Pbimbingan Dalam Pendidikan; Interaksi Dan Komunikasi Dalam Bilik Darjah

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pbimbingan Dalam Pendidikan; Interaksi Dan Komunikasi Dalam Bilik Darjah as PDF for free.

More details

  • Words: 3,871
  • Pages: 32
Bab 3: Bimbingan Dalam Pendidikan: Tingkah Laku Bermasalah

Bimbingan Dalam Pendidikan 3.1

Pengantar Kepada Bimbingan

3.1.1 Konsep bimbingan •

Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.



Perkhidmatan panduan (Bimbingan) dijalankan di sekolahsekolah mulai sejak tahun 1963 berikutan dengan perakuan Suruhanjaya UNESCO. Tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan memberi perhatian terhadap kebolehan mental dan fizikal, minat dan bakat bagi setiap pelajar.



Bimbingan ialah satu proses untuk menolong pelajar mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap, dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat.



Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh pelajar boleh dikategorikan kepada masalah akademik

dan

masalah

emosi-sosial.

Dalam

proses

bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

1

3.1.2 Konsep bimbingan dalam pendidikan Menurut Crow dan Crow (1983), di bawah konteks pendidikan, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau pertolongan yang betul kepada pelajar. Perkhidmatan bimbingan di sekolah mestilah merangkumi perkhidmatan bimbingan peribadi sosial, pelajaran, vokasional dan program mencegah salah guna dadah. Proses

bimbingan

merangkumi

aspek-aspek

seperti

orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar, nasihat dan juga tindakan susulan. Perkhidmatan bimbingan diadakan adalah bertujuan untuk: a)

mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan kendiri dan bimbingan kendiri pelajar.

b)

mengembangkan

kebolehan

pelajar

memilih

matlamat sendiri, mengetahui diri sendiri dan sekolah. c)

mengelak,

menjangka

dan

mencegah

krisis

daripada bermula dalam kehidupan pelajar. d)

Monolong

pelajar

menyesuaikan

diri

dengan

sekolah dan hidup secara memuaskan.

3.1.3 Prinsip bimbingan 1. Setiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan bimbingan tanpa mengira jantina, kaum, status sosial, latar belakang dan kepercayaannya.

2

2. Perkhidmatan bimbingan ialah tanggungjawab bersama di antara a)

guru pembimbing dengan pelajar yang memerlukan bimbingan

b)

guru pembimbing dengan pihak sekolah termasuk ibu-bapa pelajar berkenaan.

3. Perkhidmatan

bimbingan

haruslah

diadakan

untuk

mengembangkan peribadi individu secara sistematik dan tersusun. 4. Perkhidmatan bimbingan mesti diuruskan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan seperti: •

Dijalankan dengan adanya persetujuan daripada pelajar yang terlibat tanpa sebarang paksaan. Hubungan yang mesra dan kepercayaan perlu diwujudkan di antara guru pembimbing dan pelajar yang terlibat.



Dijalankan dalam keadaan yang selesa dan selamat. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan oleh pihak guru bimbingan. Segala maklumat pelajar adalah sulit supaya hak pelajar dipeliharakan.



Tindakan

susulan

haruslah

dirancangkan

selepas

perkhidmatan bimbingan diberi untuk memastikan masalah yang dihadapi tidak akan timbul semula.

3



Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih.

3.1.4 Matlamat bimbingan 1. Matlamat

bimbingan

ialah

untuk

membantu

pelajar

memahami diri mereka sendiri dengan mendalam dan mengoptimakan tujuan hidup mereka. 2. Perkhidmatan

bimbingan

diberi

agar

pelajar

dapat

menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri dengan nasihat dan dorongan guru bimbingannya.

3.1.5 Pendekatan bimbingan 1. Bimbingan ialah satu proses yang berterusan mengikut susunan dan bersifat mendidik. 2. Bimbingan diberi berdasarkan kesedaran tingkah laku yang bersesuaian dengan kehendak masyuarakat, kesedaran kehormatan dan harga diri serta kesedaran hak memilih atau menolak untuk pelajar. 3. Proses bimbingan mesti dipraktikkan berdasarkan prinsipprinsip bimbingan yang baik.

