Penerapan Nilai -nilai Islam

  • Uploaded by: Nurul shakirin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerapan Nilai -nilai Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,471
  • Pages: 6
1. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia

Sistem pengurusan di Malaysia pada awalnya lebih banyak dipengaruhi oleh konsep pengurusan yang berasaskan kepada sistem kolonial Inggeris. Walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan, namun sistem pentadbiran dan pengurusan masih berorientasikan sistem Barat. Oleh demikian, penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pengurusan dan pentadbiran Malaysia amatlah penting dalam membentuk pekerja sektor kerajaan dan sektor swasta mengikuti landasan syariat Islam dan menolak sistem Barat. Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem pengurusan dan pentadbiran awam serta sektor swasta juga dianggap salah satu daripada langkah utama untuk memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Hal ini kerana, objektif wawasan 2020 adalah ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus negara maju mengikut acuannya sendiri tanpa mengabaikan aspek agama, moral dan tradisi tempatan. Rentetan gejala krisis nilai, moral dan pemimpinan berlaku pada era 1980an yang telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Ulama` Islam berpendapat bahawa fenomena ini merupakan satu dilema umat Islam yang berlaku disebabkan oleh tiga perkara iaitu kekeliruan tetntang konsep ilmu, tiadanya adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak mengahayati aspek kerohanian dan kemasyarakatan (Mohd Affandi Hassan, 1992: Al-Attas, 1978). Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak birokrat dan kakitangan awam yang beragama Islam menghubungkaitkan sebarang tindakan serta memikirkan langkah-langkah pembaharuan dalam pentadbiran dan pengurusan awal selaras dengan konsep Islam untuk mengatasi gejala serta krisis yang melanda Negara. Umumnya, mejoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, dan konsep ini wajar dilaksanakan dalam menyarut seruan agama serta landasan-landasan menurut Syariat Islamiah dalam segala aspek. 2.0 Program- program yang dijalankan oleh Kerajaan 1. Program Hub Halal Program Hub Halal ini telah diperkenalkan oleh Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Kelima Malaysia dalam ucapannya semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 pada tahun 2006. Halal yang dimaksudkan bukan sahaja terhindar daripada makanan haram dari segi hukum syarak, halal juga dimaksudkan

terjaminnya dari sudut kesucian dan kebersihan makanan termasuklah bahan-bahan yang digunakan, serta kebersihan pada kawasan penyediaan makanan tersebut. Halal yang dimaksudkan Islam bukan sahaja sudut bahan makanan tersebut. Sebagai contoh, ada sesetengah Syarikat melaksanakan penyembelihan haiwan yang tidak menepati Syariat Islam maka ini tidak dia menepati konsep halal. Ini sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang pengembala yang mengembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadan, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram”.(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Jelaslah halal bukan sahaja dimaksudkan dengan bahan serta makanan tersebut, sudut penyediaan awal makanan tersebut juga menjadi penilaian dalam menentukan halal sesuatu makanan. Pengeluaran pensijilan halal ini kini diserahkan kembali kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari Halal Industry Corporation (HDC)(Berita Harian: 2009)

2. Program Amal Jariah dan Potongan Cukai

Dalam pembentangan belanjawan 2008, Kerajaan Malaysia telah menggalakkan agar sektor awam dan swasta melaksanakan tanggungjawab sosial demi kepentingan masyarakat. Dalam usaha-usaha itu kerajaan telah mengumumkan Program Amal Jariah. Kerajaan juga telah memberi potongan cukai kepada syarikat yang memberi sumbangan kepada projek kemasyarakatan berkaitan pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur dan ICT. Program ini telah secara langsung telah menyemai sikap bantu-membantu terhadap masyarakat miskin dan sekaligus membantu pendapatan golongan miskin serta pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, kerajaan juga telah menggalakkan orang Islam melakukan potongan zakat melalui potongan bulanan pendapatan agar institusi zakat dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan mudah dalam membantu kerajaan membasmi masyarakat

miskin Islam juga bukan Islam. Ini bersesuaikan dengan Sabda Rasulullah S.A.W : “Orang Muslim itu bersaudara bagi orang Muslim lain. dia tidak menzaliminya dan tidak pula membiarkannya zalim” (Hadis Riwayat Tarmizi) 3. Pengubalan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2008

Dalam memenuhi tuntutan masa terhadap kualiti perkhidmatan awam, kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan program-program seperti Total Quality Management (TQM), Quality Control Circle (QCC), Unit Jaminan Kualiti, Perancangan Strategik dan Piagam Pelanggan bermula tahun 2005 (The Budget Speech: 2008).

