Dasar_utama_mahathir.docx

  • Uploaded by: Jeeva Rubyni
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar_utama_mahathir.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,034
  • Pages: 23
MOHD AZIZI ALI KERAJAAN DAN POLITIK MALAYSIA SOALAN TUTORIAL : NO. 7 APAKAH DASAR-DASAR UTAMA PERDANA MENTERI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD YANG MEMBAWA PERUBAHAN YANG SIGNIFIKAN KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA?

PENDAHULUAN Dasar-dasar negara telah digubal sesuai dengan keperluan semasa. Disebabkan sifatnya yang dinamik, dasar yang dibentuk berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan semasa. Bagi Malaysia dasar-dasar pembangunan yang digubal selepas Tun Dr. Mahathir mempunyai objektif yang khusus iaitu sesuai untuk pengagihan ekonomi yang adil mencapai Wawasan 2020.

Sesuai untuk membangunkan negara sesuatu dasar dirangka memerlukan

perancangan yang tepat supaya pembangunan boleh dicapai. Oleh itu beberapa Rangka Rancangan Jangka Panjang dibangunkan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB / 1970-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dasar Dasar wawasan negara (2001-2010).1 Kesemua Objektif Rangka Rancangan Jangka Panjang ini mementingkan perpaduan yang penting untuk kestabilan negara.

Selain itu pemimpin tetap mengekalkan

strategi asas iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat kearah mencapai negara maju. Latar belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 tetapi telah didaftarkan sebagai 15 Disember 1925. Namun

1

Hilley J., Malaysia : Mahathirisme, Hegemoni, dan Pembangkang Baru, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009, hlm. 5.

1

demikian, rakyat menyambut 20 Disember sebagai tarikh kelahirannya. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik kepada pasangan Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.2 Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya belajar di sekolah beraliran Inggeris di Alor Setar. Semasa di alam persekolahan beliau pernah menjadi editor majalah dan pustakawan di sekolah. Selepas perang dunia, Tun Dr. Mahathir menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid dan mendapat Senior Cambridge Certificate. Dengan itu beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Singapura di King Edward VII College. Di sini beliau bertemu dengan Tun Dr. Siti Hasmah Ali dan akhirnya mereka berkahwin pada 5 Ogos 1956.3 Sebagai seorang doktor, Tun Dr. Mahathir pernah berkhidmat dengan kerajaan dan beliau juga pernah membuka klinik sendiri iaitu Klinik MAHA pada 1957. 4 Dalam arena politik, penglibatan bermula ketika berumur awal 20-an melalui Persatuan Melayu Kedah (PMK) dan kemudiannya UMNO. Tun Dr. Mahathir 1964 pernah bertanding kerusi parlimen Kota setar Selatan. Selepas peristiwa 13 mei 1969, beliau pernah dipecat daripada UMNO kerana mengkritik pemimpin ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Namun demikian beliau kembali dalam arena politik setelah dilantik menjadi senator semasa pentadbiran Tun Abd Razak dan kemudian telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Razak. Kerjaya politik Tun Dr. Mahathir terus bersinar apabila dilantik menjadi Timbalan

2

Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2005, hlm. 22. Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, hlm. 22. 4 Ibid. hlm. 24 3

2

Perdana Menteri di bawah Tun Hussein Onn dan akhirnya menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn mengundur diri.5 Pentadbiran Tun Dr. Mahathir Ketokohan Tun Dr. Mahathir diakui dengan aspek kepimpinannya yang sejajar dengan kebolehan beliau mengembangkan ekonomi negara mengikut arus ekonomi global. Keprihatinan beliau terhadap ekonomi negara telah wujud sebelum beliau menjadi Perdana Menteri lagi iaitu bila mana Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan pandangannya tentang ekonomi orang Melayu melalui buku ‘Delima Melayu’.6 Semasa Tun Dr. Mahathir mangambil alih pentadbiran negara beliau mewarisi satu dasar ekonomi jangka panjang yang telah dirancang oleh Perdana Menteri sebelumnya iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan bermula tahun 1971 yang memasuki fasa kematangan. Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang. Oleh itu DEB berusaha menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dihapuskan. Rukun negara juga telah diperkenal sebagai asas pembentukan sistem nilai dalam mencapai matlamat pembangunan dan penyatuan negara. Sejak DEB, ekonomi negara berkembang pesat. Namun langkah tersebut terbantut setelah berlaku kemelesetan ekonomi dalam tahun 1980-an. Pada 1982-1983 pertumbuhan ekonomi negara tidak sampai ke tahap 6%. Keadaan meruncing ini timbul ekoran kejatuhan bahan komoditi yang memberi kesan teruk kepada ekonomi negara. Lantaran itu ada penghujung 1985

5

Faridah Othman, Perdana Menteri dan Dasar Luar Malaysia: 1957-2005, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, hlm. 6 Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, hlm. 65.

