Pembentukan Sikap

  • Uploaded by: Syazana Sharif
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembentukan Sikap as PDF for free.

More details

  • Words: 996
  • Pages: 20
PEMBENTUKAN SIKAP





Allport (dalam Hogg, 2004) mendefinisikan sikap sebagai sebuah kecenderungan untuk bertingkah laku dengan cara tertentu dalam situasi sosial.

 

Baron, 2004 Sikap merujuk pada perubahan individu terhadap berbagai aspek dunia sosial serta bagaimana perubahan tersebut memunculkan rasa suka atau tidak suka individu terhadap isu, idea, orang lain, komuniti (kelompok sosial) dan objek.



Psikologi sosial memandang sikap sebagai : hal yang penting bukan hanya kerana sikap itu sulit untuk diubah, tetapi kerana sikap sangat mempengaruhi

pemikiran sosial individu (Baron, 2004).  

KESIMPULAN

sikap adalah suatu bentuk perubahan perasaan dan kecenderungan kebolehan untuk bereaksi didalam memahami, merasakan dan berperilaku

terhadap suatu objek.



Sikap terbentuk dari adanya interaksi yang dialami oleh individu.



Sikap dibentuk sepanjang perkembangan hidup manusia.



Melalui pengalaman berinteraksi dengan lingkungan sosialnya, seseorang membentuk sikap tertentu.



Dalam interaksi sosial terjadi hubungan saling mempengaruhi di antara individu yang satu dengan yang lain.



Melalui interaksi sosialnya individu bereaksi membentuk pola sikap tertentu terhadap objek psikologis yang dihadapinya



SIKAP-SIKAP POSITIF PERLU DITUNJUKKAN DIHADAPAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DENGAN LEBIH KERAP.

CONTOH :  BERTERIMA KASIH  HORMAT-MENGHORMATI  SALING MEMBANTU  MEMBERI SALAM KEPADA YANG LEBIH TUA. 

Penerapan nilai murni dalam p&p

Menggalakkan kerjasama dalam aktiviti kumpulan

Aktiviti perbincanga n dalam kumpulan

Membina sikap positif murid

Murid-yakin dengan kebolehan diri sendiri

Murid-berani mencuba

Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan

Memberi galakan dan motivasi diri kepada murid Memberi peluang kepada murid membina keyakinan diri.

Faktor Membina Sikap Positif Murid i. Pengalaman manis kerana mendapat kejayaan. 

Guru memberikan token yang dapat meningkatkan lagi semangat murid untuk terus berusaha, memberikan pujian kepada murid pemulihan di kelas aliran biasa supaya murid pemulihan berasa diri mereka juga dihargai di hadapan rakan-rakan satu kelas. Menjemput ibu bapa ke sekolah untuk berkongsi kejayaan murid dapat menguasai kemahiran 3M.

ii. Sentiasa mendapat dorongan dan pujian daripada keluarga, guru dan rakan sebaya. 

Faktor dorongan dan pujian tidak boleh diabaikan, murid pemulihan yang sentiasa mendapat kata-kata semangat dan diberi pujian ketika mereka dapat menyudahkan tugasan yang diberi dengan kemas, berdisiplin dan dapat bergaul dengan rakanrakan secara baik, akan mengekalkan sikap positif tersebut.

iii. Pencapaian akademik yang memberangsangkan. 

Membawa murid-murid pemulihan menyertai kem pembelajaran, supaya mereka bergaul dengan murid-murid lain dengan cara ini dapat mendorong keinginan murid pemulihan untuk mencapai akademik yang memberangsangkan.

iv. Keadaan sosioekonomi keluarga yang membuatkan murid berasa selesa dan senang dengan kehidupannya. 

Meyakinkan murid keluarga sangat penting, murid pemulihan perlu menerima seadanya kehidupan bersama keluarga, tidak bersikap terlalu meminta-minta, bersikap berjimatcermat dan bangga mempunyai keluarga yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

v. Matlamat yang ditetapkan sesuai dengan tahap murid, membolehkan murid mencapai matlamat yang diharapkan. 

Matlamat yang hendak di capai sesuai dengan keupayaan murid. Menyediakan pelbagai bentuk bahan yang dapat merangsang murid untuk dapat menguasai kemahiran 3M seperti bahan bantu maujud, bahan-bahan berasaskan teknologi maklumat, yang boleh memberikan kepelbagaian bahan dan aktiviti pembelajaran kepada murid .



Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Guru juga berperanan dalam membimbing pelajar.

UMUMNYA :  bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan.









Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah. Bimbingan berterusan perlu diberikan kepada murid pendidikan khas supaya mereka sentiasa mengamalkan sikap-sikap positif ini sepanjang hayat mereka. Contohnya → ucapan salam, bersalam dengan guru, ucapan ‘Terima kasih, cikgu’ , menggunakan bahasa dan percakapan yang sopan, dan sebagainya





Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar, pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar, persediaan untuk peperiksaan, penempatan untuk pengajian tinggi, dan lain-lain; Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat, bahan rujukan, memilih kerjaya yang betul, dan lain-lain; dan





Sesi bimbingan kumpulan dan individu; Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin, menangani masalah hubungan dan masalah emosi, kebajikan pelajar, perbincangan dengan ibu bapa.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)  Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). 



Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) 

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu

seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. 



Bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% – 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usahausaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan per kapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 



Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.





Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah). Rujuk Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.

Related Documents

Pembentukan Sikap
November 2019 43
Definisi Sikap
July 2020 25
Pembentukan Malaysia
May 2020 29
Pernyataan Sikap
November 2019 33

More Documents from ""