S.muamalat

  • Uploaded by: shairul28
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View S.muamalat as PDF for free.

More details

  • Words: 4,071
  • Pages: 24
Sistem Muamalat Islam

Penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai sistem muamalat islam. Info diterima ketika penulis menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Ejensi Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. bertempat di Bangunan Takaful Ikhlas (Dewan Ibnu Khaldun) di Seksyen 19, Petaling Jaya. Penceramah adalah Ustaz Wan Mohd Nazman wakil daripada panel syariah syarikat. Informasi yang diberikan amat berguna kerana penulis sendiri bukan lahir daripada bidang ini mahupun dalam bidang pengajian islam, bidang kejuruteraan merupakan bidang pengajian penulis ketika di universiti. Berbekalkan semangat ingin tahu dan mendapatkan ilmu selain daripada ilmu kejuruteraan, penulis menjadikan industri takaful ini sebagai cabang ekonomi tambahan disamping ingin mendidik masyarakat serta memberi pengetahuan tentang perancangan kewangan masa hadapan, kepentingan perlindungan takaful, manfaat sistem ekonomi islam serta kesannya kepada ekonomi ummah itu sendiri. Jom kita layan~ Takaful originates from Arabic word Kafalah, which means "guaranteeing each other" or "joint guarantee". In principle, the Takaful System is based on mutual co-operation, responsibility, assurance, protection and assistance between groups of participants. It's free from Gharar (uncertainty or speculation), Maisir (gambling), Riba (usuary).

Apakah itu Ekonomi Islam? "Sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang berpegang kepada nilai-nilai islam." "Himpunan peraturan yang bersumberkan wahyu dan ijtihad yang disusun untuk membantu manusia mengatasi masalah penggunaan sumber ekonomi, pengagihan kekayaan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi." Prinsip-prinsip Ekonomi Islam: •

Rabbaniyah (ketuhanan) - matlamat untuk menuju kepada Allah bersandarkan kepada keizinan syariah dan berteraskan akidah.



Akhlaqiyyah (akhlak) - larangan kepada mazmumah (perkara keji) sebagai penggerak ekonomi seperti pelacuran, perjudian, sembunyi barang, riba, kronisme, nepotisme, monopoli, menggunakan proksi dan lain-lain.



Insaniyyah (kemanusiaan) - sejajar dengan fitrah manusia dengan mengiktiraf naluri pemilikan, kecenderungan mengejar kekayaan dan cintakan perhiasan bagi tujuan memperkasakan ummah.



Wasatiyyah (kesederhanaan) - ekonomi yang membina dan membangunkan kehidupan bukan yang merosak dan meruntuhkannya.

Ciri-ciri Ekonomi Islam: 1. berpaksi kepada asas-asas yang tetap 2. anjal mengikut masa dan tempat 3. memenuhi tuntutan dunia dan akhirat 4. rangsangan tanggungjawab 5. rahmat yang menyeluruh

6. harmoni dengan alam dan kehidupan Ekonomi terbahagi kepada ekonomi islam dan ekonomi ciptaan. Apakah maksudnya? Mari kita lihat perbezaan kedua-duanya. Ekonomi Islam •

bersumberkan wahyu dan ijtihad ulama'



Allah merupakan pemilik mutlak



manusia hanya sebagai hamba yang memikul amanah



harta dan kekayaan sebagai ujian



kebebasan yang terbatas dalam lingkungan halal



mengiktiraf hak mereka yang memerlukan

Ekonomi Ciptaan •

bersumberkan akal, rasional, penemuan dan pengalaman



manusia merupakan pemilik mutlak



manusia bebas melakukan apa sahaja



harta dan kekayaan adalah kemewahan untuk dibanggakan



tiada batas kebebasan



harta merupakan hak pemilikan peribadi

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah: •

ekonomi islam adalah cabang dari Syariat Islam yang bertujuan untuk mentaati Allah



prinsip ekonomi islam adalah pilihan terbaik kepada sistem ekonomi ciptaan (sosialis, kapitalis dan sebagainya)



ekonomi islam adalah bertujuan untuk memberi khidmat dan manfaat yang maksimum kepada manusia