(a)

Pendekatan bimbingan dalam perkembangan 4



Aktiviti-aktiviti yang memotivasikan individu dijalankan untuk membentuk personaliti dan konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik.



Bimbingan

diberi

berdasarkan

kepercayaan

bahawa

manusia mempunyai kebolehan dan kesanggupan yang tidak ada had. (b)

Pendekatan bimbingan dalam pencegahan •

Bimbingan menyediakan satu sistem tanggungjawab bersama di antara guru-guru, pentadbir, ibu-bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli komuniti untuk mencegah dan menyekat

kemungkinan

berlakunya

permasalahan-

permasalahan dalam sistem persekolahan. Contohnya, penyalahgunaan

dadah, AIDS,

budaya

lepak

dan

sebagainya. (c)

Pendekatan bimbingan dalam pemulihan •

Disediakan untuk pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka dapat mempertingkatkan prestasi diri dalam pencapaian akademik.

(d)

Pendekatan bimbingan dalam krisis •

Krisis merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk dengan tujuan mencedera, percubaan membunuh orang atau diri, masalah mental atau penyalahgunaan dadah.

5



Krisis-krisis

yang

biasa

yang

bimbingan

ialah

masalah

dihadapi

oleh

pembelajaran,

guru

masalah

peribadi, masalah kurang kecerdasan dan masalah mental di kalangan pelajar-pelajar selokah. •

Krisis masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar

ialah

ketidaksinambungan

di

antara

kurikulum dengan perkembangan kognitif mereka atau pun strategi dan kaedah mengajar guru yang kurang sesuai dengan diri mereka. •

Selain

daripada

itu,

guru

bimbingan

juga

boleh

membimbing pelajar-pelajar yang menghadapi masalah peribadi seperti mereka yang mempunyai motivasi dan konsep kendiri yang rendah atau pun yang mempunyai masalah kemiskinan dan masalah sosial. •

Masalah kecerdasan mental di kalangan pelajar adalah masalah seperti cepat lupa atau sukar memahami sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Seorang guru pembimbing

boleh

menolong

pelajar

dengan

mencadangkan pelbagai cara atau latihan yang boleh meningkatkan daya ingatan pelajar. •

Untuk mengesahkan pelajar yang mengalami krisis mental, guru bimbingan perlu mengenali ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh pelajar seperti berikut:

(i) tidak boleh menyebut perkataan-perkataan dengan tepat

6

(ii)

tidak

boleh

menyusun

perkataan-perkataan

untuk

membina ayat dengan tepat (iii) membaca dengan kadar lambat atau langsung tidak boleh membaca (iv) jangka masa penumpuan perhatian semasa guru mengajar adalah sangat singkat

3.1.6 Jenis bimbingan 1. Bimbingan merupakan satu tugas pendidikan yang penting. Di kebanyakan sekolah, guru biasa berperanan penting dalam

usaha

membimbing

pelajar-pelajar

di

bawah

penjagaannya. Contohnya, guru darjah / tingkatan bagi setiap kelas merupakan guru bimbingan bagi pelajar-pelajar dalam kelasnya. 2. Seorang guru biasa perlu mengesan masalah atau keadaankeadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik murid-muridnya. 3. Guru

juga

perlu

memberikan

bimbingan

untuk

mengembangkan lagi peribadi dan sosial murid-muridnya. 4. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, konflik dalam persahabatan dan soal kewangan adalah antara masalahmasalah yang memerlukan bimbingan di sekolah.

7

5. Dalam

proses

bimbingan,

peranan

seorang

guru

pembimbing ialah seperti berikut: a) mengenal pasti murid-murid yang bermasalah b) membuat rujukan kepada pihak tertentu c) mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai murid yang terlibat dalam proses bimbingan. d) memberikan

bimbingan

secara

individu

atau

pun

berkelompok.

