Pengaruh Raja Thai Dlm Ran

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengaruh Raja Thai Dlm Ran as PDF for free.

More details

  • Words: 4,858
  • Pages: 23
1.0 Pendahuluan Thailand merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah Institusi Perajaan yang berjaya meneruskan legasi pemerintahannya sehingga zaman moden ini. Beberapa dinasti telah berjaya mendapat mandat daripada masyarakat Thai yang bermula dengan Dinasti Phraruang (1238M-1368M) sehingga kemunculan Dinasti Chakri (1782M-sekarang) yang diketuai oleh Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX).1 Thailand telah menjalankan pemerintahan secara monarki mutlak dari tahun 1782 sehingga bertukar kepada pemerintahan monarki berperlembagaan pada tahun 1932. Peranan dan pengaruh institusi perajaan Thai dapat dilihat dengan jelas di Thailand selepas tahun 1960an

ketika tahkta diraja diduduki oleh Raja Bhumibol

Adulyadey.2 Raja Bhumibol Adulyadey menaiki tahkta selepas kematian abangnya pada tahun 1946 secara misteri.3 Baginda

menduduki tahkta secara rasminya selepas

pertabalannya pada tahun 1950 sebaik sahaja kembali dari Switzerland setelah menamatkan pelajarannya di sana. Setelah kembali baginda mahu menunaikan janjinya kepada rakyat yang menyokongnya selama ini. Kekurangan kuasa dan hak institusi diraja telah menghadkan peranan baginda dalam pentadbiran negara terutama ketika 1

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Kings_of_Thailand Ooi Keat Gin, “Southeast Asia : A Historical Encylopedia From Angkor Wat to East Timor”, Encyclopedia, Volume One A-G, hlm. 232. Raja Bhumibol dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Cambridge, Massachusetts. Ketika itu bapanya sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti Harvard. Beliau merupakan cucu kepada Raja Siam yang terkenal dengan permodenan iaitu Raja Chulalongkorn. Ketika belajar di Switzerland , Raja Bhumibol telah menukar jurusan yang diambilnya dari kejuruteraan kepada sains politik dan undang-undang sesuai dengan peranannya sebagai bakal raja di Thailand serta boleh bercakap sekurang-kurangnya tiga bahasa Eropah. . Raja Bhumibol telah mengahwini sepupunya iaitu M.R. Sirikit, seterusnya memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Ubolrat, Vajiralongkorn, sirindhorn dan Chulabron. 3 Russell F. Moore, 1975. Thailand , Malaysia, Singapura : People. Place. History. New York, ThaiAmeican Publishers, hlm.36. Kematian Raja Ananda berlaku secara tragis dan penuh mesteri, baginda telah ditemui mati di atas katil dengan kesan tembakan di kepala dan pistol berada di sisinya. Ini menjadi mesteri kerana beliau seorang yang suka kepada sukan tembak dan semestinya mahir dengan senjata api, ditambah pula kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum beliau bersama adik lelaki dan ibunya berangkat ke Switzerland untuk menyambung kembali pelajarannya. 2

1

dibawah pemerintahan Perdana menteri, Phibun Songgram4. Sistem

pemerintahan

monarki berperlembagan di bawah Phibun, raja dan istitusi diraja hanyalah berperanan dalam aktiviti perayaan sahaja dan bertindak mengikut telunjuk ketua badan eksekutif iaitu Perdana Menteri. Peranan dan pengaruhnya telah berubah setelah Thailand ditadbir oleh Sarit bermula pada tahun 1958 selepas Phibun digulingkan.

2.0 Biografi Raja Bhumibol Adulyadej

Raja Bhumibol Adulyadej merupakan seorang raja yang paling lama bertakhta dalam kerajaan Thailand berbanding raja-raja lain diseluruh dunia. Secara signifikannya, nama beliau membawa maksud ’Strength of

The Land with Incomparable Power’ (lebih

kurang tenaga bumi dengan kekuasaan yang tiada bandingan). Beliau telah dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat sewaktu bapanya, Putera Mahidol sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Havard, Amerika Syarikat dalam bidang perubatan.5 Beliau merupakan cucu kepada seorang pemerintah Thailand yang terkenal iaitu Raja Chulalongkorn (1853-1910M). Bahkan beliau telah menurut jejak langkah datuknya dengan menerapkan unsur-unsur pemikiran moden dalam projek pembangunan di Thailand. Tambahan pula, beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi kerana telah menyambung pengajiannya di Universiti Lausanne, Swirtzeland dalam bidang sains politik dan undang-undang.6 4

Niels Mulder, 2000. Inside Thai Society : Religion. Everday life. Change. Thailand, Silkworm Book,Chiang Mai, hlm.110. Sewaktu pemerintahan Phibun Songkhram dikenali sebagai republic demokrasi, yang memeberi kuasa mutlak kepada Phibun dalam pentadbirannya. Institusi diraja hanya nominal kuasa. 5 Ooi Keat Gin (edt.), (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat to East Timor. California: Santa Barbara, hlm. 232. 6 http://www.thaimain.org/eng/monarchy/bhumi2.html

2

Beliau telah berkahwin dengan Permaisuri Mom Rajawangse Sirikit di Istana Pathumwan, Bangkok, Thailand. Baginda dikurniakan empat orang anak iaitu Putera Vajiralongkorn (1952), Puteri Ubol Ratana (1951), Puteri Sirindhorn (1955) dan Puteri Chulabhorn (1957). Pasangan diraja ini sering mendapat tumpuan masyarakat apabila mereka sama-sama mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan penempatan penduduk untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Baginda dianggap seorang raja yang bekerja memandangkan kerajinannya mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan penempatan penduduk sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang raja yang berdaulat.7 Selain itu, baginda juga mempunyai bakat sebagai ahli muzik dan penggubah lagu terutamanya irama jazz. Bahkan baginda seorang yang cekap dan berbakat sebagai pelukis, jurugambar, jurutera dan berkemahiran juga dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan.

