Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah

  • Uploaded by: suddakar narayanan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 3,551
  • Pages: 18
Sejauhmanakah Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah memberi kesan kepada kejayaan Program ICTL di sekolah-sekolah Kebangsaan. Satu Kajian Perbandingan Sekolah-Sekolah yang menerima makmal ICT Fasa Satu di Negeri Pulau Pinang Oleh Suddakar Narayanan BAB SATU Pengenalan Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada pelajar pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar dan graduan akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Di samping itu keupayaan pelajar menguasai ICT dapat membantu mereka mengharungi ledakkan maklumat yang semakin pantas. Justeru, pendedahan kepada alam pengkomputeran telah direalisasikan kepada semua pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan terancang oleh kerajaan agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif. Dari perspektif pembangunan modal insan program pengkomputeran sekolah bertujuan untuk memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan melalui usaha pembestarian sekolah dengan menjadikan penggunaan ICT dalam pendidikan

bagi

meningkatkan

lagi

kualiti

pengajaran

dan

pembelajaran,

keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

1

Dalam usaha ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan pembinaan Makmal Pengkomputeran, Projek Rintis Sekolah Bestari 88 buah sekolah di seluruh Negara, penyediaan infrastruktur dan rankaian jalur lebar(SchoolNet), PPSMI, Cyber Café, Teknologi Wireless, Komuniti ICT dan Briget ICT. Segala usaha ini adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan pelajar dan guru dalam sekolah sekolah di Bandar dan luarbandar. Kemudahan infrastruktur yang berkaitan dengan ICTdilaksanakan dengan memberi talian Schoolnet dengan menggunakan teknologi ADSL, Wireless dan Satelite di kawasan-kawasan pendalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Usaha membawa teknologi ICT ke sekolah tidak akan memberi makna sekiranya tenaga pengajar di sekolah-sekolah tidak didedahkan dengan latihan kemahiran ICT dan keberkesanan penggunaan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Makmal komputer yang dibina di sekolah-sekolah terdiri dari 3 model iaitu Model1, Model 2, dan Model 3 berdasarkan populasi sesebuah sekolah yang terlibat. Kemunculan makmal komputer di sekolah juga adalah selaras dengan Program

Pembestarian

Sekolah.

Pembestarian

sekolah

membawa

maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.

Penyataan Masalah Sejauhmanakah berjayanya pengurusan kemudahan makmal pengkomputeran sekolah membantu pelajar pelajar menguasai kemahiran–kemahiran ICT menjadi satu tanda tanya dikalangan ibubapa dan para pendidik. Pelajar tidak dapat akses

2

kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Berikutan dari itu pengalaman ‘hands on‘ pelajar terbatas dan dikhuatiri masalah ini menjejaskan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar sekolah. Perkembangan ini bercanggah dengan kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein : “Dalam

proses

pembestarian

sekolah,

sasaran

kementerian

ialah

untuk

meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.” Kementerian Pendidikan berusaha membawa kemudahan untuk pelajar-pelajar mendapat akses kepada pengetahuan ICT supaya pelajar-pelajar bandar dan luarbandar tidak ketinggalan dalam aspek kopetensi ICT. Dalam usaha ini kawasan luarbandar diberi keutamaan untuk mendirikan makmal-makmal komputer bermula pada bulan Mac 2000. Walaupun pelbagai masalah timbul dalam proses pembinaan namun demikian projek ini telah dapat disempurnakan berperingkat-peringkat dan teknologi IT dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luarbandar. Dalam aspek penyenggaraan peralatan komputer yang dibekalkan, semua peralatan diselenggarakan oleh Syarikat Mimos Sendirian Berhad dan Syarikat Pintar sehingga tempoh waranti tamat. Selepas tamat tempoh waranti, Kementerian Pendidikan terpaksa

