Pengajian Malaysia: Disediakan Oleh Harini Selvarajoo

  • Uploaded by: Nor Dalila
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengajian Malaysia: Disediakan Oleh Harini Selvarajoo as PDF for free.

More details

  • Words: 1,049
  • Pages: 12
PENGAJIAN MALAYSIA Disediakan oleh Harini Selvarajoo

Bab 4 : Pembangunan Negara 4.1.1 Rancangan Pembangunan Ekonomi Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan. Kerajaan perlu mengekalkan dan perkembangan ekonomi sebagai tanggungjawab yang berterusan.

Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru (DEC).

1)Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka ) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian dari Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

2) Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (19611965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.

3) Peringkat ketiga, iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEC), iaitu Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).

Rancangan Pembangunan Ekonomi Rancangan Malaya Pertama (1956 -1960) Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) Rancangan Malaysia Pertama (1966 -1970) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) ( Dasar Eonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986 –1990) Rancangan Malaysia Keenam (1990 – 1995) Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2000) Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005) Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 – 2010) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 – 2015)

Rancangan Malaysia Kesebelas ( 2016 – 2020)

4.1.2 Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM) Dalam era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990. Sepanjang dua dekad pelaksanaan RRJP1, Kerajaan telah berjaya melaksanakan program-program jangka pndek, iaitu Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990) Peringkat seterusnya ialah pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991. Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991 1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000) . Tempoh pelaksanaan RRJP2 berakhir pada tahun 2000. Kerajaan melancarkan program penting dalam RRJP2 ini, iaiti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam. Tempohh RRJP2 merupakan permulaan satu era ke arah matlamat membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Pada April 2001, Kerajaan telah melanacarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) pada tahun 2001 – 2010. Program ini meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010). RRJP3 merupakan fasa kedua bagi usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991 dan Kerajaan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara. RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik untuk mencapai pembangunan mampan seperti yang berikut : 1. Membina Bangsa yang berdaya tahan 2. Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama 3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi 4. Menghadapi persaingan antarabangsa 5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan 6. Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia 7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan

Rangka Malaya Pertama (1956 – 1960) ◦ Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan megikut projek – projek di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu. Matlamat utama rancangan pembanguan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar bandar. Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan DUA agensi kerajaan, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.

Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) ◦ Rancangan Melayu Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai. Pertama, rancangan ini deseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia. Kedua, perancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu perancangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas. Ketiga, satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya. Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding dengan Rancangan Malaya Pertama.

Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) ◦ Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program ke atas setiap sektor ekonomi. RMP ini juga memberi penekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi melaksanakan tujuan ini, Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau swasta. Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh golongan miskin. Seterusnya, Kerajaan menubuhkan beberapa agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif. Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.

Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) ◦ Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioeknomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan – kawasan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam, terutama dalam bidang perdagangan dan perindustiran. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974. Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut: ◦ (a) pertanian – 25% ◦ (b) pembuatan – 19.3% ◦ (c)perdagangan – 14.4% ◦ (d) perkhidmatan – 10.15 %

Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980) ◦ Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka Pajang Pertama (1971 – 1990). RMK3 ini merupakan peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembangunan sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan peluang pekerjaan. Mengikut Malaysia Kita (2014), dalam tempoh pelaksanaan DEB, ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8 % walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.

Rancanan Malaysia Keempat (1981 – 1985) ◦ Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesatan. Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran gaji, kejatuhan harga dan penuruna pendapatan eksport dalam sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat. Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar.Program yang diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang diperoleh daripada Malaysia Kita (2014), keluaran KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%. Namun begitu, kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.

Related Documents


More Documents from ""