PEMBENTUKAN PERSONALITI & KONSEP KENDIRI MOHD ZULHAFIZ BIN KAMARUDDIN RABIATUL ADAWIYAH BT MD SHUBIR SITI MAZLINA BT MD NORDIN JESSICA EDWARD
PERSONALITI Konsep
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau
perwatakan seseorang. Berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng
muka. Ditakrifkan sebagai satu kombinasi ciri, motif, nilai & tingkah laku
yang unik kepada sesuatu individu. Merujuk kepada organisasi, watak, perangai, intelek, bentuk badan
yang stabil yang menentukan penyesuaian unik individu terhadap persekitarannya. Terdiri daripada 2 aspek utama:
i) watak - sebahagian daripada personaliti. ii) tret - merujuk kepada ciri-ciri personaliti yang agak kekal iaitu
Di bawah konteks psikologi pendidikan, konsep personaliti adalah ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Contohnya: Alder (1948), gaya hidup seseorang. Gordon Allport (1961), organisasi sistem psikologikal yang
dinamik dalam individu. Mischel (1981), susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasi dalam kehidupannya. Crow & Crow (1983), perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya. Gagne & Berliner (1984), merangkumi segala aspek tingkah laku manusia. Kagen,J& Segal, J (1988), corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
Klasifikasi personaliti Terdapat 3 jenis personaliti manusia yang utama iaitu ekstrovert,introvert dan ambivert. 1)Ekstrovert - gemar aktiviti luar - aktif - mesra dan peramah - inovatif - cepat bertindak balas - tidak mudah bimbang
2) Introvert - pasif - suka berseorangan - pemalu - sensitif - boleh dipercayai - tenang - cermat 3) Ambivert - aktif tetapi sensitif - suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan - bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat
Peranan Guru Dalam Membentuk Personaliti Seorang guru yang sensitif & peka akan
personaliti murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui personaliti muridmuridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
Cara-Cara Mengendalikan Personaliti Yang Berbeza Introvert Murid diberi motivasi untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif Memberi peneguhan positif dan pujian. Melibatkan murid-murid dalam aktiviti kumpulan.
Ekstrovert Menggalakkan murid mengemukakan soalan. Melantik mereka membimbing murid sedarjah
yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Memberi mereka aktiviti pengayaan. Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti P&P
KONS EP KE ND IRI
PENGERTI AN VERNON (1980)
Pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
STEWAT DAN FRIEDMAN (1987)
POPPLESTONE DAN MCPHERSON (1988)
Tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi Integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada individu yang lain.
AMIR AWANG (1991)
Integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
RUMUSAN Penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, dan tingkah laku kendiri seseorang individu.
POSITIF
JENI S- JEN IS K ONSEP KEN DI RI
NEGATIF
KONSEP KENDIRI POSITIF •Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang •Bersifat tenang dan tabah apabila menghadapi cabaran •Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan •Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka •Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri •Merasa bangga terhadap diri sendiri dan berani mencuba
KONSEP KENDIRI POSITIF •Mudah bersosialisasi dengan orang lain •Mudah diterima oleh orang lain •Sedia menerima teguran, kritikan, dan pendapat orang lain •Berkeyakinan penuh terhadap diri sendiri •Optimistik dan sentiasa gembira dalam apa jua situasi •Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarga, guru, rakan sebaya, dan ahli masyarakat.
KONSEP KENDIRI NEGATIF •Sahsiah tidak seimbang dan rendah diri •Pasif dan tidak suka bergaul •Kurang keyakinan diri dan tidak berani mencuba •Berperasaan curiga, prasangka dan tidak percaya terhadap diri sendiri dan orang lain •Berwajah muram dan bermasam muka •Terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain
KONSEP KENDIRI •Penakut, pemalu dan tidak bertanggungjawab •Tidak suka bergaul dan tidak diterima oleh rakan sebaya •Mengalami lebih banyak kegagalan berbanding kejayaan (akademik/ko-kurikulum) •Sentiasa dikritik dan dimarahi oleh orang lain •Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain •Sukar bersosialisasi dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai
FAKTO R YANG MEMPENGA RUHI 1. FAKTOR BAKA •Baka ibu bapa mempengaruhi : Bentuk tubuh badan Keadaan fizikal Kecerdasan Emosi •Contoh bentuk tubuh badan/keadaan fizikal : Penyakit seperti cacat pendengaran @ penglihatan diwarisi berkemungkinan besar menyebabkan seseorang pendiam dan pemalu
yang bersifat
FAKTO R Y ANG MEMPENGA RUHI PERSON AL IT I 1. FAKTOR BAKA •Contoh kecerdasan : Orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan berani atau mungkin bersikap angkuh.
