JABATAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Siapakah Mereka?....... Kenapa Begini?.....
Pengenalan: Falsafah Pendidikan Kebangsaan • • • •
Latar belakang Konsep Dasar Strategi Perlaksanaan
Pengenalan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan: Melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “Menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ dalam menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.
Falsafah Pendidikan kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Latar Belakang
1967 - KPM telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan Strategi ‘Withdrawal System….’ 1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan iaitu pemulihan dijalankan oleh Guru kelas dan guru matapelajaran 1994 – Program khidmat guru Pedamping bagi meingkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR 1999 – Program Intervensi 3M diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di SK, peralihan dan tingkatan 1 di SMK 2000 – Instrumen IPP3M dilancarkan 2006 – IPP2M yang menekankan kepada bahasa melayu – membaca dan menulis dibina 2007 – Ujian pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk ujian saringan dan ujian pencapaian murid pemulihan khas
1
- KPM telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan Strategi ‘Withdrawal System….’
Dikeluar, dikumpul dan dipulih
1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan iaitu pemulihan dijalankan oleh Guru kelas dan guru matapelajaran
Pendidikan Imbuhan Tahun 1 hingga Tahun 3 Melibatkan 12 buah sekolah
1994 – Program khidmat guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR Pengayaan dan pemulihan dalam KBSR 1999 – Program Intervensi 3M diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di SK, peralihan dan tingkatan 1 di SMK Objektif :
Menangani masalah 3M Meningkatkan peratus kelulusan UPSR P&P murid mengikut “self paced”
Sasaran :
Murid Tahun 3 dari 1998, 1999, 2000 Instrumen Ipoh, November 1998 Murid Tahun 6, 1998 – Tingkatan 1/Peralihan Gred ‘D’ dan ‘E’ – BM Penulisan & Pemahaman
Pelaksanaan :
6 bulan - Semester 1 sesi persekolahan 1999 Menguasai – kembali ke kelas normal Bilangan murid 15-20 orang Masa P&P – 720 minit
2000 – Instrumen IPP3M dilancarkan
Program IPP 3M – dilancarkan oleh JPK, KPM Menangani masalah penguasaan 3M 2000 – IPP 3M untuk murid Tahun 1 2001 – IPP 3M untuk murid Tahun 2 2002 – IPP 3M untuk murid Tahun 3
2006 – IPP 2M yang menekankan kepada bahasa melayu – membaca dan menulis dibina Program IPP 2M – dilancarkan oleh JPK, KPM Menangani masalah penguasaan 2M – Gerak Gempur untuk murid Tahun 6 Projek rintis – Kelantan, Perlis, Labuan Murid KPR – KBSR minima 15 dan maksima 30 Sebagai instrumen saringan – tiada penambahan guru
2007 – Ujian pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk ujian saringan dan ujian pencapaian murid pemulihan khas • Ujian Pelepasan 2, KIA 2M terus diguna untuk pelepasan murid Pemulihan Khas Tahun 3,4,5,6
Konsep PPK : Program khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan menguasai kemahiran asas 3M.
Matlamat : Membantu Murid yang tidak dapat menguasai 3m dalam tempuh yang ditetapkan.
Dasar Mengikut laporan Jawatankuasa kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1997.(PERAKUAN 5) “Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkaraperkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang kecil, peruntukan bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.”
Objektif :
Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
Membantu murid-murid mengubah sikap negatif tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
Dasar Pelaksanaan : Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
a) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8594/Jld.11/(32) bth. 22.Jan 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Penjawatan Guru Pemulihan Khas Mengendalikan program Pemulihan Khas sepenuhnya Murid bermasalah pembelajaran Lampiran tugas Jadual waktu
Dasar Pelaksanaan : Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
b) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth. 18. Jan 1986. (Kelas Khas Pemulihan di Sekolah Rendah)
Laksana Program Pemulihan Guru-guru yang terlatih khas Kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbiran sekolah Penyeliaan dan pencerapan 2 lampiran Bilangan guru Tugas-tugas khas
Dasar Pelaksanaan : Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
c) Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(29). (Pengawasan dan penyeliaan Program Pemulihan)
Program Pemulihan berjalan dengan teratur Murid masalah pembelajaran Penyeliaan dari Unit Pendidikan Khas, JPN Pengelolaan, pengurusan, keberkesanan Kekangan dan pemasalahan Rekod lawatan
Dasar Pelaksanaan : Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang masih digunapakai).
d) Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah)
Lantikan jawatan guru khas Pemulihan Khas Wajib menubuhkan kelas khas Pemulihan Khas Hanya seorang guru khas Pemulihan Khas Kursus peningkatan Pendidikan Pemulihan Khas Kerjasama dan sokongan dari pihak pentadbir sekolah Program tidak boleh ditutup
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8594/Jld.11/(32) bth. 22.Jan 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
Tugas guru khas pemulihan di sekolah ialah untuk mengendalikan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah di sekolahsekolah rendah. Program ini merupakan satu usaha yang baik dalam membantu murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Khususnya dalam menguasai 3M.
