Edited Pen Gen Alan

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Edited Pen Gen Alan as PDF for free.

More details

  • Words: 802
  • Pages: 4
PENGENALAN Definisi Pengangguran Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada keluaran negara. Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi sedang giat mencari pekerjaan dalam ekonomi Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Pengangguran Secara Keseluruhan Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku.?

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Ekonomi dan Pengangguran di Malaysia Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Secara global, isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turun-naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama lain. Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia.

Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Tentunya kita masih teringat dengan krisis matawang Asia pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam konteks domestik pula, halaman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu www.epu.jpm.my , telah menerangkan dengan secara terperinci mengenai perubahan bentuk serta fasa-fasa perkembangan ekonomi negara Malaysia sejak tahun 1957. Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas akibat krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih timah, telah memburukkan lagi keadaan. Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis tersebut. Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988 – 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak kemerdekaan.

Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi

stabil, beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang pekerjaan bertambah. Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 – 1997 dengan GDP sebanyak 8.5 % sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat. Tetapi, seperti krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya. Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar

pemulihan yang terkandung di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000. Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah berjaya mengharungi resesi dunia dalam tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an, isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20. Dalam erti kata yang lain, kadar pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam atmosfera yang kondusif dan tenteram.

Related Documents

Edited Pen Gen Alan
July 2020 23
Pen Gen Alan Komputer
November 2019 36
Pen Gen Alan
May 2020 24
Pen Gen Alan Internet
May 2020 23
Pen Gen Alan
May 2020 25
Pen Gen Alan
June 2020 26