Penaksiran

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penaksiran as PDF for free.

More details

  • Words: 1,586
  • Pages: 6
Pengenalan

PENTAKSIRAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATEMATIK Pentaksiran merupakan asam garam dunia pendidikan matematik. Apabila ianya dilaksanakan dengan sempurna dan baik, ianya mampu menjanakan informasi yang agung. Dapatan pentaksiran menyajikan maklumat kepada pendidik tentang keberkesanan pendekatan, strategi, atau teknik pengajaran yang digunakan, justeru memberi suntikan kepada proses pencarian kaedah mengajar yang lebih efisien. Bagi seorang pelajar pula, hasil pentaksiran merupakan satu indikator atau penunjuk kepada apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih perlu dipelajari dan bagaimana cara terbaik untuk mempelajarinya. Di samping itu juga, bagi pihak ibu bapa dan pemegang saham yang lain, ianya memberi panduan tentang bagaimana cara yang terbaik untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka. Definisi Pentaksiran Dari kaca mata seorang pendidik, pentaksiran merupakan satu proses di mana pendidik mengumpul bukti, membuat inferens, membuat kesimpulan, dan bertindak berdasarkan kesimpulan yang dibuat. Pentaksiran itu adalah konstruktif apabila fokus diberi kepada proses pembelajaran matematik di kalangan pelajar di mana penaksiran itu sendiri menjadi salah satu pemangkin ke arah pembelajaran matematik di kalangan pelajar. Dari kaca mata seorang pelajar pula, pentaksiran dilihat sebagai satu wahana yang memberi peluang kepada pelajar bagi mengetengahkan pemahaman dan kemahiran matematik masing-masing. Ianya mejadi medium komunikasi di antara pendidik dengan pelajarnya tentang apa yang pelajar sudah pelajari, apa yang masih kabur, dan tentang apa yang telah membantu dan yang telah membantut proses pembelajaran mereka, menjadikan ianya satu sumber untuk mencadangkan tindakan yang bakal diambil. Maka, pentaksiran itu adalah konstruktif apabila ianya mampu menilai dan menghargai apa yang pelajar sudah boleh buat dan pada masa yang sama, membantu mereka mengenali bahagian pelajaran yang masih perlu diberi perhatian. Prinsip Pentaksiran Konstruktif

Pentaksiran konstruktif dibina atas lima prinsip utama. • •

• • •

Pentaksiran hendaklah mampu membuat perwakilan kepada matlamat arahan (instructional goals) dan nilai arahan (instructional values) Pentaksiran hendaklah menjadi satu wahana perkongsian atau pertukaran maklumat di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, pemegang saham (stake holders) dengan pelajar, dan seumpamanya. Pentaksiran hendaklah mampu melahirkan ekspresi atau luahan yang optimum tentang pembelajaran pelajar yang sudah dialami oleh pelajar. Pentaksiran hendaklah mempunyai nilai arahan. Pentaksiran hendaklah mampu memberi firasat atau ramalan (anticipation) tentang tindakan yang wajar diambil perhatian terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar dan pengajaran pendidik.

