Pandangan Seni

  • Uploaded by: shairul28
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pandangan Seni as PDF for free.

More details

  • Words: 592
  • Pages: 2
Dalam perbincangan yang lepas saya telah melontarkan hukum melukis dalam Islam menurut pandangan Syekh Yusuf Qardhawi. Saya terus membaca beberapa buku yang berkaitan dengan seni atau kesenian dalam Islam (Seni Visual dalam Islam), Antara buku yang saya baca bertajuk 'Islamic art' Karya David Talbot, ' Aspek-aspek Kesenian Islam' oleh sahabat saya Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Nor & Manja Mohd Ludin, 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' oleh Dr. Sidi Ghazalba dan 'Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus' Oleh Syed Hussein Nasr. Sebenarnya buku-buku ini pernah saya baca dulu, kali ini saya hanya merujuk beberapa fakta berkaitan seni visual dalam Islam. Secara umumnya beberapa hukum fekah Islam tidak menyebut tentang kesenian. Malah banyak ulamak terdahulu tidak menyebut tentang kepentingan kesenian dalam Islam. Kerana dalam Islam tidak memerlukan seni dalam manifestasi kepada ibadah. Ringkasnya dalam ibadah tidak perlu ada lukisan, tarian atau muzik. Penghuraian tetang seni hanya tercetus apabila beberapa tokoh Islam melihat terdapatnya nilai-nilai keindahan dalam seni bina, tulisan khat dan arabes. Malah beberapa tokoh Islam pernah melemparkan polimik tentang 'Seni Islam atau Seni orang Islam?'...... Persoalannya apakah padangan Islam terhadap seni terutamanya Seni Visual seperti Catan, Arca, cetakan dan grafik?. Saya tertarik pandangan Sidi Ghazalba yang menyatakan bahawa Seni adalah bekaitan dengan kebudayaan, oleh itu perkaitan kebudayaan adalah kehidupan manusia, maka kebudayaan itu mencetuskan seni. Oleh yang demikian untuk dikaitkan dengan seni, Sidi menyatakan bahawa Kebudayaan Islam perlu disuburkan melalui cita rasa taqwa Taqwa ialah sikap hidup yang dibentuk melalui aqidah, ibadat dengan panduan dari Al Quran dan Hadis. Menurutnya lagi setiap perbuatan muslim perlu berpangkalkan kerana agama (kerana Allah), sementara kebudayaan adalah untuk sesama manusia. Kenyataan di atas dipersetujui oleh Dr. Ahmad Suhaimi dalam buku Aspek-aspek Kesenian Islam yang mana mennyatakan Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya. Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaaan benda-benda yang lembut dan pepejal menjelaskan dengan nyata tidak pernah menafikan kewujudannya dalam kegiatan umat. Jelas sekali bahawa kesenian dalam Islam ada hubungannya dengan kebudayaan, lantaran itu pelukis menghasilkan karya seni perlu merujuk kepada tujuan penghasilan iaitu pengabdian kepada pencipta (Allah) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ernst Diez: " sebenarnya seni Islam atau Kesenian Islam adalah merupakan kesenian yang menambahkan pengabdian diri kepada Allah". Riwayat Hadis Muslim, "Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia. Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.

Menurut S.H.Nasr, Kesenian Islam tidak pernah menjadi satu peringkat penyataan masalah atau pengalaman psikologi individu. Seseorang seniman Muslim, dengan Islamnya diri maka dengan menyerah kepada peraturan dan undang-undang Tuhan. Bagi fikiran muslim, seni memperingkatkan manusia akan Tuhannya. S.H. Nasr mengemukakan bahawa seni Eropah dan seni Islam berlainan sama sekali. Seni Eropah yang berpaksikan daripada zaman Greek dan Yunani lebih berfokus kepada karya-karya figuratif dan 'imej bebayang'. Berbanding karya seni Islam tidak menampakan persoalan lebih mementingkan pengabdian kepada Allah dengan menonjolkan kaligrafi khat membicarakan ayatayat Allah, melukis arabes di masjid-masjid agar manusia beribadah akan merasa tenang. Seperti diperjelaskan oleh Dr. Ismail Hamid, Seni dalam Islam menanamkan rasa khusyuk kerana Allah disamping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian, oleh itu seni dalam Islam tidak berslogan seni untuk seni, tetapi seni kerana Allah untuk manusia.

Related Documents

Pandangan Seni
June 2020 15
Pandangan Benar
May 2020 28
Pandangan Behaviorists
April 2020 16
Seni
December 2019 47
Seni
May 2020 37

More Documents from ""

S.muamalat
June 2020 5
Pandangan Seni
June 2020 15