3

terdapat seramai 100,000 orang pekerja dibuang kerja yang mana angka ini angka yang besar bagi negara kecil seperti Malaysia. Mengikut anggaran MTUC seramai 15000 orang pekerja tekstil, 14000 bidang elektronik, 14000 bidang perlombongan bijih, 9000 dalam pembalakan 6200 pekerja pembinaan jalan dan juga 6000 orang di estet getah yang telah hilang pekerjaan. 7 Pada 1984 nilai eksport telah meningkat kepada $68.6 billion dan keluaran negara kasar telah meningkat daraipada 5.6% kepada 7.3% dalam masa 2 tahun. Kerajaan juga berjaya menarik pelabur dari luar negeri untuk menanam modal dan kementerian perdagangan dan perusahaan melaporkan jumlah pelaburan sebanyak $532.6 juta dalam tempoh enam bulan bagi tahun 1988 berbanding dengan hanya $272 juta dalam jangka masa yang sama pada tahun 1987, melambangkan peningkatan sebanyak 96%. Pertambahan ini dapat dianggap kecil jika dibandingkan dengan pertambahan pelaburan luar negeri iaitu 205% dalam jangka masa enam bulan bagi tahun 1988. Jesteru, tempoh pentadbiran yang panjang (22 tahun) memberi ruang Tun Dr. M melaksanakan agenda dengan memperkenal dasar-dasar baru berkaitan ekonomi dan pembangunan negara. Setiap dasar membolehkan Malaysia terus membangun dengan pesat. Penggubalan dasar sentiasa berubah kerana ditentukan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negra pada satu-satu masa. Namun demikian, pada asasnya dasar-dasar awam digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kebajikan.8 Jika dahulunya dasar-dasar negara adalah berteraskan DEB (1970-

7

Abu Hassan Adam, Menghala Wawasan 2020, Kuala Lumpur, Arena Ilmu Sdn. Bhd, 1991, hlm. 45. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) Malaysia, 1997. hlm. 6. 8

4

1990), sekarang dasar dibentuk perlu berteraskan Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 (negara maju).9 Dasar-Dasar Utama Tun Dr. Mahathir Yang Membawa Perubahan Yang Signifikan Kepada Pembangunan Negara 1.

Perubahan Budaya Kerja Kakitangan Awam

Dasar utama Tun Dr. Mahathir yang signifikan untuk pembangunan negara adalah pelaksanaan perubahan dalam pendekatan budaya kerja dan tingkah laku terhadap kakitangan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam menjadi kritikan Dr. Mahathir kerana difikirkan perlunya satu perubahan sikap dan nilai ke arah yang lebih positif, berkesan, cekap dan produktif perlu dilaksanakan. Oleh itu, pada awalnya, pentadbiran daerah di seluruh negara diberi nafas baru dengan pemberian latihan kepimpinan dan juga seminar-seminar berkaitan pentadbiran. Selain itu konsep kerajaan bersih, cekap dan amanah serta nilai murni lain diterapkan dalam pentadbiran awam supaya menjadi pegangan.10 Bertepatan dengan dasar pandang ke timur yang ingin meniru budaya kerja serta sikap orang Jepun dan Korea, maka telah diperkenalkan penggunaan tanda nama (name tag) dan kad perakam masa (punch card) untuk semua kakitangan kerajaan. Sistem ini bertujuan menukar sikap pegawai kerajaan agar menghargai masa dan berupaya meningkatkan produktiviti kerja.