3.0 Kedudukan Raja Monarki Berpelembagaan di Thailand

Mengikut institusi pentadbiran Thailand, seseorang raja yang ditabalkan akan secara langsung menjadi ketua negara dan ketua tentera. Monarki Berpelembagaan telah diwujudkan pada tahun 1932 yang telah membenarkan kewujudan sistem demokrasi dan pembentukan parlimen yang membincangkan sebarang dasar dalam pemerintahan Kerajaan Thailand. Walaupun Raja Bhumibol merupakan kuasa tertinggi dalam kerajaan Thai, namun beliau tidak pernah menggunakan kuasa vetonya untuk menggubal sebarang undang-undang mahupun membatalkan sebarang rang undang-undang yang dicadangkan

7

Russell F. Moore (1975). Thailand, Malaysia, Singapore: People, Places, History. New York: ThaiAmerican Publishers, hlm. 36.

3

oleh badan Legislatif.8 Tambahan pula, selepas revolusi yang berlaku pada tahun 1932 tersebut, sesiapa sahaja yang ditabalkan sebagai raja di Thailand tidak terlibat dengan sebarang perbincangan berkaitan proses membuat dasar negara.9 Hal tersebut bukan bermaksud menafikan kedaulatan sistem monarki yang telah diamalkan selama ini, namun ia dilakukan bagi memudahkan pentadbiran kerajaan yang memerintah dan mengekalkan institusi monarki sebagai pemimpin keagamaan dan kerohanian (berkaitan agama Buddha) di negara tersebut. Kesannya, Raja Bhumibol lebih memainkan peranan sebagai simbol penyatuan masyarakat Thai dibawah kedaulatan baginda. Sebagai contoh masyarakat di Selatan Thai (Muangthai) masih menghormati Raja Bhumibol walaupun berlaku krisis dengan kerajaan pusat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pada tempoh waktu 1958 sehingga 1963 inilah berlakunya perubahan dalam peranan dan pengaruh institusi perajaan Thai dapat dilihat selepas sekian lama kuasa mutlak telah hilang secara mutlak ketika revolusi 1932. Pemerintahan Thailand di bawah Sarit setelah beliau berjaya menggulingkan Phibun pada 1957 dan dilantik menjadi Perdana Menteri baru Thailand10. Beliau telah memperkenalkan perlembagaan baru pada tahun 1958 di bawah sistem demokrasi gaya Thai Buddha yang mengandungi dua fungsi utama monarki. Pertama, mengesahkan polisi yang dijalankan oleh rejim tentera. Kedua, penyumbang kepada kerja-kerja amal yang dilakukan oleh rejim pemerintah.11 Ini 8

http://www.ifrc.org/Docs/pubs/idrl/report-thailand.pdf Ooi Keat Gin (edt.), (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat to East Timor. California: Santa Barbara, hlm. 233. 10 Charis Baker dan Pasuk Phongpaichit, 2005. A History of Thailand. New York, Cambridge Universty Press, hlm. 168. Sebelum mengulingkan Phibun, Sarit terlebih dahulu berjumpa dengan raja di istana untuk mendapatkan restu dan sokongan daripada institusi diraja. 11 Kobkua Suwannathat-Pian, 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. New York, RoutledgeCurzon, hlm. 14-15. Sebelum ini hanya pada nama sahaja raja adalah ketua Negara. Setiap pengesahan dalam pentadbiran bukannya datang dari monarki , tetapi dari perlembagaan bertulis. Dalam masa yang singkat sarit telah mendpat kepercayaan dan menjadi Perdana Menteri kesukaan Raja Bhumibol. 9

4

menunjukkan Raja diberi kuasa memainkan peranan yang aktif dalam menguatkan dan menyokong kuasa dan kedudukan eksekutif. Perbezaan antara perlembagaan 1932 dan 1958 seperti yang dinyatakan oleh Clark D. Neher; The promoters of the 1932 revolution drafted Thailand’s first constitution in order to enchance their owm power and to curtail severely the power of the King and other royalty. Because the King less power, the high trained and had educated pro-monarchist elements didi not support new regime. In order to regain the support of this important group, the king was accored symbolic functuions in second constitution.12 Menurut Nicholas Tarling, Sarit juga memperkenalkan versi ideologi dari Rama VI iaitu Nation, Religion, King bergabung dengan pembangunan (development) kerana pada ketika ini Raja Bhumibol banyak melaksanakan projek-projek untuk pembangunan rakyatnya. Pada ketika ini juga berlakunya krisis ekonomi dan berlakunya kemiskinan dikalangan petani terutama di kawasan luar bandar. Penyataan Sarit bahawa “Army of the King” dan “goverment headed by king”, keadaan ini menggambarkan peranan dan pengaruh institusi diraja telah meningkat berbanding pada zaman Phibun..13 Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Sarit merupakan boneka kepada Raja Bhumibol bagi mengembalikan semula kedudukan institusi diraja Thailand. Raja Bhumibol dan permaisuri Thailand telah menjalankan lawatan ke negara-negara asing terutamanya negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Keadaan ini menunjukkan pemulihan 12

