Panduan Keselamatan Kanak-kanak

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Panduan Keselamatan Kanak-kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 6,019
  • Pages: 23
dengan usahasama

disokong oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kandungan Persekitaran Selamat Untuk Kanak-kanak

4

Petua Keselamatan Utama

5

Persediaan Untuk Menyambut Kedatangan Cahayamata

6

Saat Ketibaan Bayi

7

Panduan Keselamatan Ketika Makan

8

Panduan Keselamatan Alat Mainan

9

Apabila Bayi Mula Bergerak

10

Bila Kanak-kanak Boleh Memahami

11

15 Peraturan Keselamatan Yang Boleh Anda Ajar

11

Keselamatan Di Ruang Tamu

12

Keselamatan Di Dalam Dapur

13

Keselamatan Di Bilik Tidur

14

Keselamatan Di Bilik Air

15

Apabila Anda Tidak Berada Di Rumah

16

Mengenalpasti Kecemasan

16

Kandungan Peti Kecemasan

19

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

20

JAWATANKUASA TEKNIKAL Pengerusi Professor Dr Zulkifli Ismail Pakar Perunding Pediatrik Ahli-ahli Jawatankuasa Dr Rosnah Ramly Ketua Penolong Pengarah Unit Keganasan dan Kecederaan Kementerian Kesihatan Malaysia Professor Dr R. Krishnan Pakar Perunding Pediatrik & Perubatan Keluarga Dr Shyam Ishta Puthucheary Pakar Perunding Pediatrik Dr Mary Joseph Marret Pakar Perunding Pediatrik Yam Phak Hong Johnson & Johnson Sdn Bhd Penasihat Kehormat Dato’ Dr Shafie Ooyub Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia Persatuan Pediatrik Malaysia tidak mengesyorkan sebarang jenama produk.

Buku panduan ‘Make It Safe For Kids’ telah diterbitkan untuk Persatuan Pediatrik Malaysia oleh VersaTrend Sdn Bhd. Sebarang bab atau bahagian tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Sebarang penerbitan semula sama ada sebahagian atau menyeluruh perlu didedikasikan kepada kempen ‘Make It Safe For Kids’ oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Kata-kata Untuk Pembaca Maklumat dan nasihat di dalam buku panduan ini adalah relevan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Di dalam buku panduan ini, didapati perkataan ‘kanak-kanak’ merujuk kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Buku panduan ini hanya merupakan panduan dan bukannya pengganti nasihat perubatan, di mana perlu. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat MISK: VersaTrend Sdn Bhd, 12A, Jalan PJS 8/4, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor. Tel No: (03)56211408 Email: [email protected] Penghargaan Persatuan Pediatrik Malaysia dan Jawatankuasa Teknikal MISK ingin mengucapkan terima kasih kepada: • Malton Berhad • Metrojaya Berhad • Dr Lim Wei Leng

Kata-kataolehAluan

Pengerusi MISK

Di dalam situasi tertentu, adalah tidak mudah untuk menjaga dan membela anak. Apabila anak anda mula merangkak dan bergerak, kawasan persekitaran rumah menjadi amat berbahaya memandangkan kanak-kanak kecil tidak sedar akan keadaan rumah yang mungkin merbahayakan mereka. Maka dengan sebab itu, kanak-kanak di bawah umur 4 tahun cenderung kepada kecederaan yang berlaku di rumah berbanding dengan kecederaan kenderaan bermotor. Namun, adalah suatu perkara yang menyedihkan apabila kanakkanak yang terlibat dalam kecederaan yang berlaku di rumah mungkin parah atau maut disebabkan kecederaan ini. Namun, dengan perancangan terperinci, anda mampu mengadakan persekitaran rumah yang selamat untuk anak anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sebarang jalan pencegahan dapat mengelakkan kecederaan dari menimpa anak anda di rumah. Menyedari perlunya kesedaran tentang cara mencegah kecederaan di kalangan kanak-kanak, Persatuan Pediatrik Malaysia telah memulakan kempen ‘Make It Safe For Kids’, sebuah kempen kesederan dan pencegahan kecederaan di kalangan kanak-kanak. Kempen MISK turut dijayakan oleh geran tanpa syarat dari Johnson & Johnson. Buku panduan ini telah diadakan dengan objektif untuk memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara bagi mengelakkan kecederaan dari berlaku kepada anak-anak anda di rumah. Di dalam buku ini, perkataan ‘kemalangan’ akan diganti dengan ‘kecederaan’ kerana ‘kemalangan’ menunjukkan situasi yang tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama, perkataan ‘kecederaan’ pula merujuk kepada situasi yang dapat dielakkan dan dicegah. Dan, pencegahan merupakan objektif sebenar buku panduan ini. Dengan perancangan dan penyelarasan yang sewajarnya, anda boleh membuatkan rumah anda selamat dan bebas dari sebarang malapetaka. Dengan tip-tip mudah di dalam buku panduan ini, kuasailah cara-cara untuk melindungi anak anda dari kecederaan di dalam rumah. Jadikan keselamatan anak anda keutamaan anda! Professor Dr Zulkifli Ismail