ISLAM & HARTA Harta itu adalah Milik Allah, Dipinjamkan Seketika kepada Manusia: "Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebaikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil." (surah Al-Hadid : 7) Kaedah Penyucian Harta: 1. SEDEKAH •

Wajib - Zakat



Sunat - Infaq / Tabarru'

Dalil : Sedekah / Infaq / Tabarru' " Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." ( Surah Al-Munafiqun : 10)

TABARRU' (Keputusan Majlis Akademi Fiqh Islam, 1399H di Mekah) "Sesungguhnya kontrak alternatif yang menjaga asas muamalat islam ialah kontrak insurans kerjasama ( al-Ta'min al-Ta'awuni) yang berasaskan konsep Tabarru' dan Ta'awun." Tabarru' (derma/sedekah) <---- > Ta'awun (bantu membantu)

Konsep Tabarru' dalam Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Setiap peserta takaful akan memperuntukkan peratusan tertentu ke dalam Dana Tabarru' untuk membantu peserta-peserta lain ketika ditimpa musibah / bencana dan sebagainya. Fungsi Tabung Tabarru' / Ta'awuni = Menguruskan Dana Terkumpul & Menanggung Musibah yang Menimpa Para Peserta. Apa yang dapat penulis katakan di sini, pelbagai manfaat dapat diterima jika umat islam dapat bersatu dalam membangunkan ekonomi sejagat. Sebagai contoh kita mempunyai banyak pilihan perbankan islam dan kemudahan pinjaman dikendalikan oleh sistem perbankan islam ketika ini. Riba dapat dihapuskan jika pengguna menggunakan sistem ekonomi yang berlandaskan syariah. Seterusnya keberkatan dapat diterima melalui pelaburan dan simpanan yang berlandaskan syariah. Disamping itu dengan keuntungan besar yang diterima oleh sistem perbankan islam hasil daripada sambutan pengguna islam itu sendiri, ianya mampu diagih-agihkan dengan kemampuan syarikat membayar zakat dengan jumlah yang lebih besar sekaligus wang zakat tersebut berlegar semula dikalangan umat islam dengan membantu golongan yang tidak berkemampuan dan miskin. Apabilanya ianya berlaku, amal jariah boleh dilaksanakan dimana tanggungjawab pengguna menyokong sistem ekonomi islam, pihak syarikat dengan dibantu panel syariah syarikat menjalankan kewajipan dengan mengagihkan keuntungan syarikat dengan membayar zakat dan sebagainya serta memastikan pelaburan bersih daripada perkara-perkara yang dilarang. Islam itu indah. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Permulaan Bicara

Ayat Seribu Dinar

Quotes of this month "Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions."

Creation

Telekomunikasi dan Pos (TELCO and POST Shoppe) BANDAR BARU BANGI - SEC.9 KL Trade Programme - DPMMKL Zailan Bin Ibrahim Master Distributor H/P : 012-635 5120 Nasihat Perundangan & Hartanah Marni Bt. Ibrahim LLB(Hons) IIU H/P : 012-635 5165 Email: [email protected] Perkhidmatan Catering & Services Fly TEAM Mohd. Faisal Bin Ibrahim H/P : 012-308 1620 Email: [email protected] Website : flyteams.blogspot.com

Do You Have Insurance Takaful?