Clark D. Neher , 1976. Modern Thai Politics From Village to Nation. Cambridge, Schenkman Publishing Company, hlm.367-368. 13 Charis Baker dan Pasuk Phongpaichit, A history of Thailand. Hlm, 169. Sarit juga telah menukarkan hari kebangsaan Thailand yang disambut sempena dengan tarikh revolusi 1932 kepada tarikh kelahiran Raja Bhumibol. Raja Bhumibol juga bertindak sebagai ketua kepada keluarga besar iaitu rakyat serta menganggap mereka adalah anak-anak dan cucu-cucunya sendiri.

5

kedudukan raja dimana institusi diraja juga berperanan dalam menjalinkan hubungan dengan negara asing. Selain itu, Raja Bhumibol dan permaisurinya turut menjalankan lawatan ke wilayah-wilayah dalam Thailand dengan projek-projek pembangunannya14. Selepas kematian Sarit, Jeneral Thanom Sittikachorn telah mengambilalih kedudukan ketua kerajaan di Thailand. Beliau telah memperkenalkan satu perlembagaan baru dalam tahun 1968 dan 1969. Dibawah perlembagaan, Raja telah melantik 120 ahli senat di bawah pengesyoran Perdana Menteri Thanom.15 Kerajaan di bawah Thanom memberikan sokongan kepada polisi Amerika Syarikat di Vietnam Selatan. Hubungan diplomatik antara Thailand dan Kemboja telah terputus apabila Sihanouk membenarkan rakyat Vietnam Utara memasuki negaranya. Pada zaman Thanom kelembapan ekonomi pada lewat 1960an serta beberapa masalah seperti rasuah dan rasuah berleluasa. Ketika ini juga berlakunya kekejaman ketenteraan. Raja Bhumibol telah menggalakkan demonstrasi dikalangan pelajar.16 Demonstrasi antara pelajar, tentera dan pihak polis pada tahun 1973 telah mengorbankan 100 orang. Raja telah meminta penjelasan Thanom telah menasihatinya meletakkan jawatan.17 Thanom telah berjumpa dengan Raja, meletakkan jawatan dan meninggalkan Thailand. Thailand diletakkan di bawah pentadbiran tentera dan kuasa parlimen terhad. Sepanjang tempoh 1932 sehingga 2006 telah berlaku 17 rampasan kuasa dan 8 daripadanya berjaya. Ketua kerajaan Thailand bersilih ganti antara orang awam dan juga tentera. Rampasan kuasa berlaku apabila ketidakpuasan hati terhadap kerajaan 14

Alasdair Bowie dan Danny Unger, 1997. The Politics Of Open Economies: Indonesia, Malaysia, The Philipines and Thailand. United kingdom, Cambridge University, hlm.135. 15 Clark D. Neher , 1976. Modern Thai Politics From Village to Nation. Hlm., 370. sebelum hari pemilihan senat telah ditugaskan mendrafkan undang-undang pemilihan dan politik parti. Kepentingannya bagi melancarkan aktiviti pemilihan dan bebas pemcemaran. 16 Pasuk Phongpaichit dan Charis Baker, 1995. Thailand Economy and Politics. United States, Oxford University Press New York, hlm., 301. 17 Russell F. Moore, 1975. Thailand , Malaysia, Singapura : People. Place. History. Hlm.,44.

6

pemerintah sama ada disebabkan krisis ekonomi dan rasuah dikalangan kerajaan yang memerintah. Rampasan kuasa yang berjaya mendapat sokongan daripada Raja Bhumibol dan keluarga diraja. Antaranya rampasan kuasa yang dilakukan oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin mendapat sokongan daripada institusi perajaan di Thailand. Terbukti bahawa institusi perajaan di Thailand memainkan peranan dan pengaruhnya di Thailand.18 Sikap Raja Bhumibol yang sederhana menyebabkan pemimpin-pemimpin Thai tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang konfrontasi dengan raja mereka.19 Hal ini secara langsung dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang licin dan berkesan kerana wujud keserasian antara pihak istana dan wakil pemerintah.

4.0 Persekutuan dengan ketenteraan Junta

Hubungan institusi diraja dengan tentera berlaku ketika pemerintahan Sarit. Di mana Raja bertindak memainkan peranannya dalam aktiviti ketenteraan. Pemerintahan Thailand pada tahun 1958 merupakan general tentera yang bertindak mengulingkan kerajaan terdahulu dibawah pimpinan sarit dan mendapat kesahan daripada institusi diraja. Oleh itu, hubungan baik antara mereka amat rapat. Sarit juga pernah menyatakan bahawa tentera dibawah sarit.

Pemerintahan general Sarit juga

dikenali sebagai junta ketenteraan. Persefahaman antara raja dan panglima agung sarit telah membawa baginda rapat dengan angkatan tentera. Sarit telah melibatkan Raja

18

Diperoleh pada Mac 7, 2008 drpd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Rampasan_Kuasa_di_Thailand

19

Clark D. Neher (1976). Modern Thai Politics From Village to Nation. Cambridge: Schenkman Publishing Company, hlm. 322.