•Contoh emosi : Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.
FAKTOR YANG MEMP EN GA RUHI 2. FAKTOR PERSEKITARAN •Merangkumi keadaan: ii.Keluarga iii.Sekolah iv.Rakan sebaya v.Masyarakat vi.Pengalaman
•Contoh : 1) Keadaan rumah yang harmonis dan perhubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka yang erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif
FAKTOR YANG MEMP EN GA RUHI 2. FAKTOR PERSEKITARAN • Contoh : 3) - guru yang bersifat penyayang di sekolah dan membimbing para pelajar dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personaliti yang positif - Keadaan persekitaran sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif
FAKTO R YANG MEMP EN GA RUHI PERSON ALI TI 2. FAKTOR PERSEKITARAN •Contoh : 3) Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan personaliti yang berkeyakinan 4) Nilai-nilai dan kebudayaan masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang
5) Pengalaman yang pahit dan sedih boleh menggalakkan pembentukan personaliti yang menonjolkan sifat pemalu, penakut, dan sakit jiwa
FAKTO R Y ANG MEMPENGA RUHI FAKTOR PERSEKITARAN DARI PANDANGAN:
1) ALSEORANG TOKOH ISLAM TERKENAL DALAM ABAD KE-14. TERDAPAT 3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI IAITU HATI, AKAL & NAFSU.
2) SIGMUND SEORANG AHLI PSIKOLOGI DAN PSIKIATRIS CHECHOSLOVAKIA YANG TERKENAL TENTANG KAJIAN PERSONALITI MANUSIA.
1) AL-GHAZALI Hati •Sebagai rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional •Hati individu yang belum kukuh dengan tuntutan agama memerlukan akalnya untuk memandu ia bertindak – digelar sebagai hati ‘qalbun’ •Hati baik yang dapat bertindak dengan rasional dan ikhlas membimbing akal – digelar hati ‘lubbun’ •Di antara dua hati, terdapat hati ‘fuddan’ yang dapat menghayati semua ajaran agama islam
1) AL-GHAZALI Akal •
Anugerah Allah yang khusus untuk manusia sebagai intelek yang membolehkan manusia membentuk konsep, generalisasi, dan berdaya rasional
•
Terdapat 3 jenis akal :
7. Akal biasa – pemikiran individu dicorakkan oleh apa yang dapat dilihat. 9. Akal taakul – berkeupayaan menganalisis sesuatu perkara berdasarkan sebab-musabab 11.Akal tadabbur – boleh berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan kepada kekuatan keimanannya.
1) AL-GHAZALI NAFSU •
Bermaksud gerakan hati supaya memuaskan keinginan / kehendak
•
Jenis-jenis nafsu : i.
Nafsu ammarah Sentiasa menyuruh manusia melakukan kejahatan sama ada dia tahu perbuatan itu jahat ataupun baik Contoh : Tamak, sombong, hasad dengki, dan khianat
ii. Nafsu lawwamah Nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri apabila berlaku kejahatan/dosa pada dirinya Contoh : Mencela kesalahan diri sendiri dan perasaan takut apabila bersalah.