(a)

Bimbingan individu

1. Menurut Cottle dan Downie (1970), bimbingan individu adalah proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang

kliennya,

di

mana kaunselor berusaha

menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah

yang

dihadapi,

sehingga

dia

membuat

pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihanpilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah. 2. Di dalam sekolah, bimbingan individu merujuk kepada proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar dengan seorang guru bimbingan yang menyediakan peluang untuk sesuatu situasi temu bual. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar berkenaan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi, dan seterusnya membuat pilihan daripada alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

8

3. Seorang guru bimbingan perlu membuat bimbingan secara individu untuk murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang sangat rendah atau yang bersifat pemalu. 4. Dalam bimbingan individu, peranan guru bukanlah untuk memberikan

nasihat

tetapi

menolong

murid

untuk

membangkitkan diri mereka. 5. Kebanyakan murid tidak tahu apa yang mereka hendak dan bagaimana untuk mendapatkanya. Oleh itu, guru bimbingan berperanan untuk membimbing murid-murid ini secara individu dengan meminta mereka untuk a)

menerangkan situasi semasa mereka dan sensasi yang mereka rasai.

b)

mengalami dan melafazkan semua emosi semasa yang dirasai secara eksplisit.

c)

menyoal diri secara asertif tentang keadaan semasa mereka

d)

menyuarakan secara eksplisit keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.

6. Tujuan-tujuan bimbingan individu ialah: a) menjalin hubungan yang baik dan mesra di antara guru bimbingan dengan pelajar. b) membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. c) membantu pelajar supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal.

9

d) menyelesaikan

masalah

dengan

berkesan

atau

mencegah masalah kritikal menimbul, atau mengubah tingkah laku negatif kepada positif. (b) Bimbingan secara kelompok 1. Jika ramai pelajar di sekolah menghadapi masalah yang sama dalam pencapaian akademik atau penyesuaian sosial, bimbingan secara kelompok adalah lebih sesuai dijalankan. 2. Menurut C.A. Mahler dan E. Caldwell, bimbingan secara kelompok

adalah

proses

sosial

tentang

masalah

perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan terkawal.

Isi

kandungan

bimbingan

secara

kelompok

merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan kebanyakan pelajar. 3. Di dalam sekolah, bimbingan secara kelompok adalah proses mencari alternatif untuk menolong sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang emosi-sosial. Teknik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses bimbingan secara kelompok ialah pemerhatian atau soal selidik dalam

peringkat pembentukan kumpulan, dan sesi

sumbangsaran. 4. Guru

bimbingan

boleh

menggunakan

kaedah

sumbangsaran, dalam bimbingan berkelompok kerana ia dapat: a) membincangan isu masalah yang dihadapi 10

b) membina hubungan yang rapat antara ahli kumpulan c) mencadangkan alternatif-alternatif kepada masalah yang dihadapi d) mencapai kata sepakat e) mengahir tindakan susulan yang dipersetujui oleh semua ahli 5. Guru

bimbingan

perlu

mengadakan

sesi

bimbingan

berkelompok dengan ahli keluarga pelajar jika masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarganya. 6. Bimbingan berkelompok juga boleh dibentuk daripada satu kumpulan yang terdiri daripada lima atau lapan orang ibubapa yang boleh bertemu dan mengenali semua ahli dalam kumpulan. Lama-kelamaan, ini akan menolong mereka untuk berkongsi perasaan mereka tentang anak-anak mereka yang menunjukkan tingkah laku bermasalah di sekolah. 7. Pengalaman

guru

bimbingan

dalam

mengendalikan

bimbingan secara kelompok adalah penting. Masa dan ketika guru bimbingan campur tangan semasa perbincangan dijalankan adalah penting.

Peringkat-peringkat asas bimbingan secara kelompok: 1. Mengenalpasti dan membentuk kumpulan serta objektif untuk bimbingan secara kelompok. 2. Sesi sumbangsaraan: 11

a) Orientasi dan pendedahan diri. b) Konflik dan pertentangan. c) Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi d) Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah. e) Membuat keputusan berdasarkan rumusan. 3. Tindakan susulan.

