Pendidikan Islam-3 Kaedah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendidikan Islam-3 Kaedah as PDF for free.

More details

  • Words: 473
  • Pages: 9
PENDIDIKAN ISLAM Bidang : Ibadah Tajuk : Wudhu’’

HOTFI ABD JABAR MOHD ZARIMI B. ABU ZIH

KAEDAH 1 : SYARAHAN/KULIAH • Guru mempunyai peranan utama. Seorang guru mempunyai pengetahuan memberikan pengajaran kepada murid2 secara berpidato. •

KAEDAH 1 : SYARAHAN/KULIAH ~ LANGKAH-LANGKAH ~ Guru memberi penerangan secara kuliah tentang isi-isi penting mengenai wudhu’. Isi pembelajaran ditayangkan dengan menggunakan slide/LCD Pelajar memberi perhatian dengan teliti tentang kuliah guru mengenai wudhu’ Guru menyampaikan secara kuliah tentang kelebihan berwuduk Berdasarkan fakta-fakta yang telah disampaikan, guru menguji kefahaman pelajar dengan bersoal jawab Guru membuat rumusan secara kuliah terhadap isi-isi penting mengenai tajuk di atas

KAEDAH 2 : PERBINCANGAN • Kaedah ini adalah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajat tentang sesuatu topik.



• •



• • •

Perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. • Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. • Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. • Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

KAEDAH 2 : PERBINCANGAN ~ LANGKAH-LANGKAH ~ Guru memberitahu tajuk. Setelah diteliti dan difahami, pelajar-pelajar mula berbincang Perbincangan dilakukan secara sumbangsaran Setiap pelajar memberikan pendapat dan idea mereka Pendapat yang diberikan dicatat oleh pencatat Di akhir perbincangan, idea-idea disemak dan dipilih mengikut keutamaan dan sesuai dengan tajuk Rumusan perbincangan dibincangkan secara menyeluruh Guru bertindak sebagai fasilitator

KAEDAH 3 : DEMONSTRASI/LAKONAN

~ LANGKAH-LANGKAH ~ Semua pelajar dibawa ke bilik air (paip/kolah) Guru beri penenrangan dan melakukan demonstrasi. Pelajar memerhati tunjuk cara tersebut Pelajar mengenalpasti cara-cara berwudhu’ kemudian melakukannya secara individu Pelajar melakukan wudhu’ secara bergilir-gilir dihadapan semua pelajar Guru juga memerhatikan serta membetulkan kesilapan dan memberi peneguhan positif Guru memastikan pelajar-pelajar dapat melakukan wudhu’ dengan sempurna

SEKIAN

Related Documents