Persekitaran Selamat untuk Kanak-kanak Kita memang menyayangi anak. Sebagai ibubapa, kita sentiasa memberikan mereka yang terbaik. Kita asyik risau tentang pemakanan anak, pertumbuhan, kesihatan, perkembangan, pendidikan mereka dan seribu satu macam benda lagi. Salah satu cabaran terbesar yang kita hadapi ialah melindungi kanakkanak dari bahaya dan malapetaka. Ini termasuklah jangkitan penyakit seperti batuk kokol dan demam denggi serta bahaya fizikal seperti penculikan dan penderaan. Hakikatnya, ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan. Data dari negara-negara membangun menunjukkan bahawa kecederaan meragut lebih banyak nyawa berbanding semua kematian akibat penyakit kanak-kanak. Bagi setiap kanak-kanak yang mati akibat kecederaan, terdapat lebih kurang 40

4

orang lagi yang dirawat di hospital dan 1,000 lagi yang dikejarkan ke wad kecemasan. Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanakkanak di bawah umur 14 tahun. Situasi yang mendedahkan kanakkanak kepada kecederaan ada di mana-mana, di dalam dan di luar rumah. Kanak-kanak berusia di bawah umur 4 tahun mempunyai risiko tertinggi mengalami kecederaan di dalam rumah. Kecederaan mungkin berlaku tanpa diduga, tetapi hampir kesemua jenis kecederaan termasuklah yang mengakibatkan kematian, boleh dielakkan. Menjangka kehadiran situasi bahaya, dan bukannya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku,

adalah kunci yang akan membantu ibubapa menjaga keselamatan kanak-kanak. Jadikan rumah anda selamat supaya kanakkanak boleh menerokai dan menjalani kehidupan dengan gembira. Ia juga akan memberikan anda ketenangan fikiran. Buku ini memberikan maklumat yang membantu anda mengenalpasti dan menghapuskan puncapunca atau perkara yang berpotensi untuk menjadi merbahaya agar rumah anda lebih selamat untuk kanak-kanak.

Petua Keselamatan Utama 1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik. 2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang

berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ianya makanan atau minuman. 3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak. 4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-

5.

6.

7.

8.

9.

kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya. Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini. Anda digalakkan menggunakan alat

10.

11.

12.

13.

pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan dan servis alatalat ini. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan memakan ubat di depan anak.

5

Persediaan untuk Menyambut Kedatangan Cahayamata Sebelum anda membawa pulang cahayamata, pastikan rumah anda selamat. Mulakan dengan langkah-langkah asas dan ubah mengikut kesesuaian apabila bayi semakin besar. Tempat paling selamat bagi bayi tidur ialah di dalam katil bayi. Buaian kain atau sarung tidak selamat bagi bayi kerana dia boleh terjatuh keluar.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Katil Bayi 1. Skru, selak dan kancing mesti dipasang dengan kemas dan betul supaya katil bayi tidak roboh. 2. Pastikan tiada bucu yang tajam atau skru, selak dan kancing yang terdedah yang boleh melukakan bayi atau menyentap pakaian dan menyebabkan bayi tercekik atau mengalami kecederaan. 3. Tilam mestilah muat dengan katil. Pastikan ruang kosong di antara tilam dan bahagian tepi katil bayi tidak melebihi dua jari. (Sila rujuk kepada gambarajah) 4. Patuhi ukuran-ukuran berikut: Ruang antara palang-palang katil bayi

65 cm

Tidak lebih dari 6 sentimeter. Jika ruang terlalu besar, bayi boleh terbolos dan tersangkut di antara palang. tilam

Palang atas katil bayi yang boleh diubah tinggi-rendah

6 cm

Apabila anda menaikkan palang ini sepenuhnya, ia mestilah berukuran 65 sentimeter dari bahagian bawah tilam bagi mengelakkan bayi dari terjatuh. Apabaila palang diturunkan, ia mestilah berukuran sekurang-kurangnya 23 sentimeter dari bahagian bawah tilam. Ketinggian katil bayi Semua katil bayi mempunyai 2 atau 3 ketinggian yang boleh diubahsuai. Mulakan dengan bahagian asas tilam di kedudukan paling tinggi, dan rendahkan apabila bayi mula membesar. Di aras tertinggi, pastikan ukuran dari bahagian atas tilam ke palang atas katil bayi tidak kurang dari 30 sentimeter.

6

5. Pasang penghadang alas lembut di keliling katil bayi dan ikat dengan selamat supaya ia ketat dan tidak mudah tertanggal. 6. Pastikan katil bayi mempunyai cat dan kemasan yang tidak merbahaya dan tahan lama. 7. Jangan guna alas tilam plastik. Ia boleh melekat ke muka bayi dan menyebabkan bayi lemas. 8. Jangan letakkan katil bayi berdekatan dengan tingkap, langsir, lampu, wayar dan peralatan elektrik (seperti kipas) atau lain-lain perabot yang boleh digunakan untuk kanak-kanak memanjat keluar.

