Pembelajaran Dan Kajian Bahasa Melayu

  • Uploaded by: Drs. Islyas Mahyudin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembelajaran Dan Kajian Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 2,719
  • Pages: 10
Pembelajaran dan Penelitan Bahasa Melayu di Thailand dan Pemanfatan TIK Islyas Mahyudin Thaksin University, Songkhla, Thailand Pengenalan Makalah ini mencuba menghuraikan perkembangan Bahasa Melayu (BM) di selatan Thailand dari sudut pengajaran dan penelitian serta melihat sejauh mana telah memanfaatkan TIK yang ada. Pemanfaatan TIK dalam pengjaran dan penelitian BM di selatan Thailand perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan penelitian BM di wilayah tersebut. Sekilas Tentang Perkembangan BMP Secara geografis, penyebaran bahasa Melayu di Thailand meliputi kawasan yang luas. Amorn Thwisap (1987) dalam kajiannya, sepertim dipetik Ruslan Uthai (2008), menemukan penggunaan bahasa Melayu tersebar, selain di tiga wilayah sempadan selatan Thailand, juga terdapat di beberapa kawasan selatan yang lain, seperti Songkhla, Setul, Nakhonsithammarat, Kerabi, Phuket, Phatlung, Terang dan Suratthani. Selain kawasan-kawasan itu, penggunaan bahasa Melayu juga tersebar di kawasan tengah, iaitu Bangkok, Samutprakan, Nonthaburi dan Pathomthani (Tadmor ; 1995 dalam petikan Ruslan Uthai : 2008). Bagaimana pun, menurut Ruslan (2008 : ), bahasa Melayu di kawasan-kawasan tersebut digunakan dalam masyarakat minoriti, kecuali di tiga wilayah selatan, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, bahasa Melayu digunakan dalam masyarakat mayoriti, iaitu suatu rumpun masyarakat Melayu, seperti yang disebut Astri Suhkre (1989 : 1) : “They are Malays of the Malayo-Polynesian ethnolinguistic group…” Menurut Ruslan Uthai, sekitar 80-85 penduduk yang tinggal di wilayah-wilayah tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehari-hari. Pada tahun 1989 diperkirakan jumlah penutur Bahasa Melayu Patani (BMP) mencapai 1 juta orang (International Encyclopedia of Linguistics, Vol.2, 1992) Dengan demikian bahasa Melayu Patani, yang termasuk salah satu daripada keluarga bahasa Austronesia 1

(Ruslan Uthai, 1999) itu, dapat dianggap sebagai bahasa ibunda bagi penduduk Melayu di selatan Thailand, sebagaimana juga bahasa Melayu di Berunei yang dikatakan mencapai taraf bahasa ibunda kerana merupakan bahasa bagi 60 peratus penduduk (Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, 1998:56). Walaupun pun sebagai bahasa daerah atau dialek, BMP mempunyai peranan yang luas, seperti dinyatakan oleh Worawit Baru (1990) “BM pula berfungsi sebagai sebuah bahasa vernakular penduduk minoriti di Negeri Thai. Namun demikian peranannya berlainan dengan bahasa-bahasa vernakular lain di negeri itu. Selain jumlah penututr BM yang melebihi dua juta orang, BM berfungsi sebagai bahasa berdefusi luas di WSST yang dikaitkan statusnya dengan agama Islam, seperti menjadi bahasa yang digunakan dalam semua urusan kegamaan, bahasa pengantar pendidikan agama Islam dsb” (Worawit : 169). Sementara itu, Paitoon M.Chaiyanara dalam kertas kerjanya : Lama Waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut di Perairan Mayanmar dan Thailand (1999), mengatakan “Kini Dialek Melayu Patani memain peranan yang luas hingga dijadikan sebagai bahasa pengantar diinstitusi pengajaran agama di Selatan Thai.” Begitupun dalam pergaulan harian dan upacara adat , “..jelas terlihat peranan Dialek Melayu Patani digunakan sepenuhnya.” (Paitoon,1999 : 11) Bahkan dalam lapangan pendidikan, BMP dikatakan berkembang semakin meningkat, sebagaimana dinyatakan oleh James T. Collins (1999 : 18) : “Di Thailand sahaja jumlah mahasiswa yang belajar bahasa Melayu telah meningkat dan institusi yang menawarkan kurusus bahasa Melayu kini berlipat ganda.”

