Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah - Mohd Anuar

  • Uploaded by: MOHD ANUAR BIN IBRAHIM
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Model Pengajaran Dalam Bilik Darjah - Mohd Anuar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,540
  • Pages: 19
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH 11800 PULAU PINANG SIDANG AKADEMIK 1999/2000

TAJUK TUGASAN JPS 411/4 ‘ Pilih satu tajuk Model Pengajaran yang pernah dilaksanakan dalam pengajaran anda dan buatkan refleksi berkenaan model tersebutdari segi kekuatan , kelemahan dan menarik

MAI / PPPJJ / USM / 1999 - 2002

SEKAPUR SIREH Alhamdulillah dengan kehendakNya ,saya dapat menyempurnakan tugasan JPS 411 ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus JPS 411 En. Auzait B. Shamsudin yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kapada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai , segala bahan-bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini. Sebagai seorang pelajar yang baru , banyak perkara yang masih perlu dipelajari bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat -amat saya harapkan.Segala kelemahan yang terdapat dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada

kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan

sudah tentunya dapat

mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini Harapan saya agar tugasan

ini , sedapat tidak

mendatangkan manfaat dan

kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripada Nya.

Sekian, terima kasih. MOHD.ANUAR B. IBRAHIM

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

PENDAHULUAN Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan :

“ Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi

jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara

rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang say pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa keturunannya. “

Berdasarkan kapada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggunjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa.

Guru hari ini perlu bijak dalam melaksanakn tugas mereka , berbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu digunakan bagi merialisasikan pencapaian cemerlang dikalangan pelajar mereka.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna.

Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar.

Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan guru dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah . Oleh yang demikian setiap guru perlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar pendidikan.

MODEL PENGAJARAN

Guru-guru sedaya upaya mengajar dengan berkesan . Ada guru yang berjaya menghasilkan pembelajaran yang baik tetapi ada pula yang gagal. Kegagalan ini mungkin disebabkan kurangnya penekanan terhadap pemilihan kaedah atau keupayaan pelajar seperti kognitif, personal, sosial, dan psikomotor ( Cole dan Chan 1994 ). Oleh itu guru efektif dianggap sebagai satu tindakan yang profesional oleh orang terlatih untuk membagunkan diri pelajar dari segi kognitif, sosial dan psikomotor.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Model atau rakabentuk pengajaran adalah satu proses yang pada dasarnya digunakan untuk memperkembangkan pelbagai jenis teknik pengajaran dan bahan-bahan alat bantu pengajaran. Model dan satu proses

rekabentuk pengajaran dapat didefinisikan sebagai

sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai

pengajaran. Terdapat pelbagai model pengajaran pada masa kini. Setiap model pengajaran memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran dan ianya mempengaruhi guruguru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Di antara model pengajaran yang boleh digunakan adalah seperti berikut : 1.

Model ciri-ciri Personaliti

2.

Model Behavirisma ( Tingkahlaku )

3.

Model Kaedah Subjek

4.

Model Kemahiran Mengajar

5.

Model Proses Pengeluaran

6.

Model Reflektif

7.

Model Inkuiri Penemuan.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN

Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah berikut :

Rajah 1 : Fasa Model Inkuiri

Fasa satu: Berhadapan dengan masalah ( Menerangkan atur cara inkuiri, Guru kemukakan masalah )

Fasa dua: Mengumpul data Pemeriksaan benar atau tidak. Periksa objek , keadaan ,situasi bermasalah.

Fasa Tiga : Pengumpulan data- ujikaji Asingkan pembolehubah releven Bentuk hipotesis dan perkaitannya.

Fasa Empat: Menyusun ,merumus, keterangan. Rumus peraturan dan keterangan

Fasa Lima: Analisa Proses Inkuiri. Analisa Strategi inkuiri dan hasilkan yang lebih berkesan

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

uji

Fasa Satu : Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan .

Fasa Dua : Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah

cuba membantu murid dengan mengembangkan

jenis maklumat yang

didapati.

Fasa Tiga : Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah berlaku.

Fasa Empat : Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.

Fasa Lima :

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, gambarajah atau sebagainya. ( Auzit Shamsudin, 1997 ).

Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang sains tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran.

Model ini terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan , ianya kelihatan hampir sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri dan Kaedah Penemuan adalah berlainan , tetapi pendekatan , strategi, tujuan , prinsip dan langkahlangkah menjalankan aktivitinya adalah sama.

Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsangkan pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI

Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk memastikan kaedah yang digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu memlih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif pelajaran . Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar.

Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.

Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan pengetahuan awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu juga memastikan muridmurid memahami langkah-langkah untuk menjalankan kajian.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam peringkat ini , guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan. Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri. Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting supaya pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian. Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan perbincangan dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar keputusan dan kajian pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan di akhir perbincangan tersebut. KEBAIKAN MODEL INKUIRI

Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh

dimanfaatkan oleh

pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-

1.

Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

2.

Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat.

3.

Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.

4.

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas

5.

Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal lama.

6.

Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

KELEMAHAN MODEL INKUIRI

1.

Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.

2.

Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.

3.

Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

4.

Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai kepada pelajar yang lemah.

5.

Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti kajian .

6.

Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.