Suatu pentaksiran yang berteraskan konsep konstruktivisme akan mengambil kira penggunaan alat matematik dan kemahiran yang lazim dan tidak lazim secara kontekstual. Pelajar akan bertindak dengan memilih dan mensintesiskan kemahirankemahiran ini untuk menyelesaikan masalah sebenar dan berguna (novel problems). Untuk itu, pelajar wajar dilibatkan dalam kumpulan kolaboratif dan melaksanakan masalah tersebut sama ada dalam bentuk penyelesaian masalah ataupun kerja projek. Dalam menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar mungkin perlu memilih dan menggunakan dengan sebaiknya dan secara efisien teknologi masa kini. Salah satu aspek dalam pentaksiran konstruktif adalah penghasilan laporan kepada penyelesaian masalah yang diajukan. Dengan cara ini, pelajar akan menggunakan ide matematik masing-masing untuk berkomunikasi. Selain daripada itu, aktiviti refleksi secara berterusan, sistematik dan kritikal terhadap pembelajaran masing-masing juga perlu diadakan. Dengan itu, pendidik perlu bijak menggubal soalan, merekabentuk bentuk aktiviti, mengumpul maklumat dan menganalisis, serta menilai hasil daripada kerja projek pelajar. Justeru itu, pendidik hendaklah menjadikan tabiat sentiasa mengemaskini pengetahuan masing-masing melalui pembacaan hasil penyelidikan terdahulu. Pentaksiran konstruktif juga hendaklah merangkumi pentaksiran kegunaan bahasa matematik itu sendiri. Ini adalah kerana matematik bukan sekadar satu cabang ilmu yang mempersembahkan pelajarnya dengan nombor dan simbol semata-mata, tetapi ianya juga merupakan satu bahasa komunikasi. Justeru itu, pelajar perlu dinilai sama ada mereka mampu untuk membaca dan memahami ayat matematik. Interpretasi pelajar perlu sejajar dengan maklumat yang dibekalkan dalam soalan yang diajukan. Di samping itu juga, pelajar perlu mampu untuk menyatakan ide mereka secara matematik sama ada dalam bentuk persamaan atau ayat matematik. Pentaksiran konstruktif juga mampu memberi penjelasan tentang kemahiran

matematik yang sudah ada atau sudah dipelajari oleh pelajar dan kemahiran yang mana satu yang masih kabur. Cara penyelesaian kepada sesuatu masalah secara lazimnya tidaklah terhad (non exclusive). Pentaksiran itu adalah konstruktif sekiranya ia mampu untuk memberi input kepada pendidik tentang pelbagai jenis kemahiran yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Daripada pilihan pelbagai alat matematik tersebut, pelajar akan memilih salah satu daripadanya berdasarkan tahap pemahamannya. Selain daripada itu juga, proses pengajaran - pembelajaran berteraskan konstruktif ini meliputi pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada pembelajaran secara koperatif. Justeru itu, alat pentaksiran tersebut juga hendaklah selari dengan aktivitiaktiviti tersebut. Ini bagi memberi laluan kepada pentaksiran kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Justeru, satu bentuk penilaian yang menyeluruh dan lebih kepada rujukan-kriteria, daripada rujukan-norma. Ringkasnya, pentaksiran konstruktif akan membezakan di antara pengajaran dan pembelajaran. Adakah apa yang dipelajari oleh pelajar sama seperti apa yang telah diajar oleh pendidik? Maka, pentaksiran konstruktif ini merupakan satu cara pertukaran maklumat di antara seorang pendidik dengan pelajar-pelajarnya. Alat Pentaksiran Terdapat pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan. Di antaranya adalah Penilaian Melalui Pemerhatian, Penilaian Melalui Interviu, Penilaian Pencapaian (Performance Assessment), dan Portfolio. Hanya dua daripada alat yang disebut tadi akan dibincangkan dengan ringkas di bawah ini. (a) Penilaian Melalui Pemerhatian Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar. Tujuan utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut. Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan. 1. Fahami asas kepada pemerhatian

   

menyedari keadaan sekeliling membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan zahir

2. Bersedia untuk membuat pemerhatian dengan    



membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pemerhati membuat pelan sampel menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul melatih pemerhati

3. Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal 4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;   

tahap efisien pembelajaran mereka mereka boleh membantu rakan mereka belajar mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien

(b) Penilaian Melalui Interviu Interviu adalah satu proses interaksi di antara penemuramah, iaitu pendidik dengan seorang atau lebih orang yang ditemuramah (pelajar) di mana soalan dan jawapan diolah dalam bentuk verbal. Ianya merupakan satu sumber yang kaya dengan maklumat tentang pemikiran, pemahaman, dan perasaan pelajar terhadap matematik. Penilaian sebegini lazimnya melibatkan satu set soalan yang disusun dalam turutan yang paling sesuai bagi menjana pemerolehan maklumat tersebut.