7

dalam hubungan antarabangsa, beberapa projek perjalanan lawatan ke negara asing telah dijalankan untuk peyertaan Raja Bhumibol. Pada era sarit Raja memakai pakaian rasmi tentera dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh angkatan tentera.20 Raja Bhumibol telah dilantik sebagai Panglima agung dalam pasukan keselamatan. Hubungan yang erat telah menguatkan lagi sistem monarki berperlembagaan di Thailand.21 Beberapa program telah dirancang terutamanya projek-projek kerjasama dengan keluarga diraja. Hubungan yang rapat ini berlangsung sehingga kematian Sarit dan diganti dengan Thanom.

5.0 Hubungan dengan rakyat

Hubungan antara insitusi diraja dan rakyat amat rapat dan istimewa sekali. Di sini telah menunjukkan betapa kuasa raja amat kuat sekali. Hubungan erat bukan sahaja dikalangan masyarakat awam malah pelajar kolej dan universiti, pasukan tentera dan polis serta masyarakat pertengahan yang terdiri daripada golongan peniaga. Krisis pelajar 1973 merupakan bukti yang menunjukkan kedududukan istimewa dan tiada tolak bandingnya Raja Bhumibol. Setiap konflik yang berlaku akan dirujuk kepada Raja bukan sahaja untuk mendapatkan sokongan malah nasihat dan tunjuk agar. Raja dan keluarga diraja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sokongan dan kasih rakyat kepada mereka ketika zaman sarit.22 20

Kobkua Suwannathat-Pian, 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. New York, RoutledgeCurzon, hlm.158. Spesifikkan hubungan istimewa apabila raja bertindak sebagai penyampai dalam upacara penyampaian panji-panji atau bendera ( colours). 21 Ibid., hlm. 159. 22 Ibid., hlm.188. pemerintahan Sarit telah menjadikan raja sebagai rakan mereka dalam mendapatkan menyatukan rakyat Thailand dalam menghaadapi ancaman komunis terutaman dalam tahun 1960. ketika ini juga Raja Bhumibol dan permaisuri baginda melakukan perjalanan dan bercakap serta berbincang tentang kemiskinan dan kekurangan masyarakat di luar Bandar.

8

Raja Bhumibol amat disayangi oleh rakyatnya terutama yang berada di luar bandar. Banyak projek kerjasama diraja yang dijalankan untuk membantu penduduk di luar bandar yang terdiri daripada golongan miskin. Tumpuan dalam projek pembangunan luar bandar yang dijalankan oleh Raja dan keluarga diraja lebih tertumpu kepada pertanian dan penternakan.23 Pendudukan luar bandar diberi bantuan dan latihan secukupnya bagi menggalakkan mereka berdikari dalam memperbaiki taraf hidup mereka. Raja Bhumibol mengakui bahawa peranan pelajar sebagai individu yang berilmu dan bermaklumat dalam kehidupan sosial masyarakat. Baginda sentiasa berpandangan positif dalam setiap perubahan dan perkembangan dalam negara tetapi menurut pandangan baginda setiap perubahan dan perkembangan tidak perlu terlalu drastik dan cepat.24 Hubungan antara pelajar yang prodemokrasi dan raja semakin rapat pada tahun 1973, apabila raja menjadi saluran dan penjaga mereka dalam ketidakadilan sistem pemerintahan negara. Ketegangan hubungan antara raja dan pelajar berlaku pada tahun 1976 dan sekitar tahun 198625. Keadaan ini berlaku disebabkan tindakan penganiayaan kepada golongan komunis dalam usaha menghapuskan ancaman mereka, dikatakan juga melibatkan raja. Pada tahun tersebut juga golongan sosialis dan kiri ini mendapat sokongan daripada pelajar. Selepas pengampunan diberikan ke atas golongan ini, ketegangan antara mereka sedikit reda.

23

Charis Baker dan Pasuk Phongpaichit, A history of Thailand. Hlm.170. Ibid., hlm. 191. Dalam setiap ucapannya pada majlis penyampai ijazahnya, baginda selalu menasihati pelajar. Ketika pelajar seluruh dunia sedang melakukan demostrasi pada tahun 1960 mengkritik system dan ketidak relevanan dalam pendidikan. Bagainda menyatakan pendiriannya yang tidak membenarkan pelajarpelajar di Thailand melakukan demostrasi. 25 _____. Thailand military rule and limited parliamentary government, 1976-83. Diperolehi pada Mac 6, 2008 daripada http://workmall.com/wfb2001/thailand/thailand_history_index.html. Dengan sokongan raja dan ketenteraan kerajaan dibawah pimpinan Thanin Kraivichien dibentuk. Dasar Thanin pada waktu ini adalah anti komunis serta berusaha menghapuskan fahaman tersebut dikalangan penjawat awan dan pelajar. 24

9

Pertemuan-pertemuan sosial telah merapatkan hubungan antara keluarga diraja dengan golongan pertengahan serta atasan. Antara majlis sosial tersebut ialah tajaan majlis perkahwinan, pemberian nama kepada anak yang baru dilahirkan, majlismajlis amal dan penganugerahan gelaran. Manakala dengan pasukan ketenteraan hubungan menjadi rapat apabila pada zaman pemerintahan Sarit, Sarit dan penyokongnya menyatakan bahawa diri mereka askar raja ( king’soldier). Pasukan askar perlu memberi penghormatan ke atas raja. Simboliknya, raja digambarkan lambang ketulusan dan kestabilan politik.26 Baginda juga merupakan komander agung dalam tentera, gelaran ini merapatkan lagi hubungan antara mereka. Raja Bhumibol dan keluarga diraja dihormati dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat di Thailand. Digambarkan raja adalah bapa kepada rakyat dan bertanggungjawab mengambilberat ke atas setiap masalah mereka.27

