Set Kertas 2 Mid Year 2009

  • Uploaded by: Dalila
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Set Kertas 2 Mid Year 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 910
  • Pages: 6
SULIT

02/2

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2009 2 jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN TIGA PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian Aii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

02/2 © 2009 Hak Cipta PPD Johor Bahru

[ Lihat sebelah SULIT

SULIT

2

02/2

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak Bahagian A(i) - Ringkasan [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kini, remaja semakin kurang patriotik, malah mereka sering dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik. Oleh itu, inisiatif yang bersifat praktikal perlulah diambil bagi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak padam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur. Strategi yang dapat dilakukan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu sememangnya mempunyai pelbagai faedah yang amat berguna. Hal ini demikian kerana program tersebut dipenuhi aktiviti yang dapat memupuk semangat patriotik, antaranya latihan kawad kaki, kursus menembak dan aktiviti berkumpulan. Menerusi aktiviti ini, dapatlah pelatih yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mempelajari nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat- menghormati.Mereka juga dapat bercampur gaul dengan para pelatih daripada etnik yang berbeza. Suasana ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik. Selain itu, golongan remaja seharusnya mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan. Aktiviti ini dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk menyemai rasa cinta akan negara dalam sanubari para remaja. Remaja dapat mengimbas kembali kenangan lampau sewaktu negara dijajah melalui nukilan puisi, sketsa dan novel kemerdekaan sehingga terbit di hati mereka semangat biar putih tulang jangan putih mata. Remaja juga perlu bersyukur kerana kita telah dapat menikmati dan mengecapi kemajuan negara. Sewajarnya, mereka haruslah membaca artikel-artikel yang berkaitan sejarah kemerdekaan tanah air agar semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa. Di samping itu, remaja perlu mengenali tokoh yang berjasa seperti Tunku Abdul Rahman, Tuk Janggut dan Mat Kilau . Remaja bukan sahaja perlu mengenali tetapi mereka juga harus menghargai tokoh tersebut agar dapat menjadi inspirasi dan idola dalam hidup mereka. Semangat mereka berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlu wujud dalam diri para remaja agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata . Sering kali dalam bulan kemerdekaan, media massa terutamanya televisyen menyiarkan program atau dokumentari peristiwa dan tokoh-tokoh bersejarah. Remaja perlulah mengambil peluang ini untuk menonton filem tersebut supaya dapat menghayati perjuangan mereka. Konklusinya, remaja merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan.

SULIT

3

02/2

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Patriotik dalam Kalangan Generasi Muda, Arifah Husna Muhamad, Dewan Siswa, Januari 2008) Bahagian A (ii)- Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1.

Berikan maksud melalui nukilan dalam petikan.

[ 2 markah]

2.

Menurut pengarang, apakah faedah remaja menyertai Program Latihan Khidmat negara? [ 4 markah]

3.

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya ibu bapa dapat menyemai semangat patriotik dalam diri anak-anak mereka? [ 4 markah]

SULIT

02/2

4

Bahagian B [ 20 markah ] Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan keluarga. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menggosok gigi

Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri dan Keluarga

Bersukan

Makan makanan seimbang

SULIT

5

02/2

Bahagian C [40 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah.

2. Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai

pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik. Bincangkan cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.

3. Seorang rakan anda telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan

mengarang esei peringkat kebangsaan. Anda telah berbual-bual dengan rakan anda itu tentang kejayaan tersebut. Tulis dialog itu selengkapnya.

4. Anda telah menyertai Program Anak Angkat selama tiga hari di sebuah

perkampungan nelayan. Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda untuk menceritakan pengalaman menjadi anak angkat kepada nelayan itu.

5. Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Tulis sebuah cerita yang

berkaitan dengan peribahasa di atas.

SULIT

02/2

6

Bahagian D [ 10 markah ] Jawapan mestilah berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

PERSOALAN Kasih sayang dalam keluarga

TRAGEDI EMPAT DISEMBER

KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN

Rajah di atas menunjukkan persoalan yang terdapat dalam kedua-dua buah tersebut. Huraikan empat contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan di atas, iaitu dua peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2 dan dua peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 3.

KERTAS SOALAN TAMAT

Related Documents


More Documents from ""