Pemarkahan Karangan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pemarkahan Karangan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,845
  • Pages: 37
Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR PENGENALAN Pemarkahan skrip jawapan pelajar atau calon dalam menjawab soalan terutamanya soalan berbentuk subjektif memerlukan satu pendekatan atau kaedah. Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya. Tugasan ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Sebagai melengkapkan tugasan ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.

-1-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

KRITERIA PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN Memeriksa skrip jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut. (i)

Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan

(ii)

Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat

(iii)

Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan

PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif contohnya seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

-2-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei yang digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah pemarkahan tersebut ialah kaedah analitik (analisis / perincian ) dan kaedah holistik (atau global , impresif, tanggapan ) (Abdul Aziz (1993: 155). Pemarkahan holistik boleh digabungkan dengan pemarkahan analitik, dan boleh dinamakan kaedah eklektik. KAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsurunsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan keber sepaduan unsur-unsur berkenaan. Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan

-3-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

terhad. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu keobjektifan serta kebolehpercayaan ujian esei dapat ditingkatkan.

Penyediaan skema pemarkahan analitik 1.

Kaedah ini memerlukan (i)

penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur-unsur utama yang perlu dimasukkan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu;

(ii)

penentuan bilangan poin yang akan diberi untuk setiap unsur utama;

2.

Jawapan pelajar yang

sepadan dengan jawapan yang

dikehendaki akan diberi markah penuh; yang langsung tidak sepadan tidak akan diberi sebarang markah; 3.

Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;

4.

Keobjektifan

pemarkahan

boleh

ditingkatkan

dengan

menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat itu;

-4-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Contoh Skema Pemarkahan Analitik Contoh A Soalan: Huraikan perubahan keadaan jirim dan tenaga yang berlaku apabila ais mencair. [15] Skema pemarkahan: ─ perubahan keadaan jirim berlaku

..........

1

─ pepejal

cecair

..........

1

─ zarah-zarah dalam ais berada di kedudukan tetap

..........

2

─ bergetar dan berputar di kedudukan tersebut

.......... 1 + 1

─ dengan memperoleh tenaga haba

..........

1

─ zarah bergetar lebih kuat

..........

1

─ apabila memperoleh tenaga haba yang mencukupi, ikatan-ikatan antara zarah terputus

..... 3 atau 0

─ proses pencairan berlaku dan cecair terbentuk

..........

1

─ kandungan tenaga meningkat

..........

1

─ zarah-zarah mempunyai lebih banyak tenaga kinetik

.......... 1 + 1 15

-5-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Contoh B Markah diuntukkan kepada isi-isi penting berdasarkan kandungan skema pemarkahan. Soalan : Berdasarkan teori Piaget, nyatakan dua perkara yang harus diberi perhatian dalam pengajaran matematik kepada murid-murid sekolah rendah. [4 markah] Skema pemarkahan: (i)

Penggunaan alat bantu mengajar yang banyak

(ii)

Penggunaan cara pertanyaan-penemuan

(iii)

Pewujudan situasi pengajaran dan pemelajaran yang sebenar (2 perkara × 2 markah = 4 markah)

Contoh C Soalan : Jelaskan, dengan memberikan contoh, masalah-masalah utama yang dihadapi oleh penduduk bandar raya. [12 markah]

-6-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Skema pemarkahan : (1)

Masalah

perumahan.

menyebabkan

Persaingan

harga rumah

guna

tinggi

tanah

di

bandar

- mewujudkan fenomena

setinggan.

(3

markah) (2)

Masalah persaingan, pengangguran, dan kemiskinan bandar akibat migrasi penduduk yang tidak berkemahiran dan berkelulusan secara berlebihan dari luar bandar.

(3)

(3 markah)

Masalah sosial seperti jenayah, pelacuran, penyakit berjangkit, dan yang berkaitan di lokasi-lokasi tertentu.

(4)

(3 markah)

Masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan jumlah kenderaan.

(5)

(3 markah)

Masalah kesihatan akibat pencemaran alam sekitar: udara, air, bau, dan bunyi dari kenderaan, perindustrian dan pembakaran sampah / pelupusan sisa domestik.