Saat Ketibaan Bayi 1. Posisi tidur paling selamat untuk bayi ialah berbaring terlentang. Posisi ini dapat mengelakkan ‘Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)’. 2. Jangan sesekali menutup muka bayi dengan selimut kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan nafas. Sekiranya ingin menggunakan selimut, gunakan selimut yang mempunyai lubanglubang kecil bagi membolehkan aliran udara, seterusnya mengurangkan risiko kesesakan nafas. Letakkan bayi pada posisi di mana kakinya dapat mencapai katil bayi bagi mengelakkan bayi bergerak-gerak sehingga masuk di bawah selimut. 3. Semasa menukar lampin bayi, jangan sekali-kali tinggalkan

bayi bersendirian di atas tempat menukar lampin atau katil. Letak sebelah tangan pada bayi sepanjang masa. 4. Anda juga boleh menukar lampin bayi dengan membaringkannya di atas tilam atau selimut di atas lantai yang bersih. 5. Bedak bayi, minyak dan losyen boleh mendatangkan mudarat jika tertelan. Jangan tinggalkan barang-barang ini di tempat yang boleh dicapai bayi. 6. Jangan goncang atau tuang bedak bayi berdekatan dengan mukanya kerana serbuk bedak yang halus boleh mendatangkan bahaya jika disedut. Seelok-eloknya tuang bedak ke telapak tangan terlebih dahulu kemudian sapukan ke badan bayi.

7. Letakkan ‘cot bumpers’ di sekitar katil bayi bagi mengelakkan kepala bayi terhantuk pada katil bayi. Pastikan ‘cot bumpers’ diikat ketat setiap masa. ‘Cot bumpers’ seharusnya dikeluarkan apabila bayi boleh duduk tanpa bantuan. 8. Jangan penuhkan katil bayi dengan bantal, alat permainan atau selimut tebal.

7

9. Jangan sekali-kali mengikat bayi anda di dalam katil bayi. 10. Anda boleh gunakan alat permantauan bayi sebagai langkah keselamatan tambahan apabila bayi tidur. Gunakan

alat yang sudah diuji keselamatannya, patuhi panduan dari pengeluar alat tersebut, uji bateri dengan kerap and pastikan ia tidak boleh dicapai oleh bayi.

11. Pastikan kebersihan rumah dan haiwan peliharaan. Debu, kulat, sesejenis serangga dan bulu haiwan boleh menyebabkan serangan lelah atau alahan.

Panduan Keselamatan ketika Makan 1. Susu ibu memberikan bayi anda pemakanan sempurna dan perlindungan dari jangkitan penyakit. 2. Bagi ibu yang menyusukan anak: elakkan arak dan dadah, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Beritahu doktor anda bahawa anda menyusukan anak sebelum dia memberikan preskripsi ubat-ubatan. 3. Jangan tinggalkan anak bersendirian dengan botol susu di dalam mulutnya kerana dia mungkin tercekik. Jangan benarkan anak tidur dengan botol susu dalam mulutnya. 4. Bancuh susu baru setiap kali anak menyusu. Buang lebihan susu sekiranya bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut. Bakteria yang membiak di dalam lebihan susu boleh menyebabkan bayi jatuh sakit. 5. Panaskan botol susu dengan meletakkannya di dalam bekas berisi air panas. 6. Uji suhu susu dengan menitiskannya di bahagian dalam pergelangan tangan.

8

7. Jangan sekali-kali memanaskan botol susu di dalam ketuhar gelombang mikro. Ianya bahaya kerana air susu mungkin lebih panas daripada

botolnya dan boleh melecurkan mulut bayi. Pemendapan wap panas di dalam botol juga boleh menyebabkan ia meletup. 8. Jika bayi anda menggunakan puting, yang tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan barisan gigi, pastikan pelindung puting cukup besar dan tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi. 9. Ajar anak duduk apabila makan. Kunyah dan telan makanan sebelum bercakap atau ketawa. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.

Panduan Keselamatan Alat Mainan 1. Apabila anda membeli alat permainan, pastikan ianya sesuai dengan umur, minat dan kebolehan anak. 2. Berikan kanak-kanak mainan yang sesuai dengan umurnya. Mainan untuk kanak-kanak yang lebih tua mungkin merbahaya untuk kanakkanak yang lebih muda. 3. Tanggal dan buang pembalut mainan sebelum ia diberikan kepada anak. 4. Jangan biarkan mainan bersepahsepah di tangga atau di atas lantai. Latih anak supaya menyimpan mainan mereka selepas selesai bermain dan sediakan tempat simpanan yang selamat. 5. Pilih mainan yang bukan toksik dan tidak boleh terbakar. 6. Pastikan bahagian mata, bulu, butang, cat dan lain-lain pada alat mainan tidak mudah tertanggal atau menggelupas.

• Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak. • Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan. • Mempunyai enjin atau kipas yang berputar. 8. Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain dan ajar mereka bagaimana bermain dengan selamat (tidak boleh memukul satu sama lain atau mencampak barangbarang dan sebagainya). 9. Pastikan bateri bagi mainan dipasang dengan betul dan jangan benarkan kanak-kanak tidur dengan mainan berbateri. 10. Periksa alat-alat permainan kanakkanak dengan kerap. Baiki atau buang mainan yang sudah rosak atau pecah.

7. Elakkan mainan berikut: • Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar. • Bertali melebihi 30 sentimeter. • Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan berukuran kurang dari 5 sentimeter. • Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.