melantik

syarikat–syarikat

tertentu

untuk

menjalankan

kerja-kerja

penyenggaraan peralatan makmal. Namun demikian kelewatan dalam melantik syarikat baru setelah kontrak syarikat lama tamat tempoh menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah-sekolah tergendala. Ini ditambah pula 3

dengan peruntukan yang terhad yang ada pada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengatasi masalah di sekolah. Adalah dikuatiri kelemahan yang wujud ini telah menjejaskan tahap literasi komputer di kalangan pelajar sepanjang tempoh mereka didedahkan dengan pengetahuan asas ICTL. Maka tinjauan di buat untuk menetukan situasi sebenar dan masalah masalah pada peringkat sekolah untuk di dedahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu-isu yang membendung perkembangan penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar. Modal yang banyak telah digunakan untuk mendirikan makmal pengkomputeran di sekolahsekolah kebangsaan diseluruh negara dan kita tidak seharusnya membiarkan kelemahan teknikal dan pengurusan yang wujud terus mebantutkan usaha membawa pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar sekolah umumnya. Di samping itu juga, tiada pakar-pakar yang mahir dalam penggunaan dan penyelenggaraan komputer. Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah seperti menguruskan hal-hal latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan yang adil di antara guru-guru dan pelajar di sekolah juga menjadi isu penting (Azilah, 1998).

Kenyataan di atas memang ada kebenaranya dimana pihak sekolah pada dasarnya tidak mempunyai sebarang kepakaran dan peruntukan kewangan dalam menangani masalah pengurusan makmal dan penyenggaraan peralatan ICT dalam makmal komputer. Oleh yang demikian pihak sekolah bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan satu program penyenggaraan yang tersusun dan berterusan supaya objektif sebenar program pengkomputeran sekolah dapat dijayakan diperingkat sekolah. Soalan-Soalan Kajian

4

1

Adakah pelajar-pelajar tahun 3 menguasai kemahiran asas ICT melalui program ICTL?

2

Adakah pengurusan makmal pengkomputeran sekolah-sekolah yang dikaji berkesan?

3

Adakah penyenggaraan peralatan ICT dijalankan di sekolah-sekolah yang dikaji.

4

Adakah hubungan antara kemahiran ICTL pelajar dengan kemudahan ICT sekolah?

Objektif Kajian 1

Membandingkan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar tahun 3

2

Membandingkan pengurusan makmal pengkomputeran di sekolah sekolah yang mempunyai penyelaras yang dilantik khas dengan penyelaras lantikan sekolah.

3

Membandingkan tahap penyenggaraan peralatan ICT di sekolahsekolah yang dikaji.

4

Menentukan samada terdapat perhubungan yang signifikan antara penguasaan kemahiran ICTL dengan kemudahan infrastruktur ict sekolah.

Signifikan Kajian

5

Kajian ini adalah penting untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan yang wujud dalam program pengkomputeran sekolah rendah pada amnya dan keberkesanan Program ICTL khususnya di sekolah sekolah kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Dapatan

kajian

ini

akan

membantu

pihak

yang

bertanggungjawab

(KPM/JPN/PPD/sekolah) untuk membaiki kelemahan dan memastikan pelajar-pelajar memperolehi faedah yang sepenuhnya dari peralatan dan kemudahan ICT yang disediakan. Dapatan kajian juga diharapkan akan membantu dalam penyelidikan lanjutan mengenai infrastruktur makmal pengkomputeran sekolah seluruh negara.

Limitasi Kajian Kajian ini bersifat tinjauan umum dengan memberi penumpuan kepada kemudahan infrastruktur makmal pengkomputeran di sekolah-sekolah kebangsaan yang berada di Pulau Pinang yang mempunyai makmal pengkomputeran fasa satu yang telah disiapkan pada tahun 2002. Makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer pelajar, komputer guru, projektor LCD, server dan kemudahan ‘networking’ ini digunakan oleh pelajar-pelajar dari tahun satu hingga tahun enam mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelaras ICT untuk pelajaran literasi ICT(Program ICTL). Penyelaras ICT adalah guru yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menguruskan makmal tersebut. Guru-guru penyelaras ini tidak mendapat sebarang keistimewaan dari segi waktu mengajar atau latihan yang khusus dalam pengurusan makmal ICT sekolah. Dapatan kajian mungkin berbeza dengan sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan peralatan ICT yang diuruskan oleh peyelaras makmal yang dilantik khas.