3.2

Peranan guru dalam Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling 3.2.1 Konsep •

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.



Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan di bawah konteks

pendidikan,

merujuk

kepada

bantuan

dan

pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan. •

Kaunseling, mengikut Shertzer dan Stone (1963), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.

Model Wilber Schramm III:

12

Mesej Pengenkod - Pentafsir Pendekod Mesej

3.2.1 Konsep Hubungan Interpersonal •

Hubungan interpersonal berkaitan dengan perkembangan kita dengan orang lain.



Ia

merupakan

satu

bentuk

komunikasi

dalam

sesi

kaunseling. •

Banyak saluran komunikasi dan maklum balas adalah serta merta.



Prinsip untuk memahami perasaan orang dinyatakan oleh Covey (2000).

Seek first to understand, then to be

understood. Prinsip-prinsip dalam kemahiran komunikasi interpersonal adalah seperti berikut: •

Manusia sentiasa berkomunikasi sama ada dengan nada suara, gerak badan dan ekspresi muka.

13



Manusia tidak boleh elak daripada berkomunikasi.



Sekali sesuatu perkataan atau ayat telah dikatakan, ia tidak boleh ditarik balik.



Komunikasi ialah satu proses yang kompleks.

3.2.1 Kemahiran komunikasi interpersonal a.

Membina hubungan - Pembinaan hubungan adalah suatu proses di mana guru membina hubungan yang baik dengan muruid-muridnya. - Mengambil tahu keperluan fisiologi dan psikologi murid-

muridnya. - Kaunselor mesti boleh dipercayai. b.

Memberi perhatian - Guru patut memberi perhatian kepada murid-murid agar mereka berasa selesa dan tenang. - Guru mesti duduk dekat dengan klien. - Kedudukan badan, kontak mata dan perwatakan guru

harus sesuai. - Kaunselor mesti prihatin tentang segala percakapan termasuk isi-isi tersirat dan perasaan yang dibawa oleh kliennya. c.

Mendengar secara aktif - Guru perlu menggunakan nada suara yang lembut. - Pengalaman guru. - Penggunaan psikologi. - Mendengar secara teliti dan penuh minat.

14

d.

Menggunakan bahasa yang sesuai - Pemilihan dan penyusunan kata-kata serta ayat. - Perbincangan pertama hendaklah dimulakan dengan butiran peribadi murid-murid.

e.

Memahami gerak geri badan - Memberi tindak balas yang sesuai. -

Kaunselor

perlu

mengamalkan

cara

duduk

yang

membongkok supaya boleh cipta suasana yang kondusif. f.

Memberi tindak balas yang sesuai - Kaunselor mesti ikhlas. - kaunselor tidak boleh memberi nasihat tapi hanya boleh

memberi panduan. - Kaunselor boleh memberikan peneguhan positif. - Kaunselor boleh bertanya soalan terbuka dan meminta maklumat lanjut. - Refleksi.

3.2.2 Halangan dalam Komunikasi •

Halangan Fizikal –

Bilik kaunseling yang tidak kondusif.



Tempat duduk yang tidak selesa dan lampu yang terang.



Halangan Psikologikal –

Tak boleh mengkritik dan komen negatif.



Perlu memberikan peluang kepada klien-klien untuk menyatakan semua perasaan negatif. 15



Halangan Persekitaran –



Satu persekitaran yang positif.

Halangan Sosial –

Kaunseling berkelompok dan rakan sebaya.



Memastikan tidak ada konflik atau idea-idea yang bercanggah

3.2.3 Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam Mewujudkan Hubungan Interpersonal Yang Berkesan •

Tidak rasa malu atau diperkecilkan.



Ia akan sentiasa didekati oleh murid yang bermasalah.



Kaunselor perlu mempunyai komunikasi interpesonal positif.