9

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 5. Ahmad Atory Hussain, Dari Berantakan Menuju Pembangunan: Politik Melayu 1990-2000, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1998, hlm. 287. 10

5

i) Penggunaan Kad Perakam Waktu Dilaksanakan melalui surat pekeliling AM Bil.11/81 bertujuan memastikan pegawai kerajaan tiba di pejabat pada masa ditetapkan. Arahan ini memansuhkan penggunaan buku daftar kehadiran/kepulangan.11 ii) Bersih, Cekap dan Amanah Dilancarkan pada pertengahan april 1982 supaya dijadikan amalan semua golongan. Pelancaran berasaskan hakikat pembangunan dan kejayaan negara bergantung kepada nilai-nilai hidup dan etika kerja positif pekerjanya.12 Perubahan kerja dalam kalangan warga kakitangan awam penting kerana kerajaan adalah penggalak kepada pembangunan dan banyak pengurusan perniagaan memerlukan khidmat dari kerajaan.13 Oleh itu khidmat dari pegawai kerajaan penting dalam menentukan kejayaan perniagaan dalam negara. Lebih cekap dan cepat khidmat kerajaan maka lebih besar kemungkinan syarikat-syarkat memperoleh keuntungan. Perniagaan yang maju akan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan sampingan. Lantaran itu juga keuntungan syarikat dan perniagaan membolehkan kerajaan mengutip cukai yang lebih banyak dan dapat digunakan untuk pembangunan negara.14 Jika sebaliknya berlaku dengan khidmat diberi buruk kemungkinan perniagaan akan rugi dan kerajaan juga tidak dapat mengutip cukai yang banyak.

11

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 106 Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 107. 13 Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 5. 14 Jomo K.S. (ed), Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir, Kuala Lumpur, Institut Analisa Sosial, 1986, hlm. 2 12

6

2.

Dasar Pandang Ke Timur 1982-2002

Idea muncul selepas Tun Dr. Mahathir melawat secara persendirian Jepun pada 1961 semasa bertugas sebagai pegawai perubatan15. Dasar Pandang ke Timur bertujuan mengambil negaranegara timur yang maju sebagai contoh seperti mencontohi kejayaan Jepun dan Korea dalam bidang ekonomi.16 Dasar ini mengundang pelbagai pendapat disebabkan sebelumnya dasar-dasar yang diperkenal sentiasa menjadikan barat sebagai model pembangunan. Dasar ini telah diumumkan ketika Tun Dr. Mahathir berucap pada Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) di Kuala Lumpur pada 8 Februari 1982. Menurut dasar ini, pandang ke Timur tidak bermakna meminta-minta daripada Timur atau memindahkan tanggungjawab memajukan negara Malaysia kepada orang lain.17 Akan tetapi perkara yang menjadi keperluan adalah meniru etika kerja dan sistem pengurusan masyarakat Jepun dan Korea yang sangat dikagumi seperti sifat rajin, berdisiplin, setia dan taat kepada negara dan tempat kerja, kerja berkumpulan dan sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu matlamat.18 Selain itu budaya kerja di Jepun memberi penekanan kepada unsur-unsur kemanusiaan seperti hubungan yang baik antara majikan dan pekerja amat baik untuk diikuti. Amalan ini berbeza dengan amalan Barat yang lebih bersikap individualistik, mementingkan keselesaan dan juga kemewahan hidup.19 Kenapa melihat Timur? Sebenarnya Tun Dr. Mahathir ingin menjadikan kejayaan Jepun berjaya muncul kuasa ekonomi kedua terbesar selepas Amerika sebagai satu dorongan untuk Malaysia berjaya. Jepun mampu menguasai dan mendahului barat dalam teknologi industri

15

Ahmad Sohaimi Lazim, Dua Dekad Dasar Pandang Ke Timur: Suatu Penilaian Aspek Pendidikan, Perak, 2011, hlm. 24. 16 Jomo K.S., Dasar-dasar Ekonomi Mahathir, hlm. 1 17 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2010, hlm 37. 18 Milne, R.S., and Mauzy D.K., Malaysian Politics under Mahathir, London, Routledge, 1999, hlm. 55. 19 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar Pandang Ke Timur, hlm. 22

7

automobil walaupun pada awalnya baratlah yang mempeloporinya. Begitu juga Jepun dapat menyaingi Jerman dan Swiss dalam pengeluaran jam, kamera dan peralatan optik. Selain itu, Jepun berupaya menyaingi Amerika dan Barat dalam industri besi, perkapalan, piano dan pengeluaran barangan elektrik. Dalam waktu yang sama Tun Dr. Mahathir telah menjalan dasar Buy British Last yang mengejutkan khalayak antarabangsa iaitu Britain terutamanya.20 Kejayaan Jepun ini boleh dilihat apabila dalam tahun 1970-an, perdapatan perkapita Jepun berjumlah US$9000 berbanding China US$100, Indonesia US$500 dan Malaysia US$1800. Sikap dan kecekapan rakyat Jepun yang boleh belajar dengan cepat dan mempunyai pemikiran inovatif (meniru barat tetapi mengekalkan nilai tradisi) inilah yang ingin diterapkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam masyarakat Malaysia. Hasil kerjasama dengan beberapa syarikat dari Jepun dan Korea, Dasar Pandang ke Timur telah berjaya meningkatkan pencapaian dan pembangunan ekonomi Malaysia. Pada masa yang sama ianya berjaya membangunkan Malaysia menjadi negara industri yang aktif. Antara kejayaan Dasar Pandang ke Timur adalah projek kereta nasional, penerimaan idea pensyarikatan dan penswastaan serta pemindahan kepakaran pembinaan dalam pembinaan bangunan Dayabumi dan Jambatan Pulau Pinang.