9

Apabila Bayi Mula Bergerak Setiap hari bayi akan menjadi semakin peka dan tertarik kepada keadaan sekelilingnya. Kebolehan untuk bergerak dan sikap ingin tahu ini akan membuka dimensi baru dalam keselamatan kanak-kanak. Kaki yang bergoyang-goyang boleh menyebabkan dia tersadung dan terjatuh dan tangan yang boleh mencapai mungkin akan mengambil barang-barang yang berbahaya. Pengawasan orang dewasa sangat penting dan tidak boleh ditukarganti. Di samping itu, anda juga boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk menjadikan rumah anda lebih selamat untuk si manja 1. Ibubapa perlu merangkak dari bilik ke bilik dan melihat bilik tersebut dari mata kanak-kanak dan mengenalpasti langkah keselamatan yang perlu diambil. Sesetengah kawasan mungkin memerlukan kunci, selak atau kancing tambahan dan sebagainya. 2. Apabila bayi boleh berdiri, keluarkan bantal dan alat permainan dari katil bayi. Bayi boleh memijaknya dan memanjat keluar dari katil bayi lalu terjatuh. 3. Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula

10

berdiri. Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar. 4. Tukar tempat tidur kanak-kanak kepada katil biasa yang bersesuaian apabila dia mencapai ketinggian 87 sentimeter atau jika tinggi palang atas katil bayi adalah kurang daripada 75% ketinggian anak. 5. Alat bantuan berjalan kanak-kanak adalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius seperti jatuh, terbakar dan melecur. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas.

Bila Kanak-kanak Boleh Memahami Apabila kanak-kanak mencecah usia prasekolah, dia sudah menguasai pelbagai kemahiran dan kebolehan – bercakap, berjalan, berlari dan bermain. Kanak-kanak juga mula faham tentang sebab dan akibat. Luangkan masa bagi mengajar dan menerangkan peraturan keselamatan kepadanya supaya dia faham dan boleh mematuhi peraturan ini. 1. Ajar kanak-kanak 15 Peraturan Keselamatan. 2. Ajar kanak-kanak untuk menggunakan telefon. 3. Ajar kanak-kanak supaya menelefon nombor kecemasan hanya jika berlaku kecemasan.

4. Ajar kanak-kanak supaya menghafal nama penuh, alamat rumah dan nombor telefon. 5. Apabila dia sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Jika berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya boleh memberikan maklumat ini: "Nama saya ______________________ Saya tinggal di ___________________ Nombor telefon saya ialah _________ Ada kecemasan di rumah."

15 Peraturan Keselamatan Yang Boleh Anda Ajar 1. Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa. 2. Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan. 3. Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh. 4. Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka. 5. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai. 6. Jangan berlari-lari atau bermain di tangga. 7. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang. 8. Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas. 9. Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa. 10. Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala. 11. Jangan masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama. 12. Jangan bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik. 13. Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya. 14. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin. 15. Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

11

Keselamatan di Ruang Tamu

12

1. Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar. Pastikan pagar teguh dan tidak mudah roboh. 2. Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Ikat dengan pita pelekat atau getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai kepanjangan wayar. 3. Letakkan televisyen di atas permukaan yang kuat dan tolak televisyen serapat mungkin ke dinding. 4. Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol. 5. Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas mata kanak-kanak supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.

6. Elak dari menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan. 7. Penuhkan laci dari bawah ke atas apabila kanak-kanak mula memanjat. Ini mengelakkan perabot dari terjatuh menimpa dan memerangkap kanakkanak. 8. Permaidani dan tikar yang tidak melekap ke lantai adalah merbahaya kerana kanak-kanak yang baru belajar berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani. 9. Jangan tinggalkan dompet dan beg tangan di atas lantai. Isi kandungan dan talinya boleh membahayakan kanak-kanak kecil.

Keselamatan di dalam Dapur Dapur memang nampak amat menarik kepada kanak-kanak, tetapi ia penuh dengan bahaya: wayar peralatan elektrik, cerek berisi air panas, kuali dan laci berisi pisau tajam. 1. Jangan benarkan anak masuk ke dalam dapur. 2. Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil anak. 3. Pasang kunci atau penghalang di dalam laci, almari dan pintu. 4. Pasang penghadang di dapur memasak bagi menghalang kanak-kanak dari menyentuh api atau permuka-an panas. Gunakan penutup tombol supaya kanak-kanak tidak boleh menyalakan api. 5. Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat. 6. Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke

dalam berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum, bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi. 7. Jauhkan makanan dan minuman panas dari hujung meja. 8. Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil. 9. Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apaapa barang di atas meja boleh jatuh menimpa bayi. Jika anda mahu menggunakan alas meja, kepit dengan penyepit atau klip.

13

Keselamatan di Bilik Tidur 1. Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari. 2. Rapatkan perabot yang goyah ke dinding. Secara amnya, jika tinggi perabot lebih dari lebarnya, ia patut dirapatkan ke dinding. 3. Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter. 4. Sentiasa tutup bakul sampah di dalam bilik tidur. Jangan buang barangan seperti beg plastik, barang-barang kecil dan tajam di dalam bakul sampah. 5. Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan

14

benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. 6. Pastikan kedua-dua katil di tingkat atas dan bawah mempunyai penghadang di bahagian tepi dan hujung katil. 7. Pastikan penghadang berukuran sekurang-kurangnya 12 sentimeter dari atas tilam. 8. Pastikan tilam terletak rapi dan kemas di dalam katil. 9. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat. 10. Pasang alat pengesan asap di luar pintu. Bunyi amaran mesti cukup nyaring dan kuat supaya menjagakan anda apabila berada dalam bilik. Uji pengesan asap dengan kerap dan tukar bateri sekurangkurangnya dua kali setahun. 11. Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

Keselamatan di Bilik Air 1. Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup. 2. Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa. Jika boleh, pasang kunci di penutup mangkuk tandas supaya anak tidak boleh terjatuh dan lemas. 3. Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab dan walau sekejap mana sekalipun. Kanakkanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter. 4. Apabila menyediakan mandian bayi, masukkan air sejuk dahulu diikuti air panas. Jangan tambah air semasa bayi berada di dalam besen mandi. Jika anda perlu menambah air, keluarkan bayi terlebih dahulu. Uji suhu air sebelum anda memasukkan bayi kembali ke dalam besen mandi.