(3

markah) (6)

Masalah kekurangan kemudahan asas dan kemudahan sosial. Kekurangan bangunan,

kawasan jalan

hijau

raya,

kerana

medan

pembinaan

letak

kereta

bertempatan, dan

lain-lain

menyebabkan bandar menjadi panas - pulau haba. Masalah pengurusan

bandar

yang

berkaitan

dengan

pembetungan,

-7(mana-mana 4 masalah × 3 markah = 12 markah)

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

pemprosesan kumbahan, perparitan (banjir kilat) dan lain-lain. (3 markah) Contoh D Soalan : Anemia sel sabit dan sindrom Down disebabkan oleh mutasi. Bagi setiap kecacatan tersebut, jelaskan jenis mutasi yang terlibat. [10 markah] Skema Pemarkahan : ─ Anemia sel sabit - mutasi gen

1

─ penggantian bes

1

─ kod triplet/kodon asid amino keenam

1

─ pada rantai β hemoglobin

1

─ asid glutamik diganti oleh valina

1

─ hemoglobin normal A menjadi hemoglobin S

1

─ bentuk eritrosit/sifat sel darah merah berubah

1

─ menjadi lebih rapuh/kurang cekap mengangkut O2

1 8 markah

maksimum 5 markah ─

Sindrom Down - mutasi kromosom

─ Aneuploidi

1 1

-8-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

─ tak disjungsi semasa meiosis / meiosis I / Anafasa I / pembentukan gamet

1

─ kromosom no. 21 tak berpisah semasa Anafasa I

1

─ zigot mengandungi 3 kromosom no. 21/ tisomi no. 21

1

─ individu mempunyai lebih satu kromosom no. 21/ 3 kromosom adalah cacat (fizikal dan mental)

1 6 markah

maksimum 5 markah

Kelebihan Kaedah Pemarkahan Secara Analitik

(i)

Skrip jawapan boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan.

(ii)

Skrip jawapan memadai diperiksa sekali sahaja.

(iii)

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat.

(iv)

Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau rendah.

-9-

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(v)

Dapat membantu guru mengenal pasti secara spesifik kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar; dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar secara spesifik.

(vi)

Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan Kaedah Analitik

(i)

Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan.

(ii)

Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada kemahiran penulisan.

(iii)

Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat kesilapan dalam aspek tersebut.

- 10 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK Holistik atau Global bermaksud menyeluruh. Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian pelajar dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa dan mudah dilaksanakan kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak disediakan. Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan

membaca

kebolehpercayaan

secara

kritikal.

pemarkahan

amat

Amat

subjektif

rendah.

bermakna

Bagaimanapun,

kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama. Pemarkahan juga boleh melalui perbandingan. Dengan teknik ini pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut kualiti. Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan

- 11 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak, novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat saringan. Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis kaedah yang lazim digunakan iaitu secara ordinal dan nominal.

1. Kaedah Ordinal Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut: (i)

Memeriksa

setiap

skrip

jawapan

pelajar

secara

keseluruhan. (ii)

Menyusun

skrip-skrip

jawapan

pelajar

mengikut

prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah. (iii)

Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.

(iv)

Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

- 12 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

2. Kaedah Nominal Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

(i)

Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B = Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

(ii)

Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

(iii)

Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan

kepada

skrip

tersebut

berdasarkan

skema

pemarkahan yang disediakan. (iv)

Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

- 13 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalam pemberian markah dan penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan. Dengan yang demikian, mutu pemeriksaan skrip jawapan esei dapat dikawal dan keobjektifan ujian itu dapat ditingkatkan.

- 14 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Contoh Skema Pemarkahan Kaedah Holistik Berdasarkan Kaedah Nominal

Contoh Skema Pemarkahan Karangan Bahasa

- 15 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Gred/Markah Gred A (75% - 100%)

Ciri-ciri dalam jawapan Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih. Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan. Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat menarik.