20

Khoo Boo Teik, Paradoxes Of Mahathirism : An Intellectual Biography Of Mahathir Mohamad, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1995, hlm. 69.

8

3.

Dasar Pensyarikatan

Satu konsep pengurusan ekonomi ala Jepun yang diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir ialah konsep pensyarikatan Malaysia.21 Dasar ini dilancarkan pada 25 Febuari 1983.22 Konsep ini berasaskan kerjasama erat yang terjalin antara kerajaan dengan swasta. 23 Rancangan tersebut bermula di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja serta pemegang saham. Pembangunan negara amat bergantung kepada dua sektor utama iaitu sektor awam dan swasta. Oleh itu kerjasama yang terjalin boleh meningkatkan pembangunan negara. Sektor swasta menjadi pendokong aktiviti perdagangan dan ekonomi manakala sektor awam melaksanakan dasar yang dirangka.24 Hubungan yang erat antara dua sektor amat menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam yang dibentuk akan mudah difahami, dilaksana dan diterima bersama. Dasar Pensyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara, terutamanya dengan membangunkan industri automotif negara bagi mengeluarkan kereta dan motosikal nasional berjenama Malaysia. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen Malaysia membina hubungan baik dengan negara Jepun iaitu dengan kerjasama teknologi industri automotif Proton dengan Mitshubisi. Kepercayaan negara Jepun terhadap Malaysia adalah tinggi sehingga negara itu bertindak membantu Malaysia dalam pelbagai sektor automobil dan industrialisasi yang dirancang oleh negara. Kepercayaan negara Jepun juga turut disumbangkan oleh tindakan kerajaan Malaysia yang sanggup menjadi rakan perdagangan dengan membekalkan bahan mentah kepada Jepun dalam bidang industri berat. Di

21

Milne, R.S., and Mauzy D.K., hlm. 55. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 50. 23 Jomo K.S., Dasar ekonomi Mahathir, hlm. 59 24 Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 51. 22

9

samping itu, kestabilan politik juga merupakan faktor utama yang menjadi dorongan kepada syarikat-syarikat Jepun untuk melabur di Malaysia. 4.

Dasar penswastaan

Keadaan ekonomi yang meleset kerupakan antara faktor membawa pengenalan Dasar Penswastaan

pada

Mac

1983.25

Konsep

Penswastaan

bertentangan

dengan

konsep

pemiliknegaraan iaitu proses menambah pemilikan dan penguasaan oleh kerajaan dalam ekonomi. Jadi Penswastaan merujuk kepada perubahan agensi dan syarikat milik kerajaan yang diswastakan. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat kerajaan yang menarik tetapi kurang berdaya maju. Langkah ini diambil untuk membebaskan kuasa pasaran supaya berlakunya persaingan sihat antara sektor swasta yang akhirnya boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan Malaysia mengambil teladan dari negara Barat yang mengamalkan dasar itu terutama selepas pemilihan Margaret Thatcher di Britain (1979) dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat (1980) serta galakan penswastaan oleh agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Asia Development Bank.26 Kebanyakkan agensi terlibat dalam penswastaan ini menyediakan keperluan utiliti utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Tun Dr Mahathir lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta. Jadi syarikat swasta yang mengambil alih akan memberikan perkhidmatan yang sebelumnya diuruskan oleh kerajaan. Hal ini mampu mewujudkan kecekapan bagi mengatasi kelemahan yang ada sebelumnya.

25 26

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 62. Milne, R.S., and Mauzy D.K., hlm. 56.