Dalam perkembangan yang terbaru, Ruslan Uthai (2008 : ) mengatakan : …dewasa ini Kerajaan (Thai) telah membuka peluang agak luas bagi penggunaan BMP, seperti penggunaan BMP dalam siaran radio dan televisyen, menyusun rancangan kursus bahasa Melayu, menyediakan anggaran untuk tenaga pengajar bahasa Melayu di berbagai universiti dan juga Rancangan Sekolah Dwibahasa telah pun dilaksanakan di tiga wilayah selatan Thailand.” (terjemahan pengkaji) Menurut Sayed Abdullah Al-Jufri (2008 : 8),

Rancangan Pembelajaran dan

Pengajaran Dwibahasa (selepas ini RPPD) akan diselenggarakan sejak dari jenjang pendidikan tadika sehingga ke darjah 6 pada jenjang pendidikan dasar ( selama 9 tahun). RPPD merupakan lanjutan daripada beberapa rancangan sebelumnya iaitu Rancangan Penyusunan Kamus BMP, Rancangan Pembinaan Sistem Tulisan BMP 2

dengan menggunakan abjad Thai dan Jawi, dan Rancangan Pemantauan Situasi Bahasa di tiga wilayah sempadan Thailand (iaitu memantau penggunaan bahasa dalam kehidupan sehari-hari, termasuk kebolehan berbahasa, dan sikap orang Thai Muslim (penutur BMP – pengkaji) terhadap bahasa berkenaan. Tujuan dilancarnya RPPD ialah supaya menjadi model suatu institusi pendidikan dwibahasa bagi generasi muda Thai Muslim yang menutur dialek Melayu, dengan sasaran utama adalah untuk membina generasi muda rumpun Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand agar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kerjaya dan kehiduapan bermasyarakat, mampu menjaga jatidiri etnik, menutur dan menulis dalam dua bahasa, iaitu bahasa daerah dan bahasa Thai, mampu menempatkan diri dalam kontek budaya Melayu dan juga sebagai warga negara Thai. Sehubungan dengan perkembangan di atas, Syed Abdullah Al-Jufri (2008 : ) memandang perlunya ada usaha untuk membakukan BMP (dialek Patani) , “sebab apabila kegiatan pengajaran itu semakin meningkat di masa akan datang, maka keperluan terhadap kepiawaian bahasa tersebut semakin penting pula.” (terjemahan pengkaji). Bagaimana pun menurut Syed Abdullah : (2008 : ) “Pembakuan bahasa daerah itu berada pada tahap mengkaji sistim bahasa tersebut.” Berikutan dengan perkembangan tersebut, maka terdapat berbagai usaha untuk menentukan lambang bagi sebutan BMP (dialek Melayu Patani), yang akan digunakan di sekolah-sekolah Kerajaan. Bagaimana pun menurut pandangan pengkaji, usaha pembakuan Dialek Melayu Patani, termasuk menentukan lambang tulisannya tidak akan memberikan kesan yang menguntungkan terhadap keberadaan BMP itu sendiri. Kerana BMP sebenarnya adalah bahasa Melayu yang sama seperti bahasa Melayu lainnya yang telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri, iaitu tulisan jawi dan tulisan rumi. Bagi pengkaji, upaya untuk menetapkan sistem tulisan bagi sebutan dialek tidaklah perlu kerana ia akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu Baku sebagai bahasa Nusantara dan bahasa ilmu. Dialek Melayu Patani haruslah difahami sebagai variasi dialek Melayu, bukan bahasa baku atau bahasa formal. Kenyataan tentang BMP ini pula dikemukakan oleh Sayed Abdullah (2008 : ) sebagai berikut :

