PAKEJ WASIAT Isi Kandungan 1. Muqaddimah Segala puji bagi Allah swt, tuhan seru sekelian alam, yang mencipta segala – galanya, mentadbir dan mengurniakan nikmat kepada hambanya. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana kita diberi kesempatan untuk terus hidup di atas muka bumi ini dan hari ini kita diberi peluang untuk menyempurnakan sesuatu yang wajib iaitu tanggungjawab kita terhadap urusan agama dan hidup mati kita. Nabi kita Muhammad saw ada berpesan dalam hadisnya yang bermaksud: ”Barangsiapa yang tidak mahu mengmabil berat tentang segala urusan agama kami (Islam), maka sesungguhnya mereka itu bukanlah daripada kami”. (Al Hadis) 2. Kata – kata aluan Presiden MAKNA Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelanggan yang budiman kerana telah mengorak langkah membuat perancangan pusaka demi kebajikan waris tersayang dengan menulis surat wasiat di samping beramal kebajikan dengan memberi sumbangan secara tidak langsung membantu pesakit kanser di Malaysia melalui pembelian pakej ini. Pakej wasiat MAKNA adalah suatu pakej khas yang memberi peluang kepada semua masyarakat Malaysia untuk membuat perancangan pusaka dengan menulis surat wasiat bersekali dengan membuat amal kebajikan untuk membantu pesakit kanser dan keluarga pesakit. Rasulullah saw ada berkata didalam hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, nescaya dia akan diberi faham dalam urusan agamanya” (Al Hadis) 3. Penerangan tentang pakej wasiat •Latar belakang MAKNA
Majlis Kanser Nasional (MAKNA) merupakan satu organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan. Ia telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 10 November 1994 dan di lancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. MAKNA ditubuhkan dengan cadangan institusi yang mempunyai kemudahan canggih serta komprehensif bagi pesakit kanser terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. •Mengapa perlu mengambil pakej ini. Pakej Wasiat ini merupakan satu program terulung di Malaysia yang memberi peluang kepada anda untuk beramal jariah membantu pesakit kanser miskin di Malaysia dalam masa yang sama menikmati pulangan faedah – faedah yang ditawarkan. Melalui program ini, MAKNA ingin menjemput anda untuk menyumbang sebanyak RM500 (sekali seumur hidup) melalui Program Pakej Wasiat MAKNA. •Keuntungan mengambil pakej ini Setiap penyertaan melalui pakej ini layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:
Berpeluang untuk beramal jariah semasa hayat dan selepas meninggal dunia Perlindungan Kemalangan Takaful sebanyak RM10,000 sehingga umur 65 tahun Wang Khairat Kematian bernilai RM500 Hadiah surat Wasiat Amanah Raya Berhad Rebet cukai pendapatan untuk LHDN
•Penerangan tentang pakej Pakej Wasiat ini adalah satu – satunya pakej yang menawarkan Wasiat dan Perlindungan Kemalangan Takaful sebanyak RM10,000.00 yang terulung di Malaysia. Pakej ini juga memberi anda Wang Khairat kematian bernilai RM500.00 beserta Rebet Cukai Pendapatan berjumlah RM500.00. Jika anda lihat dan nilaikan kembali apa yang anda dapat dengan harga pakej ini adalah amat berbaloi dengan harga yang anda sumbangkan kepada MAKNA. Pakej ini hanya berharga RM500.00 dan anda hanya
perlu membuat bayaran sekali seumur hidup untuk menikmati semua faedah yang tersebut diatas. Dengan itu jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati semua faedah tersebut dengan harga yang begitu lumayan dan peluang ini hanya datang sekali seumur hidup anda. 4. Penerangan Ustaz Ghazali Ibrahim berkenaan wasiat •Apakah surat wasiat Surat Wasiat ialah dokumen penyelesai pusaka berbentuk PENGAMANAHAN kepada Wasi (orang yang diamanahkan untuk menjaga wasiat) untuk menyempurnakan segala hasrat pewaris selama mana ia tidak bercanggah dengan Hukum Syarak, termasuklah melaksanakan mana – mana strategi perancangan pusaka yang menjadi pilihan pewaris. Dalam konteks pentadbiran pusaka islam di Malaysia, surat wasiat boleh disamakan dengan Wasiat Pentadbiran Pusaka yang boleh digunakan untuk memperolehi Suratkuasa Probet di Makamah Tinggi atau di Pejabat Pusaka Kecil. Ini menjadikan proses agihan pusaka lebih cepat dan mudah. •Kepentingan 1. Memudahkan Urusan Pusaka dan menjadikannya lebih cepat 2. Segala kebajikan ahli waris terjaga serta dapat mengelakkan persengketaan. 3. menjimatkan kos penyelesaian pusaka 4. Mengelakkan wasi yang tidak bertanggungjawab 5. Menjamin penyempurnaan hak yang tergantung atas pusaka seperti hutang, zakat dan sebagainya. 6. Menegakkan keadilan dan mengelakkan kezaliman keatas harta anak yatim. •Mengapa perlu mengambil wasiat Mafhum hadis Rasulullah SAW: ”Sesiapa yang meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan”. (Riwayat Ibu Majah)
Secara langsung, Islam menyarankan agar umatnya merancang pusaka. Sesungguhnya! Inilah antara bukti bahawa islam adalah agama yang benar – benar sempurna. Kerana Islam telah mengajar kepada umatnya: •Cara mencari harta yang halal & berkat •Cara menggunakan harta kepada perkara yang baik •Cara mewariskan harta kepada waris – waris kita dengan jalan yang baik Bukanlah dikatakan sempurna sekiranya kita diajar cara mencari & menggunakan harta. Kerana apalah ertinya: •Buat diri kita & ahli keluarga sekadar dapat hidup damai & selesa semasa hidup!. •Tetapi! Bila saja kita meninggal dunia, kehidupan ahli keluarga (waris) kita terus berubah kepada berbagai bentuk kacau bilau. Seperti berlaku perebutan, penganiayaan dan sebagainya. •Ketika itu! Bagaimana dengan nasib KITA DI SANA?. Justeru itu harta yang Allah swt berikan kepada kita adalah satu AMANAH. Untuk itu marilah: •Semasa hidup di dunia ini kita urus harta yang ada dengan baik. •Dan marilah kita wariskan harta – harta kita kepada anak & isteri kita dengan cara yang baik. ** Hasil pengamatan & pengalaman Ust. Md Ghazali Ibrahim B.A Syariah (Fiqh wa usul) Saddam Universiy for Islamic Studies, Baghdad, Iraq.