175074587-good-halangan-isu-cabaran-kebaikan.doc

  • Uploaded by: Jeeva Rubyni
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 175074587-good-halangan-isu-cabaran-kebaikan.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 4,811
  • Pages: 20
FAKULTI

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KBP 6014 – PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURIDMUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN

“KAJIAN BEBAS” TAJUK : ISU-ISU DAN PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA PENSYARAH : DR. NOOR AINI BT AHMAD NAMA PELAJAR

: ALIAA BINTI ISMAIL

NO. MATRIK

: M20122001573

NO. KAD PENGENALAN : 831209-02-5020

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1.0 2.0

3.0

4.0 5.0

6.0 7.0 8.0

PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF 2.1 MURID BERKEPERLUAN KHAS DI ALIRAN PERDANA 2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF 2.2.1 KEPERLUAN KESAMARATAAN HAK ASASI 2.2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN BERKUALITI 2.2.3 KEPERLUAN SOSIAL PENGSEALIRAN (MAINSTREAMING) 3.1 DEFINISI PENGSEALIRAN 3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENGSEALIRAN 3.3 KEBAIKKANPENGSEALIRAN 3.4 KEBURUKAN PENGSEALIRAN PERSEKITARAN KURANG TERHALANG (LEAST RESTRICTIVE ENVIRONMENT) PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 5.1 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 5.2 BENTUK-BENTUK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 5.2.1 PENDIDIKAN INKLUSIF SEPENUH MASA 5.2.2 PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF 5.3 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF ISU-ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

MUKASURAT 1 2 3 4 4 5 6 7 7 8 8 9 10 12 12 13 13 13 14 15 17

1.0 PENGENALAN

“Pendidikan untuk semua” menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid khas berkenaan program pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang mana membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta mempelajari melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi manusia dan persamaan peluang. Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Manakala Slavin (1997), pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program

pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ianya juga mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus (Gargiulo 2003). Pengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) pendidikan khas merujuk kepada suatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan/ kuang upaya itu. 2.0 PENDIDIKAN INKLUSIF Perkataan

inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang

memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanakkanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2.1 MURID BERKEPERLUAN KHAS DI ALIRAN PERDANA Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja. Sebagaimana digambarkan dalam Jadual 1, terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun begitu terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah dalam kategori masalah : i. ii. iii. iv.

fizikal (cacat anggota) emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD) pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia) penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah (Supiah Saad, 2010). Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara” (Sabilah, 2006). Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi , sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika (Mohd Najib, 2006).

2.2 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanakkanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial. 2.2.1

KEPERLUAN KESAMARATAAN HAK ASASI

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa yang menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Malahan mengasingkan kanak-kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama-sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.

Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. 2.2.2

KEPERLUAN PENDIDIKAN BERKUALITI

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

2.2.3

KEPERLUAN SOSIAL

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan

kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanakkanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap orang kurang upaya OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain. 3.0 PENGSEALIRAN (MAINSTREAMING) Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendiidkan muris dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, di laksanakan secara teratur serta dinilai keberkesannya secara teliti bagi membantu pelajar dengan berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Oleh itu pelbagai program telah direka bentuk dan dilaksanakan di dalam dalam menjayakan program pendidikan khas. Antaranya, pengsealiram (mainstreaming), kurikulum tidak terhad, normalisasi dan integrasi dalam Pendidikan Khas. 3.1 DEFINISI PENGSEALIRAN Pengsealiran di definisikan sebagai polisi pendidikan dalam penempatan pelajar disekolah biasa. Ia melibatkan penempatan pelajar berkeperluan khas daripada proram pendidikan yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Ini bagi mengelakkan berlakunya pengasingan, namun begitu konsep ini lebih merujuk kepada penempatan pelajar secara fizikal di sekolah-sekolah biasa. Menurut Kaufman (1975), pengsealiran merujuk kepada penempatan sementara integrasi social hak kanak-kanak kurang upaya dengan rakan sebaya yang normal. Pengsealiran ini melibatkan penempatan yang bergantung kepada keperluan semasa individu mengikut perancangan pendidikan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Manakala mengiut Birch (1978), pengsealiran bermaksud kanak-kanak kurang upaya mendaftarkan diri

di sekolah biasa dan akan di ajar dalam kelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan di bawah kendalian guru kelas biasa. Seterusnya pada pendapat Johnson & Johnson (1980), mengistilahkan pengsealiran memberi penekanan kepada tentang nilai kepada batasan yang kurang mengehadkan kepada semua kanak-kanak kurang upaya. Menurut Lipsky & Gardner (1980), menyatakan bahawa pengsealiran merupakan peruntukkan peluang kanak-kanak yang di kategorikan dan di labelkan sebagai cacat dan ditempatkan dalam bilik darjah khas yang hanya memberi peruntukkan masa yang sedikit untuk melibatkan diri dalam pendidikan perdana. Mengikut Kirk & Gallagher (1983), pengsealiran di maksudkan dengan proses yang melibatkan pelajar berkeperluan khas berinteraksi dan berhubung dengan pelajar biasa dalam bidang pendidikan.