Tugas guru pemulihan khas:
menjalankan kerja-kerja pemulihan. membantu guru-guru asas. berjumpa dan berbincang. melaksanakan penilaian berterusan. menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah. mengadakan bengkel diperingkat sekolah.
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28. Jan 1986. (Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah)
Diharapkan pihak pentakbir dapat memberi kerjasama untuk mempastikan guru-guru terlatih khas dalam bidang pendidikan pemulihan diberi keutamaan oleh pihak sekolah untuk mengendalikan kelas-kelas pemulihan.
Unit kurikulum diperingkat JPN dan PPD hendaklah bertanggungjawab terhadap pengawasan dan penyeliaan Program Pemulihan Khas disekolahsekolah, ini adalah kerana program pemulihan ini melibatkan dua matapelajaran asas iaitu bahasa dan matematik yang memerlukan perancangan, penyediaan, pelaksanaan dan penyeliaan yang rapi dan teratur.
Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(29). (Pengawasan dan penyeliaan Program Pemulihan)
KPM berharap program pemulihan ini berjalan dengan lebih berkesan dan kerjasama daripada pihak JPN adalah amat diperlukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengawasan dan penyeliaan sekolah-sekolah. Dalam hal ini pegawaipegawai berkenaan di JPN adalah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan prestasi program pemulihan di sekolahsekolah rendah. Semasa membuat lawatan di sekolah-sekolah, tinjauan secara dekat hendaklah dibuat terhadap kelas pemulihan dari segi pengelolaan, pengurusan dan keberkesanan kelas tersebut. Jika terdapat sebarang masalah dalam aspek tersebut, mereka haruslah berbincang dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah tersebut. Kementerian juga memerlukan maklumat serta laporan mengenai perkembangan dan kemajuan program pemulihan di setiap negeri dari masa ke semasa.
Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah
Jawatan guru pemulihan adalah jawatan tambahan. KPM berharap pihak sekolah memastikan bahawa semua jawatan guru pemulihan hendaklah diisi bagi setiap sekolah. Pihak pentadbir juga diminta memberi perhatian dari segi: Hanya seorang guru yang boleh dilantik sebagai guru pemulihan di sesebuah sekolah. Keutamaan haruslah diberi kepada guru yang telah mengikuti Kursus Pemulihan 1 tahun atau 6 bulan.
Sambungan ….
Surat Siaran Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(34) bth.30. Jun.1989.(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Disekolah Rendah Sekiranya terdapat lebih seorang guru yang terlatih dalam bidang pemulihan khas di sesebuah sekolah langkah- langkah yang harus diambil oleh JPN ialah membuat penempatan semua ke sekolah yang tidak mempunyai guru pemulihan khas. Guru khas pemulihan hendaklah ditugaskan mengajar kelas pemulihan sepenuh masa. Guru besar dan semua guru haruslah memberi sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan program pemulihan. Kelas khas pemulihan tidak boleh ditutup oleh pihak sekolah tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak JPN dan KPM. * Adalah amat penting Guru-guru besar betul-betul memahami akan tugas dan peranan guru khas pemulihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap perkembangan dan kemajuan kelas khas pemulihan di sekolah masing-masing. -
Takrifan ‘Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai
intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.’ – AE Tanseley dan R. Culliford
‘Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.’ – M.F.Clough
‘Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanakkanak yang lemah (mentally retarded).’ – Sharifah Rahmah Ali
Strategi Perlaksanaan
Pencalonan murid: -
-
Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan 2 KIA2M Pencalonan murid boleh dibuat oleh: # guru kelas/guru mata pelajaran # guru besar # ibubapa Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan.
Strategi Perlaksanaan
Pengumpulan maklumat: Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. maklumat tersebut boleh kita dapati dari: a) Guru Besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain. c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.
Terima kasih…
“Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi…” By-