10

persaingan serta

meningkatkan

Dasar

dan

program

penswastaan

telah

memainkan

peranan

penting

dalam

mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan yang lebih besar yang membawa kepada pengembangan sektor korporat.27 Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, namun program ini telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada kerajaan kerana kutipan cukai. Setiap syarikat swasta yang untung dikehendaki membayar cukai sebanyak 40-50 peratus daripada jumlah keuntungannya. Perkara ini adalah lebih baik daripada kerajaan memiliki perniagaan dan perusahaan yang rugi dan membebankan.28 Ini bermaksud kerajaan tidak kehilangan pendapatan walaupun berlaku pemindahan perniagaan akibat proses penswastaan. Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya langkah ini membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu seiring peningkatan kecekapan dan produktiviti. Antara tahun 1983 hingga 1990, 37 projek penswastaan telah selesai dan 93 lagi berada dalam perancangan antara 1992-1993. Instrumen utama yang digunakan dibawah Pelan Induk Penswastaan adalah Jualan Ekuiti dan lesen Bina-Urus-Serah (BOT). Jualan ekuiti adalah seperti Jualan Malaysia Airlines, Sport Toto (M) Bhd, Syarikat Telekom (M) Berhad dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton). Sementara itu BOT pula memberikan lesen / kontrak bagi menjalankan / membina Sistem Televisyen (M) iaitu TV3, Kuala Lumpur Interchange dan Lebuh Raya Utara Selatan. Menjelang tahun 1990, ekuiti jualan meningkat kepada RM1.18 bilion, 27

Azlan Mohamad dan Mohd Asri Abdullah, Penswastaan dan Persekitaran Kerja, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hlm. 44. 28 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 39.

11

RM8.2 bilion dijimatkan melalui skim BOT, dan RM7.45 bilion hutang negara ditanggung oleh swasta. Pada tahun 1992, jualan syarikat kemudahan awam utama seperti perkhidmatan telefon, pos dan elektrik, menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.2 bilion dari segi kos pengendalian, dengan jumlah hasil ekuiti menjelang 1992 meningkat kepada RM6.7 bilion.29 Proses penswastaan juga telah menjimatkan belanja pengendalian kerajaan sekitar RM40.6 bilion melalui pelepasan 92,700 orang pekerja. Pada peringkat awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong dasar ini kerana marah terhadap pembaziran, ketidakcekapan dan rasuah yang berlaku dalam sektor awam.30 Tetapi selepas beberapa tahun, syarikat yang diswastakan ini cenderung meningkatkan harga kerana pelabur mahukan keuntungan yang tinggi. Lantaran itu, tindakan tersebut membawa tekanan kepada mangsanya iaitu pengguna kerana terpaksa melalui peningkatan kos hidup. Proses penswastaan telah menunjukkan peningkatan kecekapan dan produktiviti dalam bidangnya. Contoh penubuhan TV3 telah menggalakkan persaingan dalam rancangan penyiaran televisyen.selain itu, Telekom Malaysia telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baru dan meningkatkan perkhidmatan sedia ada seperti jaringan telefon dan internet. Daripada sudut kerajaan pula, proses penswastaan berjaya mengurangkan beban kewangan kerajaan apabila hutang yang belum selesai dipindahkan kepada sektor swasta. Selain itu, penswastaan juga telah membanyak dan membesarkan pasaran saham Malaysia apabila penyenaraian awam di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menunjukkan 13 perusahaan yang diswastakan sehingga Jun 1992 telah meningkatkan modal pasaran sebanyak RM 20,109 juta. 29

Hilley J., Malaysia : Mahathirisme, Hegemoni, dan Pembangkang Baru, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009, hlm. 70. 30 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 103.

12

5.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang diperkenalkan pada 28 Februari 1991 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.31 Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Wawasan 2020 telah menjadi visi penting negara dan segala penggubalan dasar negara mesti bertunjangkan kepada mencapai matlamat negara maju pada 2020. Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Disebabkan tahun 2020 belum dilalui adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik? Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya.32 Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya mustahil.

31 32

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 8. Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 179.

13

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. 6.

Dasar Perindustrian Negara

Dasar perindustrian telah diperkenalkan sejak era tahun 50-an dan 60-an, sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak bergantung pada dua bahan komuniti iaitu getah dan biji timah sahaja. Di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir pada mulanya ekonomi negara menghadapi pelbagai halangan terutama dengan jatuhnya harga komoditi ekoran kemelesetan ekonomi dunia. Oleh itu beliau bertindak mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan menumpukan perkembangan industri yang berasaskan eksport dan industri berat yang menggunakan tenaga buruh mahir yang ramai.33 Dalam tahun 1980-an, kerajaan memfokuskan perkembangan industri berat untuk mempercepatkan, meningkatkan dan memperkukuhkan proses perindustrian dan pembangunan negara. Kerajaan terpaksa memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiaya dan menguruskan industri berat memandangkan perbelanjaan dan modal yang besar amat diperlukan tetapi pulangan hasil memerlukan tempoh masa panjang. Oleh itu, dalam usaha

33

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, hlm. 23.