Contact me: Mohd. Fahmi Bin Ibrahim

Perunding Takaful IKHLAS H/P : 016-377 1697 Email: [email protected] Menyimpan di Takaful IKHLAS, menjamin kewangan masa hadapan anda, terutama di saat yang tidak diduga. Sediakan payung sebelum hujan. IKHLAS Saving Takaful -IST IKHLAS Wanita Takaful -IWT IKHLAS Education Takaful -IETC **Medical Card IKHLAS Medical Assist Takaful -IMAT www.takaful-ikhlas.com.my - A good investment, will PAY BEST when needed most -

Renewal Your Motor Insurance with Takaful IKHLAS Sdn. Bhd. Sediakan: 1- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan 2- Salinan Road-Tax asal kenderaan 3- Salinan Insurans terdahulu Kelebihan Ikhlas Motor Takaful: 1-Bantuan Ikhlas 24 Hours Road Assistance Service 2- e-Covernote 3- Auto Policy Reminder (via SMS) 4- Fast Claims Approval Bertukarlah kepada Takaful, Sistem Kewangan Islam banyak kelebihannya. Mohd.Fahmi Bin Ibrahim +6016-377 1697 Perunding Takaful IKHLAS Selangor Agency Office MK AGENCY (001495144-K) Consultant For Mara (Takaful Enterpreneur Development) No. 3-1-1, Jalan Medan PB 1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

#Office MK Agency berhampiran dengan Bangi Kopitiam.

About Me

faHmi iBrahim View my complete profile

My Location: Tampin - Seremban - Malaisie

Blog "Let's Talk About Peace" ini merupakan penulisan peribadi berkisar daripada kehidupan seharian bersama keluarga, saudara-mara, sahabat handai serta masyarakat umum khususnya di Malaysia. Keamanan sejagat haruslah dijaga bersama-sama. Peace All~

Hadis-Hadis Pilihan

Sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih? •

Keep a Child Alive

Save Our Palestine

Boycott Israel

Boycott America

Artificial Intelligence

Visitors

skip to main | skip to sidebar

Assiasah Assyari'iyyah Inna solati wa nusuki wamah yaya wawamati lil lahi robil 'alamen ( " Truly my prayer, my sacrifice, my living nnd my dying is for God lord of the world " ) " Establish Ad-deen n govern d world with it; Islamu yaklu wala yakla 'alaih " Universal Justice n Peace,borderless 4 ALL 'Baidatun toyyibatun warobbun ghafoor" ( A State of Prosperity, Peace n Blesseth by God )

Wednesday, July 1, 2009 Sistem Muamalat Islam Khamis 2 Julai 2009 | 9 Rajab 1430 Hijrah Merdekakan ekonomi negara! Nyza Ayob Thu | Jul 02, 09 | 7:04:26 am MYT KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PASMarang) berpandangan ekonomi negara ini perlu dimerdekakan dan tidak lagi bergantung kepada Dolar Amerika. Iklan

Beliau berkata demikian apabila sebelumnya menyarankan agar untuk menghapuskan sistem riba, pakar ekonomi khususnya disarankan mengkaji lebih mendalam alternatif yang lebih baik dan berakhlak dalam pelaksanaan sistem perbankan Islam dan tidak hanya sekadar bergantung kepada konsep Al-Bai Bithaman Ajil.

Sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009 di Dewan rakyat semalam katanya, antara muamalat Islam yang perlu dilaksanakan ialah Al-Qardhul Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah. Jelasnya sistem Al-Qardhul Hassan menggalakkan produktiviti yang mana mempunyai barakah untuk menggalakkan rakyat bekerja dengan amanah dan ikhlas. Dalam ucapannya Abdul Hadi turut menekankan, muamalat Islam juga perlu diperluaskan di peringkat antarabangsa. Jelasnya, sistem perbankan Islam kini telah mendapat perhatian masyarakat di beberapa negara Barat seperti England dan Perancis yang telah melihat kegagalan sistem liberal dan kapitalis yang mana mereka melihat amalan perbankan Islam tidak banyak terjejas dengan krisis ekonomi yang berlaku. "Kita tahu banyak negara-negara Islam yang kaya membuat pelaburan di negara Barat. 99 peratus mereka membuat pelaburan di sana. Sedangkan di kalangan kita sendiri dalam keadaan yang merempat dan menyalahguna kekayaan. "Dalam pertukaran wang asing, kenapa kita bergantung kepada dolar Amerika? Kita seharusnya memerdekakan ekonomi kita,"katanya. Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar dinar emas digunakan bagi menggantikan dolar sehingga peringkat antarabangsa khususnya dalam menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan ekonomi negara. - mks. _ harakah ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com ) ( www.nasharrawy.blogspot.com )