3

Pada hakikatnya BMP yang digunakan di selatan Thailand terdapat dua ragam iaitu tulisan dan dialek. Ini bererti bahawa orang-orang Melayu Patani akan menggunakan dialek Patani dalam percakapan sehari-hari dan mereka akan menggunakan bahasa Melayu baku dalam penulisan, seperti yang digunakan di Malaysia. Bagaimana dalam penggunaannya, BMP tidak dapat disamakan dengan bahasa Malaysia, sebab latar belakang penulisnya berbeza; ada yang lebih cenderung kepada bahasa Indonesia dan ada pula yang lebih cenderung kepada bahasa Arab. (terjemahan pengkaji). Situasi Pengajaran BM di selatan Thailand Sejarah pengajaran BM di selatan Thailand dapat ditelusuri sejak awal abad yang lalu, seperti diungkapkan dalam penelitan Worawit Baru (1990) : ..namun terdapat surau yang mengajar BM dan BT di monthon Pattani pada tahun 1912 hanya tiga buah, iaitu di darah Tokmok, Bangnara, Narathiwat dan di daerah Yarang, Pattani Perkembangan pengajaran BM di selatan Thailand mengalami pasang surut mengikut situasi politik di Thailand. Suatu masa (sebelum 1950an) kerajaan pernah membenarkan pengajaran BM di sekolah-sekolah kerajaan dengan mendatangkan guru-guru Melayu daripada Singapura dan Malaysia. Namun pada ketika yang lain (mungkin sekitar 1950an) pengajaran BM tidak lagi diajarkan di sekolah-sekolah kerajaan, sehingga cikgu-cikgu Melayu terpaksa mengajar BM di rumah masingmasing. Kemudian setelah itu, (mulai 1980an) mata pelajaran mata BM dimasukan ke dalam beberapa sekolah kerajaan sebagai asas mata pelajaran agama Islam. Pengajaran BM di peringkat Tadika Dalam masyarakat Melayu di negeri Thai, pengurusan pendidikan menjadi tugas institusi pondok, masjid , surau dan orang-orang yang berpengetahuan ilmu agama Islam. Anak-anak Melayu mempelajari BM, pengetahuan agama Islam dan membaca al-Quran daripada institut-institut tersebut. (Worawit Baru : 1990 : 189) Di selatan Thailand, tadika adalah sebuah institusi pendidikan agama yang berada di bawah naungan masjid. Masa belajarnya biasanya dua hari seminggu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sejak tercetusnya kejadian keganasan di wilayah selatan, tadika mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan, kerana disyaki sebagai tempat mendidik kanak-kanak ke arah yang negatif. Di antara tindakan yang dilakukan oleh