14

kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara, kerajaan telah membuka satu program jangka masa panjang iaitu Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada 3 Februari 1986 yang mana diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi menjadi sebuah negara perindustrian yang maju sekali gus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak.34 Objektif PIP telah menggariskan tiga matlamat iaitu, pertama menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara, yang mana pembinaan teknologi yang canggih dan maju diperkenalkan. Kedua menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli tempatan bagi membuka peluang perkerjaan lebih luas tanpa perlu mengharapkan negara lain. Objektif yang ketiga ialah meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.35 Dalam usaha untuk merealisasikan negara ke arah modenisasi yang membanggakan, satu cara yang lebih liberal di lakukan iaitu menyusun semula struktur perindustrian dengan mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang kepada proses perindustrian seperti di negara Taiwan. Industri berat pula mempunyai potensi jangka panjang dalam proses rancangan perindustrian negara kerana dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas

dan mengukuhkan asas dan struktur perkilangan agar ianya terus mampu

menghadapi pertumbuhan dan kematangan. Strategi Pelaksanaan Industri berat memerlukan modal besar, teknologi tinggi dan terkini serta pekerja yang mahir. Selain dari kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur tempatan yang sanggup melabur modal dalam projek-projek yang sebegini besar. 34 35

Ibid., hlm. 25 Ibid.

15

Pelabur-pelabur tempatan juga tidak

mempunyai teknologi yang diperlukan menyebabkan pelaburan dalam bidang ini terpaksa diusahakan oleh kerajaan dan pelabur-pelabur asing. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Peranan HICOM adalah untuk

mengenalpasti, memulakan,

melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat.36 Berikutan dari ini beberapa projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah dilancarkan.

Ini

termasuk industri simen, besi waja dan kereta nasional yang dianggap perlu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri baru.37 Kesemua

projek-projek

ini adalah memerlukan bahan-bahan

komponen tertentu dalam pengeluarannya.

atau

komponen-

Di sini timbullah peranan yang patut dimainkan

oleh industri-industri sokongan dan kecil dari kawasan tempatan untuk membekalkan bahanbahan tersebut.

Dengan itu, perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang dua

mata iaitu mewujudkan projek industri berat

itu sendiri

disamping meningkat keupayaan

industri sokongan atau mewujudkan industri-industri baru. Di sini pelabur-pelabur tempatan (swasta)

telah memainkan peranan aktif bagi mewujudkan 'secondary

berasaskan 'high-teknologi'

dan

industries' yang

berkeupayaan mempercepatkan pertumbuhan industri

pertengahan dan sederhana. Oleh kerana industri berat memerlukan teknologi yang maju dan kemahiran yang tinggi di mana ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini memerlukan pengimportan keduadua sumber itu secara mengadakan usaha sama dengan pelabur asing.

Rakan perkongsian

asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan dalam melatih pekerja, pengendalian 36 37

Milne, R.S., and Mauzy D.K., hlm. 64. Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 75

16

dan pengurusan projek.

Ini adalah bagi

menentukan

pemindahan teknologi berjalan

dengan berkesan dan projek mencapai kejayaan. Proton (kereta Nasional) Pengeluaran kereta nasional yang pertama dinamakan Saga hasil usaha sama dengan Mitsubishi.38 Proton merancang pengeluaran sebanyak 40,000 buah kereta pada 1986, 80,000 buah pada 1988 dan 120,000 buah kereta setahun selepas 1994. Mulai tahun 1989, baru proton berupaya mengumumkan keuntungan selepas mengalami kerugian 4 tahun berturut-turut. Masalah saiz pasaran di malaysia menyebabkan proton terpaksa mengehadkan pengeluaran kereta. Pada tahun1988, proton mula meningkatkan penggunaan komponen kereta tempatan yang dibekalkan oleh kilang tempatan hasil usaha sama dengan syarikat Jepun. Sehingga tahun 1995 pengeluaran komponen tempatan telah meningkat kepada 65 peratus.39 Selari dengan Dasar Perindustrian Negara dan Wawasan 2020, Tun Dr. Mahathir menjalankan proses transformasi dalam bidang teknologi yang semakin mencapai kejayaan bermula pada pertengahan tahun 1990an. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek mega hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC). Projek ini dirancang dan direalisasikan bagi meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang seiringan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa hadapan. Selain MSC, beberapa projek besar yang dibangunkan semasa pentadbiran beliau ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang (kompleks sukan permotoran 38 39

Milne, R.S., and Mauzy D.K., hlm. 65. Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 88

17

berprestij Formila One) dan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia,malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri adalah penyumbang kepada penghormatan oleh negara-negara asing kepada Malaysia. 7.