1) AL-GHAZALI •
Jenis-jenis nafsu : iii. Nafsu mulhamah Wujud apabila berjaya mengalahkan nafsu ammarah dan nafsu lawwamah apabila sudah melalui beberapa latihan semasa proses penyucian hati Contoh : Bersyukur, merendah diri, dan penyabar
iv. Nafsu mutmainnah Nafsu yang teguh dan tetap dalam proses mencapai maklumat lalu terbina lah sifat-sifat terpuji dan terhakislah sifat-sifat tercela. Contoh : Murah hati, suka bersedekah, tawakal dan kuat beribadat
•
Jenis-jenis nafsu :
v. Nafsu radhiah Nafsu yang mencapai kedudukan wali di mana individu itu berjaya mencapai kejernihan hati dan redha kepada tuhan. Contoh : warak dan menegakan hukum tuhan
vi. Nafsu mardhiyyah Lebih tinggi daripada nafsu radhiah kerana nafsu , perlakuan dan percakapannya direstui dan diakui tuhan. Contoh : sentiasa memikirkan kebesaran tuhan dan rela dengan kurnian tuhan
• Jenis-jenis nafsu : viii.Nafsu kamil Perlu melalui setiap proses perjalanan nafsu-nafsu di atas bermula dengan nafsu ammarah, lawwamah, mutmainnah, radhiah, dan mardhiah. Golongan yang layak berada di kedudukan ini adalah para rasul, para nabi dan para wali besar.
MODEL ST RUKTUR PER SO NA LI TI FREUD
DARI PAN DANGAN Id (= nafsu) •Bahagian manusia yang tidak sedar dan ia merupakan satu dorongan biologikal dan naluri •Mendorong manusia untuk bertindak demi kepuasan tanpa mengira kesan-kesannya •Jelas dilihat dalam perkembangan kanak-kanak kecil yang suka mementingkan diri sendiri Contoh : Tidak suka mengongsi barang
DARI PAN DAN GAN Ego (=hati) •Aras sedar di mana personaliti terbentuk melalui pengalaman / realiti •Mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat •Beroperasi melalui pemikiran yang realistik, logikal dan dapat membuat perancangan yang sesuai •Di peringkat ini, proses perkembangan mental berlaku. Seseorang akan berfikir secara matang dan pemikiran ini akan menolongnya untuk menyesuaikan diri dalam satu persekitaran
DARI PAN DANGAN Super ego (= akal) •Dikenali sebagai aras pra sedar – wujud di antara id dan ego •Dapat mengawal keseluruhan ego dan id •Ciri unik – susah untuk mengingati perkara-perkara yang telah berlalu •Mempunyai kebolehan untuk menilai tingkah laku kendiri dan orang lain – bertindak sebagai penghalang tingkah laku yang salah •Sentiasa menilai tingkah laku dan perbuatan seseorang.
CARA GURU MEMBANTU PEMBENTUKAN KONSEP •Seorang guru perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya. •Perlu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid-murid samada dalam bidang akademik, kesukanan, bidang seni dan sebagainya. •Guru tidak boleh membandingkan murid-murid kerana setiap murid adalah berbeza dan unik. •Guru mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana prestasi akademik murid-murid sentiasa berubah. •Tidak boleh melabel seperti memanggil murid-muridnya ‘bodoh’, ’lambat’ atau sebagainya kerana lambat laun murid-murid tersebut akan mempercayai bahawa mereka betul-betul bodoh berdasarkan prinsip ‘self-fulfiling prophecy’.
CARA GURU MEMBANTU PEMBENTUKAN KONSEP •Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran murid-murid •Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran •Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka •Menerima murid-murid sebagai dirinya •Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya •Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran •Memupuk nilai-nilai murni
HELAH BELA
HELAH BELA DIRI Satu strategi mental yang digunakan oleh
individu untuk membela diri daripada halangan-halangan malu, rasa serba salah dan masalah-masalah peribadi yang wujud kepada ego seseorang.
Cara atau taktik seseorang memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya.
JENIS-JENIS HELAH BELA Helah DIRI Bela Diri Negatif
Helah Bela Diri Positif • Sublimasi
• Represi
• Rasionalisasi
• Penafian
• Pemindahan
• Agresi
• Projeksi
• Regresi
• Introjeksi • Pembentukan Reaksi • Kompensasi • Fanstasi
Sublimasi Cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat
Rasionalisasi Penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
Pemindaha n Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.
Projeksi Membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain.
Introjeksi Menyerapkan ke dalam jiwa dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.
Pembentukan Reaksi Menafikan sesuatu keinginan diri yang telah
disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
Kompensasi Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukannya.
Fantasi Membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.
Represi Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya.
Penafian Menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
Agresi Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.
Regresi Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.
PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model murid
Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang