Pahang: Percubaan Pmr 2008: Bm Kertas 2 (& Jwp)

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pahang: Percubaan Pmr 2008: Bm Kertas 2 (& Jwp) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,689
  • Pages: 20
BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2008 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2008 TINGKATAN 3

BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk bahagian D. _______________________________________________________________ _ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 02/2 WrWd @ 2008 Hak cipta JPNP SULIT

SMS Muzaffar1Syah ,Melaka

[ Lihat sebelah SULIT 02/2

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Bahagian A ( i ) [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang sebabsebab Sains Angkasa patut dipelajari di peringkat sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Zaman ini merupakan zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat dengan cepat dan tepat akan meraih keuntungan. Contohnya, seseorang yang mengetahui kemungkinan peningkatan saham sesebuah syarikat akan membeli saham tersebut bagi memperoleh keuntungan. Hal ini kerana, ilmu teknologi maklumat berkaitan dengan satelit. Kita tidak boleh menjadi pembeli, sebaliknya kita mestilah berusaha mencipta peralatan satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam bidang ini perlu diterapkan kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Apabila minat pelajar terhadap Sains Angkasa telah dipupuk, maka sudah pasti mereka tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar yang disegani. Di samping itu, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Dalam meniti dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi negara lain. Ciptaanciptaan ini pula banyak dipengaruhi oleh pengetahuan seseorang dalam bidang Sains Angkasa. Pelajar-pelajar yang diberi pengetahuan tentang Sains Angkasa akan cenderung mencipta peralatan Sains Angkasa pada peringkat awal lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang akhirnya mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai ilmu ini. Selain itu, kepakaran dalam bidang Sains Angkasa akan menjulang imej negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi negara maju perlulah memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang. Negara kita tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan dalam diri pelajar bagi melahirkan lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja bertambah maju, malah dihormati oleh negara lain. ( Dipetik dan diubah suai daripada rencana Angkasa Raya buku teks BM Tingkatan 2 )

02/2

SULIT SMS Muzaffar2Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1

Berikan maksud rangkai kata meraih keuntungan dalam petikan di atas. [ 2 markah ]

2

Apakah usaha yang perlu dilakukan jika sesebuah negara mahu menjadi negara maju ? [ 4 markah ]

3

Pada pendapat anda,mengapakan pihak kerajaan menggalakkan penerokaan bidang Sains Angkasa ? [ 4 markah ]

SMS Muzaffar3Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

SULIT

02/2 Bahagian B [ 20 markah ]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

SMS Muzaffar4Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

SULIT

02/2 Bahagian C [ 40 Markah ]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1

Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Kemukakan pendapat anda.

2

Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “ Kepentingan Menghormati Ibu bapa “, Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

3

Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Tokoh. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

4

Tulis tentang peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat untuk mengekalkan keindahan hutan semula jadi di negara kita.

5

Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan negara. Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.

SMS Muzaffar5Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

SULIT

02/2

Bahagian D [ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. (i)

Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

( ii )

Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin.

Jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang telah anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

SMS Muzaffar6Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 SULIT

02/2

02/2 Bahasa Melayu Mei 2008 2 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR NEGERI PAHANG TAHUN 2008 TINGKATAN 3

________________________________________________________________

BAHASA MELAYU Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

SMS Muzaffar1Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 Bahagian A (i) Bahagian A (ii) Bahagian B Bahagian C Bahagian D JUMLAH :

– 20 markah – 10 markah – 20 markah – 40 markah – 10 markah ----------------100 markah ___________ BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)

Markah Isi

: 10 markah

BILANGAN ISI 5 4 3 2 1

MARKAH 9 – 10 7–8 5–6 3–4 1–2

Markah Bahasa : 10 markah - Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan - Bahasa dinilai secara impression Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah : Peringkat Cemerlang

Markah 9 – 10

Baik

6-8

Memuaskan

3–5

Deskripsi - Bahasa baik dan lancar - Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis dan penanda wacana sesuai - Ejaan dan tanda baca betul - Bahasa baik dan lancer - Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Bahasa kurang lancer

SMS Muzaffar2Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Penguasaan Minimum

- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaan bahasa yang lemah - Menyalin secara terus daripada petikan

1–2

Cadangan Cara Penandaan Ringkasan 1. Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis 1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.) 1 2 3 4 5 Contoh : / / / / / 2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habis perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan. 3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa. 4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah. 5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa. 6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah. 7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulatbulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah Buat catatan : Calon menyalin petikan. * Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan atau keseluruhan daripada mana-mana perenggan. 8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa. 9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi markah bahasa – maksimum – 8 markah 10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan. Cara penulisan markah ringkasan 1.

I B

=

5x2 = 10 = 10 J = 20

2.

I B

=

5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap) =8 17

3.

I B

=

5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih) = 5 (Markah bahasa maksimum 5)

SMS Muzaffar3Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 15 * Menyalin isi secara terpilih 4

I B

=

2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat) = 2 (markah bahasa maksimum 2) 4 * Menyalin petikan

BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH ) 1. 2. 3. 4. 5.

Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini. Setiap isi yang diterima ditanda (/) Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan)

Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah) - memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan - ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat 2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis 1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap 1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja 1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat gramatis 0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah) – menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m) - kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan - 1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah - jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan 4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis 3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis 0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

SMS Muzaffar4Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah) - Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan - 2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/) - jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan MARKAH 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

DESKRIPSI - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah) 1. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi – Penutup 2. Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat 3. Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah dihuraikan sebaik mungkin. 4. Gambar – sebagai rangsangan idea i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan 5. Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp 6. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan 7. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun 8. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3. idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. 9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C.

Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad) Peringkat Pencapaian

Deskripsi

SMS Muzaffar5Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Cemerlang 16-20 m C1 = 18-20 m C2 = 16-17 m

Baik 11-15 m B1 = 13-15 m B2 = 11-12 m

Memuaskan 06-10 m M1 = 08-10 m M2 = 06-07 m

Penguasaan minimum 01-05 m

- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis - Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat - Ejaan dan tanda baca yang betul - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata. - Idea yang relevan berdasarkan tugasan. - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang - Pengolahan yang menarik dan berkesan - Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis - Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Idea masih relevan berdasarkan tugasan - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan - Pengolahan masih menarik/kurang berkesan -

Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis Penggunaan kosa kata terhad Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Idea kurang relevan berdasarkan tugasan Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad - Pengolahan tidak menarik - Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini.

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap - Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan

SOALAN BAHAGIAN C Karangan Respons Terbuka (40 markah)

1. Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira, 2. Isi minimum :- 1 isi

SMS Muzaffar6Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 3. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah, tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping itu, di terima Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah. (4 kesalahan ejaan dan ke atas ). • Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005. 4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. 5.

Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca dan isi/fakta seperti yang berikut: ( ____ / //

) Kesalahan isi Kesalahan bahasa, perkataan Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS KRITERIA 1. BAHASA

DESKRIPSI - Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis) - Ejaan dan tanda baca betul - Kosa kata luas dan tepat

2. IDEA

- Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan) - Huraian isi yang jelas - Contoh yang sesuai

3. PENGOLAHAN

- Pengolahan menarik dan berkesan - Pemerengganan sesuai - Format menepati tugasan - Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang menarik)

PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C PERINGKAT Cemerlang Kepujian Baik

SMS Muzaffar7Syah ,Melaka

MARKAH 33 – 40 25 – 32 17 – 24

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 Memuaskan Penguasaan Minimum

09 – 16 01 - 08

PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m) Peringkat

Cemerlang (33 - 40) C1 (37 - 40) C2 (33 - 36)

Kepujian (25 - 32) K1 (29 - 32) K2 (25 – 28)

Deskripsi

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang betul - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik dll. - Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang sesuai. - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. . - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

Baik (17 - 24)

-

B1 (21 - 24) B2 (17 - 20)

-

Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan.

SMS Muzaffar8Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Memuaskan (09 - 16) M1 (13 - 16) M2 (09 - 12)

- Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad - Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat.. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. - Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas. - Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat/format bercampur aduk.

Penguasaan Minimum - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap (01 - 08) dan lemah. PM1 (05 - 08) - Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini. PM2 (01 - 04)

BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH ) PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL) Pemarkahan: - Markah penuh (maksimum) = 10 markah - Isi = 6 markah

SMS Muzaffar9Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008 - Bahasa = 4 markah - Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh - Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. - Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul. - Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan. - Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah. - Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression. - Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50% dan markah bahasa ialah 1 markah. - Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi - terima seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah -Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja. - Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja. - Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa sahaja. Kriteria Markah Bahasa Peringkat Cemerlang

Markah 04

Deskripsi - Bahasa baik dan lancar - Ayat gramatis - Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik

02 – 03

- Bahasa masih baik dan masih lancar - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang menimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Memuaskan

01

- Bahasa tidak cekap - Ayat tidak gramatis - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Markah Isi 1. Maksimum : 3 isi 2. Isi dihuraikan berserta contoh : 2 markah 3. Isi tanpa huraian dan contoh : 1 markah Cara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel

SMS Muzaffar10Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

1. Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul 2. Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan SATU Perbezaan beserta huraian yang betul. Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Markah maksimum bahagian isi ialah 6 markah. 3. Kurungkan jawapan calon dangan tanda ( ) jika calon memberikan contoh berserta huraian yang tidak tepat. Bentuk jawapan calon - Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna, ditulis dalam satu perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa) Jawapan dalam bentuk poin : 1. Jika jawapan calon betul, dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa (Mak-10m) 2. Jika calon menjawab tanpa huraian – ayat isi ringkas – isi 1 m bagi setiap 1 contoh dan markah bahasa maksimum 2 markah. Jumlah- 3 markah isi dan 2 markah bahasa = 5m Cara menulis Markah (a)

I B -

- 06 04 10/10

Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis (b)

I B -

04 02 06/10

Jawapan calon dalam bentuk poin (c)

I B -

00 02 02/10

Jawapan calon tidak menjawab tugasan (d)

I =4 B=1 5/10 Bahasa lemah

SMS Muzaffar11Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i ) Sebab Sains Angkasa patut dipelajari di peringkar sekolah : 1. Pelajar tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar yang disegani. 2. Pelajar cenderung mencipta peralatan Sains Angkasa pada peringkat awal lagi. 3. Pelajar mula mencipta model satelit yang akhirnya mencipta satelit yang sebenar. 4. Kepakaran dalam bidang Sains Angkasa menjulang imej negara. 5. Melahirkan lebih banyak tenaga pakar dalam bidang Sains. 6. Negara bertambah maju. 7. Negara dihormati oleh negara lain. [Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.]

Bahagian A (ii) : Pemahaman 1. maksud rangkai kata meraih keuntungan : - mendapat perolehan - memperoleh laba 2. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi negara maju.

SMS Muzaffar12Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

-

meningkatkan penggunaan bidang Sains dan Teknologi. Menguasai teknologi maklumat dengan cepat dan tepat. Menghasilkan banyak ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi negara lain. Sesebuah negara perlu memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang.

[ pilih mana-mana dua isi sahaja] 3. Pihak kerajaan menggalakkan penerokaan bidang Sains Angkasa kerana : - meningkatkan kepakaran dalam bidang Sains Aeroangkasa. - melahirkan lebih ramai saintis dalam bidang Aeroangkasa. - bagi mencapai visi negara menjelang tahun 2020 untuk menjadi negara maju. - memperoleh kemahiran dan teknologi baru dalam bidang penyelidikan Sains Angkasa. [ terima mana-mana jawapan yang sesuai] BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Cadangan isi : -

Mengekalkan warisan sejarah budaya bangsa. Memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Menjadikannya sebagai destinasi pelancongan. Sebagai bahan kajian sejarah kepada pelajar dan pengkaji sejarah. Menjadikan bangunan bersejarah sebagai muzium. Bukti sejarah dan ketamadunan bangsa.

[ Terima mana-mana isi yang sesuai ] BAHAGIAN D – KAJIAN NOVEL Diharapkan : Calon dapat memberikan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

SMS Muzaffar13Syah ,Melaka

BM kertas 2 trial PMR Pahang 2008

Novel

Limpahan Darah di Sungai Semur

Timulak Kapal Perang

Persamaan latar masyarakat

Perbezaan latar masyarakat

Pasukan tentera pimpinan Lt. Hassan menghapuskan pengganas Komunis di Sungai Semur

Masyarakat tentera dan pengganas Komunis

Pasukan Keamanan Pimpinan Paduka Mat Salleh menentang askar Inggeris yang memungut cukai di Inanam

Masyarakat yang bekerja sebagai petani dan peniaga

Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap isi yang lengkap. Beri 1 markah bagi setiap isi yang tiada contoh. [Terima mana-mana jawapan yang berkaitan dengan latar masyarakat.]

SMS Muzaffar14Syah ,Melaka

Related Documents