Sampel yang dipilih adalah dari sekolah-sekolah kebangsaan kawasan luarbandar di Pulau Pinang, maka oleh kerana itu dapatan kajian mungkin tidak bersesuaian

6

dengan sekolah-sekolah lain di kawasan bandar dan sekolah-sekolah SJKC dan SJKT.

BAB 2 Tinjauan Kajian Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan. Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan matlamat berikut: ○

Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.



Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.



Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.



Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan masa kini.

Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul oleh semua pihak. Perkara ini adalah perlu kerana memastikan penggunaan secara optimum. Risalah , manual dan buku panduan yang memudahkan pengguna

7

mengendalikan semua alat dalam makmal komputer perlu disediakan suapaya pembaziran masa dapat dikurangkan. Carta aliran, ‘bulletin board’ hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui maklumat terkini. Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat. Pihak pengurusan makmal hendaklah menyediakan jadual penggunaan yang lengkap supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar. Di samping itu pengurus makmal juga perlu mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti servis alat penghawa dingin, kebersihan dan keceriaan makmal, trouble shooting, update anti virus, defragmentation, disk cleanup, mengemaskini direktori dan sebagainya. Pengurusan makmal juga perlu merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Di samping itu latihan komputer kepada semua guru dan kakitangan sekolah perlu dijalankan supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan produktiviti seperti, "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran". Sekolah sekolah yang mempunyai peruntukan perlu merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer. Dalam masa yang sama menangani proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan serta menyimpan inventori yang lengkap keatas semua perlatan ict dalam makmal.

8

Kemahiran komputer berkait rapat dengan kecekapan pelajar menggunakan perkakasan komputer untuk pembelajaran. Tahap kemahiran yang rendah menyebabkan

pelajar

menghadapi

kesukaran

khasnya

dari

segi

teknikal

menyebabkan banyak masa terbuang begitu sahaja. (Devadason Robert Peter: 1999). Colleen McKenna. (2001), mendapati terdapat hubungan yang rapat antara pengalaman dan kebiasaan menggunakan komputer dengan “Computer-assisted assessment” (CAA). Lebih banyak mereka (pelajar) menggunakan komputer, lebih berminat mereka menggunakan “Computer-based assessment”. Ibrahim et al, (1997) mendapati responden yang mempunyai komputer didapati mempunyai tahap penguasaan yang lebih tinggi. Kajian Peter Seth (2002) ke atas sekumpulan pelajar tahun 1 di Balob Teachers College, Papua New Guinea mendapati hamper semua sekolah menengah menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran literasi komputer yang asas. Sejumlah 60% daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka tahu menggunakan

komputer.

49%

pula

menunjukkan

keyakinan

menggunakan

komputer. Manakala sejumlah 89% tahu fungsi asas monitor, keyboard, cakera keras dan tetikus. Ian John Cole (2005) pula membuat penyelidikan tentang literasi dan kemahiran sistem komputer ke atas jururawat pelatih menggunakan kriteria seperti; “Understanding what the keys do on the keyboard, Learning to use a mouse, Navigating Windows 2000 and basic word processing, How to use a bibliographic database, dan How to search the Internet and use e-mail”. Hasil kajian mendapati “a serious skills deficit and whether these students are suffering from a lack of confidence or a real lack of computer skills the issue is that a large number of these students perceive themselves as being unskilled in the use of computers and that is a problem that needed to be addressed.” Beberapa penyelidikan yang berkaitan tahap literasi komputer menggunakan pelbagai kriteria untuk menentukan tahap literasi komputer seseorang secara umum Ian Reid (1997). Kebanyakan institusi pendidikan menyatakan secara umum tahap 9