Gred B (60% - 74%)

Gred C (40% - 59%)

Gred D (30% - 39%)

Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai. Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat. Isinya cukup dan pengolahan agak menarik. Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit. Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisan. Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan. Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad. Takrif terhadap tajuk karangan kurang difahami. Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang teratur. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan.

Gred E (0% - 29%)

Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap. Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung. Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur. Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.

Contoh Skema Pemarkahan Geografi

- 16 -

Kategori jawapan Cemerlang

Huraian Kategori Jawapan

Markah

sukar

dibaiki.

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan memahami soalan /topik

Pelajar

25

/isu. Maklumat

dan ilustrasi/contoh sesuai. 24 23 Amat baik

Persembahan baik, jitu, dan tidak mampu diperbaiki lagi oleh pelajar yang berumur 18 tahun dalam masa 35 minit.

L

Baik

memahami

22 21

soalan/topik/isu. Isi baik dengan contoh

20

Jawapan

baik.

Pelajar

dan ilustrasi yang cukup. Susunan baik U

Sederhana baik

dengan penerangan yang padat dan

contoh/ilustrasi sesuai. Jawapan lebih Kurang baik

17

baik daripada kategori 10-15 dan bukan hanya

meluahkan

maklumat

yang

dipelajari serta jawapan masih boleh

S

16

Isi banyak yang

diperbaiki. Pelajar memahami soalan/topik/isu. Isi

15

terperinci

ada yang terperinci, ada yang umum.

14

Ada contoh/ilustrasi.

13

Isi lebih banyak yang umum

Isi umum

G

18

jelas. Memahami soalan/topik/isu. Isi terperinci,

L U

19

12 Maklumat/isi

yang

diberikan

ialah

maklumat/isi mengikut pendekatan yang biasa terdapat dalam buku teks. Memahami soalan/topik/isu

Isi kurang

jawapannya umum. Jawapan lemah.

kesalahan

memahami

tetapi

Pelajar

soalan/topik/isu.

11 10 9

kurang

8

Jawapan

7

tidak tersusun. A

6

Isi banyak kesalahan

Isi umumnya mengandungi maklumat yang

G

relevan

tetapi

mengandungi

5

beberapa kesalahan. A L

Isi ada yang relevan dan ada yang tidak relevan

4

- 17 Jawapan nyata lemah. Pelajar tidak memahami

soalan/topik/isu.

Isi

3

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Kelebihan Kaedah Holistik (i)

Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang.

(ii)

Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.

(iii)

Penilaian

jawapan

dibuat

oleh

lebih

daripada

seorang

pemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan.

Kelemahan Kaedah Holistik. (i)

Terdapat perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan.

(ii)

Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.

- 18 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(iii)

Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja.

(iv)

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan

halo merujuk kepada situasi pemeriksa

memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana pelajar dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu

datangnya

daripada

pelajar

yang

dianggap

kurang

berkebolehan.

PEMARKAHAN DENGAN KAEDAH GABUNGAN ANALITIK DAN HOLISTIK Pemarkahan

skrip

jawapan

boleh

juga

dijalankan

dengan

menggunakan kedau-dua kaedah analitik dan holistik. Ini bermakna pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan point dan secara keseluruhan. Dalam menggunakan kaedah gabungan ini, skema jawapan disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu menentukan sesuai atau tidak sesuainya soalan berkenaan berkaitan dengan

- 19 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(i)

masa yang diperlukan,

(ii)

bentuk skema jawapan yang sesuai, dan

(iii)

kejelasan arahan dan tugasan soalan tersebut.

