Panduan Penulisan Artikel 2.docx

  • Uploaded by: Visha D'Of Chandran
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Panduan Penulisan Artikel 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 962
  • Pages: 6
PANDUAN PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN Artikel penyelidikan tindakan terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian abstrak dan teks. Panjang artikel adalah 1500 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Teks ditulis menggunakan Font Arial saiz 11 manakala abstrak menggunakan Font Arial saiz 10. Penulisan abstrak dilangkau sebaris. Penulisan teks dilangkau 1.5. Margin atas, bawah dan kanan adalah 1” (2.54 cm), margin kiri adalah 1.5” (3.81 cm). Artikel mengandungi tajuk, nama penyelidik, nama institusi dan alamat emel. KRITERIA

DESKRIPSI

ABSTRAK

Penulisan abstrak hendaklah dalam satu perenggan sahaja dan tidak melebihi 250 patah perkataan. Aspek yang perlu dimasukkan ialah isu/masalah, tujuan kajian, metodologi, dapatan dan implikasi/ kepentingan kajian. Tiga hingga lima kata kunci yang sesuai perlu dinyatakan di bawah ruangan abstrak.

PENGENALAN 1.1 Pengenalan  Gambaran menyeluruh

Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian. Menghuraikan refleksi dan pengalaman pengurusan yang berkaitan dengan fokus kajian. Menyatakan justifikasi/ andaian/ harapan terhadap kajian yang dicadangkan selari dengan dapatan pengumpulan data awal.

1.2 Konteks kajian  Pengkaji  Bidang tugas  Huraian am murid dan sekolah

1.3 Refleksi

CATATAN

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di

  

Pengalaman berkaitan fokus kajian Refleksi kendiri Ulasan literatur

Sekolah Kebangsaan Alam Damai telah berjalan dengan baik. Murid-murid telah diajar dengan pelbagai pengetahuan dan juga kemahiran berhubung dengan mata pelajaran ini. Menerusi pemerhatian yang dilakukan, pengkaji juga mendapati bahawa terdapat guru-guru Pendidikan Seni Visual yang berkemahiran dan kreatif meskipun mereka tidak mengambil jurusan seni visual. Bilangan alat dan bahan yang mencukupi dan selalu dikemaskini juga memudahkan guru-guru untuk melaksanakan pengajaran mereka berpandukan rancangan pengajaran yang telah disediakan. Keadaan ini menunjukkan penerimaan yang positif daripada pihak sekolah terhadap mata pelajaran ini. Walau bagaimanapun, setelah merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (2003), pengkaji mendapati terdapat sedikit kekurangan dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah ini iaitu kurangnya pelaksanaan pengajaran yang melibatkan penggunaan perisian komputer bagi murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 seharusnya didedahkan dengan perisian komputer mengikut aspek yang telah ditetapkan bagi bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf tradisional. Hasil temu bual yang telah dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Seni Visual dan murid-murid sekolah didapati bahawa meskipun penggunaan komputer ini telah tertulis dalam rancangan pengajaran tahunan, guru-guru Pendidikan Seni Visual sekolah ini kurang melaksanakannya. Kekerapan pengajaran yang rendah serta kaedah pengajaran yang konvesional telah menjadikan murid-murid kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan perisian komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini hanya banyak menggunakan kaedah konvensional dan dilaksanakan di dalam kelas sahaja. Perkara ini merupakan satu kerugian yang besar kepada murid-murid kerana mereka kurang berpeluang dan kurang didedahkan secara langsung mengenai kemahiran yang semakin menjadi permintaan pada hari ini. Toffler (1971) dalam bukunya yang bertajuk Future Shock telah membayangkan bahawa pada 20 hingga 30 tahun akan datang, ledakan teknologi bakal mempengaruhi setiap aspek

Commented [h1]:

kehidupan manusia. Ini termasuk sistem pendidikan manusia itu. Justeru, cabaran dapat dilihat bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat mengadaptasi kemajuan teknologi hari ini agar dapat seiring dengan karya-karya seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan masyarakat pada zaman tersebut. Selain itu, pengetahuan dalam penggunaan perisian komputer secara mendalam juga mampu membantu murid-murid dalam mata pelajaran lain. Kemahiran penggunaannya dapat membantu mereka dalam membuat pengurusan grafik yang seterusnya dapat mempertingkatkan pencapaian akademik mereka. Penghasilan pengurusan grafik yang sistematik dan berwarna-warni seperti peta minda dapat merangsang minda murid-murid serta dapat meningkatkan daya pemahaman mereka mengenal sebarang bahan bacaan (Ambrusher, Catherine & Brown, 2003; Tei & Stewart, 2005). Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik yang diceburi. FOKUS KAJIAN 2.1 Pemilihan fokus kajian  Fokus kajian  Kriteria  Ulasan literatur  Penambahbaikan 2.2 Pengumpulan data awal  Huraian data awal  Pelbagai sumber 2.3 Tindakan  Model penyelidikan tindakan  Bahan/sistem sebagai tindakan

Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan.

 

Proses penggunaan bahan/sistem untuk menambahbaik amalan Teori/prinsip asas

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif kajian

Menyatakan objektif dan soalan kajian.

3.2 Soalan kajian PESERTA KAJIAN  Bilangan  Jantina  Kelas  Prestasi akademik (Jika berkaitan)  Ciri-ciri khusus

Memerihalkan ciri-ciri peserta kajian.

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Langkah-langkah tindakan  Aktiviti tindakan  Rasional

Menghuraikan langkahlangkah/aktiviti tindakan (program/inovasi), kaedah mengumpul, menganalisis, dan menyemak data.

5.2 Kaedah mengumpul data  Kaedah  Instrumen  Ulasan literatur

Peserta kajian melibatkan murid-murid di sebuah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran. Murid-murid tersebut berada di tahap 1 iaitu Tahun 2K. Seramai 6 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan telah dikenal pasti selepas analisis tinjauan awal. Murid-murid ini terdiri daripada 5 orang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina. Kesemua murid tersebut tinggal di asrama. Antara mereka, serama 2 orang murid bermasalah pendengaran kategori severe manakala 4 orang murid lagi adalah kategori profound. Selain itu, hanya seorang murid memakai alat bantuan pendengaran. Tahun 2K sebenarnya merupakan kelas yang terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana. Hampir semua murid didapati mampu berisyarat dan berkomunikasi dengan baik dengan guruguru di dalam kelas.

5.3 Cara menganalisis data 5.4 Cara menyemak data DAPATAN KAJIAN  Dapatan  Pelbagai sumber data

REFLEKSI  Refleksi dapatan  Ulasan literatur

Membincangkan dapatan kajian yang bersesuaian dengan soalan kajian. Menyertakan bukti dari pelbagai sumber data yang amat relevan untuk menyokong dapatan kajian. Data kuantitatif dan kualitatif mestilah dibincangkan dalam cara yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Menghuraikan kekuatan dan kelemahan kajian. Menghubungkait dapatan dengan literatur.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN  Menilai tindakan yang diambil  Cadangan tindakan susulan

Menilai tindakan yang diambil secara kritis. Mencadangkan tindakan penambahbaikan.

RUJUKAN

Menyenaraikan semua rujukan yang relevan dan dinyatakan dalam artikel sahaja. Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological Association (APA) terkini.

Related Documents


More Documents from "Nash"