sistem muamalat dan ekonomi Islam

Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keadilan, kebajikan dan tidak menindas umatnya. Jadi, sudah pasti segala sistemnya tidak akan menzalimi sesiapa sama ada dari sistem ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Semuanya berlandaskan prinsip-prinsip syariah serta selaras dengan kehendak alQuran dan sunnah. Secara amnya, Islam mencakupi tiga skop muamalat manusia yang utama iaitu hubungan dengan Tuhannya, dengan dirinya sendiri dan dengan masyarakatnya. Ini sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah lengkap dan sempurna. Alangkah indahnya bagi mereka yang dapat menghayati dan mengamalkan Sistem Islam yang syumul (menyeluruh) sifatnya. Mana tidaknya, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya termaktub dalam ajaran Islam. Di antara cabang dalam Islam itu ialah aspek muamalat. Secara umumnya, konsep muamalat ialah segala aktiviti dan hubungan di antara manusia dengan manusia.

Sektor perbankan Islam kini makin diminati termasuk oleh yang bukan Islam. - Gambar hiasan

Konsep muamalat ini amat luas skopnya, memadailah pada artikel ringkas ini mengkhususkan sistem ekonomi Islam sebagai satu skop yang dibincangkan. Hakikatnya, Sistem Ekonomi Islam terasnya adalah akidah yang kuat kerana dengan akidah inilah, sistem ekonomi Islam dapat terlaksana dengan sempurna dan memaksimumkan manfaatnya. Ini kerana pelaksana kepada sistem ekonomi Islam ini sewajarnya mengetahui segala tindakan yang dibuat mestilah selari dengan kehendak Allah, dan akhirnya akan mendapat keredaan daripada-Nya. Secara umumnya, ekonomi Islam mementingkan perkara-perkara berikut: 1. Semua aktiviti yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan syariat Allah kerana dengan berpandukan kepadanya kita akan memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi. Usaha ini memerlukan kepada pengetahuan dan pemahaman yang betul berkenaan soal halal dan haram sesuatu aktiviti. Justeru, segala urusan yang dilakukan wajiblah diniatkan semata-mata untuk mendapatkan keredaan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (al-An'am: 162)

2. Mementingkan konsep keadilan dan kepentingan sejagat. Perkara ini sangat penting kerana setiap manusia mempunyai hak-hak tertentu yang perlu dipenuhi dengan saksama. Tidak kira kaya mahu pun miskin, setiap daripada manusia itu mempunyai haknya yang tersendiri. Jika yang kaya berjaya dalam perniagaannya, dia seharusnya menzakatkan hartanya atau menginfakkan pada orang-orang yang kurang berkemampuan. Ia selaras dengan maksud firman Allah SWT: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (al-Hasy: 7) 3. Keikhlasan dalam memperjuangkan sistem ekonomi Islam. Nilai ini mesti bergerak seiring dengan semua aktiviti agar ia akan membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan lumayan yang bersesuaian dengan pandangan syariah Islam. Firman-Nya lagi yang bermaksud: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5) Perkara-perkara inilah yang menjadi asas kepada terbinanya Industri Perbankan Islam dan Takaful di Malaysia. Ia merupakan alternatif kepada sistem konvensional yang ada pada hari ini. Kesannya, masyarakat mula sedar dan tertarik dengan sistem muamalah yang berasaskan Islam. Satu ketika dahulu, apabila disebut Bank Islam atau Bank Muamalat, ia adalah sesuatu yang asing. Namun, hari ini kita melihat semakin banyak syarikat-syarikat takaful dan bank-bank Islam yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ia membuktikan bahawa segala usaha yang dimulakan oleh para ulama melalui pembacaan dan penelitian ilmu mereka, diguna dan diaplikasikan pada masa kini. Ia sekali gus menjadikan sistem ekonomi atau muamalat Islam bukan suatu perkara yang retorik untuk dipraktikkan malah menjadi ikutan dan pilihan masyarakat pada hari ini. Kita dapat lihat kesedaran di kalangan masyarakat Islam semakin meningkat malah orang bukan Islam juga semakin ramai memilih perkhidmatan perbankan dan perlindungan berasaskan Islam tanpa rasa ragu-ragu. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memperjuangkan sistem ekonomi Islam ini sebagai salah satu cabang dalam Muamalat Islam. Ia bukan sekadar membantu golongan yang memerlukan atau meningkatkan taraf hidup umat Islam, malah yang lebih penting, ia adalah sebagai memenuhi tuntutan akidah Islam itu sendiri. Jika tidak sebagai penggerak pun, memadailah sebagai penyokong dan pengguna. Namun begitu, adakah kita sanggup melihat sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh untuk menggerak dan memartabatkan sistem muamalah dan ekonomi Islam? Sudah pasti tidak. Justeru, jadikan diri kita sebagai salah seorang daripada ribuan mahu pun jutaan umat Islam yang memperjuangkan sistem muamalah dan ekonomi yang berasaskan Islam ini.