Contoh Skema Pemarkahan berdasarkan Kaedah Analitik dan Holistik

Dalam ujian karangan Pengajian Am, markah boleh dipecahkan kepada empat komponen seperti yang berikut. Isi dan idea ( I )

5

markah

15

markah

Kemahiran kebahasaan ( B )

5

markah

Persembahan/Impak

5

markah

30

markah

Hujah atau huraian ( H )

(i)

Pembahagian markah untuk isi dan idea: 1 Idea

(ii)



1 markah

Pembahagian markah untuk hujah atau huraian tentang isi dan idea 1 Isi dan Idea

– 3 markah hujah atau huraian

Taraf hujah atau huraian:

- 20 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(iii)

Baik

:

3

markah

Sederhana

:

2

markah

Lemah

:

1

markah

Pembahagian markah untuk kebahasaan Baik: 4–5 markah [bilangan kesalahan bahasa 0–4] Sederhana: 2½ - 3½ markah [bilangan kesalahan bahasa 5–9] Lemah: 1–2 markah [bilangan kesalahan bahasa > 10]

Cara pemarkahan bahasa: 4 kesalahan ejaan atau tanda baca – potong 1 markah 2 kesalahan struktur ayat – potong 1 markah. (iv)

Pembahagian markah untuk persembahan/impak : Baik

:

4 – 5 markah

Sederhana

:

3 markah

Lemah

:

1 – 2 markah

Markah persembahan / impak berdasarkan pengolahan jawapan yang berkaitan dengan pengenalan, isi jawapan, penutup, serta kemahiran penulisan.

- 21 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

TEKNIK MEMERIKSA SKRIP JAWAPAN ESEI

Pemeriksaan yang baik bagi skrip jawapan esei ialah mencuba mengurangkan unsur subjektiviti dan ralat dalam pengukuran. Ini disebabkan salah satu kelemahan ujian esei ialah pemarkahannya kurang objektif dan kurang kebolehpercayaan. Beberapa langkah boleh digunakan oleh pemeriksa bagi menambah keobjektifan dan kebolehpercayaan dalam pemeriksaan skrip jawapan esei.

1. Memahami tugasan soalan dengan jelas dan menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan. Skema jawapan haruslah lengkap, meliputi skop jawapan mengikut tugasan soalan dan boleh ditokok tambah untuk menangani respons yang berbagai-bagai daripada pelajar.

2. Tentukan kaedah pemarkahan yang sesuai sama ada secara analitik atau holistik sebelum menyediakan skema pemarkahan.

- 22 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

3. Jika

terdapat

lebih

daripada

seorang

pemeriksa,

mesyuarat

penyelarasan hendaklah diadakan sebelum memeriksa skrip jawapan. Penyelarasan boleh dijalankan terhadap isi, bentuk dan pemberatan markah yang diuntukkan. Semasa penyelarasan, pemeriksa akan memeriksa contoh jawapan dan membuat perbandingan pemberian markah antara pemeriksa. Cara ini akan dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah antara pemeriksa.

4. Pastikan

bahawa

markah

yang

diberikan

itu

benar-benar

menunjukkan pencapaian pelajar mengikut tujuan ujian yang telah ditetapkan. Misalnya, jika ujian itu bukan bertujuan untuk mengukur gaya bahasa tetapi mengukur isi bahan atau fakta, maka pemeriksa harus memeriksa taraf penguasaan isi bahan atau fakta dan tidak dipengaruhi oleh bahasa pelajar.

5. Jika ujian terdiri daripada beberapa soalan, pemeriksa hendaklah memeriksa soalan yang sama bagi semua pelajar sebelum beralih kepada soalan yang lain. Dengan cara ini diharapkan

- 23 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(i)

Pemarkahan adalah lebih selaras kerana perhatian penuh pemeriksa telah ditumpukan pada setiap soalan, dan

(ii)

Prestasi pelajar dalam soalan yang telah diperiksa itu mungkin tidak akan mempengaruhi pemeriksa semasa memberikan markah bagi soalan yang berikutnya.

6. Pemeriksa tidak sepatutnya mengenal identiti pelajarnya kerana ini mungkin mempengaruhi pemeriksa untuk memberikan markah berdasarkan pencapaian lepas atau latar belakang pelajarnya.

7. Sebaik-baiknya pemeriksa hendaklah memeriksa dua kali dalam selang masa sekuang-kurangnya 24 jam sebelum memberikan markah. Pilihan yang lain ialah pemeriksa kedua memeriksa skrip jawapan,

kemudian

markah

pemeriksa

pertama

dan

markah

pemeriksa kedua diputarkan untuk dijadikan markah muktamad.