5. Uji suhu mandian dengan siku anda. Suhu patut berasa suam dan selesa. Anda juga boleh menggunakan termometer tab mandi yang ada dijual di pasaran. 6. Apabila memandikan bayi, pegang bayi dengan sebelah tangan dan gunakan tangan yang lagi sebelah untuk memandikannya. 7. Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir. 8. Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas. 9. Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. 10. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. 11. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

15

Apabila Anda Tidak Berada di Rumah Dengan kehidupan dan kerjaya yang sibuk, sesetengah ibubapa mungkin tidak boleh menjaga kanak-kanak sepenuh masa. Ramai ibubapa akan menghantar anak mereka kepada pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak semasa waktu bekerja. Ada ibubapa mengupah orang gaji yang tinggal bersama mereka atau meninggalkan anak dengan nenek dan atuknya. Di dalam buku ini, mereka semua akan dikenali sebagai ‘penjaga kanak-kanak’. Keselamatan anak menjadi tanggungjawab mereka apabila anda tidak berada di sekeliling mereka. 1. Tinggalkan anak dengan orang dewasa yang bertanggungjawab. Kanak-kanak yang lebih tua tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik yang lebih kecil. 2. Pastikan penjaga kanak-kanak turut mengamalkan tabiat keselamatan yang baik. Bincangkan aspek-aspek keselamatan dengan mereka jika

anda rasa terdapat perkara yang boleh diperbaiki. 3. Berikan nombor telefon anda kepada penjaga kanak-kanak supaya anda boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. 4. Jika kanak-kanak sakit dan perlu diberi ubat, tuliskan masa dan dos ubat yang perlu diambil. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya anda sudah memberi ubat kepada kanakkanak sebelum meninggalkannya dengan mereka bagi mengelakkan terlebih dos. 5. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya anak anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan perhatian seperti lelah dan sawan. Pastikan anda menerangkan apa yang perlu penjaga lakukan sekiranya kanak-kanak mendapat serangan lelah atau sawan.

Mengenalpasti Kecemasan Jatuh Jika anak anda terjatuh dan anda risau dia mengalami kecederaan di kepala atau patah tulang, perhatikannya dengan teliti bagi tanda-tanda berikut: • Keliru

• Keluar darah atau lendiran dari telinga

• Muntah-muntah lebih daripada satu atau dua kali

• Berlaku sawan selepas terjatuh

• Mengantuk dengan berlebihan atau

16

sukar untuk terjaga • Hilang keupayaan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sebelum terjatuh (seperti merangkak atau berjalan)

• Anak mata tidak sama saiz

Jika dia mempunyai sebarang tandatanda di atas, bawa anak ke hospital dengan segara. Apa Yang Anda Perlu Lakukan Dalam Kecemasan

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Bagi kanak-kanak kecil • Letakkan kanak-kanak di atas peha anda, kepala ke bawah. • Tepuk di antara tulang belikat.

• Jika bengkak atau kulit merah, gunakan pek ais untuk mengurangkan bengkak tetapi berhati-hati agar anda tidak membekukan kulit bayi.

• Jika tepukan tidak berhasil, gunakan tujahan abdomen tetapi hanya jika anda sudah dilatih berbuat demikian.

• Perhatikan anak dengan teliti selama 24 jam selepas terjatuh atau kepalanya terhantuk untuk sebarang perubahan dalam tingkahlaku.

Untuk bayi

• Jika anak anda tidak boleh menggerakkan bahagian yang tercedera, gunakan bahan yang keras dan kuat (seperti kayu atau suratkhabar yang sudah digulung kemas) untuk membuat anduh (lihat bahagian Bantuan Kecemasan).

Tercekik • Apabila tekak atau kerongkong anak tersumbat, dia akan batuk, tercungap-cungap atau hampir muntah. • Jika anak tidak berbunyi, berhenti bernafas dan biru, bertindak dengan cepat kerana dia mungkin tercekik. • Kanak-kanak kecil biasanya tercekik kerana tertelan bahagian mainan yang boleh ditanggalkan atau barang-barang kecil yang biasa dijumpai di rumah (duit syiling, butang, getah pemadam, barang kemas dan sebagainya).

• Jika tidak, mulakan CPR (lihat bahagian CPR)

• Pangku bayi di lengan anda. • Tepuk di antara tulang belikat, tetapi jangan sekuat tepukan bagi kanakkanak kecil. • Ulang sehingga bahan yang menyebabkan bayi tercekik terkeluar. • Jika bayi tidak sedarkan diri, mulakan CPR (lihat bahagian CPR). • JANGAN SEKALI-KALI menggunakan tujahan abdomen.

