Pelaksanaan_pendidikan_inklusif_di_sekol.docx

  • Uploaded by: Jeeva Rubyni
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pelaksanaan_pendidikan_inklusif_di_sekol.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,554
  • Pages: 6
1.1

PENGENALAN Program Pendidikan Inklusif (PPI) bukanlah suatu istilah yang baharu di negara kita. Pada

mulanya, sistem pendidikan negara kita hanya menekankan kepada pendidikan arus perdana sahaja. Namun, tahun demi tahun kerajaan kita khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah sedar akan hak murid berkeperluan khas (MBK) yang perlu menerima pendidikan yang sama taraf dengan murid-murid arus perdana supaya boleh memperkembangkan lagi bakat dan tahap intelektual mereka masing-masing. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), murid berkeperluan khas merupakan murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan. Pada hari ini, pelaksanaan PPI di negara kita sememangnya mendapat sambutan yang amat baik. Kejayaan ini sememangnya tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada kerjasama antara guru-guru di sekolah bersama pentadbir serta kesanggupan ibu bapa MBK untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Buktinya, pada jumlah keseluruhan BMK pada tahun 2013 dan tahun 2014 masing-masing adalah 56,406 orang murid dan 58,006 orang murid dan jumlah MBK yang telah dimasukkan dalam PPI ialah seramai 5,376 orang murid iaitu 9.60 peratus pada tahun 2013 meningkat kepada 10,700 orang murid iaitu sebanyak 18.44 peratus pada tahun 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

1.1.1

KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah suatu program pendidikan yang telah

diperkenalkan di sistem persekolahan di Malaysia. PPI merupakan suatu program pendidikan di mana murid berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar bersama-sama murid arus perdana dan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah dilaksanakan oleh guru arus perdana dan dibantu oleh seorang guru pendidikan khas sebagai guru pendamping atau guru resos (Ang & Lee, 2018).

1.1.2

DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF PPI dilaksanakan dengan jayanya di negara kita sememangnya disokong oleh dasar-

dasar yang digubal sama ada dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah mengikut Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education menyatakan bahawa: “Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and achieving education for all…” (UNESCO dalam Lee & Sailajah, 2018) Berdasarkan kenyataan Salamanca tersebut boleh disimpulkan bahawa sebenarnya pelaksanaan PPI adalah untuk mewujudkan pendemokrasian dalam pendidikan. Dengan adanya pendemokrasian dalam pendidikan bermakna hak dan kepentingan MBK adalah terjaga. Kita tidak ingin mengetepikan hak MBK kerana semua murid adalah sama. Kita tidak tahu mungkin bakat yang terdapat dalam MBK tidak terdapat dalam arus perdana dan sebalinya. Oleh itu, dengan adanya percantuman MBK dan murid arus perdana dalam satu kelas untuk belajar bersama-sama maka kedua-dua pihak boleh menerima antara satu sama lain, berkongsi idea dan sebagainya. 1.1.3

MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF Sudah semestinya PPI yang dilaksanakan oleh KPM mempunyai matlamatnya yang

tersendiri. Antara matlamat pelaksanaan PPI ialah untuk memberi peluang kepada MBK untuk belajar bersama-sama dengan murid arus perdana. Peluang belajar tersebut tidak terhad kepada pembelajaran di dalam bilik darjah malah juga di luar bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan MBK sendiri supaya mereka boleh memperolehi suatu motivasi untuk meningkatkan pencapaian diri mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik. Selain itu, pelaksanaan PPI juga adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK (Lee & Sailajah, 2018). Kita sedia maklum bahawa realitinya pada hari ini, stigma masyarakat kita terhadap MBK sememangnya mempunyai suatu pandangan yang negatif di mana masyarakat beranggap MBK adalah sautu kumpulan murid yang cacat dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka setaraf dengan murid arus perdana. Tetapi hakikatnya, jika kita memberi peluang kepada MBK mereka juga berupaya untuk mencapai suatu pencapaian yang setaraf dengan murid arus perdana.

1.2

PERANAN

DAN

TANGGUNGJAWAB

PIHAK

BERKEPENTINGAN

DALAM

PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH Pelaksanaan PPI yang berjaya di sekolah bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan kolaborasi yang baik antara semua pihak di sekolah supaya boleh menghasilkan MBK yang berjaya dalam PPI. Antara pihak yang berkepentingan untuk memastikan kejayaan PPI ialah: 1.2.1

GURU ARUS PERDANA Guru arus perdana (GAP) sememangnya perlu memainkan peranan yang penting

untuk memastikan kejayaan PPI di sekolah. GAP adalah terdiri daripada guru akademik biasa dan guru bimbingan dan kaunseling (GBK). Jika difokuskan dengan GBK, banyak peranan yang boleh dilakukan. Pertama sekali, GBK perlu menerima MBK dengan hati yang terbuka. Hal ini adalah penting supaya GBK boleh mengenali MBK dari aspek cara pembelajaran, rutin harian dan sebagainya supaya boleh membantu MBK untuk meningkatkan motivasi belajar mereka. Sebagai contoh, GBK boleh menjadi guru pendamping semasa PdP PPI berlangsung dan memerhati gaya pembelajaran MBK. Setelah mengetahui gaya pembelajaran seseorang MBK di dalam kelas, maka GBK boleh berkongsi idea dengan guru matapelajaran dengan mengadakan perbincangan mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI), bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk membantu MBK lebih mudah menyerap ilmu yang disampaikan oleh guru matapelajaran.