8. Sekiranya skrip jawapan dikembalikan kepada pelajar, pemeriksa harus memberikan ulasan tentang kesilapan dan kelemahan jawapan pelajar serta memberikan jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang dijawab oleh pelajar.

- 24 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Contoh teknik memarkah karangan Katakanlah kita akan memarkah sebuah karangan. Pemarkahan boleh dilakukan berdasarkan susunan kertas iaitu kita periksa jawapan calon A, diikuti dengan calon B dan seterusnya. Pemarkahan boleh juga dilakukan berdasarkan tajuk karangan. Misalnya, mula-mula kita periksa semua karangan "Cita-cita Saya". kemudian kita periksa pula karangan "Faedah Membaca", dan seterusnya tanpa mengikut susunan kertas ujian. Kedua-dua cara ini boleh digunakan. Jika kertas yang hendak diperiksa itu banyak, cara kedua lebih berkesan kerana pemeriksa dapat menumpukan fikirannya kepada isi tajuk berkenaan. Jika kertas itu mengandungi lebih daripada satu soalan karangan, cara kedua perlu diutamakan kerana dengan cara ini fikiran kita tidak disela oleh pelbagai isi karangan yang lain; apa lagi jika skema pemarkahannya berbeza-beza. Mokhtar (1995: 110) menyatakan, cara ini boleh menghindarkan pemeriksa

- 25 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

daripada dipengaruhi oleh soalan sebelumnya ketika memeriksa butiran seterusnya. Bagi ujian formatif, elok diwujudkan kebiasaan merahsiakan nama calon seperti yang dilakukan dalam peperiksaan awam. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kesan emosi yang dinamakan kesan halo. Bagi ujian formatif juga, skema pemarkahan sepatutnya diberitahu kepada pelajar. PENYELARASAN Dalam peperiksaan awam, penyelarasan pemarkahan item esei memang sentiasa dilakukan. Amalan ini elok dilaksanakan di sekolah bagi kedua-dua jenis ujian, sumatif dan formatif, jika pemeriksanya lebih daripada seorang. Penggubalan kertas soalan bagi ujian semester dan tahunan yang dipusatkan dalam sesuatu mukim atau daerah sangat digalakkan. Usaha ini perlu disempurnakan dengan penyelarasan pemarkahan. Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan. Mereka yang menghadiri mesyuarat penyelarasan memeriksa sampel jawapan calon. Kemudian, dibincangkan sebab-sebab markah yang diberi itu terlalu tinggi atau terlalu rendah. Melalui perbincangan, pemeriksaan semula, perubahan terhadap skema dan sebagainya, perbezaan markah di antara pemeriksa-pemeriksa itu boleh diminimumkan. Lazimnya penyesuaian atau

- 26 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

moderasi markah dilakukan dalam penyelarasan apabila selisih markah antara pemeriksa melebihi 5%. PEMARKAHAN KARANGAN UPSR Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mengandungi dua soalan yang dinamakan Soalan 1 dan Soalan 2. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b). Bagi Soalan 2, calon tidak diberi pilihan. Pemarkahan yang sesuai bagi kertas ini ialah teknik analisis. Jika markah penuh 50, markah bagi setiap soalan ialah 25 markah. Oleh sebab Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan kemahiran berbahasa, nisbah markah bahasa wajar melebihi markah isi. Pecahannya ialah 15 markah bagi bahasa dan 10 markah bagi isi Perincian markah bahasa di bawah ini lazimnya digunakan. (a) Perbendaharaan kata 3 markah (b) Struktur ayat 3 markah (c) Penggunaan imbuhan 3 markah (d) Penggunaan tanda baca 3 markah