4

kerajaan ialah memantau segala aktiviti di tadika, sambil memperdayakan guru-guru tadika dengan memberikan gaji ala kadarnya dan memberikan anggaran tahunan kepada tadika. Juga terdapat upaya untuk memindahkan tadika dari masjid ke sekolah-sekolah rendah kerajaan. Namun, upaya tersebut tidak berlanjutan, kerana tidak ada keseriusan daripada pihak kerajaan itu sendiri. Tadika memfokuskan pelajarannya pada agama pada peringkat fardu ‘in, kerana itu tadika juga disebut kelas fardu ‘in. Pelajaran BM pula diajarkan sebagai salah satu pelajaran utama disamping pelajaran agama. Sebagai media untuk pengajaran BM, disediakan pula buku-buku teks bertulisan jawi dan rumi. Namun yang agak merisaukan ialah buku-buku teks tersebut pada umumnya terdiri daripada buku-buku teks yang diterbitkan pada tahun 1970an dan dicetak ulang berkali-kali. Dengan demikian, buku-buku teks tersebut boleh dikatakan tidak sesuai lagi dengan perkembangan BM yang ada sekarang, terutama pada aspek ejaan, baik rumi maupun jawi. Disamping itu, guru-guru yang mengajar di tadika tersebut pada umumunya terdiri daripada tenaga sukarelawan iaitu pelajar-pelajar sekolah agama atau orangorang kampung yang tidak menguasai BM. Pembelajaran BM di Sekolah Rendah (Kerajaan) dan Sekolah Menengah Agama (swasta) Sekolah Rendah (Dasar) di wilayah selatan Thailand, pada umumnya terdiri daripada sekolah-sekolah kerjaan. Setiap warga Thailand, termasuk kanak-kanak Melayu, diwajibkan mengikuti pendidikan pada jenjang dasar di sekolah-sekolah tersebut iaitu dalam jangka masa enam tahun. Bahkan sekarang jenjang pendidikan wajib diperluaskan sehingga ke jenjang menengah, iaitu sembilan tahun. Bagi kanak-kanak Melayu, pada umumnya mereka mengikuti jenjang pendidikan dasar di sekolah kerajaan kemudian melanjutkan ke jenjang menengah di sekolah agama swasta. Dengan demikian mereka mendapat peluang untuk belajar agama dan BM, sebagai lanjutan daripada pendidikan agama dan BM di tadika. Namun bagi mereka yang belajar di sekolah kerajaan sehingga ke jenjang sekolah tinggi tentu tidak memperoleh peluang untuk belajar BM, kerana di sekolah kerajaan tersebut tidak diajarkan BM, hanya beberapa sekolah tertentu sahaja yang mempunyai mata pelajaran BM (sebagai asas pelajaran agama Islam. 5

Berbeza dengan sekolah kerajaan, sekolah menegah agama pada umumnya mengajar BM sebagai mata pelajaran wajib, sejak daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Bagaimana pun, keterbatasan buku-buku teks merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru BM dan untuk mengatasi masalah tersebut mereka terpaksa menggunakan buku-buku teks daripada Malaysia. Di sesetengah sekolah agama masih menggunakan buku teks tahun 1970-an, yang masih menggunakan ejaan lama. Selain itu, guru-guru yang mengajar BM kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang tidak berkelulusan BM. Dengan demikian, para guru tersebut mengalami kesulitan dalam mengajar BM, apalagi bila terpaksa menggunakan buku-buku teks daripada Malaysia, yang masih dirasakan asing bagi mereka. Pembelajaran BM pada peringkat universiti Di selatan Thailand, BM mulai diajarkan di universiti lebih kurang dua puluh tahun yang lalu (1990-an). Beberapa universiti tersebut ialah PSU di Pattani, Thaksin University di Songkhla dan Walailak University di Nakhonsrithammarat. BM ini mula-mula diajar sebagai mata kuliah elektif, kemudian menjadi mata kuliah minor dan terus menjadi major (jurusan BM). Pelajar yang tamat kuliahnya di bidang BM mendapat gelar B.A. dalam Bahasa Melayu. Di universiti, pengajaran BM didukung oleh tenaga pengjar yang berkelulusan (sama ada M.A. dan Dr., dalam bidang BM maupun sastera Melayu). Di samping itu di universiti tersedia fasilit yang memadai untuk pengajaran BM, seperti makmal bahasa (memadai untuk 40-50 pelajar) yang agak canggih. Setiap seorang pensyarah BM pula dibekali sebuah komputer di dalam bilik kerja masing-masing. Pemafaatan TIK dalam pembelajaran BM di Selatan Thailand Seperti dimaklumi, pada umumnya tadika yang diselenggarakan di masjid tidak memiliki anggaran yang memadai. Kerana itu fasiliti TIK sama sekali tidak tersedia di tadika. Oleh itu, pengajaran BM pada peringkat tadika boleh dikatakan sama sekali tidak melibatkan TIK. Begitupun pengajaran BM di sekolah-sekolah rendah kerajaan, disamping fasilitinya tidak tersedia, juga masa belajar BM yang sangat terbatas dan tenaga pengajar yang