Kebakaran & Melecur • Punca-punca biasa kanak-kanak terbakar dan melecur: Cecair panas seperti kopi atau teh; botol susu yang telah dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau dapur; percikan api atau habuk rokok; air mandian yang terlalu panas (suhu melebihi 120°F), bermain di tempat orang memasak, seperti di kenduri. • Kebakaran dan melecur boleh jadi ringan atau serius: a. Kebakaran tahap pertama: Kulit kemerah-merahan dan bengkak, hanya melibatkan lapisan kulit luaran. b. Kebakaran tahap kedua: Kulit melepuh, kemerah-merahan, bengkak dan kesakitan. Lapisan

17

atas kulit terbakar dan lapisan kedua turut rosak. c. Kebakaran tahap ketiga: Nampak keputihan dan hangus; meliputi semua lapisan kulit. Kerosakan saraf yang teruk mungkin menyebabkan tiada rasa sakit. Apa Yang Anda Perlu Lakukan Kebakaran/melecur ringan • Gunakan air sejuk pada bahagian yang melecur. • Tanggalkan sebarang pakaian dari bahagian yang terbakar atau melecur tetapi JANGAN tanggalkan pakaian atau apa sahaja yang melekat ke kulit. • Tutup bahagian terbakar dengan kain yang bersih, ringan dan tidak berbulu. • JANGAN sapukan krim atau minyak. Kebakaran/melecur serius • Panggil bantuan kecemasan atau ambulans. • Baringkan anak. • Tutup bahagian yang terbakar dengan tuala yang telah direndam di dalam air sejuk untuk menghentikan proses terbakar. • Jangan letakkan ais di bahagian terbakar. Ia boleh menyebabkan kerosakan tisu. • Alihkan tuala basah tadi dan tutup bahagian terbakar dengan kain yang bersih dan kering. • Periksa dan tuliskan kadar pernafasan dan nadi setiap 10 minit semasa menanti kedatangan ambulans. Kebakaran elektrik • Tutup aliran elektrik dengan sertamerta. • Panggil bantuan kecemasan atau ambulans.

18

Lemas • Berlaku apabila bayi atau kanakkanak berada di dalam air yang terlalu dalam atau apabila mereka terperangkap dengan muka mereka terendam di dalam air. • Tindakbalas semulajadi bagi kanakkanak ialah panik dan meronta-ronta, berhenti atau cuba menahan nafas. • Apabila dia bernafas semula, dia menyedut air dan lemas. Apa Yang Anda Perlu Lakukan • Jika tiada nadi atau kanak-kanak tidak bernafas, mulakan CPR (lihat bahagian CPR) serta-merta dan panggil ambulans. • Jika anak anda terendam di dalam air dengan cukup lama dan dia sukar bernafas, kulit bertukar biru dan antara sedar atau tidak, panggil ambulan serta-merta.

Keracunan • Anda perlu mengesyaki keracunan jika anda mendapati bayi anda berada berdekatan dengan bekas kosong atau bekas terbuka berisi bahan-bahan toksik. • Perhatikan perubahan tingkahlaku, bibir atau tangan yang melecur atau kemerah-merahan, muntah-muntah, nafas yang berbau seperti bahan kimia, kesukaran bernafas atau sawan. • Jika anda mengesyaki anak tertelan racun atau kulit dan tangannya terkena racun, alihkannya dari sumber racun dan panggil pusat racun terdekat. Berikan maklumat tentang racun, jumlah yang tertelan dan perubahan fizikal kepada kanakkanak.

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika bahan kimia terkena kulit • Cuci sebarang lebihan bahan kimia di kulit dengan air yang banyak. • Gunakan pertimbangan anda untuk sama ada menelefon doktor atau ambulans. Beri maklumat tentang bahan kimia tersebut. Jika tertelan racun • Periksa, dan jika perlu, pastikan ruang pernafasan tidak tersumbat dan anak boleh bernafas. • Jika anak tidak sedarkan diri, periksa

pernafasan dan nadi dan bersedia untuk memberikan CPR (lihat bahagian CPR). • Gunakan pertimbangan anda untuk sama ada menelefon doktor atau ambulans. Beri maklumat tentang bahan kimia tersebut. • Jika bibir kanak-kanak melecur akibat bahan yang menghakis, beri kanak-kanak minum air atau susu sedikit demi sedikit dengan kerap. • Jangan cuba buat anak muntah jika beliau telah termakan minyak tanah atau bahan yang volatil.

Kandungan Peti Kecemasan Pastikan barang-barang berikut ada di dalam peti kecemasan anda: 1. Buku panduan kecemasan 2. Kain pembalut kasa yang disteril dan kapas 3. Pita pelekat 4. Kain pembalut luka pelbagai saiz 5. Pembalut luka elastik 6. Kain pengelap antiseptik 7. Krim antibiotik 8. Cecair antiseptik (seperti hidrogen peroksida, acriflavine, gentian

9. 10. 11.

12. 13. 14. 15. 16.

violet, atau chlorhexidine) Krim hidrokortisona (1%) Paracetamol Preskripsi ubat-ubatan tambahan (jika anda sedang bersiap-sedia untuk melancong) Penyepit kecil Gunting yang tajam Pin keselamatan Pek sejuk mudah-buang Losyen kalamin

17. Kain lap beralkohol atau alkohol etil 18. Termometer 19. Sarung tangan plastik (sekurang-kurangnya 2 pasang) 20. Lampu suluh dan bateri tambahan 21. Senarai nombor kecemasan 22. Selimut (disimpan berdekatan peti kecemasan)

Selepas anda melengkapkan peti kecemasan: • Baca buku panduan supaya anda faham dan tahu bagaimana menggunakan barangbarang di dalam peti itu. (Jika kanak-kanak boleh memahami, baca buku ini bersama-sama). • Simpan peti kecemasan di tempat yang tidak boleh dicapai anak tetapi senang dijumpai oleh orang dewasa. • Periksa peti kecemasan dari masa ke semasa. Gantikan barang-barang yang tiada atau yang sudah sampai tarikh luput.