- 27 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

(e) Ejaan 3 markah Bagi komponen perbendaharaan kata dan struktur ayat, markah boleh diberi secara global. Markah penuh diberi jika calon berjaya memperlihatkan keluasan penggunaan perbendaharaan kata dan menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat. Bagi komponen-komponen yang lain, sistem pemotongan markah boleh digunakan. Potong setengah markah bagi setiap kesalahan penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca, dan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang. Ini bermakna calon boleh kehilangan sembilan daripada 15 markah bahasa. Markah isi pula boleh diagihkan seperti di bawah: Pendahuluan 1 markah 4 isi x 2 markah 8 markah Penutup 1 markah Agihan markah isi ini boleh digunakan untuk kesemua soalan. Pembahagian markah isi tidaklah terlalu rigid. PMM yang baik lazimnya menyatakan bahawa pemeriksa boleh mempertimbangkan markah yang sesuai bagi isi yang berkaitan dengan soalan walaupun isi-isi itu tidak tercatat dalam PMM. PMM yang baik juga disertai contoh rangka jawapan.

- 28 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Bagi soalan yang memerlukan format, calon mesti menulis karangan dalam format yang dikehendaki. Pemeriksa boleh memotong sehingga tiga markah daripada keseluruhan markah yang diperoleh bagi item yang berkenaan. Perhatikan contoh penerangan tentang hal ini yang sesuai untuk PMM sekolah rendah:

Soalan 1 (a) jika tidak ditulis dalam bentuk dialog, tolak tiga markah. Soalan 1 (b) jika tiada pendahuluan, tolak satu markah; jika tiada kata penegasan di tengah karangan, tolak satu markah; dan jika tiada penutup, tolak satu markah. Sebelum tahun 1996, Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mensyaratkan calon menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Apabila frasa tidak kurang daripada 80 patah perkataan digunakan, PMM perlu menerangkan sistem pemotongan markah jika calon menggunakan lebih daripada 80 patah perkataan. Cadangan pemotongan markah bagi karangan yang pendek adalah seperti yang berikut: 60 -- 75 patah perkataan: tolak satu markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu.

- 29 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

50 -- 59 patah perkataan: tolak dua markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu. 40 -- 49 patah perkataan: tolak tiga markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu. 39 patah perkataan ke bawah: peruntukan markah tidak boleh melebihi 10 daripada 25 markah. Mulai tahun 1996, had maksimumnya perkataan yang boleh digunakan oleh calon dicatatkan dalam arahan, iaitu tidak melebihi 120 patah perkataan. PMM perlu memberikan garis panduan kepada pemeriksa jika calon melanggar had maksimum yang ditetapkan itu. Lazimnya, pemeriksa tidak perlu menilai bahagian yang melebihi had maksimum itu. Dengan kata lain, calon tidak diberi sebarang markah untuk perkara yang ditulis selepas had maksimum itu. Penggunaan perkataan melebihi had maksimum itu juga tidak membabitkan pemotongan markah. Namun demikian, calon dijangka akan kehilangan markah isi jika isinya, khususnya penutup, terkandung dalam perkataan-perkataan yang melebihi had maksimum itu. Pemeriksaan secara analisis untuk karangan sekolah rendah sudah tentu memerlukan pemeriksa yang teliti. Pemeriksa perlu membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan dan

- 30 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

menentukan jumlah perkataan yang digunakan oleh calon. Kemudian karangan itu dibaca sekali lagi untuk menimbangkan markahnya yang sebenar berdasarkan ketetapan cara pemberian markah. Ketika membaca, pemeriksa perlu menandakan isi dan kesalahan-kesalahan seperti Rajah 1.

Rajah 1: Penandaan Karangan

Aspek

Pecahan

Markah

Isi

(a)

8

Bahasa

(b)

3

(c)

2

(d)

3

(e)

2

Jumlah

18

- Format

0

- Bilangan perkataan

-1

JUMLAH

15

- 31 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Apabila penandaan telah selesai dilaksanakan, tuliskan markah yang telah dipertimbangkan itu pada sebelah kanan bahagian bawah karangan seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2: Catatan Markah Biasa markah penuh yang diberi adalah dalam angka bulat. Jika calon mendapat 85½ markah daripada 100, markah itu boleh dibulatkan menjadi 86. Namun demikian, apabila nilai ½ markah itu dari segi peratusnya begitu tinggi, pembulatan itu tentulah kurang wajar. Bagi kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR, ½ markah bernilai 2%. Pembulatan markah bagi kes ini kurang wajar. Markah muktamad hendaklah ditulis di penjuru sebelah kanan halaman pertama karangan calon. Bagi karangan yang terpesong, peruntukan markah tidak boleh melebihi lima markah.

