PANDUAN PENULISAN DIALOG
APAKAH ITU KARANGAN JENIS DIALOG? 1.
Sekurang-kurangnya dua atau lebih pihak
2.
Masing-masing boleh bertanya atau memberi pendapat
3. Jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan seperti “Encik”, “Tuan” atau “ Makcik” 4. Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak” dan “nak”. 5. Wujudkan suasana perbualan yang sebenar. FORMAT Pelaku/Watak 1 Pelaku/Watak 2 Tempat Masa
:
……………………………….
: :
………………………………… …………………………………
Pendahuluan ………………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………….. Watak 1
:
………………………………………
Soal
Watak 2
:
………………………………………
Jawapan
Watak 1
:
………………………………………
Soal
Watak 2
:
………………………………………
Jawapan
Penutup ………………………………………………………………………………………………………… … ………………………………………………………………………………………………………….. PENDAHULUAN DIALOG Seperti pendahuluan karangan yang lain, pendahuluan karangan jenis ini juga mestilah menarik supaya dapat menarik perhatian pembaca. Semasa menulis pendahuluan ini, ada dua perkara penting yang harus digabungkan ialah: (i) (ii)
isu atau persoalan yang diperkatakan pelakon yang berdialog
Karangan/Dialog_/CgNoraisha
1
PERKEMBANGAN ISI Perkembangan isi karangan jenis dialog ini dibahagikan kepada tiga bahagian penting, iaitu: 1. Pendahuluan Bahagian ini merupakan kata pendahuluan perbualan misalnya memberi ucapan yang sesuai dengan keadaan, misalnya selamat pagi dan seterusnya memulakan perbualan. Penulis hendaklah membuat kaitan kepada isu yang hendak dibincangkan supaya perbincangan itu tidak terlalu mendadak. 2. Isi-isi Bahagian ini merupakan pokok perbincangan. Soalan yang dikemukakan dan isu-isu yang diketengahkan mestilah mengikut kehendak soalan. Jika bertanya soalan, hendaklah dikemukakan dengan pendek. Sebaik-baiknya, jawapan yang diberi mestilah lebih panjang daripada soalan. Walau bagaimanapun, panjang jawapan itu haruslah dikawal agar tidak terlalu panjang sehingga jelas menunjukkan berat sebelah. Ini boleh membosankan pembaca. Untuk menjadikan dialog itu lebih menarik, hendaknya pertanyaan soalan dilakukan oleh kedua-dua (mengikut bilangan) pelaku/watak serta pendapat kedua-duanya sekali disertakan, sama ada yang selari atau sebaliknya. Ini tentu sekali akan menjadikan dialog itu lebih 'hidup' dan menarik. 3.
Penutup Ucapan terima kasih atau sebagainya serta penerangan mengenai perpisahan yang akan berlaku bolehlah disertakan.
(Bahagian ini ialah sumbangan Cikgu Harris dan Cikgu Hasnah)
Contoh Karangan Jenis Wawancara/Temu ramah:
Karangan/Dialog_/CgNoraisha
2
Contoh karangan jenis dialog : Soalan
:
Tempat Masa Pelaku 1 Pelaku 2
: : : :
Kamu sedang membaca buku cerita. Tiba-tiba kamu dapati nenek kamu sedang tercari-cari sesuatu. Kamu segera menghampirinya untuk bertanyakan masalahnya. Tuliskan perbualan kamu itu selengkapnya. Ruang Tamu 2 petang Budin Nenek
Semasa aku sedang membaca buku, aku ternampak nenek sedang mencari sesuatu. Aku pun mengambil keputusan untuk menghampiri nenek untuk bertanyakan apakah masalahnya…. Nenek
:
Hai, manakah perginya cermin mata aku ini?
Budin
:
Nenek cari apa?
Nenek
:
Cermin mata nenek. Manalah nenek letakkan tadi?
Budin
:
Di mana nenek letakkan tadi?
Nenek
:
Kalau nenek tahu, tidak payahlah nenek sibuk-sibuk mencarinya.
Budin
:
Ya tidak, ya juga.(Sambil menggaru kepala). Em… Budin rasa, Budin nampak cermin mata nenek itu.
Nenek
:
Ha…Di mana cermin mata itu?
Budin
:
Nenek hendak buat apa dengan cermin mata itu?
Nenek
:
Nenek hendak jahit baju kurung kakak kamu ini.
Budin
:
Masa nenek jahit mula-mula tadi ada?
Nenek
:
Ada. Lepas itu nenek rasa nenek tanggalkan, sebab mata nenek ini rasa gatal. Apabila nenek hendak sambung jahit semula, nenek cari cermin mata nenek tapi sudah tiada.
Budin
:
Itulah nenek. Lain kali jangan letakkan di atas kepala.(Sambil mengambil cermin mata di atas kepala nenek)
Nenek dan aku sama-sama tidak dapat menahan rasa geli hati lalu ketawa.
Karangan/Dialog_/CgNoraisha
3