3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENGSEALIRAN Sebelum Education For All Handicapped Children Act (EHA) ditubuhkan pada 1975,terdapat satu daripada lima kanak-kanak berkeperluan khas di

sekolah awam di

Amerika Syarikat.

3.3 KEBAIKKAN PENGSEALIRAN Terdapat beberapa kebaikan pengsealiran kepada pelajar berkeperluan khas umumnya di dalam kurikulum, diantaranya ialah :

i.

Pencapaian akademik yang tinggi : Pengsealiran menunjukkan lebih banyak pencapaian akademik yang lebih afektif berbanding dengan membuat latihan. Sebagai Pusat Penyelidikan Kebangsaan terhadap masalah pembelajaran mendapati kadar pencapaian untuk semua pelajar kurang upaya di Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 14% dari tahun 1984 hingga 1997. Walau bagaimana pun, laporan ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara di antara

ii.

pelajar yang terlibat dalam pengsealiran. Arahan yang khusus : Pelajar yang mengikuti kelas pendidikan khas yang dikenali dengan ‘bilik resos’ memberi kelebihan kepada kanak-kanak yang kurang upaya. Menerusi pembelajaran kaedah bilik resos ini, seorang pelajar ditempatkan bersama dengan seorang guru pendidikan khas yang segala

iii.

keperluan di penuhi oleh guru tersebut. Estem kendiri yang tinggi : Bagi membentuk keyakinan pelajar khas dan mempamerkan kualiti efikasi kendiri yang tinggi, haruslah melibatkan langkah yang tersusun dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh, pelajar di California terlebih dahulu mengikuti program pengsealiran untuk mendapatkan penilaian dari sekolah yang sebelumnya bagi membuat perbandingan tentang program inklusif. Penilaian ini menunjukkan bahawa 96% pelajar yang mengikuti program pengsealiran telah menunjukkan keyakinan diri

yang tinggi.

Keseluruhannya di dapati pelajar adalah sama dengan rakan sebaya dan mereka tidak di layan secara berbeza. Pelajar biasa juga, mendapat kelebihan iv.

dengan program ini. Kemahiran sosial yang lebih baik percantuman,

yang

: Kebanyakkan latihan inklusif atau

mengamalkan

pengsealiran

membenarkan

pelajar

berkeperluan khas untuk mempelajari kemahiran sosial melalui pemerhatian, menambah kefahaman yang baik tentang persekitaran mereka dan menjadi sebahagian daripada kebiasaan komuniti. Pengsealiran memberikan kelebihan kepada kanak-kanak autism dengan interaksi rakan sebaya yang biasa.

3.4 KEBURUKAN PENGSEALIRAN Walaupun pengsealiran terdapat banyak kebaikkan, namun ianya tetap membawa keburukan kepada sistem pendidikan. Di antara keburukan pengsealiran ialah :

i.

Memberi kemudaratan kepada akademik pelajar biasa : Kemungkinan besar keburukan pengsealiran ini ialah pelajar yang disealirkan memerlukan lebih banyak perhatian guru berbanding pelajar yang biasa dalam kelas biasa. Pengsealiran ini berlaku tidak secara holistik di dalam kelas tetapi lebih

ii.

tertumpu kepada sumber dan bahan bagi pelajar berkeperluan khas. Memberi kesan kepada pelajar yang pintar : Ini akan memberi kesulitan untuk menyesuaikan pelajar pintar dengan kepentingan pelajar

ketidakupayaan

intelek di samping memberi cabaran kepada pelajar pintar. Oleh itu, pelajar pintar banyak kehilangan peluang untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang boleh meningkatkan kemahiran akademik. Ini mengakibatkan pelajar pintar iii.

mengalami kebosanan di sebabkan pengajaran yang berulang. Implikasi kepada akademik pelajar kurang upaya: Kebimbangan ibu bapa terhadap guru yang tidak terlatih dan tidak diberi kemahiran untuk menyesuaikan keperluan khusu pelajar berkeperluan khas dalam pendidikan

iv.

dalam bilik darjah. Isu sosial : Perbandingan menyeluruh pelajar berkeperluan khas yang mana pengsealiran hanya untuk sesetengah kelas dan menyebabkan pengasingan yang ketara. Selain itu, pelajar berkeperluan khas ini menjadi sasaran buli dan menyebabkan mereka berasa malu dan lebih selesa berada dalam keadaan di mana persekitaran yang melibatkan pelajar yang mempunyai keupayaan yang

v.

sama. Kewangan : Sekolah dikehendaki menyediakan perkhidmatan untuk pendidikan khas tetapi tidak diberi tambahan sumber kewangan. Perbelanjaan bagi setiap seorang pelajar berkeperluan khas adalah tinggi.

