Disleksia dan Bahasa SHAFIEZA, SYAZANA & ANJUS
KECELARUAN BAHASA
https://youtu.be/RX 07x8RJS_w
Kesukaran Kemahiran Bahasa Murid Disleksia
Masalah Bahasa
Salah satu masalah disleksia adalah gangguan bahasa yang spesifik dan dapat dilihat menerusi kekurangan kebolehan dan proses fonologikal.
Disleksia ini juga boleh dijelaskan dengan pelbagai kesukaran yang dihadapi dalam pelbagai bentuk dalam bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja.
Masalah Bahasa MD Mempunyai
kekeliruan susunan huruf. Contohnya: ‘dan’ ditulis
Menambah
huruf misalnya ‘main’ ditulis ‘maein’
‘nad’
Menggantikan
huruf ‘saya’ menjadi ‘caya’
Meninggalkan
huruf, ‘makan’ menjadi ‘akan’
Keliru
dengan bunyi huruf-huruf vokal seperti a e i o u. ‘epal’ ditulis ‘apel’
Menulis
ejaan yang tidak bererti misalnya ‘makan’ ditulis ‘mikan’
Membalikkan
suku kata misalnya, ‘masa’ menjadi ‘sama’
i) Masalah Mengeja Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Mengeja
Lemah dalam ingatan penglihatan. - Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. - Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
Lemah dari segi Analisis Pendengaran. - Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. - Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. - Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
ii) Masalah Membaca Masalah Menguasai Kemahiran Membaca Bentuk Huruf :
Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. Huruf terbalik. Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah.
Peringkat Suku Kata
Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
Salah memecah / membatang suku kata.
Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
Keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong / vokal Berganding.
Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi diagraf di awal.
Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan
Kesukaran Membaca Peringkat Ayat
Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
Tertinggal perkataan.
Pembalikan perkataan.
Mengulang.
Merangkak-rangkak.
Membaca mengikut loghat.
iii) Masalah Menulis
Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
Prinsip – Prinsip pengajaran Murid Disleksia
Prinsip umum Penyesuaian Modifikasi kepada kurikulum biasa.
Guna warna untuk tekankan kata kunci
Strukturkan isi kandungan : nota ringkas, gambarajah
Sediakan lembaran kerja berstruktur – kurangkan penulisan.
Contoh guna peta minda, gambaran visual, guna soalan berstruktur (tolong murid mengorganisasi isi kandungan).
Strategi penyesuaian : dilaksanakan merentas kurikulum/merentas subjek
Pemulihan Pengajaran secara eksplisit dan spesifik dalam bidang kelemahan murid
Fokus kepada pemulihan: baca, eja, tulis, kira
Secara individu/ kumpulan kecil
Melibatkan Pelajar Secara Aktif dalam Pengajaran Disleksia
Murid disleksia mempunyai Gaya pembelajaran global - Perlu melihat gambaran menyeluruh dahulu.
Libatkan mereka secara aktif, bincang dengan mereka secara menyeluruh
Cth: melibatkan pelajar pada awal pelajaran: Beritahu pelajar secara eksplisit perkara yang hendak diajar hari ini: “Hari kita hendak belajar …..”. Cth: “kita akan belajar menggabung bunyi suku kuta supaya anda tahu bagaimana sesuatu perkataan dibina. Dengan itu anda tidak perlu hafal setiap perkataan
Kaedah Pengajaran Murid Disleksia
Pandang dan Sebut
Fonik
Deria/ VAKT
Gabungan Bunyi Kata
Teknologi Maklumat & Komunikasi
Integrasi Terapi
Teknik mengingat
Chunking
Mnemonik
Mengkategori
Peta minda https://youtu.be/lHgGsTnnX_0
CHUNKING
Maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Contohnya untuk menghafal bulan-bulan Islam, nama Allah, nama-nama Malaikat dan juga 26 abjad dikaitkan dengan lagu tertentu. Penghafalan huruf abjad lebih berjaya menerusi penggunaan teknik chunking, seperti berikut:
ABCDEFG
HIJKLMN
OPQRSTU
VWXYZ
Adalah agak sukar untuk seorang murid-murid menghafal 26 abjad huruf tersebut tanpa penggunaan kaedah yang bersesuaian.
Memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati di samping mengurangkan kebosanan
MNEMONIK
Teknik ini mudah digunakan dan sering digunakan.
Teknik Akrostik
Akrostik adalah frasa ataupun ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong kita ingat maklumat yang hendak dihafal kerana hurufnya serupa.
Frasa atau ayat di mana huruf pertama pada perkataan pertama dapat menolong ingat maklumat yang hendak dihafal, contoh, PTKS – Pergi tidur kalau sakit.
Teknik Akronim
Seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan, contoh MARA bagi Majlis Amanah Rakyat.
Jika mempunyai satu senarai fakta yang panjang, boleh memudahkan proses mengingatnya dengan membuat kependekan/penyingkatan.
MENGKATEGORI
kegiatan mental yang melibatkan aktiviti-aktiviti memilih dan membuat perbandingan berdasarkan kriteria tertentu.
Fungsinya adalah hampir sama dengan kegiatan mengklasifikasi.
Mengkategori lebih berfokus kepada pengumpulan atau pengelompokan mengikut penjenisan dan kadar keupayaan.
PETA MINDA
bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas.
Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi.
Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir
Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangka masa yang lama
Teknik peta minda
merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.
KEBAIKAN PETA MINDA Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan Tingkatkan daya ingatan Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Bina irama yang sesuai
K1- Nombor 1 sehingga 10
K2- Warna Pelangi
K3-Turutan Planet
K4- Bulan
JOM TEKA! BBS
HAND
GLHF
ASAP J4F
TTYL
CUL W8
*WS
GLHF
GOODLUCK HAVE FUN
ASAP
AS SOON AS POSSIBLE
J4F
JUST FOR FUN
BBS
BE BACK SOON
HAND
HAVE A NICE DAY
TTYL
TALK TO YOU LATER
CUL
SEE YOU LATER
*WS
WRONGLY SENT
W8
WAIT
Kategorikan haiwan tersebut kepada jenis makanan : Harimau Tikus Beruang Arnab Burung kakak tua Siput
Ayam Singa Katak Buaya Cicak
Kambing Ular Itik Kucing Monyet
Zirafah Lembu Gajah Rama-rama Gagak
Anjing laut
Itik
Paus
Harimau
Ayam
kambing
Zirafah
Tikus
Singa
Ular
Lembu
Beruang
Katak
Itik
Gajah
Arnab
Buaya
Kucing
Rama-rama
Burung kakak tua
Cicak
Monyet
Gagak
Siput
Anjing laut
Itik
paus
Bil
Herbivor
Karnivor
Omnivor
1
Gajah
Harimau
Gagak
2
Kambing
Singa
Itik
3
Lembu
Ular
Ayam
4
Arnab
Buaya
Beruang
5
Zirafah
Katak
Tikus
6
Rama-rama
Cicak
Kucing
7
Burung Kakak Tua
Anjing laut
Monyet
8
Siput
Itik
9
Paus
“
https://youtu.be/I90hni3LK5A
” Berdasarkan video, bina peta minda yang sesuai
Aktiviti untuk murid disleksia: mengeja, membaca, menulis https://padlet.com/shafiezatahir/ aktivitidisleksia