Pen Gen Alan Asas Fonetik

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pen Gen Alan Asas Fonetik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,043
  • Pages: 6
BAB1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan Semua manusia dianugerahkan keupayaan bertutur kecuali bagi golongan istimewa seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan bertutur bagi manusia sebenarnya mengalami proses peringkat denii peringkat, iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak dan seterusnya hingga menjadi dewasa. Kebolehan seseorang bayi memperoleh bunyi akan berbeza antara satu sama lain. Interaksi dengan orang di Sekelilingnya akan mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasanya. Lebih banyak interaksi yang dilakukan lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi itu. Salah satu kecenderungan yang menyalahi hukum bahasa ialah apabila ibu bapa dan orang di sekeliling bayi itu menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda ‘manja’ dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Contdhnya perkataan ‘sayang’ dibunyikan sebagai ‘cayang’, perkataan ‘sedap’ dibunyikan ‘cedap’ dan sebagainya. Tabiat Seumpama mi akan mempengaruhi penerimaan bayi tersebut dan berakhir dengan penghasilan perkataan dengan cara pelat. Perlu diingat ibu bapa harus memperkenalkan perkataan yang tepat bunyinya. Kegagalan bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah perkara yang normal kerana mi ada kena-mengena dengan sistem tutumya. Sistem tutur 1

ASAS FONETIK

mi

akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak menjangkau umur yang lebih dewasa. Contohnya bunyi Is! lebih sukar dibunyikan berbanding dengan bunyi /m/. Tetapi lama-kelamaan anak mi akan mampu menuturkannya dengan tepat.1 Pemerolehan bunyi bahasa mi boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yang melatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa mi dikenali sebagai ilmu fonetik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis (sistem ayat) dan semantik (sistem makna). Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu mi juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paruparu, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.2 Ada tiga bidang kajian ilmu fonetik, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi akan membincangkan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akustik pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi dibawa ke pendengaran pendengar, dan fonetik auditori menghuraikan pula bagaimana gelombang bunyi tadi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.3 Beberapa orang ahli fonetik telah menghuraikan dengan jelas apakah itu ilmu fonetik. Antaranya termasuklah Bertil Malmberg, J.D. O’Connor dan Abercrombie. 1.1 Bertil Malmberg Bertil Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis telah mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Bagi Malmberg, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya. 2

PENGENALAN

Maknanya apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukannya makna yang cuba disampaikan. Unit-unit yang digunakan dalam bahasa tuturan ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang boleh dibezakan oleh telinga manusia tanpa berasa raguragu. Telinga akan menyaring bunyi-bunyi yang biasa didengar mi untuk diproses seterusnya. Kemudian otak pula berperanan mengenal pasti dan menterjemah semua perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur manusia. Menurut Bertil Malmberg lagi, ilmu fonetik boleh dibahagi kepada empat cabang: (a)

Ilmu fonetik am pengkajian terhadap penghasilan bunyi-bunyi dan fungsi mekanisme ucapan. Apa yang dikaji ialah bagaimana bunyi dihasilkan dan apakah organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa.

(b)

Ilmu fonetik deskriptif pengkajian terhadap kelainan bagi sesuatu bahasa tertentu atau ringkasnya dialek. Apa yang dikaji ialah bagaimana perbezaan bunyi antara bahasa yang sama dapat melahirkan dialek yang berbeza. Contohnya perbezaan bunyi pada dialek Kelantan daripada bahasa standard telah menghasilkan satu kelompok dialek yang menarik untuk dikaji.

(c)

Ilmu fonetik sejarah pengkajian terhadap perubahan fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan sejarah bahasa tersebut. Apa yang dikaji ialah mencari kekerabatan atau kekeluargaan bahasa bagi bahasa yang dikaji. Turut dikaji ialah perubahan yang berlaku akibat daripada perkembangan masa.