Bottom of Form

BERKAITAN DENGAN AGAMA TAKAFUL SEBAGAI PILIHAN MENEPATI HUKUM SYARAK. Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak Islam.Walaubagaimanapun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvesional adalah darurat. Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvesional tidal lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.

AKTIVITI MUAMALAT ISLAM Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkaraperkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannyaberdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah sematamata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.

DISUSULI UNSUR DAKWAH ISLAMAH Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.

. KHUTBAH JUMAAT : INSURANS MENURUT PANDANGAN ISLAM Khutbah Jumaat di Masjid Besar Shah Alam 12hb. Mei, 2000 Sidang Jumaat yang dihormati Allah, Umat Islam wajib mengamalkan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan termasuklah sistem kewangan dan sistem perlindungan insurans yang berlandaskan kepada syariat atau hukum syarak. Hal ini amat penting dipraktikkan demi membina ekonomi Islam yang lengkap untuk kemudahan umat. Memandangkan perlindungan adalah satu keperluan dan tidak boleh diambil ringan oleh setiap anggota masyarakat bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya musibah atau tragedi maka salah satu bentuk perlindungan yang boleh disertai selama ini oleh umat Islam ialah insurans. Insurans boleh difahami sebagai satu akidah di mana satu kumpulan masyarakat berikrar untuk mengumpul segala usaha dan sumber untuk mengwujudkan satu pakatan untuk saling bekerjasama sesama mereka jika ditakdirkan sesiapa sahaja di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, ahli kumpulan yang dilanda musibah itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya dalam bentuk sejumlah wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa bebanan yang terpaksa dipikul akibat musibah yang menimpa akan dapat diringankan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sesetengah orang mempertikaikan apakah sistem yang wujud dalam insurans ini sebenarnya datang dari Islam atau rekaan dari Barat ? Sebenarnya sistem perlindungan yang disebut insurans ini berasal dari kaedah yang digunakan

oleh pedagag-pedagang Arab di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka merupakan generasi pertama yang mempraktikkan konsep perlindungan selama ini. Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan menggunakan unta, mengembara daripada sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain secara berkumpulan (khafilah). Dalam menjalankan urusniaga seperti ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan oleh lanun padang pasir, dilanda ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain ancaman sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian, kemusnahan dan kehilangan barang dagangan mereka, malah juga boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri. Bagi mengatasi atau meringankan ancaman dan bebanan ini maka pedagangpedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat antara mereka mengagihagihkan barang dagangan kepada beberapa khafilah atau rombongan perniagaan. Oleh itu jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas manamana khafilah, maka kerugian, kemusnahan dan kehilangan harta benda yang dialami hanya sekadar terhad kepada khafilah yang ditimpa musibah itu sahaja dan tidak kepada khafilah-khafilah yang lain. Apabila agama Islam datang dan seterusnya tertegak negara dan kerajaan Islam di Madinah, maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam Arab sebelum itu terus dikekalkan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Antara sistem ini ialah yang berkaitan dengan prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama di kalangan masyarakat. Di dalam masyarakat kita di kampung-kampung khususnya terdapat juga amalan yang berteraskan prinsip saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama ahli masyarakat seperti perlaksanaan tabung khairat kematian. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Penyertaan umat Islam khususnya dalam pelbagai bentuk kemudahan perlindungan yang disediakan oleh sesetengah syarikat insurans ini telah menimbulkan keraguan kepada mereka dari segi hukum syarak. Ini disebabkan mereka merasakan bahawa perjalanan perlindungan insurans ini