literasi komputer yang tertentu, tetapi tidak menyatakan tahap kompetensi komputer yang diperlukan. University New South Wales, Australia misalnya menentukan tahap literasi komputer sebagai “….general terms of 'familiarity with the vocabulary and strategies associated with computers and computing techniques'”. University of South Australia pula menentukan tahap literasi komputer berdasarkan empat jenis pengguna: “the emergent user, the progressive user, the high user and the dependent user”. Contohnya “emergent user” memiliki ciri seperti:



mempunyai capaian ke komputer sama ada di rumah atau tempat kerja / belajar.



mempunyai capaian dan tahu menggunakan pemprosesan perkataan, email dan aplikasi laman web.



boleh memuat turun maklumat ke disket untuk diprint atau lain-lain kegunaan.

National survey of Australian (Glenn F., Neil and Glenn R., 1999) menggunakan beberapa kriteria untuk menentukan kemahiran asas komputer termasuk “using a mouse, turn the computer on, using a keyboard, shutting down and turning off, exiting/quitting a program, saving a document, printing a document, starting a program, opening a saved document, deleting files, getting data from CD-Rom, creating a new document, and moving files.”

Wikipedia (the free encyclopedia, 2006) pula menyatakan tahap literasi komputer termasuklah kebolehan: •

menyambung dan menghidupkan komputer



mengarang, menyunting dan mencetak dokumen.



keupayaan untuk berkomunikasi



mengurus dan menyunting gambar (dari pelbagai perkakasan seperti kamera digital. 10

menggunakan

komputer

melalui



membuka fail dan mengenalpasti fail yang berbeza dan perlbagai jenis literasi multimedia.

Pengukuran literasi komputer seharusnya dinilai secara umum (Scott Childers, 2006). Scott menggunakan tiga tahap untuk menentukan literasi komputer pengguna iaitu “Level 1: Baseline”, “Level 2: Desired” dan “Level 3:Target” Contoh pengukuran yang digunakan oleh Scott ialah “Know how to turn the printer on” dianggap pada tahap “ Baseline”, “Know how to change the catridge or ribbon” dianggap pada tahap “Desired”, dan “Ability to check the printer set-up for proper configuration” dianggap pada tahap “Target”. Walau bagaimanapun tahap literasi yang diukur adalah berbeza di kalangan masyarakat, organisasi dan negara tertentu bergantung kepada bidang dan penggunaannya. “The level of computer literacy needed to have an advantage, depends both on the society one is in and your place in the social hierarchy. Different countries have different needs for computer literate people due to their society standards and level of technology.” (Wikipedia, 2006).

Latarbelakang Program Pengkomputeran Sekolah. Program pengkomputeran mula diperkenalkan di sekolah sekolah di Malaysia secara rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.(5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut, program pengkomputeran di sekolah sekolah mula dilaksananakan dan berkembang secara beransur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab komputer yang kebanyakan ditubuhkan atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri (Othman Khalid, 1992) telah berkembang kepada apa yang ada sekarang. Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanankan beberapa projek pendidikan yang berasaskkan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai

11

penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luarbandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer kedalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh. Program

latihan

perkakasan

untuk

komputer

meningkatkan dan

keupayaan

kemahiran

guru-guru

menggunakan

mengendalikan

software

dalam

mengendalaikan pengajaran pembelajaran berasaskan komputer telah menjadi agenda utama dalam dalam program ICT sekolah. Berikutan dengan itu pada awal tahun 90-an,