BEBERAPA ISU BERKAITAN PENANDAAN SKRIP 1)

Penandaan Kesilapan

- 32 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Penandaan kesilapan boleh dilakukan berpandukan Rajah 1 atau cara-cara yang difikirkan sesuai (lihat Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 278-279). Penandaan kesilapan sangat penting bagi ujian sumatif. Dalam ujian sumatif lazimnya sampelan kertas yang telah diperiksa oleh pemeriksa akan disemak semula oleh ketua pasukan. Sampelan kes lulus biasa, semua kes gagal dan semua kes cemerlang mungkin juga akan disemak oleh ketua pemeriksa. Penandaan kesilapan itu akan memudahkan ketua pasukan dan ketua pemeriksa melaksanakan tugas mereka.

Bagi ujian formatif, kesilapan yang telah ditandakan pada kertas jawapan boleh menjadi sumber maklumat yang sangat berguna untuk guru dan murid. Guru

boleh

menggunakannya

untuk

- 33 -

menganalisis

kesilapan

dan

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

mengadakan tindakan susulan. Pelajar pula dapat mengetahui kelemahan mereka dan boleh berusaha membaiki kelemahan yang ditunjukkan itu. Pemeriksa boleh juga menggunakan tanda-tanda penyuntingan jika sasaran memahami tanda-tanda penyuntingan itu. Penandaan kesilapan dan penyuntingan dengan menggunakan tanda-tanda penyuntingan sangat sesuai dilakukan di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi bagi ujian-ujian formatif, khususnya latihan harian. 2)

Dua Ekstrem

Pemeriksa mungkin sukar membuat keputusan apabila bertemu dengan keadaan yang bertentangan. Yang pertama ialah isi jawapan calon sangat tepat dan matang, tetapi ada masalah dari segi bahasa. Antara masalah bahasa yang lazim berlaku ialah kesilapan struktur frasa dan ayat, kurang keragaman susuk ayat dan kesilapan penggunaan tanda baca. Peringkat tertinggi bagi kes ini ialah peringkat B. Yang kedua ialah isi jawapan calon terpesong terus, tetapi prestasi bahasanya cemerlang. Peringkat tertinggi yang boleh diberi kes ini ialah peringkat D. PENUTUP Berbanding dengan butiran berbilang pilihan, butiran subjektif, khususnya karangan,

mudah digubal.

- 34 -

Namun

demikian

penyediaan

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Peraturan Memberi Markah (PMM) dan usaha memarkah butiran subjektif menuntut

kesungguhan

yang

bukan

kepalang.

Pemeriksa

mestilah

melaksanakan tugasnya secara profesional dan bersungguh-sungguh. Penguasaan yang mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga sangat dituntut. Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal mengesan kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah betul. Abu Bakar Nordin (1986: 220) menyarankan pemeriksa melakukan tugasnya semasa fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai. Namun demikian, jika masih terdengar rungutan daripada calon setelah segala usaha dilakukan sebaik mungkin, pemeriksa boleh secara bersahaja meluahkan rasa, "Memang sudah adat benda subjektif!"

- 35 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman. Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahir Publications, (1997). Koleksi Kertas UPSR Bahasa Malaysia. Shah Alam: Mahir Publications Sdn. Bhd. Mohd. Isa Ab. Razak, (1988). "Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan Skema Pemarkahan". Kertas kerja. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban.

- 36 -

Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan GS 3073 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Penidikan

Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Haji Sabran, (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia, Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 37 -

Related Documents

Pemarkahan Karangan
November 2019 27
Karangan
April 2020 49
Karangan
April 2020 63
Karangan
October 2019 78
Karangan
June 2020 31
Karangan
October 2019 55