Kerajaan Malaysia juga menjadikan MS ISO 9001:2008 sebagai garis dan panduan dalam sektor awam dan sektor swasta untuk mewujudkan satu sistem pengurusan kualiti secara menyeluruh dalam memenuhi kehendak pelanggan, memenuhi kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran. Keperluan ini sejajar dengan keperluan syariah iaitu budaya Itqaan (kesempurnaan) yang digariskan dalam pengurusan Islam. Aisyah r.a. melalui riwayat al-Baihaqi r.a. bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan atau bersungguh-sungguh (sempurna)”. Jelaslah bahawa dalam melakukan sesuatu itu lebih baik dilakukan dengan sempurna. Apabila sebuah organisasi melahirkan kualiti dengan sempurna, secara langsung ianya akan memberikan suatu pulangan yang lebih lumayan tanpa diduga. Misalnya sebuah kilang mengeluarkan satu produk yang berkualiti, nescaya produknya akan mendapat permintaan tinggi pelanggan. 4. Etika berpakaian Umumnya, cara berpakaian melambangkan keperibadian seseorang pekerja serta nilainilai dan etika yang murni. Dapat diperhatikan dalam agensi kerajaan misalnya, telah menetapkan beberapa etika berpakaian bagi penjawat awam. Bagi penjawat sektor awam lelaki iaitu memakai pakaian yang kemas, menutup aurat, tidak berpakaian yang ketat, juga menjolok mata masyarakat sekitarnya. Mewajibkan

pembudayaan pemakaian baju Kebangsaan lengkap pada hari jumaat agar keseragaman terlihat pada kesemua penjawat awam. Manakala, penjawat awam wanita pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penjawat wanita Islam dan bukan Islam. Bagi penjawat awam wanita Islam, disyaratkan memakai pakaian yang sopan, kemas serta menutup aurat kerana ianya selari dengan amalan akhlak yang mulia. Bagi penjawat bukan Islam juga dititik beratkan berpakaian sopan, kemas dan dibenarkan berpakaian mengikut tradisi tetapi tidak berpakaian yang menjolok mata masyarakat sekitarnya. Bukan sahaja sektor awam mengamalkan etika berpakaian seperti dinyatakan, juga sesetangah organisasi dalam sektor swasta juga mengamalkan etika berpakai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Syarikat Goverment Link Company (GLC) seperti Telekom Malaysia Berhad, dan Bank Islam juga mempraktikkan etika berpakaian yang telah digariskan oleh Kerajaan. Jelaslah etika berpakaian sopan, kemas dan menutup aurat ini adalah satu bukti jelas penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia. Hal ini kerana Islam mengajar umatnya beretika dalam berpakaian, individu muslim bebas berpakaian namun seharusnya berpakaian yang mengikuti garis panduan Syariat Islamiah. 5. Penyediaan Ruangan Solat dan peruntukan waktu solat Penyediaan ruangan solat dalam premis kerajaan ini dilihat bermula sekitar awal tahun 2000 an. Setiap premis kerajaan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya satu ruangan solat untuk orang Islam menunaikan ibadah solat. Kerajaan juga telah memperuntukan waktu solat bagi penjawat awam dengan kadar waktu rehat selama setengah jam.Tambahan pula, kerajaan juga menyediakan ruangan solat di tempat-tempat awam seperti Hentian Rehat (R&R) dan Stesen-stesen Bas. Walau bagaimanapun, tidak ketinggalan juga sektor swasta kini turut menyediakan ruangan solat dan peruntukan waktu solat untuk pekerjanya. Sebagai contoh, sebuah kilang seharusnya menyediakan sekurang-kurangnya satu ruangan solat untuk pekerjanya. Hal ini kerana kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa wajib dalam penyediaan ruangan solat dan peruntukan masa rehat untuk solat bagi pekerja dalam semua sektor.

Tambahan pula, kerajaan juga menggariskan disetiap Stesen Pam Minyak seharusnya memiliki sekurang-kurangnya satu bilik ruangan solat. Ini jelas meninjukkan bahawa Quality Malaysia System (QMS) adalah berasaskan sistem pengurusan Islam. Mencari ruang untuk menunaikan solat bukan lagi satu masalah kepada masyarakat Islam di Malaysia. 3.0 Rumusan terhadap program-program kerajaan Niilai-nilai Islam merupakan satu aspek yang penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia. Nilai Islam jugalah yang mencerminkan norma masyarakat. Norma ini amat penting bagi mengawal tingkah laku manusia atau kelompok masyarakat kerana jika setiap anggota kumpulan masyarakat dibiasakan membuat apa sahaja tanpa peraturan dan pantang larang, maka sesuatu perkara itu akan dilakukan mengikut sesuka hati sahaja tanpa memikirkan persepsi serta pandangan masyarakat atau orang yang berada disekeliling. Selepas memperhatikan kepelbagaian nilai, kita dapat mengetahui nilai yang bertumpu kepada orang Melayu. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah (s.w.t) sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik, mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya.

Jelaslah bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah satu langkah dalam merealisasikan sistem pengurusan Islam di Malaysia. Dengan terlaksananya sistem pengurusan Islam ini akan memberi impak besar dalam corak pengurusan Negara. Umum diketahui terlalu banyak berlakunya kes rasuah dalam pentadbiran negara, jika penerapan nilai Islam ini berjaya diterapkan dalam diri pekerja tidak kira pekerja bawahan mahupun pihak atasan, permasalahan rasuah ini tidak akan berlaku lagi kelak. Hal ini kerana dalam diri

pekerja itu memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan serta percaya akan azab yang menanti di akhirat kelak. Jesteru itu, semua pihak sektor awam juga sektor swasta seharusnya berganding bahu dalam menyokong seterusnya merealisasikan segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia agar kestabilan ekonomi, politik dan sosial kekal aman selamanya. Setiap organisasi seharusnya menekankan sikap berkualiti bukan pada mencapai matlamat sematamata tetapi kualiti diabaikan. Kualiti juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah organisasi kekal bertahan lama.

Related Documents

Nilai
June 2020 87
Nilai
November 2019 94
Nilai
June 2020 70

More Documents from ""