6.0 Pemilikan Tanah dan sumber kewangan

Sebagai raja Thailand di bawah gelaran

Phra Chao Phean Din yang

membawa maksud tuan kepada tanah. Raja Bhumibol telah menjalankan peranannya dalam menjaga dan menggunakan alam sekitar dan pertanian bagi keperluan rakyatnya. 26

Kobkua Suwannathat-Pian, 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. Hlm. 192. 27 Niels Mulder, 2000. Inside Thai Society : Religion. Everday life. Change. Thailand, Silkworm Book,Chiang Mai, hlm.111.

10

Bekas perdana menteri Thailand iaitu M.R. Kukrit Pramoj menyatakan bahawa Raja Bhumibol telah memainkan peranan yang serius dan penuh dedikasi, buktinya dapat dilihat melaui projek kerjasama yang dilancarkan. Peranan ini dilaksanakan oleh Raja Bhumibol sejak mula-mula menaiki tahkta lagi dan berterusan dan rancak selepas tahun 1960an dengan sokongan kerajaan. Projek pertama yang dilancarkan adalah pada 1952 yang menjadi asas penyelidikan dalam membantu petani dalam memperbaiki taraf hidup mereka. Dalam memainkan peranannya, raja tidak mendidik rakyatnya dengan memberi mereka wang, akan tetapi dengan membantu memcari kaedah pembangunan yang sesuai yang memberi mereka kerja dan membantu keluar dari kemiskinan. Antara projek yang dijalankan projek perternakan ikan air tawar.

Ikan talapia dilihat menjadi potensi untuk

berkembang. Pada 1965, pemerintah Jepun iaiitu raja Akihito telah menghadiahkan Raja Bhumibol 50 ekor talipia yang mempunyai rasa dan nutrisi yang baik.28 Pada tahun 1967, setiap pusat peternakan akan diberikan ikan baru Thai iaitu Pla Nil untuk menarik minat petani. Raja telah menasihatkan penternak supaya menggunakan sebaik mungkin sengai sumber pendapatan kepada nelayan. Raja juga menasihatkan pusat-pusat penternakan untuk memberi bantuan dalam bentuk nasihat kepada penternak. Dengan ini, dalam jangka masa panjang mereka akan mendapat faedah serta berjaya mengawal sendiri kehidupan mereka dan berjaya dalam aktiviti tersebut29. Selain itu, tumpuan juga diberikan dalam aktiviti perhutanan. Terdapat banyak projek yang mengekploitasi sumber-sumber hutan, dan di takuti akan pupus. Raja Bhumibol telah meminta bantuan daripada University Kasetsart membantu menanam 28

__________ , 2000. King Bhumibol: Stregth of the Land. Thailand, National Identity Office, hlm. 107. Raja sangat gembira dengan pemberian itu, dan dibiakkan dalam kawasan istana. 29 Ibid., hlm.11 4.

11

spesis pokok di tanah yang dikhaskan berdekatan dengan kebun Chitralada Villa serta mengendalikan penyelidikan dengan dibantu oleh Jabatan Perhutanan University30. Galakkan penanam pokok bagi keperluan masa hadapan. Peranan yang dimainkan oleh Institusi diraja membawa kebaikan dalam pembangunan ekonomi rakyat dan juga membantu dalam mendidik rakyat memelihara alam sekitar dan hutan dengan mendidik mereka menanam pokok. Kedudukan kewangan yang kukuh telah meningkatkan lagi keduddukan Raja Bhumibol dan keluarga diraja di Thailand. Raja Bhumibol mewarisi harta kekayaan melalui bapa serta neneknya. Keluarga diraja juga merupakan pemilik tanah yang terkaya. Kekayaan keluarga diraja ini bukan sahaja diperolehi melalui warisan malah melalui biro harta kekayaan diraja.31 Institusi perajaan Thailand berbeza dengan negara lain kerana keluarga diraja perlu membayar cukai daripada hasil pendapatan yang diperolehi. Raja Bhumibol telah membayar cukai ke atas setiap pendapatan yang diperolehinya sama harta warisan tersebut mahupun pendapatan biro. Pendapatan yang diperolehi oleh Raja dari kerajaan hanya sedikit sahaja berbanding dengan pemimpin negara lain. Raja Bhumibol tidak menguruskan biro harta diraya itu. Terdapat satu organisasi yang ditugaskan untuk menguruskannya dan diketuai oleh Pengarah. Pengarah biro yang menguruskan perjalanan biro dan merancang pelan-pelan perniagaan.32 Antara sektor 30

Ibid., hlm.117. Semasa upacara merayakan hari ulang tahun kelahiran putera mahkota satu upacara penanman pokok dilakukan. Keadaan ini menunjukkan petapa pentingnya penjagaan alam sekitar. 31 Kobkua Suwannathat-Pian, 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. Hlm.196. Biro harta kekayaan diraja ( Crown property Bureau) telah ditetap kepada individu yang menduduki tahkta. Ia bermuala pada zaman Chulalogkorn lagi kerana peranan baginda dalam menubuhkan Bank commercial siam. Kemudian diikuti oleh Raja Vajiravudh yang mempunyai saham dalam penubuhan syarikat simen siam. Lebih daripada separuh syarikat di bawah biro ini berkembang stabil dan disenaraikan di pertukaran sekuriti di Thailand. 32 Ibid., hlm. 197. Keuntungan daripada perniagaan dan pelaburan di bawah pengurusan pengarah biro telah disalurkan untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di luar Bandar.