16

Bab 4 4.1

Tingkah Laku Bermasalah

Pengertian •

Sebarang

tingkah

laku

yang

boleh

menjejaskan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. •

Tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam Bahasa Inggeris



Terkeluar dari nilai, norma dan sosial masyarakat, termasuk sekolah



Bertentangan dengan tingkah laku yang dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

4.2

Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Rajah 1: Jenis Tingkah Laku Bermasalah

17

4.2.1 Tingkah Laku Bermasalah Positif Jadual 1: Tingkah laku Bermasalah Positif Tingkah Laku Bermasalah Positif Ingin Tahu

Proaktif

Pintar Cerdas

Cepat Belajar

Pelajar bertindak terlebih dahulu diMenyelesaikan

tugasan

dengan

dalam bilik darjah tanpa menunggulebih cepat disebabkan keupayaan arahan atau tunjuk ajar daripadamental guru. Kemalangan berlaku keranaakan

menyebabakan cepat

berasa

mereka bosan

tanpa mematuhi arahan yang jelas. seterusnya akan bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan

4.2.2 Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Jadual 3.2: Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah Laku Bermasalah Negatif Bergantung (Tingkah

Disruptif laku

menghalang) kelakuan membahayakan sahaja

tetapi

yang(Tingkah

Destruktif laku

yang(Tingkah laku anti sosial)

menganggu) yanghiperatif bertindak tanpamelakukan aktiviti jenayah dirimemikir

akibatnyadan

mengancam

tidak,membahayakan diri dankeselamatan orang dan

menganggu pelajar lain pelajar lain

kemudahan-kemudahan sekolah

18



Kebimbangan



Hiperaktif



Pergantungan



Kelakuan

nyata

nakal

hostility)

berlebihan • •



Pemusuhan (Over

Pengunduran



Bising



Vandalisme

diri



Bergerak



Kumpulan liar

sesuka hati



Klik



Ketawa kuat



Geng



Agresif secara

Pengasingan diri

lisan/fizikal

4.3

Cara-cara Mengenal Pasti Murid-murid Yang Bermasalah

Tingkah Laku

Teknik

Jenis Ujian Psikologi (Ujian Dianostik)

Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian/ Temu bual)

Kajian (Kajian Kes / Kajian dokumen/ Kajian Membujur

Rajah 2: Teknik Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku

4.3.1 Teknik Jenis Ujian Psikologi 1. Ujian Pencapaian Akademik

19

~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR, PMR, SPM dan STPM 2. Ujian Kecerdasan ~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet 3. Ujian Kecendungan Bakat ~Ujian Aptitude Differentiate (DAT) 4. Ujian Minat ~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya 5. Ujian Personaliti ~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi, emosi dan sikap seseorng pelajar ~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar 6. Ujian Saringan ~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas 7. Ujian Diagnostik ~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajar 8. Ujian Aptitud Khas ~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Seni atau Muzik ~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

20

4.3.2 Teknik Jenis Bukan Ujian (i)

Pemerhatian •

Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani



Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah



Cara Merekod:

1.senarai semak – darjah pencapaian tingkah laku 2.skala kadar – 5 mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4) baik, (5) terbaik (ii)

Temu bual •

Soalan selidik melalui teknik temu bual



Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar



Teknik menjalankan temu bual:



Tentukan tujuan dan objektif temu bual



Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi



Tentukan

soalan-soalan

yang

bertulis

yang

hendak

dikemukakan semasa temu bual •

Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual



Bermula

dengan

soalan

yang

menyenangkan

dan

menimbulkan rasa keyakinan pelajar •

Tentukan tujuan dan objektif temu bual



Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi



Tentukan

soalan-soalan

yang

bertulis

yang

hendak

dikemukakan semasa temu bual •

Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual

21



Bermula

dengan

soalan

yang

menyenangkan

dan

menimbulkan rasa keyakinan pelajar Kajian Dokumen 4.3.3 Teknik Jenis Kajian 1. ~

Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Mengetahui

kemajuannya

dalam

bidang

akademik

dan

kokurikulum dari setahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat, kesihatan dan latar belakang keluarganya.