1.3

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI PUSAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan PPI di pusat Bimbingan

dan Kaunseling sekolah rendah. Pertama sekali, adalah disebabkan oleh sikap GBK yang tidak serius dalam membantu guru mata pelajaran semasa PdP. Hal ini berlaku kerana GBK beranggapan bahawa dia masuk ke kelas adalah semata-mata menjadi pemantau dan tidak perlu menyumbang idea kepada guru mata pelajaran tentang pelaksanaan PdP. Tetapi hakikatnya tanggungjawab GBK adalah boleh membantu MBK dengan cara membincang pembinaan RPI yang sesuai dengan guru matapelajaran, boleh mendekati MBK seorang demi seorang untuk bimbingan ketika mereka menyiapkan latihan dan sebagainya.

Selain itu, faktor kekangan masa juga merupakan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kita umum mengetahui bahawa tugas GBK di sekolah adalah melaksanakan program bimbingan kepada murid-murid sekolah dan perlu melaksanakan sesi kaunseling. Oleh itu, GBK adalah tidak dapat masuk ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan untuk membantu guru mata pelajaran melaksanakan PdP. Oleh itu, pelaksanaan PPI akan menghadapi masalah kerana guru mata pelajaran perlu mengawal semua murid yang terdapat di dalam kelas inklusif dan hal ini akan menyebabkan guru mata pelajaran tidak dapat memberi fokus kepada MBK dalam PdP. 1.3.1

LANGKAH-LANGKAH MENANGANGI ISU DAN CABARAN Untuk mengatasi isu-isu yang timbul, beberapa langkah penyelesaian telah dikenalpasti.

Pertama sekali, GBK sepatutnya peka akan tanggungjawab dan pernan iaitu perlu membantu guru mata pelajaran dalam PdP yang dilaksanakan untuk kelas inklusif. Hal ini demikian kerana, guru mata pelajaran tidak dapat fokus kepada murid arus perdana dan MBK dalam satu masa dan di situlah GBK perlu mendampingi MBK untuk melihat keperluan mereka dalam PdP, semasa menjawab latihan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh guru mata pelajaran selaras dengan murid lain. Selain itu, untuk menyelesaikan isu yag timbul pihak pentadbir perlu mengagih tugas kepada GBK secara seimbang. Isu yang timbul ialah GBK tidak dapat masuk ke kelas inklusif untuk membantu guru mata pelajaran kerana perlu melaksanakan program bimbingan dan sebagainya. Oleh itu, pihak pentadbir perlu berbincang dengan GBK berkaitan kekerapan melaksanakan program bimbingan di sekolah supaya tidak mengganggu jadual GBK untuk membantu guru mata pelajaran dalam kelas inklusif. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh membudayakan amalan memantau kerja guru di dalam bilik darjah untuk memastikan GBK sentiasa masuk ke kelas inklusif tepat pada masanya untuk membantu guru matapelajaran. Buktinya, menurut Lee & Sailajah (2018), guru besar dan pengetua perlu melakukan penilaian formal dengan mengadakan lawatan bilik darjah atau laluan pembelajaran memastikan semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan baik agar matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.

1.3.2

FAKTOR KRITIKAL MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ialah perkhidmatan sokongan.

Perkhidmatan sokongan adalah bantuan yang diberikan kepada MBK supaya boleh mengurangkan impak kesukaran persekitaran pembelajaran MBK dengan menyediakan

perkhidmatan berkualiti, menggalakkan kerjasama antara semua pihak dan menyediakan kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga sekolah. Sebagai contoh, untuk murid yang mempunyai masalah penglihatan maka pihak sekolah akan menyediakan mesin braille dan kanta pembesar supaya murid tersebut boleh melibatkan diri dalam aktiviti PdP dengan selesa. Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan PPI. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu giat memberi sokongan dalam PPI supaya hubungan ibu bapa dan guru boleh menjadi erat dan seterusnya membantu memperkukuhkan lagi pelaksanaan PPI di sekolah. Setelah hubungan ibu bapa dan guru menjadi erat maka ibu bapa juga lebih bersedia untuk menerima maklum balas daripada guru dan kemudiannya bersama-sama menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu MBK meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

1.4

KESIMPULAN Kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif sememangnya sangat penting untuk

membantu MBK memperolehi taraf pendidikan yang sama rata dengan murid arus perdana yang lain. Untuk memastikan PPI ini berjaya dilaksanakan di setiap sekolah, semua pihak di sekolah tidak kira pihak pentadbir, guru dan sebagainya perlu memberi kerjasama yang baik dan semestinya mereka perlu memahami tentang diri MBK terlebih dahulu sebelum boleh memberi bantuan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh menerima manfaat daripada kelas PPI agar boleh memperkembangkan potensi yang ada dalam diri mereka supaya boleh menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti.

BIBLIOGRAFI Ang, C. T & Lee, L. W. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Data Pendidikan Khas 2014. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pendidikan Khas. Dicapai pada 22 Februari 2018 daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq. Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

More Documents from "Jeeva Rubyni"