maՙarif.
27
Ibnu Hajar al-ՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, al-Imam.2001. Fathul Bariyy. Tahqiq: ՙAbdul Qadir Syaibah al-Hamd. Vol. 10. Riyad: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah. Kamus Dewan. 2002. “Marah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim. 2002. Jami՚ al-Adab. Vol 2. t.t.p: Darul Wafa′. Lisanul A ՙ rab. 1999. “”ﻏﻀﺐ. Vol. 10. Beirut: Darul Ihya′ atTurath al-ՙArabiyy. Malik bin Anas, al-Imam. 1998. al-Muwatta′ (riwayat Abu Musՙab az-Zuhriyy al-Madaniyy). Tahqiq: Dr. Basy-syar A ՙ war Ma’ruf & Mahmud Muhammad Khalil. Vol. 2. Cetakan ke 3. Beirut: Muassasah ar-Risalah. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali & Hanit ՙOsman. 2006. Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia (USIM).
28