Butir-butir pelajar



Buti-butir keluarga



Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum



Keputusan ujian



Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah



Sifat-sifat diri



Butir-butir pelajar



Buti-butir keluarga



Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum



Keputusan ujian



Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah



Sifat-sifat diri

2. Rekod Anekdot ~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian sesuatu kejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya. ~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan termasuk komen guru yang memerhatikannya. 22

Jadual 3: Rekod Anekdot Rekod Anekdot Nama pelajar: ……………………… Tingkatan: ………………………. Jantina: …………………………….. Umur: ………………………….. Tarikh Tempat Kejadian /Komen peristiwa

-------------Nama Guru: 4.4

Pengurusan Tingkah Laku

4.4.1 Pengertian •

Satu

rancangan

untuk

memodifikasikan

tingkah

laku

bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai •

Peranan Guru

~ memodelkan tingkah laku yang positif ~ menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan ~

membetulkan

tingkah

laku

murid

yang

salh

dengan

menunjukkan mereka tingkah laku yang betul

23

Proses

Menetapkan matlamat tingkah laku yang betul harus ditunjukkan oleh murid

Mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid

Menggunakan pelbagai teknik modifikasi tingkah laku sehingga tingkah laku yang salah diperbaiki atau diperbetulkan

Memodifikasikan tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan ganjaran ekstrinsik dan menujukkan tingkah laku yang betul kerana motivasi intrisiknya Rajah 3: Proses Pengurusan Tingkah Laku Mengenal Pasti Tingkah Laku

Merekod Kekerapan Tingkah Laku Yang Hendak Diubah

Jenis Tindakan Yang Akan Dikenakan

Penilaian

24

Rajah 4: Proses Modifikasi Tingkah Laku 4.4.2 Objektif: 1. mengajar murid-murid kemahiran baru dan tingkah laku betul yang harus ditunjukkan oleh mereka. 2. memperbetulkan semua tingkah laku bermasalah dan belajar respon-respon alternative yang boleh diterima dalam satu persekitaran sosial. 3. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid secara konsisten dan tetap untuk memastikan kejayaan sesuatu program pengurusan tingkah laku. 4. Mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5. Objektif pengurusan modifikasi tingkah laku murid ialah: (a) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini (b) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. 4.4.2.1

Pengekalan Dan Peningkatan Tingkah Laku Yang

Diingini 1.

Ganjaran:

(a) Pemenang pingat mingguan (b) Memberikan pelekat (murid-murid yang lebih muda) (c) Membuat carta bintang ( kanak-kanak yang lebih muda) (d) Memberikan pujian (memberitahu merid-murid yang lain atau menyebarkan nama murid dalam perhimpunan) 25

2. Kata-kata pujian dalam peneguhan sosial: (a) “Saya sukakan cara anda bekerja dalm aktiviti kumpulan” (b) “ Sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik” 3. Guru mesti selalu memberikan pujian bersama ganjaran yang berbentuk materialistic (hadiah atau barang maujud) sahingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja (motivasi intrinsik) 4.

Modifiaksi

tingkah

laku

berjaya,

murid

dapat

menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik. 4.4.2.2

Pengurangan dan Pelupusan Tingkah Laku yang

tidak diingini 1. Guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk denda

atau

hukuman

untuk

menggurangkan

dan

melupuskan tingkah laku yang tidak diingini. 2. Bentuk-bentuk denda: (a) Kritikan (b) Amaran (c) Kerja Tambahan 3. Hukuman merotan adalah perlu untuk mengikis tingkah laku yang sangat berbahaya. 4.4.3 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku (a) Peneguhan (Reinforcement) 26



Skinner- apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang

dihasilkan

adalah

memuaskan,

peluang

mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. •

Peneguhan positif- mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku.



Faktor-

faktor

yang

mempengaruhi

keberkesanan

peneguhan positive 1. Pilih secara khusus tingkah laku yang ingin diulangi 2. Pilih jenis peneguh (reinforces) 3. Deprivasi 4. Kesegaran 5. Penjelasan 6. Perubahan kepada persekitaran semula jadi •

Dua jenis ganjaran atau peneguhan positif iaitu:

(i)

Ganjaran primer (susu, makanan, gula)

(ii)

Ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi), penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan atau bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan).