19

Bagaimana Membuat Anduh Anduh ialah bantuan kecemasan untuk jangkamasa pendek bagi bahagian badan yang tercedera. Ia bertujuan melindungi bahagian yang tercedera dari kecederaan yang lebih teruk semasa menunggu bantuan kecemasan tiba. Adalah penting bagi anda memeriksa peredaran darah dari masa ke semasa setelah menganduh bahagian yang tercedera. Berikut ialah bagaimana membuat anduh: 1. Mula-mula, cari objek yang keras dan tegap seperti kayu atau suratkhabar yang telah digulung dengan kejap. 2. Letakkan objek bersebelahan dengan bahagian badan yang cedera. 3. Balut pita di sekeliling objek dan bahagian badan supaya keduaduanya bercantum. 4. Letakkan anduh di posisi di mana bahagian badan dijumpai. Maksudnya, jangan cuba meluruskan atau mengalihkan bahagian yang cedera. 5. Ubahsuai supaya anduh lebih panjang dari bahagian yang cedera.

Cuba elakkan sendi atas dan bawah bahagian ini dari bergerak. Kadangkadang, ia mustahil dilakukan kerana kedudukan kecederaan tidak membenarkan. 6. Selepas anduh diletakkan di posisi yang sesuai, ikat dengan tali pinggang atau cebisan kain supaya ia kemas dan tidak bergerak. Untuk memastikan peredaran darah tidak terhenti, jangan buat simpulan mati atau ikat dengan terlalu ketat dan kuat. 7. Periksa dengan kerap selepas anduh dibuat dan pastikan peredaran darah tidak terganggu. 8. Dapatkan bantuan perubatan.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) CPR boleh menyelamatkan nyawa anak jika jantungnya berhenti berdegup atau dia berhenti bernafas atas sebarang sebab – lemas, keracunan, tidak dapat bernafas atau tercekik. Ia boleh dilakukan dengan jayanya jika diberikan serta-merta apabila jantung berhenti berdegup atau berhenti bernafas. Tanda-tanda amaran yang menunjukkan CPR mungkin diperlukan: • Tiada tindakbalas dan tidak bernafas. • Kesukaran bernafas yang tenat. • Bibir atau kulit berwarna biru. • Berdehit dengan teruk. • Air liur meleleh atau kesukaran menelan sambil bernafas. • Pucat yang amat sangat.

20

PASTIKAN RESPONS (Gerakkan bahu anak dan panggil namanya)

ADA TINDAKBALAS (Buka mata, bangun, menangis)

TIADA TINDAKBALAS • Minta pertolongan • Terlentangkan anak • Dongakkan kepala serta angkat dagunya

Rehatkan anak PERNAFASAN (Lihat, dengar dan rasa udara hidung atau mulut)

ADA PERNAFASAN Baringkan anak mengiring dan tunggu pertolongan sampai

TIADA PERNAFASAN Beri dua pernafasan ke dalam mulut dan hidung anak

PEREDARAN DARAH (Rasa nadi di sebelah kanan atau kiri leher)

ADA NADI Teruskan pernafasan sehingga pertolongan sampai

TIADA NADI Mulakan tekanan dada 100 kali seminit dan beri satu pernafasan bantuan bagi setiap 5 tekanan. (5 tekanan: 1 pernafasan) Teruskan 20 kitaran Periksa nadi setiap beberapa minit. Teruskan hingga pertolongan sampai

21

Nombor Kecemasan / 999 Polis dan ambulans Jabatan Bomba 994 Panggilan kecemasan dari telefon bimbit 112 Pusat Racun Negara 04-6570 099 Ambulans St. John – Kuala Lumpur 03-9200 4755 – Lembah Kelang 03-3371 5005

Hospital Kerajaan /

JOHOR Sultanah Aminah Hospital Muar Hospital Batu Pahat Hospital Segamat Hospital Kluang Hospital

07-223 1666 06-952 1901 07-434 1999 07-943 3333 07-772 3333

PAHANG Tengku Ampuan Afzan Hospital Pekan Hospital

09-513 3333 09-422 3333

TERENGGANU Kuala Terengganu Hospital Dungun Hospital Besut Hospital

09-623 3333 09-844 3333 09-697 1200

09-748 5533 09-790 9333

WILAYAH PERSEKUTUAN Kuala Lumpur Hospital Putrajaya Hospital

03-2692 1044 03-8888 0080

KELANTAN Kota Baharu Hospital Pasir Mas Hospital

SELANGOR Tengku Ampuan Rahimah Hospital Kajang Hospital Banting Hospital Sungai Buloh Hospital Sabak Bernam Hospital

03-3372 3333 03-8736 3333 03-3187 1333 03-6156 1321 03-3216 3333

Hospital Swasta /

PERLIS Kangar Hospital

04-976 3333

KEDAH Alor Setar Hospital Sungai Petani Hospital Kulim Hospital Langkawi Hospital

