PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA Atan Long (1990) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Paul Eggan dan Don Kauchak Berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Salvin (1997) Berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personality, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Crow dan Crow (1980) Perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Kesimpulan Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organism.
PERSONALITI Personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran, dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain.
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah 2 perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya personality akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personality adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu personality akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu.
Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona” yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personality merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Aspek
Proses Pertumbuhan
Proses Perkembangan
(perubahan kuantitatif)
(perubahan kualitatif)
Jasmani
tinggi, saiz berat dan bilangan gigi bertambah
mental
Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara
sosial
Mula berinteraksi dengan ahliahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru
Emosi
Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, saying dan sebagainya
Bertambah kemahiran menggunakan anggota spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dengan rakan sebaya Berupaya menguasai perasaan dan perasaan ketika marah atau cemburu
Faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia Faktor Endogen (dalam indivudu) Dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor keturunan atau pembawaan: Baka Pemakanan Kesihatan ibu Dadah dan alcohol Merokok Factor Rh darah Kesan X-Ray
Emosi ibu Umur ibu Penyakit ibu
Faktor Eksogen Faktor yang datang dari luar diri individu Pemakanan
Keluarga Rakan sebaya Sekolah Tempat tinggal Media elektronik dan sebaram am
Pusat ibadat Persekitaran dunia
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Bi l 1
2
3
4
5
6
7
8
Ciri Perkembangan Proses yang berterusan
Proses perubahan yang berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran Perubahan yang dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan, manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum. Proses perubahan kea rah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semulajadi serta menuju kea rah tertentu dan dijangkakan Ada tugas terdapat dalam semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dalam kebudayaan yang berlainan Ada tugas yang wujud pada umur yang berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial Ada tugas yang berkaitan rapat dengan kebudayaan
Contoh Orang tua berumur 80 tahun mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dengan cucunya Apabila kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia untuk belajar berjalan Kanak-kanak yang belajar merangkak, meluahkan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yang memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis.
Kanak-kanak d idunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun. Kanak-kanak dari kebudayaan yang berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun. Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal di kalangan kelas social bawahan berbanding dgn kelas pertengahan Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 tahun atau kurang
9 1 0 1 1
Ada tugas yang wujud mengikut keperluan kebudayaan Ada tugas yang dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yang agak lama Ada tugas yang perlu dipelajari sekali sahaja
berbanding Negara Barat pada umur 18 tahun atau lebih Di Negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanak-kanak dan awal dewasa hingga berkahwin Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja
PERUBAHAN Manusia melalui 3 peringkat perkembangan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa. Remaja Perubahan fizikal 1.Pertumbuhan bulu-bulu di kawasan kemaluan, ketiak, badan dan muka – menambah sifat-sifat kelakian, baligh.
Perubahan mental 1.Pemikiran egosentrisme
Perubahan emosi 1. Proses kesedaran diri 2.Krisis identiti 3.Berpisah daripada struktur keluarga
2.Suara pecah – menjadi besar dan kasar 3.Bahu melebar
Dewasa Perubahan fizikal 1.Peringkat ini orang dewasa tidak mengalami perubahan fizikal seperti kanak-kanak atau remaja.
Perubahan mental 1.
Perubahan emosi 1.Krisis identiti
PERKAITAN DI ANTARA PERUBAHAN DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI DENGAN PERSONALITI (Fizikal) 1.Genetik Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1987), bentuk tubuh badan boleh mempengaruhi personality secara langsung dan tidak langsung. William Sheldon menagitkan sifat-sifat perbadi manusia dengan susuk badan seseorang itu.Beliau mengklasifikasikan 3 bentuk tubuh atau somatotif, dengan 3 set personality. Somatotif ini ialah endomorf, mesomorf dan ektomorf. Endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat. Mereka dikatakan sebagai periang, suka bergaul, suka jamu makanan, ekstroversi dan tenang. Mesomorf ialah susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat seperti bina badan Malek Noor. Mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, argesif dan berani. Ektomorf ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Personaliti pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, introversi, pemalu dan cerdik. Disamping 3 somatotip yang disarankan, Sheldon juga mengutarakan 3 kompenan kelakuan yang berdsarkan kepada beberapa tret seseorang itu.
Viserotonia – individu yang mempunyai sifat-sifat seperti kesantaian, keselesaan dan orangnya adalah peramah. Somatotonia – individu yang gemarkan kerja-kerja keras, meneroka alam sekitaran dan mengambil risiko. Serebrotonia – mereka yang gemarkan kesunyiaan, suka bersendirian, tidak memaparkan emosi dan jarang bersosial. (Mental) 2.Kecerdasanmemainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti seseorang kerana membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah harian. Individu yang mempunyai kecerdasan tinggi biasanya lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan sementara individu yang mempunyai kecerdasan yang rendah akan mengalami perkembangan personality yang negatif. Mengikut Carl Jung, personality boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert – kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas. Personaliti ini suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Pelajar sekolah rendah di dapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot 1972, Anthony 1977, dan Riding 1979). Introvert – pelajar pintar cerdas di mana mereka lebih cenderung belajar bersendiri daripada belajar berkumpulan.(Rita Dunn et al (1989). Personaliti Introvert merupakan personaliti seseorang di mana dia kurang menyenangi bersama orang lain, dia suka lebih suka menyendiri, tidak suka dengan orang baru, tidak suka berbicara di depan umum, kurang percaya diri, pemalu dan pendiam. Ambivert (Emosi) 3.Emosi juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti kerana ia tindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Contohnya bagi kanak-kanak lelaki ia akan mempelajari cara mengawal sifat iri hati, cemburu benci dan ganas terhadap bapanya dan pada masa yang sama akan beridentifikasi terhadap bapanya sendiri.Sifat seperti kelakian, kuasa dan ketegasan bapanya akan diikuti untuk dijadikan sebagai satu bentuk motivasi untuk mencapai segala cita-citanya kelak. Bagi mereka yang gagal mengatasi konflik ini akan menjadi seorang yang lemah, tidak tegas, pasif dan lemah lembut.
4.Persekitaran – peranan rakan sebaya, pengaruh sekolah dan guru, pengaruh keluarga, masyarakat serta pengalaman kanak-kanak amat penting dalam membawa perubahan kepada personaliti seseorang itu.