(d)

ilmu fonetik normatif pengkajian terhadap set rumus yang menentukan pengucapan yang betul bagi sesuatu bahasa. Mengandaikan bahawa wujudnya norma atau pengucapan standard yang sahih dalam kumpulan









3

ASAS FONETIK

linguistik, negara, wilayah, unit budaya ataupun kumpulan sosial. Lazimnya pengucapan standard mi yang akan menjadi bahasa yang formal bagi masyarakat tersebut. 1.2 J.D. O’Connor Mengikut O’Connor (1973) pula, fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang dapat didengar mi kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri. Bunyi itu tadi seterusnya disesuaikan dengan sifat semula jadi bunyi bising itu. Bunyi-bunyi mi pula seterusnya digabung dan dilihat fungsinya serta dihubungkan dengan mesej yang hendak disampaikan. Contohnya jika dalam bunyi bising itu pendengar terdengar perkataan buku, pendengar boleh memberi bentuk pada bunyi-bunyi fbi, lul, 1k! dan lul. Bunyi-bunyi mi kemudiannya digabungkan menjadi perkataan buku, dilihat fungsi serta dihubungkan dengan mesej yang hendak disampaikan. Barulah bunyi yang bising tadi akan dapat difahami dan dimanfaatkan. Mengikut O’Connor seterusnya, tingkah laku untuk berkomunikasi bermula dalam otak penutur dan pada peringkat mi kita boleh menganggap otak penutur mempunyai dua fungsi yang berbeza. Kedua-dua fungsi itu ialah: (a) (b)

Fungsi kreatif/berkarya. Fungsi saluran (forwarding function).

1.2.1 Fungsi Berkarya

mi

adalah fungsi terpenting dan melaluinya mesej-mesej diterima dan dibentuk. Pengetahuan yang disimpan dalam otak terlalu banyak: antaranya bagaimana bahasa beroperasi, hukum-hukum permainan dan pengetahuan mengenai apa sahaja. Tetapi liii tidak bermakna setiap orang 4

PENGENALAN

daripada kita mampu untuk menyahkod semua makiumat yang tersimpan mi. Contohnya bagi pembentukan nahu, terserah kepada ahli nahu, bukannya terbentuk dalam kepala setiap individu. Apa yang mampu kita lakukan setakat menggunakan rumus-rumus yang telah sedia terbentuk oleh ahli nahu. Kemampuan untuk kita menyimpan makiumat berbeza-beza antara individu. Seseorang boleh mempunyai maklumat yang banyak ataupun sedikit. Buktinya ada orang boleh mempunyai daya ingatan yang baik seperti mengingati nombor atau peristiwa sementara orang lain tidak begitu. Walau bagaimanapun, apabila kita ingin berkomunikasi dengan baik, kita perlu ada maklumat yang secukupnya bagi bahan yang hendak diperbincangkan. Di sinilah fungsi karya akan memainkan peranannya. Ada tiga fasa yang berbeza dalam fungsi berkarya: (a) Perlu menghidupkan komunikasi: Ia mungkmn berkaitan dengan tindak balas kita terhadap kejadian dunia nyata yang menyebabkan kita ingin berkomunikasi. Ataupun apa yang terlintas dalam fikiran yang ingin kita luahkan. Contohnya: Si isteri sedang minum petang bersama-sama si suami. Air yang diminum oleh si suami telah habis. Si isteri boleh sama ada terus menuangkan teh lagi atau menghidupkan komunikasi dengan suammnya. Jika dia berhasrat untuk menyampaikan mesej, si isteri mestilah memilih salah satu daripada cara yang terkandung dalam fasa kedua: (b)

Alat perantaraan: melalui ucapan, tulisan, bahasa isyarat.

(c)

Memastikan apakah rupa bentuk mesej itu. Adakah berbentuk ayat perintah (berikan saya cawan abang!), atau ayat tanya (Abang nak teh 5

Related Documents

Pen Gen Alan Asas Fonetik
November 2019 9
Pen Gen Alan Komputer
November 2019 36
Pen Gen Alan
May 2020 24
Edited Pen Gen Alan
July 2020 23
Pen Gen Alan Internet
May 2020 23