04-730 3333 04-421 3333 04-490 3333 04-966 3039

PULAU PINANG Pulau Pinang Hospital Seberang Jaya Hospital Bukit Mertajam Hospital Balik Pulau Hospital PERAK Ipoh Hospital Taiping Hospital Kuala Kangsar Hospital Tanjung Malim Hospital Sri Manjung Hospital Teluk Intan Hospital NEGERI SEMBILAN Seremban Hospital Port Dickson Hospital MELAKA Melaka Hospital

04-229 3333 04-398 3333 04-538 3333 04-866 9333

05-253 3333 05-808 3333 05-776 3333 05-459 8146 05-688 1333 05-621 3333

06-7623 3333 06-662 6333

06-282 2344

JOHOR Johor Specialist Hospital Puteri Spec. Hospital Century Med. Centre (J) Southern Hospital Pelangi Medical Centre Hospital Penawar Medical Specialist Centre (JB) Pusat Pakar Kluang Utama

07-223 7811 07-223 3377 07-331 1722 07-431 7333 07-333 1263 07-252 1800 07-224 3888 07-771 8999

KEDAH Klinik Mata & Pembedahan Sandhu Kedah Medical Centre Putra Medical Centre Metro Specialist Hospital Strand Hospital & Retirement Home Sdn Bhd

04-442 8888

KELANTAN Pusat Rawatan Islam An-Nisa Kota Bharu Medical Centre Perdana Specialist Hospital

09-744 6023 09-743 3399 09-745 8000

MELAKA Hospital Pantai Ayer Keroh Mahkota Medical Centre The Southern Hospital

06-231 9999 06-281 3333 06-283 5888

NEGERI SEMBILAN N.S.Chinese Mat.Hospital Columbia Asia Medical Centre Nilai Cancer Institute

06-762 2104 06-601 1988 06-850 0999

04-421 5089 04-730 8878 04-734 2888 04-423 8888

PAHANG S.T.Chong Mat. & Surgery Kuantan Specialist Hospital Kuantan Medical Centre

09-567 2928 09-567 8588 09-514 2828

PERAK Hospital Fatimah Ipoh Specialist Hospital Kinta Medical Centre Hospital Pantai-Putri Pusat Pakar Rajindar Singh Apollo Medical Centre

05-545 5777 05-251 8777 05-254 2166 05-548 4333 05-621 1112 05-805 6000

PULAU PINANG Penang Adventist Hospital Mount Miriam Hospital Gleneagles Medical Centre Loh Guan Lye Spec. Centre Peace Medical Centre Lam Wah Ee Hospital Bagan Spec. Centre Bukit Mertajam Specialist Hospital Island Hospital Hospital Pantai Mutiara Hope Children Hospital Srigim Medical Centre Tanjung Medical Centre

04-226 1133 04-890 7044 04-227 6111 04-228 8501 04-226 6032 04-657 1888 04-332 2800 04-538 7577 04-228 8222 04-643 3888 04-228 6557 04-829 9188 04-226 2323

SABAH Sabah Medical Centre Damai Spec. Centre

088-424 333 088-222 922

SARAWAK Normah Medical Spec. Centre Timberland Medical Centre Columbia Asia Medical Centre Miri City Medical Centre

082-440 055 082-234 466 085-428 621 085-426 622

SELANGOR Assunta Hospital Pantai Klang Specialist Centre Tun Hussein Onn National Eye Hospital Subang Jaya Medical Centre Ampang Puteri Specialist Hospital Damansara Specialist Hospital Selangor Medical Centre QHC Medical Centre Sri Kota Medical Centre Arunamari Specialist Medical Center Sunway Medical Centre Kelana Jaya Medical Centre Damansara Women's Specialist Centre Darul Ehsan Medical Centre Damai Service Hospital (Melawati)

03-7782 3433 03-3372 5222 03-7956 1511 03-5634 1212 03-4270 2500 03-7722 2692 03-5543 1111 03-5631 7730 03-3373 3636 03-3324 3288 03-7491 9191 03-7805 2111 03-7729 3199 03-5880 8868 03-4108 9900

WILAYAH PERSEKUTUAN – KUALA LUMPUR 03-6136 7788 Selayang Hospital 03-4043 7166 Sentosa Medical Centre Tung Shin Hospital 03-2072 1655 Pantai Medical Centre 03-2282 5077 03-4042 5335 Lourdes Medical Centre 03-4041 0092 Dato' Dr. Harnam ENT Clinic Sambhi Clinic & Nursing Home 03-2692 4594 Damai Service Hospital 03-4043 4900 Pusat Rawatan Islam 03-4041 4922 03-4042 3766 Roopi Medical Centre Pusat Pakar Tawakal 03-4023 3599 Pantai Cheras Medical Centre 03-9132 2022 Taman Desa Medical Centre 03-7982 6500 Gleneagles Intan Medical Centre 03-4257 1300 Cheras Geriatric Centre 03-9132 5223 Apollo TTDI Medical Centre 03-7726 6911 Poliklinik Kotaraya 03-4108 4622 Sentul Hospital 03-4041 6962 Imran Ear Nose & Throat Specialist Hospital 03-2274 0599 Hospital Pantai Indah 03-4278 2727

Hospital universiti Universiti Malaya Medical Centre 03-7956 4422 Hospital UKM 03-9173 3333 Hospital USM 09-766 3000

Related Documents