12

perniagaan yang diceburi ialah sektor perhotelan, kereta dan barangan kemas. Raja Bhumibol dan keluarga diraja banyak menggunakan hasil kekayaannya dalam aktiviti yaang memberi kebajikan kepada rakyatnya. Semasa krisis 1977, dua buah kedai hiasan batu permata ditukarkan dan digunakan untuk menstabilkan kedudukan bank commersil siam dan syarikat simen siam. Kewangan yang stabil dan semakin meningkat telah menjadikan keluarga diraja semakin kukuh kedudukannya. Kekayaan yang ada telah dikongsi bersama rakyat dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan diraja untuk membantu golongan miskin di luar bandar memperbaiki taraf hidup mereka. Kedudukan kewangan tersebut bukan sahaja mengukuhkan lagi kedudukan keluarga diraja malah menambahkan lagi kasih sayang rakyat Thailand tehadap mereka.

7.0 Hubungan Luar (Diplomatik) Raja Bhumibol mempunyai sikap yang sentiasa tekun untuk memajukan diri sendiri terutama bagi meningkatkan kredibilitinya sebagai ketua negara Thailand. Sikap tersebut jelas telah memberi kelebihan dalam meningkatkan hubungan diplomatik kerajaan Thailand dengan kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia. Sepanjang pemerintahannya sehingga kini, kerajaan Thailand telah menerima lawatan lebih daripada 25 buah negara terutamanya daripada benua Asia, benua Australasia, benua Eropah dan Benua Amerika.33 Sememangnya urusan menjalinkan hubungan dipomatik menjadi tanggungjawab seseorang ketua negara termasuklah Raja Bhumibol di Thailand. Baginda telah banyak memperbaiki kelemahannya dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan ketua33

http:/kanchanapisek.or.th/activities/index.en.html

13

ketua negara yang mengadakan lawatan rasmi ke negara Thailand. Selain itu, baginda juga sentiasa memberi layanan yang baik terhadap duta-duta asing yang menetap di negara tersebut. Duta-duta asing begitu selesa apabila berurusan dengan kerajaan Thailand kerana sikap Raja Bhumibol yang sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

8.0 Keprihatinan Raja Bhumibol terhadap Kesihatan dan Kebajikan Rakyat

Baginda sangat mengambil berat tentang kesihatan masyarakat bawahannya. Sepanjang pemerintahannya, baginda sangat berminat menghadiri majlis konvokesyen bagi pelajarpelajar perubatan yang terdapat di seluruh negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa baginda sangat memahami kepentingan bidang perubatan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup dikalangan rakyatnya. Sepanjang lawatannya ke kawasankawasan penempatan penduduk, baginda sentiasa diiringi beberapa kenderaan daripada Unit Kesihatan Diraja bagi memberikan rawatan segera kepada penduduk yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Bahkan sekiranya terdapat penduduk yang memerlukan rawatan segera, mereka akan dihantar segera ke Hospital Bangkok di bawah pembiayaan diraja secara percuma.34 Satu lagi perkara yang membimbangkan raja berkaitan kekurangan pendidikan dikalangan masyarakat luar bandar. Rata-rata penduduk kampung terutamanya golongan tua tidak dapat memahami arahan dan panduan berkaitan pengambilan dos ubat yang betul sepertimana yang diberitahu oleh doktor. Memandangkan Thailand mempunyai kawasan luar bandar yang luas, maka Raja Bhumibol merasa bertanggungjawab untuk 34

__________ , 2000. King Bhumibol: Stregth of the Land. Thailand, National Identity Office, hlm. 215.

14

mengurangkan beban penduduk luar bandar tersebut terutama penempatan yang jauh daripada klinik dan hospital. Oleh itu segala ubat-ubatan tersebut telah dibeli melalui elaun diraja, Organisasi Farmaseutikal Kerajaan dan sumbangan daripada syarikatsyarikat swasta yang lain.35 Peranan Raja Bhumibol dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup di Thailand bukan sekadar merasmikan pembukaan hospital-hospital baru semata-mata, tetapi baginda memainkan peranan secara langsung melalui sumbangan-sumbangan dan inisiatif yang ditawarkan kepada rakyatnya. Bahkan sumbangan baginda ini telah menerima penghargaan daripada ’World Health Organization (WHO) melalui anguerah ’Health-for-All Gold Medal’ pada tahun 1992.36 Antara sumbangan lain baginda dalam bidang kesihatan ialah pembinaan beberapa buah klinik lagi dikawasan pedalaman, memberi perkhidmatan kesihatan secara percuma dan pembelian sebuah bot untuk pasukan bulan sabit merah yang dinamakan ’Vejapah’ untuk merawat penduduk di kawasan pedalaman menggunakan jalan air. Bahkan baginda juga amat mengambil berat terhadap penjagaan gigi dikalangan pelajar-pelajar sekolah yang akhirnya menyebabkan baginda telah menyumbangkan sebuah van yang besar yang mengandungi kelengkapan pergigian yang cukup seperti kerusi rawatan, doktor gigi dan jururawat. Selain memberikan rawatan percuma, Raja Bhumibol juga telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan vaksinvaksin baru untuk kegunaan masyarakat Thai. Contohnya pada tahun 1959, baginda telah memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan penyelidikan dilakukan untuk menghasilkan satu vaksin merawat penyakit Cholera (taun).37 Selain itu, Raja Bhumibol 35