Kawalan Mata Wang Asing 1998

Diperkenalkan pada 1 September 1998 bagi menstabilkan wata wang ringgit yang jatuh menjunam daripada RM 2.5 berbanding dolar AS kepda RM 4.8 berbanding dolar AS.40 Oleh itu ketika ini inflasi yang teruk berlaku, mengakibatkan kos hidup melambung naik serta ramai orang hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Kawalan modal juga dibuat susulan kelemahan Rancangan Pemulihan Ekonomi Nasional (NERP) yang menggunakan “Pakej IMF tanpa IMF”41: pakej ini digubal oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan mendapat sokongan penuh daripada kabinet tanpa kehadiran Tun Dr. Mahathir pada awal Disember 1997.42 Langkah pengawalan tersebut adalah: i) memotong perbelanjaan fiskal kerajaan sebanyak 21% (khususnya untuk projek mewah/mega) ini telah menghentikan kerja pembangunan kerana tiada peruntkukan gaji. Keadaan ini menyebabkan tiada kontrak untuk syarikat-syarikat dan juga pembekal. Langkah ini menyebabkan banyak syarikat muflis.43 ii) amalkan belanjawan defisit 40

Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2003, hlm. 22. 41 Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, hlm. 21 42 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 231. 43 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 232.

18

iii) mengetatkan takrif pinjaman tidak berbayar dan menaikan kos pinjaman Hasil pelaksanaan nasihat IMF ini, ekonomi Malaysia jatuh menjunam ke arah kemelesetan yang lebih teruk apabila perniagaan tidak beroperasi dan kerajaan terpaksa menurunkan hasil cukai yang dijangkakan daripada cukai korporat.44 Dalam pada itu, media asing memuji Menteri Kewangan kerana melaksanakan dasar-dasar IMF. Ramai pemerhati meramalkan sudah tiba masanya Malaysia meminta pertolongan IMF. Namun pada pertengahan 1998, Datuk Seri Anwar bertindak mengubah dasar dengan meningkatkan semula perbelanjaan awam dan mula menilai kembali dasar awalnya.45 Ketika ini IMF dan badan ekonomi antarabangsa cuba menguasai rantau Asia Tenggara dengan Indonesia dan Thailand telah mendapatkan bantuan kewangan dan mereka perlu mengikut garis panduan diberi. Tun Dr. Mahathir bertindak menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Januari 1998 untuk membincangkan kegawatan ekonomi dan merancang Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) dilancarkan pada Ogos 1998.46

Selepas dasar kawalan modal

dilaksanakan, ramai pakar kewangan dan ekonomi dunia meramalkan kejatuhan ekonomi Malaysia kerana tindakan gila yang menentang arus dunia. Pelaksanaan dasar kewangan yang menentang arus dilaksanakan Malaysia ketika ekonomi negara gawat dan kritikal telah menarik perhatian ramai. Kelewatan tindakan Bank Negara menyebabkan kerugian US$ 2 bilion kesan daripada ramalan pasaran tukaran mata wang asing kurang tepat. Lantaran itu, akhirnya Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohammad Don dan Timbalannya telah dipecat. 47 Dalam kegawatan ini berlaku pula ketegangan politik di Malaysia dengan pemecatan Datuk Seri Anwar 44

Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, hlm. 21 45 Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, hlm. 233. 46 Hilley J., Malaysia : Mahathirisme, Hegemoni, dan Pembangkang Baru, hlm. 80. 47 Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, hlm. 21