6

tidak berkelulusan, menyebabkan pengajaran BM tidak mendatangkan kesan yang memuaskan . Adapun pengajaran BM di sekolah menegah agama (swasta) agak lebih baik bila dibandingkan dengan pengajaran BM di peringkat tadika dan sekolah rendah kerajaan. Pada umumnya, sekolah menengah agama tersebut memiliki fasiliti TIK yang terbatas, seperti bilik komputer, yang biasanya untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan internet. Namun berdasarkan pengamatan dan temuduga pemakalah dengan bekas-bekas pelajar sekolah menengah agama tersebut, pengajaran BM sama sekali tidak menggunakan fasiliti TIK yang ada. Disamping tidak tersedianya jumlah komputer yang memadai, juga kemahiran tenaga pengajar dalam penggunaan komputer sangat terbatas. Bagaimana di peringkat universiti fasiliti TIK lebih tersedia; alat-alat komputer dimiliki oleh setiap pensyarah, dengan demikian peluang untuk memanfaat komputer dalam penengajaran BM lebih baik. Di Thaksin University, Songkhla, bilik makmal bahasa yang dapat memuat lebih kurang empat puluh pelajar / komputer dan telah pun dimanfaat untuk pengajaran BM. Melalui bilik makmal juga, pengajaran BM dapat memanfaatkan internet, antara lain dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Media Massa. Sebagaimana di maklumi, media massa mencakupi surat khabar, radio, televisi, yang semuanya terdapat dalam internet. Surat khabar, majalah, siaran radio dan tv dalam bahasa Melayu adalah sukar diperoleh di selatan Thailand, kerana itu media massa online adalah sangat tepat digunakan untuk pengajaran BM. Disamping juga, media internet itu sendiri yang mengandungi email, blog dan sebagainya boleh dijadikan media untuk pengajaran BM. Email dapat digunakan sebagai media pengajaran BM yang menarik dan berkesan. Begitu juga blog yang menggunakan bahasa Melayu dapat dimanfaatkan untuk pengajaran BM yang lebih menarik dan berkesan. Bagaimanapun bahan-bahan tersebut perlu dikelola dengan baik dan berhati-hati, kerana bahasa yang digunakan mungkin tidak menempati bahasa yang baik dan betul (gramatis). Namun seorang guru bahasa tidak semestinya mengjar BM secara kaku, ertinya terlalu berpegang kepada aturan-aturan nahu seperti terdapat dalam buku-buku tatabahasa BM. Dengan kata lain, perubahan dan perkembangan BM seperti yang berlaku dalam media internet perlulah diterima sebagai suatu perkara yang positif. 7

Pemanfaatnan TIK dalam Penelitan BM di selatan Thailand Penelitian tentang bahasa Melayu Patani (BMP) telah dilakukan oleh beberapa pengkaji, antara lain ialah penelitian yang dilakukan oleh Worawit Baru (1990) dan Ruslan Uthai. (1999). Worawit Baru memfokuskan kepada aspek sosiolinguistik yang melihat pengaruh dasar atau kebijakan kerajaan Thailand terhadap BMP sedangkan Ruslan Uthai menggunakan pendekatan linguistik sejarah yang melihat aspek etimologi BMP : Sumber Daripada Tai-Kadai dan Austroasiatik. Bagaimanapun kedua pengkaji tersebut tidak memanfaatkan tool wordsmith dalam pengumpulan data. Seperti dimaklumi bahawa dewasa ini terdapat suatu alat untuk membantu kerja pengumpulan korpus dalam penelitan bahasa. Penelitian tentang BMP yang sedang dilakukan pemakalah cuba memanfaat tool wordsmith dan kesan-kesannya akan dikemukakan dalam makalah ini. Tool Wordsmith ini digunakan di Pusat Ilmu Kemanusiaan, USM, dan diajarkan kepada pelajar-pelajar BM. Pemakalah, yang ssedang mengikuti program sarjana dibidang BM di USM juga telah memanfaatkan tool wordsmith dalam kajian Morfologi Kata kerja BMP. Tool Wordsmith ini dimanfaatkan untuk mengumpulkan data-data kata kerja BMP daripada teks-teks, yang telah diteranskripsikan terlebih dahulu dari skrip jawi kepada skrip rumi. Data-data tersebut dapat dihasilkan dalam bentuk daftar kata (wordlist), secara urutan abjad maupun berdasarkan frekwensi (jumlahnya dalam teks), juga dalam bentuk konkordens (kewujudan kata-kata tersebut dalam ayat). Secara teknikal, tool wordsmith, ini sangat membantu pengkaji dalam menghasilkan data-data korpus, disamping penghematan waktu dan juga ketepatan dalam memperoleh data yang diperlukan. Bagaimanapun tool wordsmith ini masih terdapat keterbatasan iaitu ia tidak dapat digunakan untuk teks yang bertulisan jawi. Sehingga pengkaji terpaksa mengerjakan proses transkripsi sebelum data korpus diproseskan melalui tool wordsmith, oleh itu terpaksa membuangkan masa yang cukup panjang. Bagaimanapun pada masa yang