27



Peneguhan negative – denda , memarahi murid, menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka menjalani “time-out”.

(b) Dendaan •

Dimarahi oleh guru



Diberikan amaran



Hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah atau mencuci tandas.



“Time-out” sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah



Dihantar ke bilik guru besar



Ibu bapa murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah

disuruh

datang

ke

sekolah

untuk

membincangkan masalah tersebut murid (c) Reverse Psychology •

Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif.



Memerlukan kemahiran

guru

memahami

psikologi

pelajar serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamnya. (d) Shaping •

Proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat kepada tingkah balas yang diharapkan



Guru mesti sangat spesifik dalam menetapkan matlamat tingkah laku yang perlu dicapai olah murid.

28



E.g. murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah iaitu selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai “ Berhenti bergerak di dalam bilik darjah”.

(e) Token Ekonomi •

System

untuk

membahagiakn

simbolik

yang

akan

ditukarkan

beberapa

peneguh

kepada

pelbagai

peneguh yang sebanar diidamkan. •

Sistem merit ditentukan berdasarkan criteria respons terhadap tingkah laku yang diingini.



Point merit (token) yang dikumpulkan boleh ditukarkan seterusnya dengan peneguhan yang diidamkan

(f) Kontrak ( Lisan dan Bertulis) •

Cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif



Murid-murid mesti menandatangani kontrak ini dan jika mereka pecahkannya, mereka perlu menjalani hukuman yang dinyatakan dalam kontrak tersebut.



Semua penerangan ganjaran atau hukuman yang akan diberikan akan dinyatakan dalam kontrak.



Perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (guru dan murid)

(g) Kawalan Kendiri

1. Menentukan tingkah laku yang ingin di modifikasikan

29

2. Mengumpulkan data: • Mengenal pasti antenseden kawalan • Menentukan respons peringkat awal • Mengenal pasti akibat kawalan

3. Merancang program tindakan: Memulih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respons

4. Implement dan menilai program

5. Penutup: Menamatkan program Rajah 5: Kawalan Kendiri

(h) Peneguhan kendiri (Motivasi intrisik)

30

Menetapkan piawai t/laku diri

Pemerhatian

Peneguahan diri

Menilai diri

Memperoleh diri kepuasannya

Rajah 6: Peneguhan Kendiri (i) Modeling ( Modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran) o Pemerhatian dan peniruan o Dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan o Meniru

kemahiran

daripad

kecekapan

demonstrasi

modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika memperoleh kepuasan dan peneguhan o Meliputi pemerhatian, peingatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai 4.5

Implikasi modifikasi tingkah laku terhadap

proses pengajaran & pelajaran 1. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat akan dapat diwujudkan 2. Membantu murid mengubah tingkah laku negative dan melicinkan proses p&p 3. Masa akan dapat dijimatkan kerana guru tidak perlu mengendalikan kes salah laku 4. Standard tingkah laku pelajar seragam; tidak terdapat unsur pulih kasih. Semua pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang sama.

31

5. Objektif guru untuk meningkatkan pencapaian akademik akan tercapai 6. Keharmonian pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas akan ditingkatkan kerana gangguan dapat dikurangkan melalui modifikasi tingkah laku 7. Meningkatkan

prestasi

dan

keberkesanan

aktiviti

pembelajaran murid 8. Membentuk tingkah laku positif ( fizikal, mental, emosi dan sosial) 9. Meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri. 10. Membentuk

murid

yang

berilmu

pengetahuan,

cinta

membaca serta berakhlak mulia. Rumusan, dalam modifikasi tingkah laku, guru perlu: 1. Menekankan aspek dan pemikiran yang positif 2. Meneguhkan tingkah laku positif dengan secepat mungkin 3. Mengelak daripada menggunakan hukuman 4. Meninjau apa yang digemari oleh murid-murid agar peneguh yang digunakan itu berkesan 5. Menekankan

kepada

pengakuan

dan

pengiktirafan

kebolehan murid-murid.

32

Related Documents