Ibid, hlm. 216. Ibid, hlm. 218. 37 http://kanchanapisek.or.th/activities/index.en.html 36

15

juga telah memberi sumbangan kewangan kepada penyelidikan untuk menghasilkan vaksin B.C.G38 untuk diberikan kepada kanak-kanak di Thailand bagi mencegah penyakit Tuberculosis (batuk kering). Hal ini secara jelas menunjukkan sumbangan besar Raja Bhumibol dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduknya sehingga yayasan yang ditubuhkan untuk mengumpul dana kewangan bagi bantuan kesihatan dinamakan sebagai ’Rajaprachasamasai’ yang bermaksud ’sokongan bersama antara raja dan rakyat’. Bahkan baginda juga telah menyumbang sebanyak 500 000 Baht daripada simpanan peribadinya dalam pembinaan Bangunan Memorial Mahidol di Saovapha bagi tujuan penyelidikan sains dan perubatan.39

9.0 Projek Pembangunan Diraja

Walaupun Raja Bhumibol sekadar berperanan sebagai raja monarki berpelembagaan di Thailand, namun baginda juga memainkan peranan besar dalam pembangunan negara melalui ’Projek Pembangunan Diraja’ yang sangat terkenal di Thailand. Semasa awal pertabalannya sebagai raja di Thailand, baginda telah melakukan banyak lawatan ke kawasan-kawasan pedalaman dan kawasan yang belum membangun untuk melihat keadaan topografi dan mendengar sendiri permasalahan yang dialami oleh rakyatnya. 38

Vaksin V.C.G (Bacille Calmette-Guerin) pertama kali dihasilkan pada awal abad ke-20 di benua Eropah. Sila lihat http://www.eurosurveillance.org/eq/2006/01-06/pdf/eq_3_2006_3-4.pdf 39 http://www/rdpb.go.th/rdpb/EN/BRANDSITE/theproject_s01.aspx

16

Sepanjang lawatannya, baginda dapat menemubual rakyatnya secara bersemuka untuk mendapatkan ’first-hand data’ (maklumat asal) yang akan dijadikan garis panduan bagi menentukan inisiatif diraja untuk melaksanakan Projek Pembangunan Diraja tersebut.40 Lawatan-lawatan baginda tidak terhad ke kawasan yang mempunyai jalanraya sahaja, bahkan baginda juga turut merentasi sungai dan memasuki ceruk-ceruk hutan yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda atau binatang tunggangan seperti kuda sahaja. Menariknya, baginda sentiasa membawa sebuah kamera jenama Canon dan sebuah peta yang besar untuk mengenalpasti topografi kawasan yang dilawatinya.41 Hasilnya baginda telah mendapat banyak pengetahuan dalam pentadbiran negara terutama setelah menyelidiki sendiri masalah-masalah yang diajukan kepadanya oleh penduduk-penduduk di kawasan yang dilawatinya. Buktinya semasa lawatan ke Kampung Huai Mongkhol, Daerah Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, kenderan pacuan empat roda baginda tersangkut dalam lopak yang akhirnya berjaya digerakkan semula dengan bantuan penduduk kampung yang melihat peristiwa tersebut. Akhirnya baginda mengambil inisiatif untuk membaiki jalan tersebut dengan kerjasama balai polis berhampiran dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Tambahan pula baginda mendapati jalan tersebut menjadi jalan perhubungan utama kepada penduduk kampung Huai Mongkhol untuk memasarkan produk-produk agrikultur (pertanian) mereka ke daerah Hua Hin sejauh 20 km sahaja. Bahkan inilah Projek Pembangunan Diraja yang pertama dilakukan seawal pertabalannya sebagai Raja Thailand. Salah satu projek besar yang diasaskan oleh baginda ialah pembangunan sumber bekalan air negara. Antara projek yang dilakukan dalam Projek Pembangunan Diraja

40 41

http://www/rdpb.go.th/rdpb/EN/BRANDSITE/theproject_s01.aspx __________ , 2000. King Bhumibol: Stregth of the Land. Thailand, National Identity Office, hlm. 283.