8

akan datang keterbatasan ini diharap dapat diatasi oleh pakar-pakar teknikal di bidang berkenaan.

Kesimpulan dan Cadangan Kajian dan pengajaran BM yang lebih berkesan tentu tidak dapat mengabaikan pemanfaatan TIK yang semakin canggih itu. Khususnya dalam pengajaran BM di selatan Thailand, pemanfaatan TIK perlulah digalakan, baik di peringkat tadika, sekolah, maupun universiti. Terutama diperingkat tadik dan sekolah, fasiliti peralatan dan tenaga yang mahir perlu dipersiapkan untuk meningkatan mutu pembelajaran BM. Adapun pada peringkat universiti, soal fasiliti dan peralatan tidaklah menjadi masalah, hanya perlu membina tenaga pengajar BM supaya lebih mahir dalam memanfaatkan TIK dengan memberikan bekalan-bekalan teknikal tentang komputer dan penggunaan program yang sesuai. Ternyata perkembangan TIK sangat membantu pengjaran dan penelitian BM. Dalam penelitian BM, terdapat antara lain ialah tool wordsmith yang telah digunakan oleh pemakalah dalam mengkaji morfologi kata kerja BMP. Dan dalam pengajaran bahasa, selain daripada menggunakan tool yang ada juga dapat menggunakan internet. Melaui internet, BM mengalami perkembangan yang pesat, seperti adanya email, chat dan blog. Perkembangan tersebut dapat dimanfaatkan dalam pengajaran BM di selatan Thailand. Rujukan: Prof. Madya Ruslan Uthai, Bahasa Melayu Di Bawah Kuasa Negara Thai : Ketamadunan dan Kesahannya, Makalah, dibentangkan di CS Pattani, pada 2008. Sayed Abdullah Al-Jufri, Peranan Dialek Melayu Dalam Pembelajaran Di Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Makalah, dibentangkan di CS Pattani, pada 2008. Worawit Baru, 1990, Pengaruh Bahasa Thai ke atas Dialek Melayu Patani: Kajian Kes Sosiolinguistik di Wilayah Patani, Desertasi Doktor. Astri Suhkre, “The Muslim of Southern Thailand”, (hal.1-18), 1989 The Muslim of Thailand, Volume 2, Edited by Andrew D.W.Forb, (Bihar) India : Center for Southe East Asian Studies. Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, 1998, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. H. 56 James T. Collins,1999, Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Oustaka. 9

Paitoon,1999 : Lama Waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut di Perairan Mayanmar dan Thailand, dalam Pengajian Bahasa Melayu, Ancangan Pembingkas Berdaya Cipta, editor : Paitoon M Chaiyanara, Pattani : PSU dan Singapura : Kesatuan Guru-Guru Melayu.

10

Related Documents


More Documents from ""

Taqrib Al-ikhwan
April 2020 2
Inovasi Pedagogi
November 2019 26
1.undangan Pkkm.doc
April 2020 9
Obs Metodologia.docx
December 2019 14