19

Ibrahim. Datuk Seri Anwar mendapat sokongan luar dan dikatakan bersedia bekerjasama dan menyokong dasar ekonomi IMF.48 Kejayaan kawalan modal adalah hasil langkah-langkah yang diambil antaranya: i) pasaran ringgit luar pesisir dihapuskan dan spekulator mata wang tidak dapat menembusi akaun pendatang asing di Malaysia. Mereka tidak dibenarkan menjual atau meminjamkan ringgit kepada pendatang asing yang lain sebaliknya mereka boleh melabur dana mereka sendiri secara bebas di Malaysia. ii) kerajaan telah menetapkan kadar pertukaran pada RM 3.80 bagi setiap dolar AS. iii) ‘Peraturan 12 bulan’ dikenakan yang mencegah penghantaran pulang kenegara asal dana portfolio selama 12 bulan. Perkara ini perlu dilakukan dalam suasana ketidakstabilan dan kemungkinan persepsi dan publisiti buruk berikutan langkah Malaysia yang menyimpang dari kehendak IMF dan badan ekonomi dunia. Sekiranya peraturan ini tidak dilaksanakan maka pastinya pelabur asing akan menjual saham mereka pada harga yang lebih rendah kerana mata wang malaysia menjunam kepada RM 4.8 berbanding dolar. Pelaksanaan kawalan ini berjaya apabila Malaysia dapat mengawal semula ekonominya dan ini menggembirakan pelabur asing dengan penambahan nilai saham mereka dalam BSKL. Indeks Komposit BSKL berada pada paras 302 pada penghujung Ogos 1998 tetapi menjelang minggu pertama bulan Julai 1999, ia melonjak ke angka 870.49 Ketika ini aktiviti import telah dikurangkan manakala eksport pula dipertingkatkan menyebabkan adanya lebihan dagangan. 48

Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, hlm. 116. Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, hlm. 28. 49

20

Perkara ini ditunjukkan dengan nilai eksport pada Ogos 1998 bernilai AS$5.79 bilion, tolak 17.8 peratus berasaskan kurangan tahun demi tahun. Pada Jun 1999, nilai eksport meningkat kepada AS$6.9 bilion, campur 17.8 peratus berasaskan tempoh kurangan tahun demi tahun. Prestasi eksport ini melebihi mana-mana ekonomi Asia Timur yang lain. 50 Tindakan pemulihan ini dilihat dapat mempertahankan kedaulatan ekonomi negara dari campur tangan asing. Tindakan ini awalnya mendapat banyak reaksi negatif tetapi akhirnya berjaya meningkatkan semula ekonomi negara. Pelabur asing juga kembali membawa modal dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ekonomi yang menguncup kepada 7.4% pada tahun 1998 telah meningkat kepada 6.1% apada tahun 1999 dan 8.3% pada tahun 2000. Hal ini

menjadikan Malaysia jadi contoh untuk pemulihan ekonomi.51 Peningkatan

ekonomi ini berjaya dilaksanakan kesan daripada dasar kawalan modal yang dikuatkuasakan. Pemulihan yang berlaku membolehkan Malaysia tetrselamat daripada terpaksa mengikut telunjuk IMF sepertimana berlaku di Indonesia dan Thailand. KESIMPULAN Berdasarkan paparan maklumat berkaitan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Tun Dr. Mahathir, saya fikir dasar yang paling memberi impak kepada pembangunan negara adalah dasar penswastaan. Melalui dasar ini kegiatan ekonomi menjadi begitu rancak sekali. Pelepasan bebanan hutang dan pengurangan perbelanjaan mengurus oleh kerajaan juga membantu menggalakkan pembangunan ekonomi negara.

50 51

Ibid., hlm. 28. Sivamurugan Pandian, Legasi Mahathir, 2005, hlm. 122

21

BIBLIOGRAFI Ahmad Atory Hussain, Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu 1990-2000, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn bhd, 1998. Ahmad Sohaimi Lazim, Dua Dekad Dasar Pandang Ke Timur: Suatu Penilaian Aspek Pendidikan, Perak, 2011. Azlan Mohamad dan Mohd Asri Abdullah, Penswastaan dan Persekitaran Kerja, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) Malaysia, 1997. Faridah Othman, Perdana Menteri Dan Dasar Luar Malaysia : 1957-2005, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2007. Hashim Makaruddin (ed), Pengurusan Ekonomi Malaysia: Ucapan Pilihan Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2003. Hilley J., Malaysia : Mahathirisme, Hegemoni, dan Pembangkang Baru, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009. Jomo K.S. (ed), Dasar-Dasar Ekonomi Mahathir, Kuala Lumpur, Institut Analisa Sosial, 1986. Jomo K.S., Warisan Ekonomi Mahathir, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2010.

22

Khoo Boo Teik, Paradoxes Of Mahathirism : An Intellectual Biography Of Mahathir Mohamad, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1995. Milne, R.S., and Mauzy D.K., Malaysian Politics under Mahathir, London, Routledge, 1999.

23

More Documents from "Jeeva Rubyni"