17

ialah Projek Kaem Ling (projek pengurusan banjir di bangkok dan kawasan metropolitan yang lain), Empangan Pa Sak Jolasid, Projek Empangan Terusan Tha Dan (Wilayah Nakhon Nayok), Projek Pembangunan Lembah Sungai Pak Phanang (Wilayah Nakhon Si Thammarat) dan Projek Pembangunan Lembah Sungai Nam Kam (Wilayah Sakon Nakhon dan Nakhon Phanom). Projek yang melibatkan pengurusan sumber air negara ini sememangnya memberi sumbangan besar kepada masyarakat Thailand khususnya di kawasan bandar. Raja Bhumibol telah menyatakan kepentingan penjagaan sumber bekalan air negara dalam ucapannya di Villa Chitralada pada 17 Mac 1986:

”…The importance is we must have water to drink, use and cultivate because life is here. If there is water, we can survive. If there is no electricity, we also can survive. But if there is electricity but no water, we cannot survive…”42

Pada tahun 1959, kerajaan pusat telah mengharamkan penanaman candu di kawasan pergunungan dan lereng-lereng bukit. Namun penduduk di kawasan tanah tinggi menghadapi kesukaran untuk menghentikan penanaman candu memandangkan tiada inisiatif lain untuk menjalankan aktiviti pertanian di kawasan mereka bagi menggantikan 42

http://www/rdpb.go.th/rdpb/EN/BRANDSITE/theproject_s01.aspx

18

penanaman candu. Namun pada tahun 1969, Raja Bhumibol telah datang ke datang ke Istana Phuping di Chiang mai untuk mendengar sendiri masalah penduduk di kawasan tanah tinggi dan mencadangkan inisiatif kepada mereka untuk menanam buah pic bagi menggantikan penanaman candu. Bahkan baginda telah memberi cadangan yang bernas agar mereka mereka mencantumkan tunas buah pic untuk menghasilkan buah pic yang lebih besar. Hasilnya pendapatan yang diterima oleh para petani tersebut lebih lumayan daripada pendapatan hasil penanaman candu sebelum itu. Pada tahun 1980, satu lagi Projek Pembangunan Diraja telah dijalankan melalui sumbangan peribadi baginda sendiri sebanyak 200 000 baht dan sumbangan Kelab Rotary Bangkok sebanyak 306 700 baht bagi projek penanaman buah pic secara besar-besaran. Hasilnya beberapa pakar pertanian daripada Universiti Kasetsart telah berjaya mencantumkan tunas pokok pic Australia dengan pokok pic tempatan di kawasan pergunungan Suan Song Saen yang berada 1 200 meter di atas paras laut.

Kesimpulan

Institusi Perajaan secara rasminya dianggap sebagai simbol penyatuan dalam sistem raja monarki berpelembagaan di Thailand. Namun peranan yang dimainkan oleh Raja Bhumibol telah melonjakkan kredibiliti baginda sebagai seorang raja di Thailand dan lebih mendekatkan diri beliau dengan permasalahan rakyat. Bahkan baginda turut memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyatnya. Raja Bhumibol juga tidak kedekut dan bersedia membelanjakan harta simpanannya dan elaun diraja untuk membantu rakyatnya sama ada dengan membina

19

kemudahan-kemudahan awam dan pusat-pusat penyelidikan. Sikap baginda amat disenangi oleh rakyat yang berbilang bangsa yang akhinya telah melonjakkan imejnya sebagai seorang raja yang berdaulat dan disanjung oleh semua lapisan masyarakat.

Bibliografi

Baker, Chris dan Pasuk Phongpaichit, 2005. A History of Thailand. New York, Cambridge Universty Press. Bowie, Alasdair dan Unger, Danny, 1997. The Politics Of Open Economies: Indonesia, Malaysia, The Philipines and Thailand. United kingdom, Cambridge University D. Neher, Clark, 1976. Modern Thai Politics From Village to Nation. Cambridge, S F. Kobkua Suwannathat-Pian, 2003. Kings, Country and Constotutions: Thailand’s Political Development. New York, RoutledgeCurzon

20

Moore, Russell, 1975. Thailand , Malaysia, Singapura : People. Place. History. New York, Thai-Ameican Publishers. chenkman Publishing Company. Mulder, Niels, 2000. Inside Thai Society : Religion. Everday life. Change. Thailand, Silkworm Book,Chiang Mai. Ooi Keat Gin, “Southeast Asia : A Historical Encylopedia From Angkor Wat to East Timor”, Encyclopedia, Volume One A-G. Pasuk Phongpaichit dan Chris Baker, 1995. Thailand Economy and Politics. United States, Oxford University Press New York. Tarling, Nicholas, 2004. Nationalism in Southeast Asia : If People are with us. United State, Routledge Curzon. _____________, 2000. King Bhumibol: Stregth of the Land. Thailand, National Identity Office. _____

. Thailand military rule and limited parliamentary government, 1976-83.

Diperoleh pada Februari 3, 2008 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Bhumibol Adulyadey

Diperolehi pada Mac 6, 2008 daripada http://workmall.com/wfb2001/thailand/thailand_history_index.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Rampasan_Kuasa_di_Thailand http://www/rdpb.go.th/rdpb/EN/BRANDSITE/theproject_s01.aspx

Diperolehi pada Feb 29, 2008 daripada

21

http://www.eurosurveillance.org/eq/2006/01-06/pdf/eq_3_2006_3-4.pdf http://kanchanapisek.or.th/activities/index.en.html http://www.ifrc.org/Docs/pubs/idrl/report-thailand.pdf http://kanchanapisek.or.th/activities/index.en.html http://www.thaimain.org/eng/monarchy/bhumi2.html http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Kings_of_Thailand

LAMPIRAN Gambar menunjukkan Raja Bhumibol dan rakyatnya

22

23

Related Documents

Raja
December 2019 46
5. O Nhiem Chat Thai Ran
November 2019 14
4.pp Xl Rac Thai Ran
November 2019 0
Ran
May 2020 29
Thai
December 2019 47