tidak selari mengikut hukum syarak. Sehubungan dengan ini, para ulamak dan pakar perundangan Islam dari negara-negara Islam telah menjalankan kajian terperinci mengenai kaedah pengendalian dan perjalanan syarikat insurans. Pada umumnya mereka berpendapat kontrak insurans yang berasaskan akad jualbeli tetapi tidak menepati rukun jualbeli mengikut syarak kerana mengandungi tida unsur yang menyebabkan kontrak tersebut tidak selari dengan kehendak hukum syarak. Tiga unsur yang dimaksudkan itu ialah : 1. Gharar Gharar memberi erti tidak jelas, kabur dan terdapat penipuan dalam perjanjian. Islam mensyaratkan bahawa sesuatu perjanjian yang hendak dimeterai antara mana-mana pihak mestilah jelas tentang perkara yang menjadi isi kepada perjanjian tersebut. Contohnya apabila musibah berlaku maka pihak syarikat mesti membayar tuntutan yang telah dijanjikan. Tetapi di dalam perjanjian, ada sesetengah pihak tidak menjelaskan bagaimana dan beberapa jumlah tuntutan itu dibayar, sekian banyak tuntutan yang dijanjikan. Maka ini dinamakan gharar, begitu juga dengan mana-mana perjanjian yang terlalu berat sebelah sehingga boleh membawa kepada kerugian kepada satu pihak yang berjanji, maka perjanjian itu juga dikira mengandungi unsur gharar yang diharamkan itu. 2. Judi Iaitu apabila pihak yang memeterai perjanjian tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan maka dia tidak akan mendapat apaapa manfaat walaupun sebelum ini dia telah membayar caruman kepada syarikat. Maka caruman itu dikira hangus begitu sahaja, kecuali jika pihak yang mencarum tersebut membuat tuntutan disebabkan sesuatu musibah dalam tempoh tertentu. Konsep membayar tuntutan hanya apabila berlaku musibah dan tanpa tuntutan ianya dikira hangus, maka ianya sama dengan konsep perjudian kerana ada unsur pertaruhan. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah amalan keji daripada amalan syaitan. Justeru itu, hendaklah kamu menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat

kejayaan” 3. Riba Iaitu mengenakan bayaran tambahan yang tinggi bagi setiap hutang yang diberikan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat dengan urusan tersebut. Ia merupakan satu amalan yang diharamkan oleh syarak dalam aktivit-aktiviti kewangan dan pelaburan sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quraan AlKarim surah Al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba (dalam urusan kamu) sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Majlis Akadami Feqah Al-Islam yang dihadiri oleh pakar perundangan syariat dalam pelbagai disiplin ilmu dari seluruh dunia dalam satu persidangan pada bulan disember 1985 telah memperakukan bahawa perjanjian insurans yang mengandungi tiga unsur yang disebutkan tadi adalah tidak selari dengan landasan syariat. Insurans yang harus di sisi Islam hendaklah semestinya berlandaskan kepada prinsip kerjasama. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud : Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya” Berdasarkan maksud ayat Al-Quraan tersebut, agama Islam menghendaki umatnya agar bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal-hal kebajikan dan sebaliknya melarang kita bantu-membantu dalam melakukan kejahatan serta bermusuh-musuhan. Dalam masyarakat Melayu, amalan bantu-membantu dalam kebajikan ini sudah lama dilaksanakan. Pepatah Melayu ada menyebut : "Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Setitik jadikan selaut. Sekepal jadikan segunung. Misalnya bagi meringankan beban kerja dan menjimatkan belanja maka usaha bergotongroyong oleh penduduk sesebuah kampung dalam sesuatu aktiviti

