Pengenalan Buah Nanas

  • Uploaded by: Abah Aisy Amani
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Buah Nanas as PDF for free.

More details

  • Words: 299
  • Pages: 1
PENGENALAN BUAH NANAS Nanas (Ananas comosus) sejenis tanaman yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Ia perkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Nanas merupakan tanaman tropika dari kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial). Tumbuhan yang dianggap unggul ini mempunyai buah berbentuk silinder atau bujur. Kulitnya keras, berlilin terdiri daripada mata/ bebuah heksagon yang tersusun secara berpilin (berpusing-pusing). Buah yang masak warnanya kuning, oren atau kemerah-merahan. Pokok nanas tumbuh di atas tanah yang dikelilingi daun berbentuk roset berlilin yang panjang berduri pada sisi dan hujung daun. Pokok ini biasanya dibiakkan dari jambul (tumbuh pada bahagian atas buah) atau keratin (tunas sisi). Nanas tumbuh di atas tanah rendah tropika dan secara relatifnya tahan terhadap kemarau. Tumbuhan ini juga hidup subur di tanah lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik dan mempunyai pH 4.6-6.5. Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka/cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam salur darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan karbohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersamasama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang snagat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Disedia dan diterbitkan oleh: LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA No. 5, Wisma Nanas, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2361211/ Faks: 07-2365451 Website: www.mpib.gov.my

Related Documents

Pengenalan Buah Nanas
October 2019 12
P198-nanas
November 2019 9
Pengenalan
October 2019 67
Pengenalan
June 2020 41
Selai Nanas Heri.docx
October 2019 17
Pemplet Projek Nanas 2016
October 2019 12

More Documents from "Abah Aisy Amani"

Pengenalan Buah Nanas
October 2019 12
Pemplet Projek Nanas 2016
October 2019 12
December 2009
July 2020 19
Doc1.docx
June 2020 9