MODEL INKUIRI - SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI

Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik minat pelajar apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru sains, bagi saya model ini merupakan pilihan saya ,setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam makmal sains , model ini menjadi pilihan saya. Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata pelajaran sains Tahun 5. Tajuk pilihan saya ialah “ Bahan Konduktor dan Bahan Penebat “.Di bawah ini saya sediakan satu rancangan pelajaran harian yang digunakan bagi tujuan kajian ini.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : Sains Kelas

: 5 Al-Amin

Tarikh

: 6 Julai 1999

Bil.Murid

: 35 orang

Masa

: 8.45 - 9.45 pagi ( 1 Jam )

Bidang Kajian : Menyiasat Alam Fizikal Objektif Khusus : 3.2- Bahan Konduktor dan Bahan Penebat Kemahiran Proses : 1. Menyatakan 2 maklumat 2. Membuat hipotesis 3. Menanalisis data Alatan Bantu Mengajar : Litar elektrik, getah, kertas, cuka, paku, kain, kuprum, plastik, lidi, batang ais krim , carta , daun, duit syiling. kaca.

LANGKA H 1 ( 5 Minit )

ISI PELAJARAN Set Induksi

AKTIVITI P & P - Guru menunjukkan kepada murid dua jenis bahan . - Guru menyambung setiap satu bahan tersebut pada litar elektrik. - Guru bersoaljawab dengan murid mengenai masalah mentol elektrik yang tidak

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

CATATAN -Murid memerhatikan dua bahan yang ditunjukkan oleh guru. - Murid cuba memberikan jawapan kepada guru.

menyala. 2 ( 20 Minit )

Bahan konduktor Bahan Penebat

- Guru mengedarkan kad tugasan kepada setiap kumpulan. - Guru meminta ketua setiap kumpulan membaca dalam kumpulan masing-masing kad arahan tersebut.

- Ketua kumpulan membaca arahan dalam kumpulan mereka. - Setiap kumpulan menjalankan kajian dari satu stesyen ke stesyen yang lain.

- Guru mengarahkan setiap kumpulan menjalankan kajian mengikut stesyen yang telah ditetapkan. - Guru memantau setiap kumpulan.

3 ( 10 Minit )

Penulisan Pelaporan Aktiviti

- Guru mengedarkan Lembaran kerja kepada setiap pelajar - Guru meminta setiap kumpulan menuliskan pelaporan mereka dalam lembaran kerja yang diberikan

4 ( 10 Minit )

5 ( 5 Minit )

Pelaporan oleh - Guru meminta wakil setiap setiap kumpulan kumpulan membacakan pelaporan mereka

Rumusan

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

- Murid berbincang dalam kumpulan mereka dan menulis laporan mereka dalam lembaran kerja yang diberi oleh guru.

- Wakil setiap kumpulan membacakan pelaporan mereka

- Guru meminta membimbing - Pelajar membuat pelajar catatan dalam buku nota mereka. - Guru memberikan rumusan - Pelajar mendengar keseluruhan daripada laporan segala rumusan daripada guru. yang telah diberikan oleh setiap kumpulan - Pelajar membuat hipotesis bahawa - Guru menyatakan bahawa bahan yang dapat semua bahan

konduktor dapat mengalirkan arus elektrik manakala semua bahan penebat tidak dapat mengalirkan arus elektrik.

mengalirkan arus elektrik adalah bahan konduktor manakala bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik adalah bahan penebat.

Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan pembelajaran kepada murid mengenai jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat memahami apakah yang dimaksudkan bahan konduktor dan bahan penebat. Melalui aktiviti kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mencari maklumat serta mengumpulkan bahan-bahan yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu yang boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. Setiap kumpulan akan memberikan persembahan mengikut cara masing-masing. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan setiap kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah membahagikan tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila diperlukan rakan. Kebanyakkan kumpulan yang ditemui melahirkan rasa seronok kerana dapat menjalankan aktiviti ini. Keadaan ini

secara tidak langsung memberikan peluang kepada murid untuk

menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersungguh-sungguh.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Model ini telah memberikan satu pengalaman dan pemahaman kepada semua pelajar. Pengalaman dan pemahaman ini akan kekal lama dalam ingatan pelajar. Model ini juga berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta berupaya membentuk minat pelajar terhadap pelajaran sains.

Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada disiplin diri pada setiap pelajar. Faktor ketepatan masa dan juga keinginan untuk mengatasi kumpulan lain perlu dipupuk dalam diri.

KESIMPULAN

Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti.

Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan suatu bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

BIBLIOGRAFI

1.

Shah Ruzi, ‘Pedagogi Dalam Pendidikan KBSR ‘, Bengkel Peningkatan Akademik,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, 1997.

2.

Buku Teks Sains Tahun 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997

3.

Alam dan Manusia, Vinlin Press, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur, 1998

4.

Auzait Shamsudin - Sistem Pengajaran Sekolah Rendah, Modul Pembelajaran Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. 5.

Bahan bercetak, Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan

Malaysia. 1996.

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

BIL

ISI KANDUNGAN

1

SEKAPUR SIREH

2

2

PENDAHULUAN

3-4

3

MODEL PENGAJARAN

4-5

4

MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN

5

RAJAH FASA MODEL INKUIRI

6-8

6

PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI

9-10

7

KEBAIKAN MODEL INKUIRI

10-11

8

KELEMAHAN MODEL INKUIRI

11-12

9

MODEL INKUIRI SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI

10

MUKA SURAT

6

12

CONTOH RANCANGAN BELAJAR HARIAN

13-16

11

KESIMPULAN

16-17

12

BIBLIOGRAFI

18

MAI / PPPJJ USM / 1999-2002

Related Documents


More Documents from "Amzar Amin"