kementerian

pelajaran

melaksanakan

program

latihan dalam

perkhidmatan untuk mendedahkan kemahiran ICT kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi kursus Diploma Perguruan Malaysia pada awal tahun 90-an. Untuk memantapkan lagi kebolehan guru-guru Kursus Pengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru dimulakan di Maktab Perguruan terpilih di seluruh Malaysia. Disamping usaha ini, kursus-kursus jangka pendek dan kursus-kursus khas yang berkaitan dengan ICT terus diadakan di peringkat negeri yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran negeri masing masing. Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap sekolah menengah dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuah’server’ untuk mengadakan ‘Local Area Network’ tanpa kemudaham internet. Manakala di sekolah rendah pula bekalan komputer tidak dirangkaikan. Dari tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah iaitu110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah di seluruh negara telah menerima komputer. Jenis komputer yang dibekalkan adalah komputer multimedia jenis Pentium III yang dibekalkan oleh Syarikat Mimos yang dilantik oleh kerajaan dan bekalan dibuat melalui tender terbuka di Sabah dan Sarawak. Sekolah sekolah yang 12

menerima kemudahan ini diarahkan untuk menyediakan bilik khas yang diubahsuai untuk menempatkan komputer yang dibekalkan. Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah . Projek ini dilaksanakan berperingkat dengan diberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai enrolmen

melebihi

pengkomputeran

150

yang

orang dibina

dan

mempunyai

dilengkapi

dengan

bekalan

elektrik.

Makmal

terkini

beserta

komputer

kemudahan rangkaian setempat dan internet. Selain komputer makmal ini juga dilengkapi dengan sebuah projektor Liquid Crystal Display (LCD), sebuah alat pengimbas (scanner), dua buah pencetak (satu unit Lacer Printer dan satu unit Inkjet Printer dan

sebuah kamera digital. Kemudahan peralatan komputer yang diberi

adalah berdasarkan enrolmen pelajar sekolah. Komitmen kerajaan dalam menerapkan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan adalah amat ketara dengan tindakan kerajaan melabur jutaan ringgit untuk membina makmal serta rangkaian komputer. Tujuan pelaburan tersebut adalah untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Dalam satu siding parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudah terdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal yang diubah suai) suadah diluluskan pembinaanya. Jadual 1.1 menunjukkan taburan bilangan pembinaan bangunan baru makmal komputer di sekolah-sekolah mengikut negeri. Jadual 1.1. Taburan Bangunan Baru Makmal Komputer Mengikut Negeri Negeri

Bilangan

Perlis

68

Kedah

461 13

Pulau Pinang

91

Perak

487

Selangor

340

Wilayah

Persekutuan

Kuala

87

Lumpur Negeri Sembilan

239

Melaka

140

Johor

415

Pahang

443

Terengganu

258

Kelantan

307

Sabah

200

Sarawak

164

Dipetik dari Berita Hatrian, halaman 7. Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), Kementerian Pelajaran telah mengariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu ( i ) Literasi ICT untuk semua pelajar. ( ii ) Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran pembelajaran dan (iii) penekanan penggunaan ICT. Literasi ICT untuk semua pelajar bermaksud pelajar memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan ICT yang dapat mereka aplikasikanya dalam kehidupan mereka seharian. Manakala peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai satu matapelajaran. Peranan dan fungsi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran membawa maksud, menggunakan kemudahan ICT di dalam bilik darjah. Dasar penekanan penggunaan dimaksudkan sebagai fokus untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan yang meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pengautomasian pejabat dan

14

pelaksanaan

sistem

aplikasi

komputer

dalam

pengurusan

maklumat

yang

meningkatkan mutu kerja. KPM (2001), telah merangka program pembangunan ICT dalam pendidikan. Tempoh masa 10 tahun mulai 2001 hingga 2010 akan digunakan untuk merialisasikan matlamat-matlamat berikut: a. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT b. Memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT c. Memperluaskan kurikulum berasaskan ICT d. Meningkatkan system pentaksiran dengan menggunakan ICT e. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran pembelajaran f.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICTdi kalangan pelajar, tenaga pengajardan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.

g. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan h. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT i.

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT

j.

Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat untuk membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Program ICTL sekolah rendah Program ICTL for Primary Schools adalah satu program leterasi ICT yang dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari asas komputer, perkakasan, perisian dan juga etika dalam penggunaan komputer. Program ini terdiri dari dua peringkat iaitu peringkat satu yang melibatkan pelajarpelajar tahun satu hingga tiga(tahap satu), manakala peringkat kedua program ini melibatkan pelajar-pelajar dari tahun empat hingga enam(tahap dua). Objektif Program ICTL

15



Mengenali perkakasan komputer satu sistem komputer.



Menerangkan konsep ‘operating system’ dan aplikasi komputer.



Menggunakan ‘basic operating system’ dan aplikasi komputer.



Menggunakan kekunci fungsi pada papan kekunci.



Menggunakan kemahiran menaip asas.



Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan asas.

Pelaksanaan Program Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari tahun satu hingga enam dengan masa pengajaran pembelajaran selama 780 minit dalam jangkamasa tiga bulan berturut-turut. Pelajar-pelajar tahun satu akan didedahkan kepada program ini setelah mereka melalui program transisi pada awal tahun. Sebanyak dua masa dari jadual waktu Bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan ini.

BAB TIGA Metodologi Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk bukan eksperimen secara kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui penggunaan ujian penguasaan kemahiran ICTL, temubual dan pemerhatian langsung. Kajian bentuk ini didapati sesuai kerana melalui ujian penguasaan yang akan dijalankan tahap penguasaan ICTL pelajar dapat diukur dan dibuat perbandingan antara sekolah-sekolah sampel yang lain. Melalui temubual dan pemerhatian

16

langsung adalah diharapkan untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang infrastruktur makmal komputer yang telah dibekalkan oleh kerajaan dalam usaha merialisasikan program literasi ICT di kalangan pelajar sekolah rendah. Instrumen Satu ujian yang terdiri dari 40 soalan objektif akan diberikan kepada pelajar-pelajar tahun 3 untuk mengetahui tahap penguasaan literasi ICT berdasarkan sukatan pelajaran ICTL yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah pelajar kemudian digredkan berdasarkan piawai penggredan Sistem Peperiksaan Malaysia (0-39=gagal, 40-49=lulus, 5079=kepujian, dan 80-100=cemerlang). Selepas digredkan, keputusan ini kemudian diubah kepada tiga tahap yang digunakan dalam kajian ini iaitu (Gagal=Tahap Rendah, Lulus dan Kepujian=Tahap Sederhana, dan Cemerlang=Tahap Tinggi). Lulus dan kepujian digabungkan menjadi satu tahap, iaitu Tahap Sederhana.

Temubual Temubual dengan penyelaras makmal komputer memberi tumpuan kepada aspekaspek berikut: •

masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus makmal pengkomputeran.



keberkesanan penyengaraan peralatan ICT.



akses pelajar kepada kemudahan ICT yang ada dalam makmal

Sampel Kajian

17

Sampel kajian terdiri dari 150 orang pelajar tahun tiga yang di pilih secara rawak dari lima buah sekolah kebangsaan kawasan luarbandar sekitar Pulau Pinang dan guru-guru penyelaras makmal pengkomputeran fasa satu sekolah-sekolah yang dikaji. Analisis Data Keputusan ujian penguasaan kemahiran ICTL akan analisis secara diskriptif dengan menggunakan SPSS untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap literasi komputer pelajar.Pencapaian pelajar akan kategorikan kepada tiga tahap iaitu Tinggi, Sederhana dan Rendah. Untuk menentukan samada terdapat kaitan antara tahap literasi murid dengan kemudahan makmal komputer Ujian T-Test akan diguanakan untuk menentukan samada faktor kemudahan infrastruktur komputer mempengaruhi tahap literasi di kalangan pelajar. Dapatan dari temuramah dengan guru-guru penyelaras makmal akan digunakan sebagai bahan sokongan kajian ini bagi menyokong dapatan kajian dari perspektif pengurusan makmal komputer di sekolah tersebut.

18

Related Documents


More Documents from ""