kemasyarakatan menjadi amalan biasa satu ketika dahulu. Begitu juga dengan tabung khairat kematian yang diwujudkan di kampung-kampung yang biasanya berpusat di masjid atau surau bagi mambantu waris atau tangungan mana-mana ahli kariah ayng meninggal dunia. Melalui tabung khairat kematian ini, ahli-ahli akan mambayar sejumlah wang dan daripada wang yang terkumpul inilah kahirat kematian akan dibayar kepada ahli waris yang meninggal dunia itu. Berdasarkan hakikat ini, insurans secara Islam hendaklah berasaskan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dan berpandukan ciri-ciri ini jugalah maka ulamak feqah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariat hendaklah berasaskan kepada konsep Takaful. Justeru itu, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk menyertai perlindungan insurans yang berkonsepkan Takaful seperti yang diamalkan oleh beberapa negara seperti Sudan, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain lagi. Semoga kehidupan umat Islam hari ini dalam menyertai perlindungan insurans itu tidak menyimpang daripada landasan syariat yang sebenarnya.

. TABARRU'AT PENYELESAIAN KEPADA INSURANS KONVENSIONAL Umum mengetahui insurans mempunyai tujuan yang baik kerana ia menggalakkan sikap jamin menjamin dan bantu-membantu dalam masyarakat. Namun oleh kerana wujudnya beberapa unsur yang ditegah oleh Islam dalam transaksinya maka ianya telah ditegah. Sebagai gantinya, para ulamak telah memutuskan 'Takaful' sebagai cara yang terbaik kerana ia bersesuain dengan keredhaan syarak. Kajian turut mendapati, kebanyakan ulamak sepakat mengharamkan insurans konvensional khususnya insurans nyawa kerana kontraknya berasaskan 'Dasar Jual Beli' dan oleh kerana ia tidak dapat memenuhi syarat 'barang' yang menjadi salah satu rukun jual beli, maka ia telah melahirkan unsur 'Gharar (keraguan berhubung keadaan barang dan sifat-sifatnya) dan Maisir (judi)'.

Disebabkan tujuan insurans adalah baik, iaitu membantu mereka yang ditimpa kesusahan maka cara untuk mengubahkannya agar menjadi halal disisi syarak ialah dengan mengubah 'Asasnya' iaitu 'Dasar Jual Beli' yang menjadi masalah kepada muamalah ini kepada "Dasar Pengumpulan Derma Ikhlas (Tabarru'at)". Tabarru'at (derma ikhlas) ini merupakan sumbangan yang diberikan oleh setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful. Setiap peserta akan membuat akad ini dengan secara ikhlasnya untuk membantu dikalangan mereka jika ditimpa musibah. Di sini peserta mesti memahami konsep tabarru'at yang telah mereka akadkan, iaitu; Apabila Konsep Tabbaru'at diperkenalkan maka dengan sendirinya seluruh pengurusan insurans itu sudah tidak terlibat lagi dengan unsur-unsur yang diharamkan kerana Asasnya telah diubah. Ini bermakna, kontrak takaful tidak menggunakan asas jualbeli kerana ia menimbulkan keraguan disisi Syarak, sebaliknya kontrak berbentuk derma, sekali-kali tidak memerlukan sebarang rukun yang perlu diikuti, melainkan dengan hati yang ikhlas sahaja. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (Yusuf al-Qardhawi, The Lawful and The Prohibited in Islam (trans), m.s 276) menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Derma ikhlas ini dapat menyempurnakan tujuan tersebut dan dapat menggelakkan sebarang keraguan. Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabbaru'at yang bersyarat,diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah besar juga.

.

More Documents from "shairul28"

S.muamalat
June 2020 5
Pandangan Seni
June 2020 15