PENDAHULUAN Nama saya Iskandar Bin Yazid. Saya belajar di tingkatan 3 saujana 2 di S.M.K Seri Mahkota, Kuantan. Bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan 3, saya dan semua pelajar diwajibkan untuk membuat kerja kursus iaitu Kajian Geografi Tempatan(KGT). Saya telah menjalankan KGT ini selama 13 minggu. Saya telah diarahkan untuk membuat kerja kursus ini di bawah tajuk Perkembangan dan Petempatannya. Saya diarahkan untuk memilih salah sebuah petempatan dalam kawasan negeri PAHANG D.M. Saya telah memilih PEKAN JAYA GADING, untuk dibandingkan dengan ST.LAWRENCE, KANADA. Saya telah memilih pekan JAYA GADING kerana ia berada dekat dengan kawasan Petempatan saya di Taman Seri Mahkota Aman. Ia juga menjimatkan kos untuk saya ke sana menjalankan kajian ini. Saya juga memilih lembangan ST.LAWRENCE,KANADA sebagai negara yang dibandingkan kerana mudah untuk saya mencari maklumatnya dari internet.