4.0 PERSEKITARAN

KURANG

TERHALANG

(LEAST

RESTRICTIVE

ENVIRONMENT) Penempatan pendidikan merupakan satu konsep yang amat penting dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan khas. Semua pendidik, sama ada guru pendidikan aliran perdana atau guru pendidikan khas, perlu memahami konsep tersebut.

Dalam pendidikan aliran perdana, murid ditempatkan di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan atau sekolah agama berdasarkan permohonan dan pendaftaran yang telah dibuat oleh ibu bapa. Kemudian, di sekolah murid akan ditempatkan di kelas-kelas tertentu mengikut pencapaian akademik atau kriteria lain yang ditetapkan oleh sekolah. Selepas peperiksaan awam tertentu, murid boleh diberi penempatan di aliran Sains atau aliran Sastera, atau ke sekolah-sekolah khusus terpilih. Pada amnya, di pendidikan aliran perdana keutamaan dalam pemberian penempatan tertentu adalah berdasarkan pencapaian akademik atau kemahiran khusus murid. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas istilah penempatan membawa konsep yang agak berlainan. Selepas seseorang murid telah didapati sebagai calon yang sesuai untuk menerima pendidikan khas, jenis penempatan yang dianggap sesuai untuknya perlu diputuskan. Terdapat beberapa jenis penempatan dalam pendidikan khas. Seorang murid yang telah

disahkan

menghadapi

masalah

yang

boleh

menjejaskan pembelajaran boleh

ditempatkan di kelas biasa untuk menerima pendidikan bersama-sama dengan murid yang tidak mengalami masalah. Jenis penempatan ini dikenali sebagai pendidikan inklusif atau pengsealiran (mainstreaming). Untuk segolongan murid yang tidak mengalami masalah teruk, mereka boleh diberi penempatan di mana mereka akan menghabiskan sebahagian besar masa pembelajaran dalam kelas biasa atau aliran perdana tetapi untuk waktu-waktu tertentu dikeluarkan untuk menerima perkhidmatan atau bantuan khas untuk memulihkan aspek-aspek kelemahan tertentu. Jenis penempatan tersebut dinamakan penempatan bilik resos. Ramai murid berkeperluan khas ditempatkan untuk belajar di kelas-kelas yang dibuka khas untuk mendidik mereka di sekolah biasa. Jenis penempatan ini lebih kerap dikenali sebagai kelas khas. Ada kemungkinan seseorang murid ditempatkan di sebuah sekolah yang dibuka khusus untuk murid yang berkeperluan khas. Jenis penempatan tersebut ialah sekolah khas. Di negara barat seperti Amerika Syarikat, pendidikan wajib disediakan untuk semua kanak-kanak berkeperluan khas tidak kira betapa teruk tahap keterukan masalah atau kecacatan yang dialami mereka. Untuk seseorang murid yang terhalang daripada menghadiri sekolah disebabkan masalah yang dihadapinya, pendidikan untuknya boleh disediakan di hospital atau di rumahnya sendiri. Di Malaysia, walaupun tidak disediakan penempatan

pendidikan di hospital atau di rumah, namun untuk murid yang mengalami masalah yang begitu teruk sehingga sukar dididik di sekolah, pusat-pusat pemulihan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau agensi-agensi bukan kerajaan biasanya berperanan untuk memberi perkhidmatan pendidikan dan pemulihan yang bersesuaian. Pusat-pusat tersebut lebih kerap dikenali sebagai pusat PDK atau Pemulihan Dalam Komuniti. Penempatan pendidikan khas biasanya dibuat atas prinsip persekitaran yang paling tidak menghadkan (least restrictive environment). Salah satu matlamat yang amat penting dan diharapkan daripada penyediaan pendidikan khas ialah murid berkeperluan khas dapat mendapat pengetahuan and kemahiran yang membolehkan mereka berdikari dan menyesuaikan diri dengan masyarakat. Langkah yang paling asas untuk mencapai matlamat tersebut bermula dengan kebolehan untuk bercampur gaul dan bersosialisasi dengan orang yang tidak mengalami masalah. Kebolehan dan kebiasaan untuk bersosialisasi hanya boleh dicapai sekiranya mereka sendiri mempunyai pengalaman berinteraksi dengan golongan orang yang tidak menghadapi masalah. Prinsip persekitaran yang paling tidak menghadkan berkaitan dengan konsep bahawa dalam penetapan penempatan untuk murid berkeperluan khas, seboleh mana yang mungkin, murid patut ditempatkan belajar bersama-sama dengan murid yang tidak mengalami masalah. Hal ini akan memberi mereka peluang dan pengalaman untuk berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat umum. Penempatan yang paling ideal dan yang memberi peluang yang paling baik sekali untuk mencapai tujuan tersebut ialah penempatan inklusif. Namun, hanya mereka yang tidak mengalami masalah yang teruk yang sesuai ditempatkan