Prosedur intervie melibatkan pendidik bersemuka dengan pelajar semasa pelajar menyelesaikan masalah. Pelajar tersebut dibiarkan bekerja dengan sendiri untuk mencapai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pada masa yang sama, pendidik hendaklah mengetahui apa yang dilakukan, mengapa dilakukan, bagaimana melakukan, bila melakukan, dan soalan-soalan jurnalis yang lain. Rujukan: Arellano, E. L. (2001). Observation and Interview as Alternative Constructive Assessments. Nota Kursus (SM-WB6): Menggunakan IT Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Menengah Yang Berkonsepkan Sekolah Bestari. SEAMOE - RECSAM, Pulau Pinang. 2 Apr. - 19 Mei 2001. Arellano, E. L. (2001). Performance Assessment and Portfolio as Alternative Constructive Assessments. Nota Kursus (SM-WB6): Menggunakan IT Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Menengah Yang Berkonsepkan Sekolah Bestari. SEAMOE RECSAM, Pualu Pinang. 2 Apr. - 19 Mei 2001. Khairiree, K. (2001). Constructive Assessment In Mathematic. Nota Kursus PM0917: Effective Mathematics Teaching Strategies Inspiring Progressive Students: Student-Centred Approach. SEAMOE - RECSAM Pulau Pinang. 26 Feb. - 7 Apr. 2001. Link Berkaitan Dengan Penilaian Konstruktif (dikenali juga sebagai Penilaian Alternatif)

Alternate Assessment oleh Massanari, C. http://www.usu.edu/~mprrc/atlas-QA.html Assessment http://www.temple.edu/CEPT/temple_teach/a-observe.html

Instructional Technology Curriculum wysiwgy://186/http://www.schools...2.fl.us/curriculum/portfolio.html Portfolio Assessment http://www.ss.uno.edu/ss/TeachDevel/Asses/PortfolioAssess.html Portfolio Assessment oleh Prince George's County Public Schools http://www.pgcps.org/~elc/portfolio.html

KEBERKESANAN penggunaan komputer dalam pengajaran matematik sekolah rendah (Penyelia : Prof. Madya Dr. Abd. Razak Habib) P71 Abd. Samad Hanif FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Abstrak Kajian ini membandingkan kesan dua kaedah pengajaran matematik iaitu kaedah pengajaran berbantu komputer (PBK) dan kaedah pengajaran biasa (KPB). Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasai. Perisian PBK yang digunakan dibina sendiri oleh pengkaji dengan bantuan alat pengarangan Authourware. Kesan pembelajaran yang dikaji ialah pencapaian matematik dan sikap terhadap komputer dan perisian PBK. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid tahun 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. Kesemua sampel ini adalah berbangsa Melayu. Seramai 40 murid mengikuti KPB dan 40 murid lagi mengikuti PBK. Murid bagi kedua-dua kaedah ini mempelajari matematik bagi satu topik yang sama dua jam seminggu selama satu bulan. Pencapaian murid dalam matematik dinilai menggunakan ujian objektif, sementara soal selidik digunakan untuk mengukur sikap. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati tiada perbezaan pencapaian matematik dan sikap murid terhadap komputer dan perisian yang digunakan antara kumpulan murid yang mengikuti PBK dan PKB. Bagaimanapun terdapat perbezaan pencapaian mengikut kelas di mana murid-murid kelas lemah menunjukkan peningkatan pencapaian yang lebih tinggi berbanding murid-murid kelas pandai. Secara amnya, murid dari kumpulan PBK bersikap positif terhadap perisian PBK yang digunakan, malah mempunyai hubungan yang kuat ke atas pencapaian murid. Memandangkan kedua-dua kaedah mempunyai beberapa aspek positif terhadap proses pembelajaran matematik, dicadangkan satu kaedah pengajaran yang menggandingkan ciri-ciri positif kedua-dua kaedah pengajaran dilaksanakan. Sebagai tambahan guru-guru seharusnya membangunkan perisiannya sendiri bagi memenuhi kehendak murid dan guru

Related Documents