Pen Gen Alan Asas Kepada Linux

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pen Gen Alan Asas Kepada Linux as PDF for free.

More details

  • Words: 500
  • Pages: 2
Pengenalan Asas Kepada Linux _POSTEDON Sep 17, 2005 - 10:55 AM by maddin

Linux sebenarnya hanyalah kernel kepada Operating System. Kernel sahaja masih belum mencukupi untuk menjadikan Operating System itu berguna. Jadi lebih banyak utilities dan aplikasi mesti disediakan untuk menjadikan ianya berguna sebagai satu Operating System. Pada awalan evolusi Linux, telah muncul beberapa Distro. Distro ini adalah terdiri daripada Linux Kernel digabungkan bersama koleksi-koleksi aplikasi, utilities, drivers dan lain-lain lagi. Hasil gabungan ini barulah ianya menjadi satu Operating System yang lengkap. Secara ringkasnya : Linux Kernel + (Aplikasi, Utilities, Drives & ETC) = Operating System Yang Lengkap Atau untuk mudah difahami Windows Kernel + (System Tools, Aplikasi Lain2, Drivers & ETC) = Windows98, XP & ETC Mengapa Terdapat Begitu Banyak Jenis Linux Distro? Setiap koleksi aplikasi yang berlainan juga dikenali sebagai Distribution. Sebagai contoh mungkin seorang developer A ingin mengumpulkan koleksi aplikasi A1, A2, A3 dan beberapa Utilities yang digemarinya. Hasil Gabungan koleksi beliau itu serta sedikit penambahan interface jadilah satu Linux Distro yang berbeza yang beliau boleh namakan apa sahaja. Dan jika developer B pula ingin membuat interface nya sendiri dan mengumpulkan koleksi aplikasi yang digemari beliau tetapi berbeza dengan aplikasi yang digemari oleh developer A, hasil gabungan itu akan membentuk satu Linux Distro yang berbeza dengan Linux Distro yang dibuat oleh developer A. Dan sama juga seperti developerr A, developer B juga boleh memberi nama yang berbeza untuk distro beliau. Selalunya setiap developer semasa di dalam proses membangunkan satu Distro, mereka akan mengambil berat ciri-ciri berikut untuk dimuatkan didalam Distro mereka. Diantaranya ialah Desktop Use, Servers, Firewall, Computer Forensics, Music & Graphic, Games, Networking dan banyak lagi fungsi-fungsi yang lain.

Jadi disini barulah jelas sebab-sebab mengapa terdapat begitu banyak Linux Distro yang di bangunkan oleh developer-developer yang berlainan. Perbezaan Linux Distro vs Operating System Yang Lain Berbeza dengan operating system yang lain, kebanyakan Linux Distro didatangkan lengkap bersama dengan koleksi Office Suites, Email & Aplikasi Internet, Photo Editing Tools, IM, IRC, Databases, Programming Languages, Web Servers, Networking Tools dan banyak lagi. Manakala operating system seperti Windows pula memerlukan anda membeli aplikasi yang berasingan (sebagai contoh Microsoft Office) untuk di install kepada operating system tersebut. Kemudian barulah aplikasi tersebut boleh digunakan. Kelemahan pengguna terpaksa membeli aplikasi yang berasingan adalah pengguna dibebankan dengan bayaran untuk lesen aplikasi tersebut. Berbeza dengan Linux Distro dimana semua aplikasi yang didatangkan tidak memerlukan pembayaran lesen. Evolusi Pengguna Windows Pengguna-pengguna Windows harus sedar bahawa hampir semua aplikasi MS Windows tidak dapat berfungsi di dalam Operating System Linux. Walaubagaimanapun, banyak aplikasi Linux Distro yang mempunyai keupayaan dan fungsi yang hampir sama dengan aplikasi Windows. Sebagai contoh * MS Office - OpenOffice * MS Outlook - Evolution * MS Internet Explorer - Mozilla Firefox * Nero - K3b * Photoshop - The GIMP * Pagemaker - Scribus * Illustrator - Inkscape Dan aplikasi diatas ini tidak perlu dibayar berasingan kerana semuanya datang sekali dengan Linux Distro yang kita installkan. Tetapi pastikan Distro yang anda installkan itu mempunyai koleksi aplikasi tersebut dahulu ye.. Note: Sumber dari Maddin.

Related Documents

Pen Gen Alan Linux
May 2020 2
Pen Gen Alan Asas Fonetik
November 2019 9
Pen Gen Alan Kepada Komputer
November 2019 22
Pen Gen Alan Komputer
November 2019 36
Pen Gen Alan
May 2020 24