untuk

belajar

bersama-sama

murid

biasa

untuk

sebahagian

besar

masa pembelajaran. Untuk mereka yang mengalami masalah yang teruk, penempatan pendidikan yang lain seperti di kelas khas atau sekolah khas, atau penyediaan pendidikan di hospital atau di rumah adalah lebih sesuai diamalkan. Pada amnya, kesesuaian penempatan pendidikan khas amat bergantung kepada tahap keterukan masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. 5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 5.1 PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka

mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jarji, 1994). Dalam melaksanakan program ini terdapat prinsip-prinsip yang perlu diambilkira, antaranya; i. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar. ii. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks. iii. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. iv. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik. v. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu. vi. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama. vii. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat viii. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khassepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ix. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif. x. Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek: a.

Tingkah laku

b.

Sosial

c.

Akademik

Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

5.2 BENTUK-BENTUK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 5.2.1

PENDIDIKAN INKLUSIF SEPENUH MASA

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa ialah dimana murid dikehendaki mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas juga diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam. 5.2.2

PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF

Pendidikan sepada inklusif pula ialah dimana murid hanya mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Contohnya untuk matapelajaran teras sahaja. Waktu selebihnya murid tersebut akan mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama murid akan di daftar dalam program Pendidikan Khas.Guru Pendidikan Khas akan terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian bulanan ataupun peperiksaan bagi mata pelajaran yang diambil akan terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau Rancangan Pelajaran Individu (RPI) oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

5.3 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF Antara model-model tersebut adalah seperti berikut: i.

Model A

-

Penempatan

sepenuh

masa

dalam

kelas

biasa

dan

pengubahsuaian ii.

Model B

-

kurikulum dan strategi P&P. Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.

iii.

Model C

-

Penempatan

dalam

kelas

biasa

dan

dalam

Kelas

Khas/BilikResos/ iv.

Model D

-

Pusat Sumber. Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelas“Satellite”

-

sekolah biasa.(OctopusModel) Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

di v. vi.

Model E Model F

6.0 ISU-ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan arus perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan Inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih perlu diberi perhatian dan penekanan. Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan; (i) perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas, (ii) pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-murid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia memasuki alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan. (iii) adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap dan membuat persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan tersusun perlu dibuat dan diharapkan. Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan Inklusif mendapati cabaran dan isu yang dihadapi sering dihadapi termasuklah: i.

Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama

kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif. ii.

Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan

iii.

kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid

iv.

menghadapi masalah dalam pembelajaran. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran

v.

yang negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan

vi.

bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi

vii.

Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka. Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru matapelajaran adalah

faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu melaksanakan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidang-bidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-muird bekeperluan khas, bengkel “co-teaching” atau mengajar bersama, lawatan sambil belajar, dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik.

7.0 KESIMPULAN Hak setiap kanak-kanak untuk mendapat peluang pendidikan diisytiharkan dalam "Universal Declaration of Human Right 1948" dan diperkukuhkan oleh "The World Declaration on Education for All 1990": "Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka" (Jabatan Pendidikan Khas, 1998). Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka. Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat.

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani

segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia dipersada dunia.

BIBLIOGRAFI Akta Pendidikan 1996 Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education. Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia. Roben W. Taylor & Ravic P. Ringlaben. 2012. Impacting Pre-Service Teacher’ Attitudes toward Inclusion. Canadian Center of Science and Education. V. Donnelly & A. Watkins. 2011. Teacher educations for inclusion in Europe Denmark. European Agency for Development in Special Needs Education.

D. Vaillant. 2011. Preparing teacher for inclusive education in Latin America. Uruguay. ORT University. W. Hodgkinson & M. Cheryl. 2012. The Role of postgraduate student in co-authoriting open educational. Centre for Educational Technology, University of Cape Town, Cape Town. South Africa.

More Documents from "Jeeva Rubyni"